Sabtu, 8 Oktober 2016

Derma..?


Fahami..

TANGKAPAN DEMI TANGKAPAN RASUAH, BILA PULA GILIRAN ORANG POLITIK MAHU DISIASAT?
Ramai di antara kita yang tiba-tiba marah dan mendidih darah dengan tangkapan rasuah di Sabah baru-baru ini yang bukan saja sekali lagi melibatkan pegawai kerajaan serta wang rakyat, tetapi juga kerana jumlah wang yang dirampas begitu mega jumlahnya.
Wang tunai yang dirampas dilaporkan berjumlah RM52 juta yang disimpan dalam almari di rumah dan juga di pejabat. Untuk mengiranya saja, pegawai SPRM seramai 30 orang mengambil masa selama 15 jam untuk berbuat demikian.
Dalam beberapa akaun bank, jumlah wang tunai yang dirampas pula diberitakan berjumlah lebih RM60 juta. Jumlah wang yang dapat dirampas sehingga ini ialah RM112 juta.
Turut dirampas ialah puluhan kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lain-lain lagi.
Diberitakan juga ada enam peti simpanan bank yang turut disita, tetapi cuma satu yang sudah diketahui isinya, manakala lima lagi masih menunggu beberapa prosedur dengan pihak bank yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 
Bermakna, kalau dicampurkan - wang tunai, kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lima peti simpanan yang belum dibuka, jumlah keseluruhannya mungkin mencecah melebihi RM300 juta.
Jika sebelum ini kita cukup terkejut dan marah dengan dua tiga tangkapan oleh SPRM yang turut menemui beberapa juta wang tunai, kereta mahal dan puluhan kondo mewah melalui aktiviti rasuah, dengan antaranya bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk, tangkapan di Sabah ini tentu saja lebih memeranjatkan kita.

Kadang-kadang terfikir elok juga kiranya hukuman tembak sampai mati di tempat awam dikuatkuasakan kepada mereka yang durjana serta khianat ini.
Kenapa rasuah nampaknya begitu berleluasa di negara kita?
Kenapa pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan ketua-ketua syarikat GLC seolah-olah tidak gentar untuk melakukan rasuah?
Bagaimana pula dengan rasuah di kalangan orang-orang politik yang mengetuai kementerian, kerajaan negeri atau syarikat-syarikat GLC serta balaci-balacinya sedangkan di situlah berpusatnya segala kuasa melulus dan memberi?
Apakah mereka itu suci bersih dan tidak gelap mata dengan wang ringgit, manakala hanya pegawai-pegawai kerajaan belaka yang tamak dan haloba?
Atau mungkinkah berleluasanya amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan ini kerana mereka akur dengan kata pepatah "bapa borek anak rintik"?
Memang kita menghargai tangkapan demi tangkapan berkaitan rasuah melibatkan pegawai kerajaan yang dilakukan SPRM sejak kebelakangan ini. Tetapi ia sebenarnya tidak menyelesaikan isu pokok berkaitan rasuah, jauh sekali mampu memulihkan imej kerajaan.
Jika kita lihat, beberapa tangkapan itu bukanlah melibatkan pegawai paling tinggi. Masih ada di atas mereka yang ditangkap itu pegawai yang lebih tinggi atau pemimpin politik yang seharusnya mengawasi atau memantau sekiranya berlaku perbuatan curang atau durjana yang berleluasa.
Yang ditangkap di DBKL misalnya hanyalah salah seorang pengarah yang diatasnya masih ada ketua pengarah, datuk bandar dan juga menteri. Apakah mereka tidak sedar amalan rasuah itu?
Begitu juga dalam kes Jabatan Air Sabah ini, apakah menteri peringkat negeri yang bertanggungjawab terhadap jabatan itu atau Ketua Menteri Sabah langsung tidak sedar wujudnya penyelewengan projek dalam nilai berjumlah RM3.3 bilion sejak 2010 lagi?
Maka, apabila tangkapan demi tangkapan dilakukan, meskipun kita amat menghargai tindakan SPRM, apakah ia mampu membersihkan imej kerajaan di mata umum atau menimbulkan lebih banyak tafsiran bahawa pegawai kerajaan berani melakukannya kerana mereka juga tahu orang politik yang lebih berkuasa daripada mereka, turut sama melakukannya?
Beranikah pegawai-pegawai kerajaan melakukan rasuah secara berleluasa jika pimpinan politik yang berada di atas mereka sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan benar-benar tidak bertolak ansur terhadap amalan itu?
Maka, siapa sebenarnya yang harus malu dengan tangkapan demi tangkapan ini dan bilakah SPRM mahu menyiasat pemimpin-pemimpin politik yang rata-ratanya juga kaya-raya, memilik banyak harta serta mungkin ada di antaranya turut memiliki simpanan tunai di rumah atau di pejabat?


Kaitannya..!

Apa Cerita Swiss AG Dan Salahguna USD800 Juta Dana SRC Ni ?


Jom layan kenyataan akhbar oleh Swiss AG yang sudah bikin gempak dalam media sosial semalam. Ini adalah satu kenyataan akhbar ok, bukan komen spontan menjawab pertanyaan wartawan. Maknakata ia adalah kenyataan resmi oleh pihak Swiss AG. 

Dan sebelum sebarang kenyataan resmi dikeluarkan, sudah pasti mereka sudah kaji dan semak dengan teliti kes mereka kerana mereka tentunya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan rambang yang bakal memalukan diri sendiri jika ianya satu tuduhan remeh.

OK ? Kita sambung ...... Mkini ada laporannya dalam Melayu ( KLiK ). Antara lain dilaporkan -

1 - Swiss AG dakwa terdapat salahguna dana SRC ( dan 1MDB ) sebanyak USD800 juta. ( mengikut rate waktu itu @ 3.2, maknanya sekitar RM2.6 bilion )

2 - Ala Ponzi ( atau dalam bahasa mudahnya - Gali Lubang Tutup Lubang atau stail Pak Man Telo. Bayar pelabur awal menggunakan dana dari pelabur kemudian bukannya dari hasil pelaburan.) dalam menyembunyikan skandal dari ketahuan. Kalau ikut pemahaman kita tentang cara 1MDB, iaitulah songlap duit pinjaman / pelaburan awal kemudian ditutup dengan pinjaman lain.

3 - Swiss AG minta bantuan dari pihak berkuasa Malaysia untuk bantu siasatan mereka.

4 - Ini kali kedua selepas kali pertama pada bulan Januari 2016 yang mana respon dari pihak Malaysia dikatakan sebagai ' is still pending ', maknanya BELUM ADA bantuan diterima.

 Setakat ni OK ?




Apakata kita lihat rujuk kembali kenyataan akhbar @ permohonan bantuan pertama dulu ( KLiK )

Juga melalui kenyataan akhbar pada 29/1/2016. Waktu itu disebut nilainya adalah USD4 bilion (!) yang merangkumi 1MDB, SRC, Petrosaudi, Genting/Tanjong dan ADMIC. 





Maknanya ..... kenyataan kedua ini lebih spesifik kepada siasatan terhadap dana SRC saja. Sebab itu nilainya USD800 juta berbanding USD4 bilion sebelumnya. 

Kenyataan pertama itu ada mendapat respon dari AG Apandi, yang mana antara lain menyebut -


3. Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara komited untuk bekerjasama dengan semua badan penguatkuasaan undang-undang asing melalui konvensyen antarabangsa dan perjanjian yang disepakati. Turut mengikut langkah tersebut ialah syarikat 1MDB sendiri yang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan.



4. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami bercadang untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengikuti dan bekerjasama dengan pihak di Switzerland, dan kami berharap untuk memperolehi bukti-bukti dan hasil dari siasatan  yang dilakukan melalui saluran yang betul. Bukti-bukti ini akan dikaji semula disamping bukti dari pihak-pihak berkuasa yang lain termasuk pihak kami sendiri untuk menentukan tindakan yang tepat.

.
Itu kata AG Apandi pada 29 Januari 2016. Tapi AG Swiss kata pihak mereka tidak mendapat apa2 bantuan pun dari Malaysia hasil kenyataan pertama mereka.

Adakah AG Apandi telah MENIPU kita ?

So ....  AG Swiss minta kerjasama dari Malaysia sekali lagi. Kali ini diharap AG Apandi berilah kerjasama ya . Jangan malukan Najib ! Sebab baru 2 minggu lepas ketika melawat Germany, Najib telah berikan sepenuh komitmen untuk bantu siasatan pihak luar dalam kes 1MDB




( Para macai dan balaci jangan pula kata - Itu Najib janji kepada DOJ Amerika, bukannya kepada mana2 pihak lain seperti AG Swiss ! Dengan tahap pemikiran mereka, segalanya mungkin )


So .... apa ceritanya dengan duit SRC sebanyak USD800 juta atau RM2.6 bilion itu yang didakwa telah disalahgunakan ?

Kita semua tahu yang SRC pinjam RM4 billion dari KWAP, duit orang2 pencen. Selepas hanya satu tahun saja, SRC telah dipindah milik kepada  Kementerian Kewangan ...

Kalau mengikut akaun SRC tahun 2012, amaun USD800 juta hanya boleh dikesan kepada Other financial asset dan short term deposit seperti di bawah -


SAMA seperti skandal 1MDB seperti dakwaan DOJ, kerajaan Najib dan SRC hanya perlu tunjukkan bukti kewujudan kedua aset2 itu beserta nilainya dan dengan sendiri 'dakwaan' oleh Swiss AG akan kantoi. Senang jer .... Tapi mampukah mereka buktikan ?

Asset seperti Pelaburan dalam bentuk Unit atau Just Unit tidak perlukan akaun diaudit terlebih dahulu untuk buktikan. Lagipun kita bukan minta bukti itu dalam keadaan masakini tapi pada waktu yang disebut dalam dakwaan. 

Contohnya kes SRC .... buktikan pelaburan itu wujud antara tahun 2011-2013.

Kes 1MDB @ DOJ - buktikan pelaburan luar itu wujud tahun 2010 -2013.

Pembuktian itu semua tidak memerlukan akaun yang sudah diaudit terkini. Itu cuma alasan saja untuk mengelak.

Apapun, kita nantikan perkembangan seterusnya .... harap2 Swiss AG juga akan keluarkan Jejak Wang ( money trail ) sepertimana DOJ. Terkedu para macai dan balaci Najib nak jawab bila berdepan dengan fakta sebegitu !

Kerajaan Najib dan 1MDB serta SRC rasanya tidak mungkin dapat tunjukkan bukti2 bagi menyanggah dakwaan2 itu.

Nampak gayanya, tambah satu lagi negara akan dituduh campurtangan dalam negara kita.... nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam .... nak bunuh Melayu.

PS - jangan lupa siapa Advisor Emeritus SRC !

67 ulasan:

  1. Aduhh..bila mau habis nii wayang tamill..pusing2 kena btg hidung sendiri..nasib ko lahh jibbb....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kini di Spura attending my niece's wedding. Kebetulan, topik kali ini adalah juga front page news semalam di dada akbar2 di sini. Memalukan....!!!!

      Othman Ahmad





      Padam
    2. Dok sebuk dg negara org saja, apahal dg zika virus, apasal tak taruh kat front page. di thailand ,Indonesia semua tarun kat front page

      Padam
    3. Spore bukan kjaan Melayu so jiwa mrk bukan utk Melayu, begitu juga perihal agamanya. Sukanya kalau Malaysia porak peranda, mana tau bawa manfaat kpd mereka. Go fly kite.

      Padam
    4. Bro Man...

      Memangla di sini (Singapura) Najib punya hal jadi topik hangat.

      Tangkapan dan fakta2 semua dikemukakan cuma Malaysia terutama Pencacai Jibo saja yang tengok Najib dan Rosmah tu "SUCI"!!!

      Padam
  2. Recycle selagi bole.... bodooo bodooo

    BalasPadam
  3. Ini bukan recycle Tuan... rakyat ingin tahu siapa dalang...contohnya...SIAPA dari pihak SRC yang MASUKAN RM42 JUTA KE AKAUN PERIBADI DS NAJIB?

    Hingga kini...sepi...tiada tindakan...jika tuan ada hujah tentang SRC ...maka lontarkan...berbeza pendapat...tidak ada salah...jika cacian sekadar jawapan...nampak ada buat salah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opposition Should Not Be Hypocritical Over Political Fundings - Gerakan
      KUALA LUMPUR, Oct 7 (Bernama) -- The opposition should not be hypocritical over the proposed Political Contributions and Expenses Act which is able to strengthen the equality level of the country's politics, said Gerakan secretary general Datuk Liang Teck Meng.

      He said the opposition, which was previously critical of political funds received by Barisan Nasional (BN), was now acting in the opposite manner when the Act was proposed by National Consultative Committee on Political Financing.

      "I think equality should exist in all political parties but do not be a hypocrite. You criticised our political funding, asking where we get the funds but you do not agree with the proposal.

      "So far we have never questioned the political funds received by the opposition. Therefore, to make it more transparent I think it is very important for us to have control over political funds," he told reporters at the opening of the 2016 Gerakan Life Members Council annual general meeting, here today.

      The meeting was officiated by Gerakan president Datuk Seri Mah Siew Kiong and also attended by deputy president Datuk Dr Cheah Soon Hai and former party president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

      Padam
  4. Apakah punca recycle?

    Ianya adalah kerana pentadbiran najib dan anjing2nya gagal memberi penjelasan dan tindakan terhadap mereka yg mendakwa najib itu korup.

    1.Jika benar najib terima derma, sila berikan nama penderma tersebut? Rakyat mahukan nama penderma yg beri berbillion billion?

    2.Bagaimana pula dengan kenyataan najib "derma perlu disalurkan ke dalam akaun parti"?

    3.adakah rakyat malaysia mempunyai pemimpin dan perdana menteri suka berbohong menipu dan menyeleweng?

    4.bagaimana pula dengan menteri dan punahsihat kabinat kayu nya turut memberi lebih dari 50 alasan tidak masuk akal berhubung isu derma ini.

    5.siapakah munafik? Siapakah fasik? Siapakah mengajar ajaran sesat jika pemimpin perdana menteri dan menteri2nya bercakap bohong?

    6.Atau rakyat malaysia merupakan turut bersekongkol dan bersubahat? kerana tiada komen? Tidak tahu? menyokong?menafikan pentadbiran najib tidak terlibat dengan penyelewengan dan penyamunan?

    7.Kepada mufti, ustaz dan agamawan, adakah berbohong menyamun dan menyeleweng dibenarkan dalam islam?

    Baiklah,

    Jika tiada bukti kukuh, kenapa pentadbiran najib tidak menyaman pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini? Seperti...

    1.media2 asing seluruh dunia.
    2.DOJ
    3.Pihak pendakwaraya swiss
    4.pihak pendakwaraya singapura
    5.Tun Mahathir
    6.parti pembangkang
    7.Rakyat Malaysia anti Najib

    Kenapa tiada tindakan? Kenapa sunyi senyap? Kenapa takut? Bukankah berani kerana benar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yg mendakwa la saman, kenapa tak saman...

      Padam
    2. Yg kena dakwa tak kan sunyi senyap? Bagaimana maruah negara? Najib takder maruah? Rakyat takder maruah apabila di pandang serong oleh masyarakat dunia?

      Begini,

      "RAKYAT MALAYSIA RASUAH! PERDANA MENTERI NAJIB KORUP! ISLAM MALAYSIA CAKAP RASUAH DAN KORUP DIBENARKAN"

      Ok tak?

      Padam
    3. Kenapa tak saman?

      Khairudin buat laporan polis dengan peguam maduk lokap

      Kenapa tak saman?

      Dah saman dah, ada kena buang kes sebab teknikal, dah saman dah, dah masuk mahkamah, tetapi disejuk bekukan, bagaimana kes nak
      berjalan?

      Laporan polis dah buat dah, IGP cakap sudah terima, dalam proses, sedang siasat dan kami rakyat malaysia tidak tahu apa pihak polis dan igp siasat...

      Padam
    4. Bohong Tak payah buat buku 50 kenapa tun m cium mulut dengan dengan anwar ITU ia,

      putera Saud Abdul Aziz yg dermakan pada najib siap ADA pengsahan Surat lagi.

      Kami nak Tanya macai proton kenapa tak tanya je pada anwar itu siapa yg dermakan parti dia sila jawab siapa nama yg derma pada dap Dan Pkr ITU sila jawab macai protun...

      Padam
    5. Pengesahan? surat palsu buat per?

      Bagaimana pula cakap najib "derma perlu disalurkan ke dalam akaun parti"?

      Najib bohong ker?

      Kenapa derma dap? Pkr? Sekurang kurangnya derma depa tak songlap, najib terima derma hasil songlap dari akaun 1mdb, seluruh dunia sudah mengesahkan.

      Boleh nafikan? Punca duit derma tu sudah disahkan.

      Padam
    6. Gagal beri penjelasan..? TAN SENG GIAW DARI "DAP" DAH CAKAP TAK DLM 1MDB...apa.lagi yg x puas hati...

      Padam
    7. 5.38 baca keseluruhan statement tan seng giaw, jangan ambik sekerat2 macam ayat al quran dan hadis yg ko ambil tu....jangan ikut nafsu

      Padam
    8. Cai protun patut jawab ini '3joint Ventura company
      Dengan siapa dia 3 syarikat yg dikerjasama ITU 'macai protun pasti tak boleh jawab he.he.he
      Kalau tak tahu tengok dokumen akuan,
      Mana lebih page muka Surat ITU nampak sangat macai protun Cuba bodohkan orang ini..

      Dah cai protun kalau setakat sekerat page, macai protun tak jawab lagi apa nama 2syrikat dia kerjasama ITU baik tak payah siarkan dokemen sekerat ini, ingat tak kata Wikipedia kalau setakat sekerat dokueman baik jangan siarkan sebab ia senang manipulasi oleh orang berkepentingan

      Kami hak page dokumen src kerjasama 3syarikat yg macai protun cakap ITU ia.

      Surat 3 bukti atas macai protun siarkan bukan dokemen ia
      Hanya satu page 11 je boleh diktiraf sebagai dokemen,
      Mana dokumen lebih dokumen ITU lagi .
      satu APA nama tiga syarikat SCR yg berkerjasama itu.
      Aku tengok dokumen tiga syrikat berkerjasaman itu
      Sekali dengan cop syarikat, sijil SSM mereka ini mereka kerjasama ITU

      Nampak sangat macai protun tak boleh jawab sila jawab

      Padam
    9. Bukan senang nak saman pihak asing, ia cai protun,.
      Tun m bukan penah saman wartawan WSJ buat cerita tun m bapa rasuah di Malaysia ini. APA tun m boleh buat pergi ke barat media BBC tun m bising dekat situ, kenapa tun m tak saman je WSJ diamerika cakap tun rasuah...

      Padam
  5. APAKAH CIRI2 SIFAT MUNAFIK?

    "Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad mengatakan: “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, yaitu; jika berbicara berdusta, jika berjanji mengingkari dan jika dipercaya berkhianat”.[1]

    Kemudian ada hadits lain yang menjelaskan bahwa berdebat hingga melampaui batas termasuk dalam kategori munafik.[2]"

    Terang dan Jelas disini apabila perdana menteri malaysia, pemimpin kepada rakyat negara ini semasa ucapannya berkata;

    "Derma perlu disalurkan ke akaun parti"

    Wahai rakyat malaysia, bangunlah dan bangkit kita menentang pemimpin munafik lagi fasik ini bernama najib ini!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yg hadis, dlm alQuran banyak lagi keterangan ttg orang2 munafiq.

      Kita boleh juga seru rakyat Msia bangkit menentang pemimpin munafiq lagi fasiq bernama Mahathir ITU berdasar hadis tersebut & juga ayat2 Quran.

      Padam
    2. 2.24 jika tun mahathir munafik lagi fasiq, perincikan, beri butirannya sehingga dicop dan diberikan gelaran tersebut?

      Najib selalu, terlalu kerap berbohong dan menipu rakyat antaranya beliau berkata;

      "Sebarang derma perlu dimasukkan ke dalam akaun parti"

      Kenyataan ini adalah sebahagian kecil dari pembohongan kata2 ucapan najib.

      Bagaimana pula dengan Tun?

      Ayuh, bentangkan disini jika disini!

      Padam
    3. Haha..2.24 tuu bangla..

      Padam
    4. Tun m siap tak payah siapkan bukti ia,dulu masa tun m jatuhkan paklah pun mana pakai bukti hanya pakai air basi je dia tak Mandi ia ADA faham tak. Orang tun m yg buat pinang jatuh ketangan dap itu, Sekarang mana pergi tanggungjawab tun m ITU rampas Penang ITU balik.
      Kami cakap padan muka orang2 penang melayu yg undi dap ITU, Sekarang kampung depa semua nya dah dijual he.he.he .
      Yg Bangla macai protun sama keturunan dengan mamak jual tanah melaka pada penjaja protugis itu, keturunan mamak 'bila dapat gelaran tun dari raja melaka terus tak sedar diri seperti tun mutahir ITU jual diri pada protugis

      Padam
    5. Haha..ko merepek APA nii..ayat berterabur mcm bangla jual karpet..

      Padam
    6. Chai 3.36 bagaimana sebab tun boleh menyebabkan p.pinang jatuh ke tangan pembangkang sedangkan tun bukan PM lagi?

      Padam
    7. keturunan tun m mamak Dari tun mutahir yg jual melaka pada protugis, mahyuddin keturuhan tentera upah jawa yg larikan diri Dari perang meleka jadi elok mereka ini berkerjasama he.he.he

      Padam
  6. Sokong 1:55
    Kami rakyat biasa jangah diperboohkan. Beri penjelasan kpada kami sejujurnya. Kami bertanggong jawab keatas anak cucu kami dan tanah air kami. Ahli UMNO lebih kurang 3 juta sahaja. Kami yang selebihnya rakyat Mlaysia. Apa negara ini UMNO punya ke? Kami perlu jawapan dan jawaban yng masuk akal. Duduk diam2 lebih baik jika tak ada jawapan. Yang terpalit sila beri penjelasan iklas kerana Allah SWT. Itu pun jika beriman le.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan tak jelas bro...

      Padam
    2. Negara ini bukan Umno punya. Ia di bawah kerajaan BN yg diterajui oleh Umno.

      Padam
  7. Yang dok menyokong, menepis dan mengiakan kerja kerja mungkar ini sapa? BN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, Parti Najib dan BN...UMNO dah terkubur.

      Padam
  8. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sedikit sahaja lagi perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan datang.
    Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUN Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.
    Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka yang akan berkembang dan "lain-lain nak tiru".
    Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.
    Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, kerajaannya akan tumbang.
    "Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.
    BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyat melompat menyertai pembangkang.
    Di Johor, kata Mahathir, jika 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin, "kita dah jadi kerajaan Johor".

    celahgelegar at 2:07 PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ted kentot, drp kau copy paste artikel drp blog Celah Gelegar, lebih baik kau pegi berubat celah kelangkang kau yg berkurap tu.

      Padam
    2. 3.29 dari ko citer celah kelangkang lebih baik fokus bagaimana nak bersihkan nama najib.

      Duit ko trima tu hasil rompakan najib ke atas rakyat faham tak?

      Jadi sumbat sebaik baiknya sementara masih boleh bernafas.

      Padam
  9. Seronok nya kalau perak dan johor tumbang,boleh sambung konsesi tanah 1000 tahun lagi...yam seng kata LKS,kamu juga yang terlopong wahai badut-badut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kali lebih ada persefahaman, tak kan berulang kes konsesi 1000 tahun, dap perlu hormat pandangan komponen lain2 parti.

      Takder terlopong chai, tiada koordinasi dalam bentuk polisi, najib perlu takut gerakan parti pembangkang, nazri aziz pun main balak juga kat perak....

      Padam
  10. Nama sangat begitu terdesak nya nak berkuasa.

    BalasPadam
  11. Yg menuduh la saman ... blogger yg baik dpt kes bsnglo lajak laris tokong... bolgger bagi semua bukti ..document sokongan... ptofile syarikat.. transaksi suma bukti fakta di tunjukkan sampai skg ni tiking x berani saman... lu bikin tuduhan lu tunjukkan lah bukti... bodo bodo... beza blogger terbaik dng blogger batuapi mcm putrayahudi .....

    fucccCCCcKKkkkkkk....!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko diamlah mangkok hayon..ko dh tua pun nk fuckk..perangaii mcm jamall lahanatt..prOoTt dmuka ko

      Padam
    2. Kikiki... ted the proot man... garang tapi tak cukup zat makanan... kah kah tiap kali proot kuar bijan kikikiki... elok ko betulkan kesihatan kamo dulu... banyakkan makan vitamin..banyakkan makanan berzat.. jangan makan junk food banyak ssgt... kah kah kah banyak bijan kuar tuhhh... kah kah kah..
      sekali lagi diulang blogger terbaik spt dlm kes tokong banglo lajak laris suma bukti.. dokuman.. surat surat.. transaaksi. .profile company dll suma ditunjuk...pelikk smpi skg raja saman tokong x saman balik.... blogger yg tak baik spt blogger putrayahudi... tak mampu tunjuk bukti.. document.. hanya mengharapkan WSJ..SR...Spork dan jadi barua akhbar tsb utk jadi batuapi laga laga kan orang lainn


      kah kah kah....

      fucCCCccKKKkkkkkk......!!!!

      Padam
    3. Kes banglo lge dah naik mahkamah, najib bila lagi? Asyik sebab teknikal soh hakim batalkan kes, najib bila nak tumbuh teloq dia?

      Soh najib lawan je semua kes dia di mahkamah, x perlu buang kes? Boleh?

      Padam
    4. Bongok..dia nk saman atau tk tuu dia punya pasall..ko sibuk2 buat apa..Mohd najib pun xde teloq nk saman..

      Padam
    5. Ted kentot, najib nak saman ke tak nak saman itu dia punya pasallah.

      Ted, kau dah tua, bodoh pulak tu, jd pengikut tuhan harun lagi. Baik kau diam dan pencen. Berubat celah kelangkang kau yg berkurap tu.

      Padam
    6. Caii..tuhan harun tuu sapa..?pak sedara kamu..?Dh tua perangaii firaun..

      Padam
  12. Najib apa citer ni?

    Rasuah semakin menjadi jadi zaman najib ni...

    Dari sabah hingga ke perlis, rasuah rasuah rasuah rasuah.

    PRN sarawak beri habuan kepada pengundi.

    PRK sg besar & k kangsar pun beri rasuah kepada pengundi.

    Apa nak jadi dengan najib ni?

    BalasPadam
  13. hari tu prk k kangsar satu keluarga najib beri rasuah rm 500.00, ni org sana citer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan: Bukan 500 (lima ratus) ringgit tapi 50,000.00 (lima puluh ribu) ringgit setiap keluarga.

      Padam
    2. Nak tambah nasi? Dedak tak cukup2? Dipersilakan...

      Hancur negara hasil perbuatan jibbi dan hippi nie, pencacai menambahkan lagi masalah...

      Padam
    3. Setiap keluarga? Rasuah utk najib dapat ganjaran apa? Undi? Najib boleh jamin ke pengundi pangkah BN?

      Samada najib yang tak bijak atau ada orang tak cerdik.

      Padam
    4. 6.57 ganjaran najib untuk apa?

      NAJIB menang prk bermakna memanjangkan lagi hayat najib sebagai PM, bermakna masih ada sedikit masa, sedikit kuasa, sebelum di sumbat ke dalam penjara.

      PRU nanti seluruh menteri dan pencacai akan turut sama dihadapkan ke mahkamah.

      Hari ini?

      Takut pergi ke mahkamah.

      PRU Nanti?

      Tewas parti najib, dikuburkan, bersedia lah korang di muka pengadilan.

      Mana ada UMNO lagi? Hanya untuk mereka mengisi temolok masing2 sahaja.

      Untuk kepentingan diri sendiri, tempat mencari kekayaan, rakyat di tindas, dan di anaiya.

      Padam
    5. 7.07
      brooo PRU belom mula lagi... tak.payah nak.merenyeh renyeh benda yg tak pasti berlaku.. sg besar.. k.kangsor dah tunjuk petenda 2/3 majority.....

      Padam
    6. 7.11 berangan le ko PRU boleh buat benda haram dengan modus operandi yg sama.

      Padam
  14. Fitnah semakin menjadi2 dizaman najib. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia?

    Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):96 - Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika najib jujur, tidak menyeleweng, tak menyamun, tidak timbul pelbagai masalah negara hari ini...

      Contoh terbaru,

      Dari sabah hingga ke perlis, rasuah rasuah rasuah rasuah...

      Siapa perdana menteri? Najib.

      Apa nak jadi negaraku.

      Padam
    2. Ko nyanyi la lagu negaraku banyak2.... daah banyak rasuah didedah komolain lagi tu....

      bodo bodo. ...

      Padam
    3. Bodo lagi pencacai makan dedak,dedak tu makanan hewan, al haram pula hasil penyamunan terhadap rakyat, jadah jika nak tambah najib selalu sebut...

      Padam
  15. Cai protun patut jawab ini '3joint Ventura company
    Dengan siapa dia 3 syarikat yg dikerjasama ITU 'macai protun pasti tak boleh jawab he.he.he
    Kalau tak tahu tengok dokumen akuan,
    Mana lebih page muka Surat ITU nampak sangat macai protun Cuba bodohkan orang ini..

    Dah cai protun kalau setakat sekerat page, macai protun tak jawab lagi apa nama 2syrikat dia kerjasama ITU baik tak payah siarkan dokemen sekerat ini, ingat tak kata Wikipedia kalau setakat sekerat dokueman baik jangan siarkan sebab ia senang manipulasi oleh orang berkepentingan

    Kami hak page dokumen src kerjasama 3syarikat yg macai protun cakap ITU ia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kena mengena artikel derma najib yg berbohong sebagai pm dengan alih tiang gol ko chai?

      Padam
    2. Siapa alih tiang gol cuba jawab, cai protun gagal jawab soalan soalan ini..

      Padam
  16. Dulu alih tiang goll...sekarang alih stadiom... dari 1mdb DoJ..FBI..WSJ...SR... Spork kantoi sampai la ni tak tangkap..saman...rampas.. sita assets dah beralih isu pada derma...UMNO..dll..... dah kantoi alih tiang goll skg nak alih stadiom plakkk... kikiikikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tak tangkap bermakna najib perlu berdiam diri? Tak perlu bela diri? Najib takder maruah? Rakyat takder maruah? Nama negara pernah harum sebelum ni dah busuk.

      Perbuatan siapa? Najib....

      Padam
  17. "Kadang-kadang terfikir elok juga kiranya hukuman tembak sampai mati di tempat awam dikuatkuasakan kepada mereka yang durjana serta khianat ini.
    Kenapa rasuah nampaknya begitu berleluasa di negara kita?"


    Nasib baiklah tuan blogger belum diberi kuasa..

    Had hukuman mencuri potong tangan. Tuan blogger nak cadang tembak?

    BalasPadam