Memaparkan catatan dengan label ipic aabar 1mdb najib tipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ipic aabar 1mdb najib tipu. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Julai 2016

IPIC ~ Penipuan Semakin Terbongkar..!


Kertas takkan mampu membungkus api..!

IPIC sangkal 1MDB, kata tidak jamin 'dana unit' di Kepulauan Cayman

International Petroleum Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS menjadi penjamin 'unit dana' 1MDB dalam dana berdaftar Kepulauan Cayman, menurut laporan oleh Wall Street Journal (WSJ).
Ini berlaku setelah juruaudit 1MDB memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa ia telah meneliti pelaburan Cayman dan berpuas hati dengan jaminan yang didakwa oleh Aabar dari Abu Dhabi itu.
"Unit dana" yang dilaburkan oleh anak syarikat 1MDB berpangkalan di Singapura, Brazen Sky Limited sebelum ini telah menimbulkan kontroversi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga menteri kewangan memberitahu Parlimen bahawa ia disimpan dalam bentuk wang tunai dolar Amerika.
Ia kemudian mendedahkan tidak ada tunai yang terbabit tetapi 'unit dana', dengan 1MDB dan Ketua Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda bertanggungjawab atas 'kesilapan' itu.
Dalam perkembangan terkini, IPIC dalam laporan kewangan 2015 berkata: "1MDB telah membayangkan kewujudan jaminan kira-kira AS$940 juta yang disediakan oleh Aabar berkenaan dengan unit dana dalam dana bardaftar Kepulauan Cayman yang dimiliki oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky dan jaminan lanjut daripada Aabar BVI berkenaan dana pelaburan yang dikendalikan oleh pelbagai pihak ketiga dan pengurus dana berjumlah kira-kira AS$1.5 bilion.
"Kedua-dua IPIC dan Aabar mengesahkan tidak ada sebarang rekod mengenai apa jua jaminan yang disediakan oleh Aabar dan oleh itu, tiada pendedahan bagi jaminan kewangan perlu dibuat dalam penyata kewangan disatukan dan seterusnya mengesahkan bahawa kedua IPIC atau Aabar menerima apa-apa bayaran, aset atau unit dana dari Brazen Sky," tambahnya.
Laporan kewangan telah difailkan kepada Bursa Saham London, semalam.
WSJ berkata, jaminan itu adalah penting kerana ia menjadi asas bagi penilaian oleh juruaudit yang didakwa IPIC sebagai tidak wujud.
Malaysiakini melalui menghantar e-mel kepada 1MDB untuk memberi maklum balas terhadap artikel terbaru WSJ itu.
Penipu akan terus menipu untuk menutup penipuan sebelumnya..! jerat tak pernah lupa pelanduk beb..!
Itu sebab Din Turtle kata surat tersebut membuktikan penipuan Najib dan 1MDB..!
Baca di HOT Dari WSJ - Dua Surat Dari Aabar IPIC Dedahkan Penipuan Najib Dan 1MDB  di dinturtleoriginal.
Antaranya..
Artikel sebelum ini ( KLiK ) merujuk kepada laporan kewangan IPIC berakhir 31/12/2016 yang difailkan di Bursa Saham London di mana ada dinyatakan pada perenggan 42, IPIC menafikan ada memberi sebarang jaminan kepada mana2 dana pelaburan milik Brazen Sky ( syarikat 100% milik 1MDB ) dari Cayman.

Maknanya, 1MDB boleh dah tebus dan bawa balik dana2 pelaburan termasuk Just Unit kembali ke tanahair untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia yang 1MDB tidak menipu bila mengatakan unit2 pelaburan itu wujud dan punya nilai.


Beberapa dakwaan oleh 1MDB yang punya kaitan dengan IPIC semuanya terbukti PALSU. Bayaran Deposit, Bayaran Option .... kononnya dibayar kepada Aabar IPIC rupa2nya telah dibayar kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang tidak ada kaitan dengan IPIC.

Terkini, isu pengesahan dan jaminan yang kononnya diberikan oleh pihak Aabar IPIC terhadap unit2 pelaburan luar 1MDB ... IPIC juga sudah nafikan punya kaitan !

Sewaktu WSJ mula mendedahkan kewujudan syarikat palsu Aabar BVI yang namanya mirip nama syarikat milik Aabar IPIC, pada bulan September tahun lepas,  rakyat sudah mula tertanya2, siapa yang bercakap benar ? WSJ atau 1MDB ? Mana satu yang betul ni ? 
astroawani 9/9/2015

Rakyat seperti saya yang suka mengambil jalan yang mudah tapi berkesan bertanya - Kenapa tidak 1MDB bertanya minta pengesahan dari IPIC ketika itu ? Kan senang ? Hubungi IPIC dan minta IPIC keluarkan satu penyata atau kenyataan resmi yang mengesahkan apa yang ada dalam akaun 1MDB adalah benar. Senang kan ? 

Tapi macam biasalah kalau kes adalah berkaitan 1MDB atau Najib .... berbelit2 jawab tapi akhirnya persoalan asal yang ditanya tak terjawab juga !

Sekarang, selepas IPIC buat beberapa pengumuman di Bursa Saham London, barulah kita tahu IPIC tidak terlibat dalam beberapa transaksi 1MDB sebagaimana yang pihak 1MDB dakwa. 

TAPI .... kenapa pihak 1MDB tidak berhubung terus dengan IPIC ketika WSJ mula dedahkan isu2 ini ? Apakah kerajaan juga merasakan tidak ada keperluan mendesak ( urgency ) untuk mendapat tahu duduk sebenar cerita sebab melibatkan wang rakyat berpuluh bilion ringgit ! ?

Artikel terbaru WSJ ada jawapannya ....... yang pasti buat cai2 Najib terkedu. 
Faham???
Lu Fikir La Sendiri!!!