Bercakap kerana nak menyampaikan sesuatu..! bukan kerana suka nak bercakap..! Besar bezanya tu..! Lebih lagi kalau yang suka nak bercakap tu orang berjawatan..! Lagi besar jawatan lagi besar la kesannya..! Mulut besar pun yer tu..!
Najib golongan berdarjat dan bangsawan, Zahrain jawab majalah Indonesia
Malaysia akan memberikan penjelasan kepada majalah mingguan Indonesia berhubung laporannya yang mendedahkan 'gaya hidup mewah' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Memetik kenyataan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, pihaknya mahu berjumpa dengan editorial Tempo bagi menjelaskan isu itu yang disifatkannya sebagai tidak tepat.
Zahrain yang juga bekas pemimpin PKR itu berkata, gaya perbelanjaan Najib tidak perlu dipertikaikan kerana beliau sememangnya berasal daripada keturunan kelas tinggi.
"Perdana menteri daripada keturunan berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan dan penghidupannya tidak jadi masalah jika mampu.
"Yang jadi masalah ialah jika terlibat dengan korupsi, penyelewengan dan sebagainya," katanya dipetik Utusan Malaysia.
Ingat buat buat bodoh..! buka mulut CONFIRM bodoh..!
Nak salahkan Wisma Putra pun tak boleh kerana dia ni bukan dalam senarai mereka untuk dijadikan duta..! entah mana longkang dia datang..! yang jelas mulut longkang..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
