Ingat apa yang dikatakan oleh Najib tu..! tuii..!
Tetiba Joe selaku MK2 pulak cuba nak menganjing berkaitan business model 1MDB..! Kak ros kan dah sound awal awal dulu..! jangan cuba kacau buss..! nanti buss padam nama macam husni baru tau..!
Baca cara ubat jentik jentik yang Joe taburkan semalam di nst. Jangan tak jentik la katakan..!
Hakikatnya rakyat dan dunia begitu 'sinis' dengan apa yang berlaku dan cuba di lakonkan itu..!
Fahamkan apa yang di huraikan oleh Din Turtle dibawah ni..!
Kritikan Johari Terhadap 1MDB Jauh Terlalu Lembut ! Sepatutnya Guna - 1MDB Was Hampeh All Along..
Kenyataan dari Dato Johari semalam di NST 1MDB to be a run-off company pastinya merupakan satu pengakuan dipihak kerajaan bahawasanya 1MDB MEMANG HAMPEH !
Sebelum ini pun Johari pernah keluarkan kenyataan yang hampir sama mengenai 1MDB. Kali ini Johari kata, aset2 1MDB yang diambilalih oleh kerajaan akan dijual untuk bayar hutang 1MDB. Ini termasuk menjual dan membangunkan tanah TRX dan Bandar Malaysia.
Jual dan Bungkus !
Tapi ada kenyataan Johari yang masih cuba menegakkan benang basah 1MDB -
According to Johari, the idea was basically to use 1MDB to leverage its ability to borrow money and do something that an ordinary company could not do — to develop huge assets like Bandar Malaysia and TRX, and at the same time, consolidate the energy sector.
Terjemahan saya - idea asal adalah untuk menggunakan kelebihan 1MDB iaitu kemampuan berhutang dan lakukan sesuatu yang syarikat biasa lain tidak mampu lakukan - membangunkan aset besar seperti Bandar Malaysia dan TRX dan waktu sama menyatukan IPP.
Hahahah..... kelebihan yang ada pada 1MDB itu adalah kerana JAMINAN KERAJAAN. Syarikat apapun kalau kerajaan sanggup beri jaminan, akan senang buat pinjaman bilion2 !
Apa dia kepakaran yang ada pada 1MDB untuk bangunkan projek sebesar TRX ? Kenapa tidak diberikan kepada GLC lain yang sememangnya pakar, punya pengalaman dalam bidang2 berkenaan ?
Kenapa Johari tak sebut projek pertama 1MDB iaitu usahasama dengan Petrosaudi ? Itulah sebenarnya IDEA ASAL Najib mengwujudkan 1MDB ! Itulah Projek 1MDB yang awal.
Itupun kalau 'Projek Bagaimana Nak Berhutang Bilion2' tak boleh dikira sebagai satu bentuk projek. Kalau boleh dikira sebagai satu projek, maka lebih sesuai disebut - Idea asal 1MDB adalah bagaimana nak dapatkan duit bilion2 melalui hutang.
Dapatkan dulu duit bilion2, lepas itu baru fikir macamana nak belanjakan mengikut agenda yang telah ditetapkan.
Terbukti beberapa kali 1MDB ketika mahu mendapatkan wang, mereka bertindak amat pantas sekali. Semua SOP diredah, peringatan lembaga pengarah dilanggar, yang paling utama adalah untuk mendapatkan wang besar secepat mungkin.
Kalau benar TRX merupakan projek utama, kenapa dana yang dipohon untuk bangunkan TRX sebanyak USD3 bilion dialihkan kepada kegunaan lain ?
Bak kata Muhyiddin, 1MDB adalah satu skim penipuan terbesar !
Apapun, elok juga kita renung kembali kenyataan Najib di New York tahun lepas ...
1MDB model Idealistik ? Hahahaha ..... Kalau nak menipu, memanglah 1MDB itu idealistik sangat !
***************************
Terbaru Sarawak Report ada keluarkan satu lagi artikel yang mereka dakwa sebagai sebahagian dari Lapuran JAN yang diOSAkan. ( status keaslian yang masih belum dapat disahkan oleh oleh pihak Polis walaupun sudah lebih seminggu siasat ! )
Bab 2 Islamic Medium Term Notes, Pelaburan Ekuiti, Nota Murabahah dan Dana Portfolio
Kali ini diperincikan apa yang berlaku kepada pelaburan awal 1MDB bersama Petrosaudi, kemudian dilaburkan di Cayman akhirnya menjadi Just Unit.
Panjang lapurannya tapi ia sesuatu yang WAJIB BACA jika anda mahu penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam skandal 1MDB-Petrosaudi.
Jelas disebut bagaimana semua peraturan dan SOP dilanggar begitu saja .... macam bapak dia punya duit !
Seperti yang sering saya sebutkan juga, keseluruhan pelaburan dan kononnya campur untung berjumlah USD2.318 bil boleh dipertikaikan kewujudannya. Apa yang disajikan oleh 1MDB hanya CERITA saja tanpa sebarang bukti konkrit ditunjukkan akan kewujudan duit itu.
Tidak pernah sekali pun duit Cayman itu ditunjukkan, atau Just Unit dibuktikan nilainya sebagaimana didakwa.
Bagi saya, ayat yang digunakan oleh Johari di atas -
Wrong Business Model, Weak management dan Lack of corporate governance adalah terlalu lembut untuk gambarkan apa yang berlaku dalam 1MDB.
Tapi SIAPA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN ?
Orang yang lahirkan idea 1MDB itu sendiri tak reti nak bertanggungjawab ke ? Sibuk nak hijack idea dan projek pemimpin lama, sendiri punya idea dan projek - HAMPEH !
1MDB was HAMPEH all along - itu ayat yang lebih sesuai Johari gunakan.
Faham???
Lu Fikir La Sendiri!!!