Sabtu, 22 Disember 2012

Hadi Jadikan Pengikut PAS Seperti Hamba Zaman Jahiliyah..!


Itu sebab kita semua diminta berdoa agar sentiasa dinaungi taufik dan hidayah Allah s.w.t. Kerana jika tiada taufik hidayah maka sama lah kita dengan mereka yang lahir di zaman jahiliah, mereka yang hidup dizaman kegelapan, malah ada dikalangan mereka ini ditunjukkan segala kebesaran dan kekuasaan Allah apabila para nabi menunjukkan mukjizat demi mukjizat namun jika tiada Taufik dan Hidayah Allah..pasti hati mereka tertutup rapat..hati mereka mati..! Itu lah yang berlaku kepada para pengikut PAS apabila terkenangkan Amanat sesat Hadi yang menjadi pegangan mereka selama lebih 30 tahun ini..
 
BESUT 19 Dis. - Abdul Manaf Idris (gambar), 65, dari Kampung Tanah Merah di sini merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka.

Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.

''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan.

Lagi bukti..

BESUT 21 Dis. - Imam Masjid Darau di sini, Mat Yah Abdullah Wahab, 68, yang berwajah tenang dan nada tutur katanya bersahaja merupakan saksi paling jelas terhadap kesan Amanat Haji Hadi sejak lebih tiga dekad lalu.

Beliau memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu dalam situasi yang cukup sukar apabila sebahagian daripada penduduk di kawasannya antara yang paling taksub bermain politik tanpa dapat membezakan antara parti dan agama.

''Apabila amanat itu mula menjadi pegangan, mereka mula menjauhkan masjid dan mendirikan solat Jumaat di bangunan yang dibina sendiri sedangkan kedudukan bangunan itu begitu hampir dengan masjid sedia ada.

''Masjid menjadi lengang sehingga nak tunaikan solat Jumaat kena bilang orang. Saya bukan sahaja tidak diterima sebagai imam, malah orang macam saya yang dilantik oleh kerajaan juga tidak boleh memandi dan menyembahyangkan jenazah," ujarnya

Hadi bangga dengan amanat sesat tu kan? bertaubat la..
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan