Memaparkan catatan dengan label 1mdb mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb mahkamah. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2019

1MDB ~ Kenapa Tak Lawan..!


Ingat lagi kenyataan di atas tu?

Kalau ikut kenyataan tu apa jua yang mendatang pasti akan di tentang dengan berani..!

1MDB: Wang RM369,662 Naza Quest Auto, MP Maran jadi hak kerajaan

KUALA LUMPUR - Wang berjumlah RM369,662 yang dibekukan daripada akaun bank milik Naza Quest Auto Sdn Bhd dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Jumlah wang yang dipohon kerajaan untuk dilucut hak daripada Naza Quest Auto ialah RM269,662 dan Ismail berjumlah RM100,000.

Peguam, Md Yunos Sharif yang mewakili Naza Quest Auto memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa anak guamnya yang merupakan responden dalam permohonan itu bersetuju wang RM269,662 dalam akaun semasa Islamic Maybank atas nama responden dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillay dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan daripada Naza Quest Auto.

Bagi Ismail pula, Allan berkata, persetujuan beliau (Ismail) untuk menyerahkan wang itu dikemukakan melalui surat bertarikh 24 Jun 2019.

"Yang Arif, dalam surat pada 24 Jun 2019, Ismail bersetuju untuk menyerahkan wang itu kepada Kerajaan Malaysia dan responden juga memohon pengecualian tidak hadir di mahkamah.

Oleh itu, saya memohon wang RM100,000 itu dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia," katanya.
Hakim Mohd Nazlan membenarkan wang RM269,662 daripada akaun Naza Quest Auto dan RM100,000 daripada akaun Ismail dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

Bagi tiga lagi entiti iaitu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), UMNO Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd, Hakim Mohd Nazlan menetapkan masing-masing pada 22 November, 13 November dan 5 November untuk mendengar permohonan lucut hak oleh pendakwaan terhadap harta ketiga-tiga responden.

"Pihak pendakwaan sudah mewartakan untuk kehadiran pihak ketiga pada hari ini. Bagaimanapun tiada pihak ketiga yang hadir. Oleh itu, kami memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak lapan daripada 41 entiti telah menyerahkan wang daripada akaun masing-masing kepada Kerajaan Malaysia.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pihak pendakwaan juga memfailkan permohonan pewartaan notis bagi pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam harta yang disita untuk hadir ke mahkamah dan menyatakan tuntutan mengikut Seksyen 56(1) dan 61(2) AMLATFPUAA. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47695/BERITA/Mahkamah/1MDB-Wang-RM369662-Naza-Quest-Auto-MP-Maran-jadi-hak-kerajaan

sumber

Macam tak berani jer..!
Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!


Khamis, 20 Disember 2018

1MDB ~ Drama Semakin Seram..!


Rakyat memang tak sabar nak melihat kesudahan episod rompakan terbesar negara ni..! Biar semua urusan berjalan dengan lancar dan berjaya mengeheret semua yang terlibat ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang sewajarnya..!

Bekas pegawai bank Goldman Sachs International, Roger Ng Chong Hwa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan bersubahat dengan  Goldman Sachs berhubung penjualan Nota-nota Terjamin anak syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$6.5 bilion dengan meninggalkan fakta-fakta material dan  membuat penyataan tidak benar.

Bagaimanapun, Ng, 46, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mahkamah membenarkan Ng diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan 18 Mac 2019 ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menawarkan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan manakala Ng yang diwakili  Datuk Tan Hock Chuan memohon jumlah jaminan yang rendah dalam lingkungan RM600,000.

“Saya tiada halangan untuk anak guam saya serahkan pasport kepada mahkamah,” kata Tan dan Manoj kemudiannya membalas: “ini bukan kes biasa”.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat Goldman Sachs International (diperbadankan di United Kingdom) didakwa, sebagai Pengurus dan Pengaturcara bagi penjualan Nota-Nota Terjamin Matang 2022 bernilai AS$1.75 bilion dengan kadar faedah 5.99 peratus, yang akan diterbitkan oleh 1MDB Energy Limited (diperbadankan di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia), antara 19 Mac 2012 dan 25 September 2012 di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di sini, secara langsung berkaitan dengan penjualan Nota-nota tersebut dan telah meninggalkan daripada menyatakan fakta-fakta material, iaitu:

(i) seorang yang bernama Low Taek Jho ,37, adalah pengendali dan perantara utama bagi 1MDB, iaitu syarikat induk 1MDB Energy Limited;

(ii) 1MDB Energy Limited and Aabar Investments P.J.S. Limited (Aabar Limited) telah menandatangani satu “Collaboration Agreement For Credit Enhancement” bertarikh 21 Mei 2012 di mana 1MBD Energy Limited telah bersetuju untuk membayar Aabar Limited satu penambahan kredit dan sumbangan penaja jaminan secara tunai (Cagaran Peningkatan Kredit) sebagai ganjaran kepada Aabar Limited mendapat satu jaminan daripada International Petroleum Investment Company P.J.S.C. (IPIC), bagi pihak 1MDB Energy Limited, yang menjamin Nota-nota tersebut, dan Cagaran Peningkatan Kredit tersebut akan dibayar daripada hasil terbitan Nota-nota tersebut;

(iii) 1MDB Energy Limited dan Aabar Limited telah menandatangani “Option Agreement” bertarikh 18 Mei 2012 di mana 1MDB Energy Limited telah memberi Aabar Limited satu opsyen untuk membeli sehingga 49 peratus daripada saham-saham yang dimiliki oleh 1MDB Energy Limited di dalam 1MDB Energy Sdn Bhd, sebagai ganjaran kepada Aabar Limited untuk mendapat IPIC sebagai penjamin untuk menjamin pembayaran kesemua jumlah yang dinyatakan perlu dibayar dari semasa ke semasa oleh 1MDB Energy Limited berkaitan dengan Nota-Nota tersebut; dan

(iv) 1MDB dan IPIC telah menandatangani satu “InterGuarantor Agreement” bertarikh 21 Mei 2012 di mana 1MDB telah menaja jamin sepenuhnya kesemua amaun yang perlu dijelaskan dan dibayar di bawah Nota-nota tersebut, termasuk kesemua kos, perbelanjaan, ganti rugi, liabiliti yang ditanggung atau dialami oleh IPIC, dan sekiranya 1MDB tidak mampu memenuhi obligasi-obligasi penaja jamin tersebut, 1MDB akan mendapatkan Kementerian Kewangan Diperbadankan untuk memberi pembiayaan yang perlu dan sokongan untuk membayar balik IPIC sepenuhnya, yang perlu bagi menjadikan pernyataan-pernyataan yang dibuat di dalam Pekeliling Tawaran bertarikh 18 Mei 2012 bagi Nota-nota tersebut, iaitu:

(i) pernyataan-pernyataan berkenaan “MANAGEMENT OF 1MDB GUARANTOR” yang dibuat pada muka surat-muka surat 50-52;

(ii) pernyataan-pernyataan berkenaan “USE OF PROCEEDS” yang dibuat pada muka surat 29;

(iii) pernyataan-pernyataan berkenaan “Strategic alliance between 1MDB Guarantor and IPIC Group” yang dibuat pada muka surat 37;

(iv) pernyataan-pernyataan berkenaan “Guarantee and Status” yang dibuat pada muka surat-muka surat 96 dan 97;

Oleh yang demikian Goldman Sachs International  telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen 182 akta sama, dan bahawa, Ng  telah bersubahat dengan Goldman Sachs International melakukan kesalahan tersebut, di mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh,

Ng didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama di 1MDB, di sini antara 19 Mac 2012 dan 25 September  2012. - Bernama.


Ada yang seram ke?

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!