Memaparkan catatan dengan label amanat hadi sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amanat hadi sesat. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2012

Binatang Ni Ada Pilihan Ke?


Malu la sikit..kalau tak de maruah pun jangan la sebok menayang diri yang tak berharga tu..! Isu nya ialah amanat binatang ni yang dah mendarah daging dikalangan kuda belang yang telah merosakkan akidah dan pegangan agama ummah. Tak terasa apa apa ke Hadi? Tak takut ke Hadi? Tak terbayang ke bagaimana Hadi nak menjawab di Yaumil Mahsyar kelak atas apa yang telah dia lakukan..!!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

Seorang Islam yang beriman pasti akan memohon keampunan Allah atas apa yang telah dia perbuat..! selain itu seorang Islam yang baik pasti akan bermaafan kerana hubungan manusia sesama manusia hanya terampun jika manusia yang teraniaya memaafkannya..! Ada akal ke? Ada Iman ke? Islam apa ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 30 Disember 2012

Hadi Gila Talak..!

MARANG 29 Dis. - Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini tampil memberikan reaksinya berhubung isu Amanat Haji Hadi yang dicetuskan beliau pada 1981, tetapi dengan satu syarat.

Jelas Abdul Hadi, beliau hanya akan menjelaskan mengenai amanat itu sekiranya kerajaan memberinya peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.
“
Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit.

Masa mangkuk ni buat kenyataan dulu tak pulak dia bagi syarat..hari ni bila dah tersepit mula pulak bagi syarat! Syarat pulak nak menjilat ludah dan katak sendiri apabila meroyan mahu diberikan peluang keluar di. RTM dan TV3. Kenapa pulak? Kenapa pulak minta nyawa dengan stesen yang dia dakwa berat sebelah ? Apa punya bengong?

Bukan soal stesen mana yang Hadi pilih..soalnya ialah kesesatan demi kesesatan yang wujud setelah amanat sesat ini diimani oleh ramai kuda belang Pas dari dulu hingga kini yang menyebabkan sembahyang 2 imam, kebumi jenazah isteri tepi rumah, buang ibu bapa dan keluarga, tak datang menziarahi kematian ibu, tak datang rumah mertua, nikah 2kali dan banyak lagi penyelewengan agama yang begitu menggoncang akidah seseorang yang taksub dan berikan kepada amanat gila Hadi ini.

Maka Hadi sebenarnya tak perlu minta itu dan ini, tak perlu syarat sana dan sini, apa yang Hadi perlu buat dan minta ialah   Mohon keampunan Allah dan bertaubat dan minta maaf kepada seluruh umat Islam dengan mengakui kejahilan yang ada pada dirinya telah memangnya kan ramai manusia yang tidak berdoa..sekarang kurang Hadi dah berusaha untuk menjadi manusia yang beragama kalau pun sebelum ini dia dilihat lebih kepada manusia yang banyak menyesatkan orang dalam isu agama...!

Lu Fikir La Sendiri!

Sabtu, 22 Disember 2012

Hadi Jadikan Pengikut PAS Seperti Hamba Zaman Jahiliyah..!


Itu sebab kita semua diminta berdoa agar sentiasa dinaungi taufik dan hidayah Allah s.w.t. Kerana jika tiada taufik hidayah maka sama lah kita dengan mereka yang lahir di zaman jahiliah, mereka yang hidup dizaman kegelapan, malah ada dikalangan mereka ini ditunjukkan segala kebesaran dan kekuasaan Allah apabila para nabi menunjukkan mukjizat demi mukjizat namun jika tiada Taufik dan Hidayah Allah..pasti hati mereka tertutup rapat..hati mereka mati..! Itu lah yang berlaku kepada para pengikut PAS apabila terkenangkan Amanat sesat Hadi yang menjadi pegangan mereka selama lebih 30 tahun ini..
 
BESUT 19 Dis. - Abdul Manaf Idris (gambar), 65, dari Kampung Tanah Merah di sini merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka.

Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.

''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan.

Lagi bukti..

BESUT 21 Dis. - Imam Masjid Darau di sini, Mat Yah Abdullah Wahab, 68, yang berwajah tenang dan nada tutur katanya bersahaja merupakan saksi paling jelas terhadap kesan Amanat Haji Hadi sejak lebih tiga dekad lalu.

Beliau memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu dalam situasi yang cukup sukar apabila sebahagian daripada penduduk di kawasannya antara yang paling taksub bermain politik tanpa dapat membezakan antara parti dan agama.

''Apabila amanat itu mula menjadi pegangan, mereka mula menjauhkan masjid dan mendirikan solat Jumaat di bangunan yang dibina sendiri sedangkan kedudukan bangunan itu begitu hampir dengan masjid sedia ada.

''Masjid menjadi lengang sehingga nak tunaikan solat Jumaat kena bilang orang. Saya bukan sahaja tidak diterima sebagai imam, malah orang macam saya yang dilantik oleh kerajaan juga tidak boleh memandi dan menyembahyangkan jenazah," ujarnya

Hadi bangga dengan amanat sesat tu kan? bertaubat la..
Lu Fikir La Sendiri!!!