Sebenarnya malas nak ulas berita tongkol hanyut ni..! tapi bila dah beriya iya sangat berkata...
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam berkata kumpulan penentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi layak untuk mewakili Umno dan BN kerana mengkhianati perjuangan parti dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap presiden mereka.
Justeru, katanya pemimpin berkenaan tidak wajar dibenarkan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah tiket BN.
"Jika mereka (Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz) tidak menyokong Umno dan perdana menteri maka tidak wajarlah mereka mewakili Umno (pada pilihan raya umum akan datang)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Kuala Lumpur hari ini.
Ali kini bersih lagi suci..! Ali sudah bersih dan suci dari salah laku dalam pemilihan UMNO dulu..!
Ali juga walau sudah berpenggal penggal menjawat jawatan CM Melaka telah kalah di kawasan sendiri didalam pilihanraya yang lalu.
Namun mungkin Ali merasakan telah kembali diterima rakyat apabila di angkat sebagai Senator..! Cuma mungkin dalam rombakan kabinet yang lalu Najib masih melihat Ali belum sesuai diberikan jawatan didalam kabinet..!
Khabarnya TYT akan mengakhiri tugasnya dalam beberapa bulan lagi..! Mungkin Ali boleh diangkat menjadi TYT bagi mengimbangi pengaruh 'Sultan Melaka'..!
Atau Ali juga sudah besar dan gagah serta bersedia untuk diberikan jawatan Menteri didalam Kabinet Najib usai PRN Sarawak jika rombakan kabinet berlaku..! Peluang Ali menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden UMNO sekali lagi pasti terbentang luas jika bergelar Menteri..!
Itu mungkin cita cita Ali..! Ali berhak dengan cita citanya..! Namun Ali juga perlu bersedia menerima penilaian rakyat dan pengundi..!
Kalau jenis Ali ni la..???
Lu Fikir La Sendiri!!!
