Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2015

ALHAMDULILAH ~ Banjir Beransur Pulih..!

Syukur alhamdulilah..! mangsa banjir menunjukkan penurunan namun sekarang usaha yang perlu dipertingkat dan dipergiat ialah memenuhi keperluan hidup mangsa yang kehilangan rumah dan segala kemudahan asas yang perlu bagi setiap isi rumah..!

Pelbagai bantuan berupa barangan keperluan seperti pakaian juga amat amat diperlukan oleh mangsa..! 

Bantuan selepas bencana..! Bersama sama lah kita menghulurkan bantuan bagi meringankan beban..!

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Terjejas Menurun

Sukarelawan dari Kementerian Kewangan bersama penduduk setempat membersihkan kawasan sekolah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut di SK Tiong, di Kota Bharu, Rabu. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor dilaporkan beransur surut petang ini apabila bilangan mangsa yang dipindahkan mencatat penurunan berbanding di sebelah tengah hari.
Di KELANTAN jumlah mangsa berkurangan daripada 96,259 orang pada tengah hari kepada 95,196 orang petang Rabu, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman.
Katanya, sejumlah 24,606 keluarga masih ditempatkan di 265 pusat pemindahan di lapan daerah dengan Kota Baharu mencatatkan 24,077 mangsa, Pasir Mas (3,015), Tumpat (18,408), Tanah Merah (30,000), Kuala Krai (5,645), Gua Musang (6,493),Machang (7,366) dan Pasir Puteh (192).  
Di PERAK, keadaan banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian dan Manjung menurun sedikit kepada 7,114 mangsa daripada 1,945 keluarga berbanding 7,273 mangsa daripada 1,975 keluarga.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, jumlah mangsa di Perak Tengah menunjukkan sedikit penurunan iaitu sejumlah 4,902 mangsa daripada 1,337 ditempatkan di 20 pusat pemindahan.
Di daerah Kuala Kangsar jumlah mangsa juga berkurangan kepada 1,131 orang daripada 304 keluarga, Hulu Perak (720), Kerian (321) dan Manjung (40).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir mencatat sedikit penurunan kepada 51,173 orang berbanding 51,356 orang yang ditempatkan di 244 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terlibat.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah paling banyak iaitu 21,301 orang di 65 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 12,866 orang di 41 pusat pemindahan, Jerantut (5,231 orang/57 pusat), Lipis (3,478 orang/23 pusat), Maran (3,352 orang/28 pusat), Bera (3,174 orang/19 pusat), Kuantan (1,641 orang/lapan pusat) dan Rompin (130 orang/tiga pusat).
Di JOHOR, keadaan banjir di negeri ini makin pulih dengan mangsa banjir berkurangan kepada 138 mangsa daripada 32 keluarga setakat pukul 4 petang.
Sehingga kini, enam pusat pemindahan masih dibuka iaitu satu di Batu Pahat, lima di Segamat manakala 43 mangsa di daerah Batu Pahat telah pulang ke kediaman masing-masing, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor. 
Di TERENGGANU semakin ramai mangsa banjir meninggalkan pusat pemindahan dengan jumlah mangsa banjir di Terengganu tinggal 11,636 petang ini, berbanding 12,504 pada tengah hari.
Mengikut statistik MKN Terengganu, mangsa yang ada di pusat pemindahan di Dungun kini berjumlah 5,627 (sebelumnya 6,225), Kemaman 5,796 (6,063), Hulu Terengganu 3 (15) dan Kuala Terengganu kekal 210.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 2 Januari 2012

Kelantan Banjir! Nik Aziz Bagi Ceramah Jer..!


Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pasir Puteh, Kelantan meningkat setakat pukul 4 petang Isnin manakala mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Besut dan Setiu Terengganu dan Segamat, Johor berkurangan.

Di Pasir Puteh, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 232 orang membabitkan 55 keluarga berbanding 120 orang pagi Isnin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata ini berikutan hujan yang sesekali lebat melanda jajahan itu sejak pagi, bagaimanapun tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

Katanya kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil.

Setakat pukul 4 petang, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya pada 9.89 meter (bahaya 9 meter) manakala sungai-sungai utama lain masih di paras biasa walaupun paras air dilaporkan meningkat secara perlahan.

Nasib baik ada agensi Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab dalam mempastikan rakyat yang menjadi mangsa banjir mendapat semua keperluaan dan pembelaan yang sepatutnya...! nak harap kerajaan negeri Pembangkang? kucing bertanduk laa..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!