Selasa, 14 Februari 2023

Dah Tak Liwat..!

 

Bila berkuasa semuanya boleh belaka, semuanya suci murni. 

Makanya segala pembohongan dan tipu daya yang di jaja, kira dah halal segala gala...macam isu lynas di bawah ni, kira dah tak racun pembunuh, itu sEbab dah boleh rEnew lesen.


Apa nak di heran dunia akhir zaman ni yop, orang bertukar agama pun merata, lagikan bertukar pegangan politik kerana kuasa dan nikmat dunia. 

Semua boleh, lelaki perempuan jantan betina semuanya sama. Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 13 Februari 2023

Krik..Krik..!

 

Paria barua LTTE ni kebal, ditambah pulak dengan sokongan Aljub...

Kebal lawannya si bebal la..! barua bebal nak berdehem pun tak berani. 

Di Sabah, Bung dan kawan kawannya bingung@bengong..!

Politik | BN sokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Hajiji

Barisan Nasional mengambil ketetapan untuk memberi sokongan dan mendukung Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan setiap parti di peringkat Persekutuan yang telah membentuk Kerajaan Perpaduan.
Pemandian berhadas apa yang dia orang mainkan di Sabah ni? Awalnya menyokong dan mendapat jawatan, tup tup buat langkah tak sokong maka gigit jari kaki la sebab hilang jawatan. Sekarang dengan hilang jawatan dalam kerajaan negeri dan 5 ADUN yang tidak di ambil sebarang tindakan kerana engkar perintah parti tapi kembali menyokong Hajiji.
Siapa yang tetap untung dan siapa pula yang semakin rugi? Politik baru ni...politik baru...politik baruaaaaaa...
Lu Fikir La Sendiri..!

Rabu, 8 Februari 2023

Anwar Aljuburi Bakal Presiden UMNO

 


Di beritakan oleh tuan ampunya cerita, di khabarkan kawan kepada kawannya yang gambarnya terpapar sebagai orang penting yang mengiringi Aljub masuk ke Ibu pejabat UMNO setelah 25 tahun malam tadi merupakan kejayaan ke 2 terbesar yang mereka raikan. Senang cerita kawan kepada kawannya itu boleh tergolek anjing la seronok dengan kejayaan tersebut.

Kejayaan pertama katanya ialah menobatkan Aljub selaku PM. Dengan jilatan dan anggukan para barua pengkhianat maka jelas ianya telah berlaku. Usaha terancang bermula dengan surat kepada Agong, perbualan telefon cikgu dan murid, seterusnya menamakan calon perlu dan akan kalah dalam PRU, hinggalah langkah Seri Pacific di mana pertemuan secara terang terang yang mahukan PKR, DAP, Amanah sekutu PH menjadi rakan kongsi seterusnya membentuk kerajaan dengan meletakkan ALjub selaku Perdana Menteri. Itu semua done. Selesai.

Sekarang usaha ke 3. Usaha untuk menobatkan Aljub memimpin parti terbesar dan tertua dalam negara ini. Jika di kaji sejarah Keadilan dan PKR sebelum ini, Aljub tak pernah pun menjadi Presidennya. Aljub hanya menjadi mentor sebagai Ketua umum dan penasihat, namun apabila adanya keretakan hubungan dan perpecahan antara 2 kem Rafizi dan SAifudin Nasution meruncing dalam pemilihan yang lalu maka Aljub terpaksa melompat menjadi Presiden bagi mengamankan pertelingkahan tersebut. Kalau tidak Aljub akan kekal sebagai penasihat dan Ketua UMUM PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan.

letak gambar supaya tak blend sangat..huhu

Namun, dengan adanya anak murid selaku barua terulung, tentu usaha untuk meletakkan Aljub sebagai Presiden ameno bukan lagi sesuatu yang mustahil. Kalau Profesor kangkung kat atas tu pun boleh tukar cakap. Kalau ahli empty dan KB-KB pun boleh pusing bumi 360', lebih lagi ramai yang dapat bersalam dengan budak yang nama mali dalam pau lalu tentu mudah untuk mengubah pendirian ketua cawangan dan ahli parti. Sekarang pun kasih sayang kepada Aljub sedang wangi memekar di kalangan anggota parti, senyum lain harga, salam lain harga, jilat lebih tinggi lagi reganya.

Tugas utama macai ialah menang di bahagian masing masing, dengan adanya majoriti 2/3 maka selepas ini akan ada persempadanan semula. Maka setiap ketua dan timbalan akan memimpin sebagai penaja. Kawasan di tambah maka akan lebih ramai yang bakal jadi calon pru, pegang bahagian-jadi calon. Itu matlamat. Itu tujuan..! Menang tak jamin lagi, kalah dah tentu di kebanyakkan kawasan sebelum ini. Yang penting networking ini perlu di bentuk dan diperkemaskan susun aturnya.

Aljub dan sekutu dah lama rancang, mereka tahu apa yang mereka buat dan mereka laksanakan. Yang lain beriya iya tu sedang dan akan buat apa? bila sesuatu berlaku buat buat terperanjat macam biasa..!  Nak kemana macam tu???
Lu Fikir La Sendiri..

pss..guru aok baru khabor, katanya..
'Bukan bakal. Dah jadi pun...de facto ketua umum UMNO dan BN' 


Isnin, 6 Februari 2023

Goyang Telur Bro..!

 

Bukan main bangga menolak kenderaan rasmi Mercedez Benz 600. Tapi ke sini sana naik heli. Cuba kira kos perjalanan Aljub sejak menjadi PM dengan menggunakan heli. Kos minyak ajer pun rasanya dah boleh beli Merz tu berkali kali agaknya. Tapi barua kan ada, tentu usaha untuk meMADANIkan apa jua yang Aljub buat ini akan dijunjung dengan taat oleh para penjilat setia.


Ni satu hal lagi yang menyebabkan para barua tertelan kapor barus, nak sanggah tentu tak berani, bila di pentas parti di mesyuarat cawangan sekarang ini tentu para barua mengatakan itu politik, biar la urusan DAP tu PM yang uruskan. Ahli di bawah buat la kerja ahli. Jangan sebok kerja empty. Bila keluar pulak kenyataan ini..

DAP terus mengkritik tindakan polis berkaitan tatacara berpakaian ketika hadir untuk membuat laporan kes di mana-mana balai polis.

Terbaharu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyifatkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sany Abdullah Sani sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini (5 Februari 2023), Kelvin berkata tanggungjawab polis adalah untuk menjaga keselamatan komuniti dan bukannya menjadi “polis moral komuniti” lebih – lebih lagi apabila melibatkan keselamatan rakyat.

“Tatacara pemakaian semasa membuat laporan polis bukan keutamaan polis kerana keutamaan mereka adalah untuk menjaga keselamatan rakyat. sumber

Paling kuat barua kata, ini biarlah Menteri kabinet uruskan, biar PDRM jawab, depa nak bogel pergi balai pun apa kita kisah. Sebagai ahli, kita jaga parti. Kita jadi kerajaan kerana mereka, maka biarlah mereka nak kata apa pun. Kita semakin kuat kerana duduk bersama DAP yang jujur selama ini. Sama sama mempertahankan kerajaan ini. Ahli jaga parti. Itu pasti menjadi wirid ampuh di cawangan sekarang ini. Zaman madani ni apa pun boleh, mercun pun dah halal be'.

Empty dan barua yang lain boleh terus goyang telur macam biasa.

Telur siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!

Ahad, 5 Februari 2023

P. Ramlee Dah Lama Bagitahu..

 

Ini bukan seni mempertahankan diri, tapi inilah kemuncak seni mempertahankan kroni. Kewajiban seorang machai untuk mempertahankan ketuanya. Bagi Anwar Aljub dan sekutu dengannya, rakyat negara  ini bodoh dan bangang yang hanya akan terjelir lidah mengangguk akan apa jua yang dia lakukan. Sementara machai@barua perlu terus membuktikan kesetiaan. Itu yang di rapukan oleh Rafizi..

Budaya nepotisme dengan melantik saudara terdekat menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan wajar dielakkan pada masa depan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau sedar dengan kritikan pelbagai berkenaan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri serta anak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan.

"Saya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat. sumber

Orang lain salah, berdosa dan masuk neraka.
Bagi mereka pula itu tindakan mulia untuk menyelamatkan negara dan dunia.

P.Ramlee lama dah bagi tahu akibat salah memangkah..!
Dapat apa? Lu Fikir La Sendiri..!


Sabtu, 4 Februari 2023

Hari Ini Teruskan Sejarah

 

Budak suruhan @ barua at works..!


Demi sebuah passport...huhu..

Sekadar meneruskan sejarah hitam bangsa. Perjuangan..?

Lu Fikir La Sendiri..!

Rabu, 1 Februari 2023

Zahid Membodohkan Ahli, Anwar Membodohkan Diri..!

 

Asal buka mulut pasti akan menyebabkan dunia mentertawakan watak, lagak dan tindak tanduknya. Komen Zahid -

Bukan benci individu tertentu tapi selamatkan parti - Zahid

Boleh baca lanjut disini. Bagi Zahid dan konco baruanya, usaha mengalih tiang gol dan menggelapkan pemikiran ahli UMNO perlu di lakukan secara berterusan supaya segala pengkhianatan dan kepincangan yang telah dan sedang mereka lakukan tidak menjadi isu utama dalam sessi pemilihan Cawangan dan Bahagian Bahagian yang bermula bulan ini. Hakikatnya ramai ahli UMNO yang sudah muak dan jelak dengan siri penipuan yang di mainkan oleh pemimpin yang hanya tahu mengatur langkag bagi menjaga kepentingan diri dan puak mereka semata mata.

Sama lah macam tokey@cikgu Zahid, Anwar Aljuburi yang tetap mempertahankan isu perlantikan anak sendiri di dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini.

Anwar dalam usaha untuk menutup pekung di dada di laporkan berkata..

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menolak dakwaan bahawa pelantikan anak perempuannya, Nurul Izzah, sebagai penasihat kewangan dan ekonominya, adalah satu kes nepotisme.

Nepotisme, katanya, ialah apabila ahli keluarga diberi jawatan untuk menyalahgunakan kuasa, memperkayakan diri, mendapatkan kontrak dan mendapat bayaran yang besar. 

Anwar berkata, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Persoalannya, apakah Anwar sedang memberitahu dunia bahawa beliau sendiri sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kecekapan, ketelusan seterusnya kewibawaan pegawai kerajaan? Apakah Anwar selaku Perdana Menteri sebenarnya tidak yakin kepada sistem perolehan yang selama ini di laksanakan dengan jujur dan berintegriti oleh kakitangan awam? Apakah Anwar sedang memberitahu alam ini bahawa dengan melantik dan meletakkan anak nya Nurul sahaja lah segala kepincangan, penyelewengan dan korupsi perolehan dapat di jayakan dengan penuh amanah? 

Kenapa hanya itu sahaja jalan yang mampu Anwar fikir dan lakukan demi memperbaiki mutu dan kelancaran operasi di dalam sektor awam..? Apakah itu sahaja tahap kemampuan akal fikir yang Anwar Aljuburi mampu canai selama ini?

Bodoh sangat la..! Jelas Zahid dan Anwar memang regu yang baik dalam isu ini.
Bodoh membodoh membawa kehancuran..! Tunggu la binasanya tiba.

Bila? Lu Fikir La Sendiri..!

psst- pemimpin dan ahli ameno boleh buat apa?