Memaparkan catatan dengan label irwan siregar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label irwan siregar. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2016

Tuah Ayam Nampak Di Taji..!


Tersebar luas berita..

Jika pemilihan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menjadi kenyataan, ia merupakan ‘satu tamparan’ bagi usaha Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk melantik orang dalaman sebagai penggantinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara, walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya, laporThe Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan, ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.
Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama pengganti beliau.
"Kami sudah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan serta mengemukakan nama kepada (Yang di-Pertuan) Agong," kata Zeti kepada pemberita semasa majlis Forum Wharton Global 2016 di Kuala Lumpur semalam.
"Hanya bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi," katanya ketika ditanya siapa yang akan menjadi pilihan beliau di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.
WSJ melaporkan, Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu.
Baca lanjut di sini

Tentunya ia tiada kaitan dengan duit KWAP dimana Irwan juga ialah Pengerusinya..! Ianya tentu tiada kaitan dengan 1MDB yang mana Irwan juga ahli lembaga pengarahnya..! Ianya juga tentu tiada kaitan dengan glc SRC yang mana Irwan ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaannya..!

Ini semua hanya rezeki..! Tuah badan la katakan..!

Tolong la percaya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!