Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pasir Puteh, Kelantan meningkat setakat pukul 4 petang Isnin manakala mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Besut dan Setiu Terengganu dan Segamat, Johor berkurangan.
Di Pasir Puteh, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 232 orang membabitkan 55 keluarga berbanding 120 orang pagi Isnin.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata ini berikutan hujan yang sesekali lebat melanda jajahan itu sejak pagi, bagaimanapun tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.
Katanya kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil.
Setakat pukul 4 petang, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya pada 9.89 meter (bahaya 9 meter) manakala sungai-sungai utama lain masih di paras biasa walaupun paras air dilaporkan meningkat secara perlahan.
Nasib baik ada agensi Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab dalam mempastikan rakyat yang menjadi mangsa banjir mendapat semua keperluaan dan pembelaan yang sepatutnya...! nak harap kerajaan negeri Pembangkang? kucing bertanduk laa..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
WALLY SLIPAU GALAKAN RAKYAT DIA BAYANGKAN AIR KELADAK SUNGAI MCM AIR TEH LER BROO KEHKEHKEHKEH
BalasPadamAyuh rakyat kelantan..tagihlah dari nik ajis tu bantuan..dah jelas dia duk ceramah saje..mana bantuan untuk mangsa banjir?? huhu..dah kritikal macam ni pun masih sokong nik ajis tu ka?? cuba lah berfikir waras skit..
BalasPadam