Isnin, 1 Jun 2015

Apa IPIC Dapat?


Kerana kenyataan diatas maka Najib terpaksa membetulkan kenyataan beliau didalam Dewan Rakyat..! Ini menunjukkan bahawa 1MDB telah memberikan jawapan yang salah kepada Najib..! 

Ini merupakan kesalahan besar yang memberikan kesan besar kepada Najib..! Takkan kesalahan besar dilakukan oleh pegawai kecil di MOF dalam menyediakan jawapan di Parlimen..!

Terbaru rakyat didendangkan...

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan bayaran US$1 bilion dari International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi, yang diumumkan pada Jumaat lepas adalah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.

"Lanjutan daripada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami mengambil perhatian terhadap dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran US$1 bilion itu merupakan pinjaman, atau melibatkan andaian hutang 1MDB lagi.    

"Ini sama sekali tidak berlaku. Ia adalah transaksi perniagaan; bukan satu pinjaman, bukan juga apa-apa jenis hutang dan bukan satu jaminan keluar.    

"Ia adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda  dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 29 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan, 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), melibatkan   pembayaran sebanyak US$1 bilion.    

Menurut kenyataan kementerian itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan,  IPIC akan membayar US$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun, 2015, yang akan  digunakan untuk membayar semula pinjaman US$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa. -  Bernama.

Tetiba jer..! Kalau dari awal sudah dijanjikan bayaran tersebut tentu ianya telah di hebohkan kepada dunia mengenai urusniaga dan bayaran tersebut..!

Soalnya kenapa IPIC sanggup bayar besar sebegitu? Apa pula pulangan yang bakal mereka dapat? Apa pula hak dan kepunyaan yang bakal negara hilang? 

Rakyat tunggu ajer la pengumuman tu nanti..! Kalau tergadai pun masa tu kerana ianya dah lepas..! dah berlalu..! Rakyat cuma dapat sekadar makluman jer la..!

Macam yang kecoh sekarang ni...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Yg penting hutang ko ...kau bayar sendiri...jangan pandai2 guna dana awam nak langsai hutang.....kementerian kewangan tu dah di swastakan ke????siapa ceonya??? Arul tu ceonya ke???aku tak fahamlah...yg faham pun tak boleh beri penjelasan...Elok semua kementerian di swastakan mengikut model kementerian kewangan...boleh untung bonus besar...4 bulan gaji...Kalau rugi pastikan tanggung sendiri ...jgn libatkan rakyat jelata.

    BalasPadam
  2. Hutang?x payah bayar pun x per sbb ada segelintir rakyat msia pun bukan penah nak bayar hutang termasuklah aku

    BalasPadam
  3. lantak ko la labu......

    BalasPadam