Rasanya kali ini Ayahnda Tun M terlalu berterus terang..! Teguran dan nasihat amat penting bagi panduan kita melangkah..! Lebih lagi pandangan tersebut datang dari orang yang amat berpengalaman..!
Soalnya apakah Najib peduli? Ada Najib Kisah?
MENEGUR
1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.
2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.
3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.
5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.
6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”
8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”
13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
ada betulnya...
BalasPadamNajib harus jawab
BalasPadamjangan sampai nanti rakyat meluat & menolak Najib & the gang..
BalasPadamITU LAH YANG SEBAIK BAIKNYA....KALAU NAK RASA TERHORMAT DAN DIMULIAKAN, LETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT.
PadamBAWA BERSAMA PEGUAM NEGARA YANG SUDAH MENJADI BIAWAK HIDUP KEPADA RAKYAT
Najib bangang..
BalasPadamTobat buat x tau
Tergamam dgn point 31
Rumusan tepat
hehehehe..betui kaa niii.....!
BalasPadamParameswara v/s.. merong mahawangsa...yap ah loy yg menang...
sejarah dulu....!
Nak tunggu sampai rakyat menolak? 53% tuu aper?
BalasPadam53% TU BANGANG NAMANYA. CUBA BAGI SATU CONTOH NEGARA MANA DIDUNIA NI YANG MENGAMALKAN UNDI POPULAR MACAM YANG DICAKAP TU....BAGI FAKTA BUKAN AUTA.
PadamBongok Tolol ... Lagi Bahalul... 53% dah Tolak Najib Boss Kau Nie ler Lembab...
PadamNasib Undi Popular Tak dikira.. Kalau dikira Dah Mampos Najib, Tergolek Dog UMNO..
Kata di atas, Rakyat Menolak? 53% dah menoloak TAK KAN TAK SEDOR DIRI LAGI BODDO BANGNAG LEMBU PON CERDIK DRP KAU NIE
Asyik Nak Bodek Buta Tuli.. Tulah suruh blajor tak nak nak pie demo sana sini Lembu?
Rakyat dah Tolak... Kalau 60% confirm Majoriti Kawasan UMNO BN KALAH lah Lembu boddo
Nasib ada Isu MB Selangor.. munkin Faktor Indicator telah berubah..
Tapi Kalau Najib Tak berubah.. Nak Naik 60% lebih ker Bongok?????
Dah perasan lama dah. Tak tau nak lerak jawaran ke. Aku percaya gandingan mohyden dan zahid adalah lebih baik.
BalasPadamDulu pun kita ingat klu paklah turun.. keadaan akan ok. Tp tgk.. lebih teruk
PadamElok kita jgn hrp sgt. Nanti kuta kecewa... manusia boleh berubah sekelip mata bila dpt pegang kuasa
Muhyidin x pasti..
Tp zahid.. bahaya org yg hanya ckp berapi bila tiba PAU !!
Tun dah mulakan 'perang' dah.Muhyiddin taknak sambut ke?Dah lama orang Melayu tunggu ni.
BalasPadamSemoga Melayu/Bumi Malaysia bersatu jgn jadi mcm kita Melayu Negara Seberang Tambak jadi 4th Class Citizen..
BalasPadamMenyesal kemudian tak berguna...
Bangsa dia akan "Backstab"
Bodoh rupanya Najib
BalasPadamIngatkan Hishamudin jer
Itulahhhh.
Jgn ingat jawatan PM hak harta pusaka bapak hampa
2 org sepupu yg bodoh
PadamTp perasan bagus
DSN tidak sepatutya mansuhkan ISA.Ini memang langkah yang teramat silap.
BalasPadamSenang saja untuk orang tua nyanyuk ini berhenti bercakap. Ambil saja anak beliau jadi timbalan presidrn umno. Gerenti dia senyap dan puji najib !!! Ha ha ha
BalasPadamlagi satu cadangan yang paling bangang....dasaR keldai tunggangan DAP PKR
PadamJIKA MUKRIZ BAGUS APA SALAHNYA ,,,, TAPI KAU MENYINDIR TUN M , TAK BAIK , TUN BNYK BERJASA , JGN AWAK ''PERLEKEHKAN'' TUN ,,,, BIADAP... BERFIKIRAN MATANG LAH INI BUKAN FORUM BUDAK2 DARJAH DUA
PadamAku malas nk layan ko sbnrnya, tp disebabkan aku hidup zaman Tun,so aku ade sikit syg bangsa aku. Jd aku nk hilangkan kebodohan ko tu.
PadamKalau Tun nk Mukhriz jadi timb.umno,tak payah tgu skrg beb. Baik ms dlm zaman Tun lg..ye bodoh?
aku tengah tercari-cari pemimpin yang benar benar ikhlas...hidupnya sederhana ..nak guna duit rakyat sungguh takut di soal di akhirat..ingatkan nik ajis dan hj hadi...rupanya mereka lagi terok...cakapnya semua temberang..diberi amanah beliau khianat terhadap agama dan bangsa...aku tengah tercari cari siapa dari UMNO yang layak..sebab Keadilan satu pun tak layak...banyak yg kufur..lupa akhirat.
BalasPadamTahniah Mahathir...
BalasPadamKerana Anda Dah Selamatkan Anwar..Lim Guang Eng dan Mat Sabu drp terus digasak oleh Para Blogger...
Ingatkan Haji Hadi, Nik Ajis dah nyayok rupa2 nya Mahathir pon Nyanyok juga..
Bila dah dikatakan Cerdik rupa2nya terlalu Boddoh..
Tak Kan Marah kat Najib tak Approve Budget utk buat Lapangan Terbang Antarabangsa kat Kedah sampai Hentam begini Rupa???
Yang Approve ISA, Akta Darurat dan Akta Hasutan dihapuskan ialah Jemaah Kabinet..
Kenaper Tak Hantam semua orang, Tun M kan ader Fail Masing2...
Bila lagi Nak dedah? Kalau Betul2 Anak Melayu dedah lah, Kalau Keturunan India tak berani lah Cakap ajer gegor gegor?
Pendek kata, Bila Najib Sokong Mukhriz, Tun M support Najib, Tapi Bila Najib tak support Mukhriz Tun M gasak dia..
Aper Nak Jadi kat Mesia nie, semuanya bercakap keranan Kepentingan Peribadi????
Waimma PAS, Ker , PKR ker, UMNO ker sama ajer,
Semua nie Nak kena Main dengan Parti DAPings Babi Haram jaddah tuu.
Wow berapi...
PadamTp apsal bau hancing beb..
Ceh.. kencing org rupanya
Berapi point nko bg
Tp jgn tunjuk sgt bodoh nko tu
Apa pun x boleh salahkan sapa2 nko jd mcm ni.. x boleh salahkan bapak nko ug nyata betanggungjawab membesarkan nko..
Yg mengandung bukan bapak nko
Yg mengajar kt sekolah bukan bapak nko
Yg mengajar kt univ (kku masuk univ lah) pun bukan bapak nko
Yg bg nko makan masa kecik.. pun BUKAN BAPAK NKO...
UMNO BTHO
Tak Kan Marah kat Najib tak Approve Budget utk buat
PadamLapangan Terbang Antarabangsa kat Kedah sampai
Hentam begini Rupa???
Jawapan : Bodohlah Najib jika dia x luluskan projek buat
Lapangan Terbang Antarabangsa kat Kedah kerana ianya
menjana pendapatan dan ekonomi terutamanya rakyat
negeri Kedah
Yang Approve ISA, Akta Darurat dan Akta Hasutan
dihapuskan ialah Jemaah Kabinet..
Jawapan : Semasa pemerintahan mahatihr ISA, Akta
Darurat dan Akta Hasutan yang ada menyebabkan rakyat
hidup aman damai dan semasa Najib memerintah ISA, Akta
Darurat dan Akta Hasutan dihapuskan, tahukan Najib
bahawa kemarahan rakyat terhadap kaum yang lain
umpama api dalam sekam?
Pendek kata, Bila Najib Sokong Mukhriz, Tun M support
Najib, Tapi Bila Najib tak support Mukhriz Tun M gasak
dia..
Jawapan : Politik adalah dunia persepsi, rakyat menilai
kebolehan,kempimpinan, ketegasan, keadilan,
Najib adalah pemimipin yang dilihat sebagai liberal, hak
kesamarataan, islam tergolong sama seperti agama
kristian,buddha dan hindu dan tidak dilihat membela
bangsa nya.
Mukhriz pula dilihat sebagai pemimpin yang memperjuang
dan memartabatkan agama islam, ekonomi ,pelajaran, hak
dan perpaduan orang melayu dan ummah (umno dan PAS
bersatu, contohnya).
Yes,pkr teruk,dap jahat,pas munafik, umno syok sendiri..tahu tak ko yg umno perlu diperbetulkan? Teguran bukannya membenci..tp sayang. Apa selama ni,pembangkang takde idea nk menyerang kerajaan? Dasar yg najib buat tu la yg jd point besar pd diorg. Sedar ke tak ko ni?
P Ramlee dah buat Musang Berjanggut...apa yang Tok Det suarakan ada benarnya..ambil sebagai satu cabaran..muhasabah dan lakukan yg terbaik demi agama..bangsa dan negara Tok Jib.
BalasPadam