Gegak gempita la seluruh Tanah Melayu apabila teguran Tun M yang dinukilannya mula bertebaran diseluruh pelusuk alam..!
Boleh baca di sini
Maka muncul la para pahlawan dan panglima melakukan rutin kerja mereka..!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perbezaan itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk menyerang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apabila pembangkang ambil kesempatan untuk berseronok melihat perbezaan (pendapat), mereka sudah pasti akan cucuk orang sana, cucuk orang sini.
"Kalau berbeza pendapat, kita rugilah, pandangan apa pun, saya rasa pandangan ini agak besar dan berat yang harus kita bincang bersama," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program TV Malaysia Ikon yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Sunway Resort Hotel and Spa, di sini, hari ini.

Rupanya tak meraikan kepelbagaian..! tak meraikan perbezaan pendapat..! maknanya hanya satu pendapat sahaja yang benar dan mesti didengar..! dah macam wahyu pulak..! patut la mesyuarat MT hanya mesyuarat meluluskan apa yang yang dah diputuskan..!
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan 'perang dingin' secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.
"Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Henti perang..! bila kita berperang..!!! amboi...tegur PM terus diistiharkan perang...!
Kritikan terbuka tak boleh..! nak kritik tutup tutup..! tahu tak Mubarak bahawa teguran Tun M tersebut adalah tindakan terakhir setelah pelbagai usaha menasihat dan memberi pandangan tidak diambil perhatian..!
Mubarak keliru? kalau gitu tak usah la buat kenyataan..!!! tapi dah kerja kan..!!! kita faham..!
Seseorang pemimpin yang telah dipilih rakyat harus dihormati termasuk oleh bekas pemimpin, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata setiap pemimpin juga mempunyai era masing-masing yang menjadikan setiap pemimpin berada pada zamannya sendiri.
"Seorang pemimpin yang dipilih rakyat perlu dihormati oleh semua rakyat termasuk bekas pemimpin," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Pertauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi di sini, hari ini

Siapa cakap kita tak hormat pemimpin..! tapi pemimpin yang bagaimana yang harus rakyat hormati? Tegur ajer terus di cop tak hormat..! terus di cop melawan..! terus di cop menentang..! patut la ramai pemimpin bawahan hanya berani bercakap belakang..!
"Tun Mahathir tidak pernah lokek dengan pandangan dan teguran. Ini bukan bermakna kita berstuju dengan luahan itu. Kalau nak dikaitkan dengan MH17, saya tahu tidak ada ramai pemimpin di luar sana yang mampu lakukan apa yang Datuk Seri Najib buat.
"Dalam hal ini, kalau Datuk Seri Najib tidak ada pendirian yang berani untuk berdepan dengan puak pemisah hari itu, tak mungkin saya dapat berdiri di sini menguruskan jenazah-jenazah mangsa MH17.
"Jadi nilai sendirilah. Dalam masa sama saya tak nak aibkan pandangan Tun Mahathir kerana dari dulu lagi beliau ada pendirian dan pandangan sendiri.
"Bagi saya secara peribadi, apa yang Datuk Seri Najib buat untuk MH17, MH17 sahaja bukan benda lain, tidak semua pemimpin di dunia ini boleh lakukan apa yang beliau lakukan itu. Tanyalah sama ada Obama (Presiden Amerika Syarikat) atau (Vladimir) Putin (Presiden Rusia), mereka sendiri tidak boleh buat seperti ini.
"Dan kalau itu tidak boleh dinilai oleh orang ramai, ia amat menyedihkan saya,” jelasnya ringkas kepada media mengenai komen terhadap teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengenai pentadbiran Najib.
Yang ini taraf 18PL..! Paling Lahsyat..!!! Obama dan Putin pun tak mampu buat macam mana Najib buat..! hebat..hebat..!!!
Menjawab dan membela hanya mengambil satu juzuk dari pelbagai juzuk teguran yang Tun M nyatakan..! Baca ke tidak kenyataan Tun M?
Jawapan dan pembelaan dari para pembela tidak sedikit pun menghurai teguran berkaitan isu ekonomi, kaum, agama, dasar dan banyak lagi dibangkitkan oleh Tun M...!
Sedangkan rakyat mahukan hujah dan jawapan bernas dari teguran dan kritikan yang bernas..!
Ini yang dikatak orang...menyokong bawa rebah..! langsung tak boleh nak disentuh..! pemerintahan kuku besi ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!