Memaparkan catatan dengan label menteri bangang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri bangang. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2022

Menteri Makan Kuaci..!

 


Begitu la nasib rakyat Malaysia sekarang ini...


Nampak sangat lemah dan gagal menguasai sepenuhnya bidang dan isu yang membelenggu kementerian sendiri, jelas tidak bertanggungjawab..!

Sebelum dapat kuasa bukan main lagi menyanyi, dah dapat kuasa? duduk tepi makan kuaci dan suruh pegawai di bawah jawab sendiri. Macam tu aci bunting pun boleh jadi menteri..! 

Baghal..siapa? Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 18 Julai 2016

Rindu Hassan Malek..!


Yang bertukar ganti tubuh badan..! tapi akalnya tetap sama..! Sedangkan ada akta pun kerajaan tak terkawal..! apatah lagi bila dimansuhkan..! Akai ada ker???

Masuh akta pencatuan, perkasa akta kawalan harga- ACCCIM

Kerajaan sepatutnya mewujudkan akta untuk menangkap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan golongan miskin atau yang berpendapatan rendah.
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berpendapat Akta Pencatuan 2011 sebagai tidak lagi relevan selain menyusahkan peniaga khususnya peniaga kecil.
Ahli Pusat Jawatankuasa ACCCIM, Koong Lin Loong dalam masa yang sama juga tidak menyokong pertimbangan kerajaan memansuhkan Akta Kawalan Harga.
“Dalam keadaan pasaran bebas, pelaksanaan Anti Pencatuan 2011 ini akan menakutkan peniaga kecil, manakala pelabur asing pula tidak berani masuk melabur di Malaysia.
“Pemansuhan Anti Pencatuan 2011 ini akan memberi keyakinan kepada peniaga luar negara masuk dalam Malaysia,” katanya.
Sebaliknya Akta Kawalan Harga pula perlu, cuma kerajaan harus memperkasa akta itu bagi memberi perlindungan kepada kedua-dua pihak.
“Kita cadangkan kerajaan jangan mansuhkan Akta Kawalan Harga tetapi mewujudkan satu akta untuk menangkap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan golongan miskin atau yang berpendapatan rendah,” katanya.
Malah, akta kawalan harga dikatakan sudah cukup baik berdasarkan pelaksanaan tahun-tahun sebelum ini.
“Kawalan harga ayam dan telur pada musim raya juga baik dan tidak nampak apa keperluan untuk mansuhkan akta ini,” katanya kepada FMT.
Lin Loong berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hamzah Zainuddin tentang pertimbangkan kerajaan memansuh Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 selepas mengambil kira rungutan peniaga.
Kata Hamzah, kajian kementerian melibatkan mereka yang berkepentingan termasuk dewan perniagaan, persatuan pengguna, pihak industri dan pengguna sebelum memutuskan akta itu dimansuhkan atau sebaliknya, menjelang akhir tahun ini.
Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Hanafi Yusof pula menggesa kerajaan supaya mewujudkan keseimbangan dalam mengawal harga kepada peniaga.
DPMM tidak menyatakan sebarang pendirian mereka, namun berharap kerajaan meneliti usaha menentukan harga supaya pelaksanaannya memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.
“Ia bukan soal setuju atau tidak akta ini dimansuhkan, tetapi cara mengawal harga. Jangan kawal sampai merugikan peniaga kerana kami juga mahu untung. Kalau merugikan, tentu tidak dapat mengembangkan perniagaan dan syarikat mereka,” katanya.
Bagaimanapun beliau akui jika akta ini dimansuhkan, kerajaan juga perlu memastikan harga barangan yang dijual tidak sampai membebankan pengguna.
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 digunakan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati, termasuk tindakan menyorokkan barangan harga kawalan serta menaikkan harga dengan alasan kekurangan bekalan.
Bukan nak menyelesaikan masaalah rakyat..! sekadar nak cari pencen Menteri jer la jawabnya..! tak pun pencen duta..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 5 April 2016

HOT ~ Menteri Bangang..!


Ingatkan selama ini mendiamkan diri kerana buat buat bodo..! rupanya bila buka mulut..! confirm bodo..!

Tiba tiba Proton rugi..! membazir..! jijik..! Mana pergi semangat nasionalisme para Menteri terhadap kereta nasional..! Patut ler guna Honda..!

Menteri baru satu hal ler..tunjuk bodo kerana nak mengampu..! tapi para Menteri yang berada didalam kabinet Tun M dulu macam mana pulak? kenapa tak sanggah? kenapa tak belasah?

Najib pun Menteri dalam kabinet Tun M kan???
kan??? kan???

Layan...

PROTON: NOTA KEPADA MENTERI KABINET
Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.
Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.
Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?
Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.
Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.
Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.
Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.
Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.
Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.
Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.
Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.
Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton. 
Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).
Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.
Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara? 
Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional?
Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?Kesemua ini tidak diendahkan. Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing.
Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan. 
Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju.
Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.
Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.
MatRodi

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 10 Mac 2016

Mari Belajar BerseTONGKOL..!




Fahamkan..! ini bukan bersekongkol..! tahu..!

Mungkin dibawah ni juga boleh dipanggil berseTONGKOL..!


Ini juga boleh dipanggil berseTONGKOL..!


Mungkin cara muhibbah untuk menarik pelancong..! pelancong keluarga namanya..! Jangan lupa berseTONGKOL..!


Ini dah lepas ke sebelum berseTONGKOL?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 6 Februari 2016

Tolong Jangan Langgar Lutut Penjilat Ni..!


Nak di apakan..! dah dia nak sangat begitu..! luncai terjun dengan labu labunya..! biarkan..!

Krisis politik Kedah sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tiada kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata krisis politik tersebut merupakan urusan dalaman Umno negeri itu dan tiada kena mengena dengan perdana menteri.
"Ini (krisis politik di Kedah) tiada kaitan dengan perdana menteri. Saya harap mereka yang menuduh PM menjadi dalang isu ini tidak teruskan tohmahan ini," katanya.
Abdul Rahman, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru selepas melawat tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Bukit Tagar di Bestari Jaya, dekat Kuala Selangor semalam.
Beliau berkata Mukhriz merupakan ikon generasi muda apabila dilantik sebagai menteri besar tetapi beliau gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin Umno Kedah.
2 perkara yang boleh kita 'iyakan' dari kenyataan pengampu tegar@penjilat licin ni..!
Dengan menjilat sedemikian tidak kah bermakna penjilat ini mengatakan bahawa bos nya lemah, gagal mengurus, mengikut telunjuk dan tidak berkuasa dalam menentukan perjalanan dan barisan kepimpinan parti???
Dengan mengampu sedemikian tidak kah bermakna pengampu ini mengatakan bahawa bosnya lemau dan gagal memilih keutamaan dengan menurut perintah beberapa kerat Ketua Bahagian yang rakus bernafsu kerana mengenepikan seorang ikon generasi muda yang jumlahnya bukan sahaja lebih ramai dari Ketua Bahagian malah peratus pengundi muda inilah yang bakal menentukan semula kuasa dan kedudukan Ketua Ketua Bahagian rakus di peringkat negeri dan bos mereka di peringkat pusat dalam PRU akan datang???
Inilah bahananya kalau terlebih jilat terlebih ampu..! Akai mangkuk..!
Tolong jangan sampai terlanggar lutut Menteri ni yer..! Kenapa???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 4 November 2015

Jangan Langgar Lutut Menteri Ni..!


Macam macam ada..! Siapa pun boleh jadi Menteri..! Tak gitu?

Adakah kenyataan menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya bangun awal untuk mengelakkan tol ke tempat kerja sebuah pandangan yang praktikal?
Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) melihatnya sebaliknya, dengan mengambil kira kualiti hidup di bandar.
“Inilah yang berlaku sebenarnya. Orang yang tinggal di Rawang (dan kerja di Kuala Lumpur) keluar rumah lepas sembahyang Subuh dan balik bila langit gelap (untuk elak kesesakan).
“Inikah kehidupan yang dicadangkan oleh kerajaan?” soal anggota lembaga pusat itu Muhammad Shaani Abdullah.
NCC sebuah badan bawah Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Abdul Rahman dilapor menyarankan orang ramai merancang perjalanan dengan bangun lebih awal ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol.
Rakyat terperangkap
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu mencadangkan jalan alternatif yang disediakan kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak membayar tol.
Kadar tol di 15 lebih raya di Lembah Klang naik sehingga 100 peratus.
Sementara itu, Shaani juga berkata cadangan Rahman tidak boleh diterima kerana masalah sebenar berpunca daripada perjanjian konsesi.
“Jika tidak selesaikan perkara itu, kita tidak selesaikan apa-apa pun,” katanya lagi.
Beliau juga berkata rakyat Malaysia terperangkap dalam keadaan sukar apabila kos peningkatan awam juga naik.
Tambang Kereta api LRT, Komuter dan Monorail naik sehingga 102 peratus mulai 2 Disember ini.
Datang awal ke mana? Sekolah anak dah ada orang ke? pusat jagaan kanak kanak dah buka ke? Semua orang ada pegang kunci pejabat ke? 
Untuk mengelakkan kesesakan maka keluar awal dengan menggunakan jalan tanpa tol..! Jadi jalan tol yang dibina untuk kemudahan rakyat hanya diguna oleh orang kaya jer la???
Begini ke cara seorang yang dikatakan terpelajar malah mengetuai media kerajaan bercakap atas dasar kepentingan rakyat?
Kerajaan yang engkar dengan janji manifesto yang direka, rakyat pula yang terpaksa menanggung bahana..! 
Tapi takper..! BR1M kan ada..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 28 Oktober 2015

Simpan Simpan Bangang Tu..!


Rakyat pada mulanya melihat dengan penampilan ramai muka baru ahli politik tanahair tentu ianya dapat memberikan rakyat pilihan memilih siapakah calon yang layak dan boleh rakyat harap dan sandarkan harapan..!

Tapi kalau begini la kualiti seorang Timbalan Menteri yang entah celah mana datang..! Berjuang dalam politik pun baru darah setampuk dah mula nak tunjuk belang..! Apa pilihan yang rakyat ada???

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh daripada Barisan Nasional (BN) menegur sikap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang meletakkan tanggungjawab kelemahan pelaksanaan projek 1BestariNet di atas bahu bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ghapur sebaliknya berkata, kelemahan yang timbul tidak seharusnya dipersalahkan atas bahu seseorang, sebaliknya Putrajaya perlu memikul tanggungjawab tersebut.
“Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan, kementerian bukan mantan.
“Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya...mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen, hari ini.
Jailani sebelum itu ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berkata, projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya, sebaliknya ia merupakan projek di bawah kementerian pendidikan.
“Kementerian ini, iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar, tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.
"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan di mana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications,” katanya.
Sebelum ini, Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta itu.
Kan dah kena jerkah..! Kalau reti jawab takper juga..! ini diam terkulat..!
Apa beza Timbalan menteri ni dengan budak pengampu@penjilat???
Jangan rakus sangat berpolitik..! jangan gelojoh sangat mengampu..! Jawapan dari pihak kerajaan perlu bertanggungjawab..! Ini semua menyusahkan Najib..!
Konon mahu mengampu akhirnya menyebabkan 'bos' tak boleh tidur..! 
Sebab? 
Dek kerananya sudah terlihat akan adanya Ahli Parlimen yang matang dan rasional dalam berpolitik..! 
Sudah terbayang sokongan kepada Pagoh..! Kan menyusahkan Pekan tu namanya..!
Simpan simpan bangang tu Jai..! Atau dah terlalu penuh dan melimpah ruah???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 1 Ogos 2015

Patut La Kurang Ajar..!


Kita boleh faham kenapa orang mengampu, menjilat..! Lebih lagi kalau yang diampu tu orang yang memberikannya tempat, kerusi, kuasa dan keseronokan hidup..! Ampu la..! kita pun tak heran..!

Tapi dalam mengampu pun jangan sampai biadap dan kurang ajar..! Hujah la dengan bernas..! hujah la dengan waras..! Kalau setakat berhujah macam budak tak sekolah...lebih baik diam..! 

Kes Saidin Thamby boleh dijadikan rujukan..! kenapa beliau dihukum penjara..! hanya kerana cek atas nama beliau dan masuk ke dalam akuan beliau..! Jerat tak pernah lupa pelandok..! Cuma sekarang ni jadi masaalah kerana jerat boleh ditukar tukar dan diubah ubah..!

Bercakap benar salah..! menyoal salah..! Mereka dituduh sebagai pengkhianat..! yang betul ialah mengampu dan menjilat walaupun terang terang salah..! Yang pandai membodek lah pembela rakyat bukannya pengkhianat..! Tak ke gila namanya..!

Cukup la rakyat diperbodoh dan di kelirukan..!

Ermm..yang khianat jantina nak panggil apa?

Lu FIkir La Sendiri!!!

Jumaat, 16 Januari 2015

Menteri Shabery Cheek Boleh Senyap Sekejap Tak..!


Masaalah hari ini ialah semua orang nak bercakap, boleh bercakap dan asyik bercakap..! Bercakap bukan kerana mahu menyampaikan sesuatu tetapi lebih kepada suka bercakap cakap..!

Dalam isu komunis bangsat si paul tu biarlah Mahkamah memutuskan..! pihak polis sudah membuat siasatan, akan disusuli dengan pendakwaan dan kemudian pasti Mahkamah akan membuat keputusan..! 

Shabby Cheek tak payah gundah gulana, tak payah menyembur nyembur air liur untuk mencadangkan debat..! 

Komunis bangsat ni dah la biadap dengan agama dan umat Islam..! Menteri kita pulak terhegeh hegeh nak bagi dia liputan dan populariti serta peluang menegakkan benang basah..! Nak buat apa???

Lagi pun Shabery lupa ke yang Najib tak suka bab debat debat ni..! karang Najib jeling tak tentu pasal meleleh lagi air liur..! 

Baik diam, senyap dan buat kerja sendiri..! kerja banjir hari tu pun banyak tak selesai lagi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Debat: Selesaikan Dahulu Kes Eric Paulsen Di Mahkamah - Jakim


Othman Mustapha
PETALING JAYA: Kes membabitkan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen perlu diselesaikan di mahkamah sebelum membuat cadangan untuk berdebat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di televisyen.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kes Paulsen ketika ini masih dalam siasatan polis.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya kes peguam berkenaan diselesaikan dahulu di mahkamah.
"Kes Eric sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.
"Selesai dahulu kes dia di mahkamah. Dia tak boleh mengelak daripada siasatan ini dan beralih kepada usaha untuk mempertahankan diri melalui debat pula," katanya kepada mStar Online pada Khamis.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Khamis berkata, kerajaan membuka peluang kepada peguam itu  untuk berdebat dengan Jakim di televisyen berhubung kenyataannya di Twitter mendakwa jabatan itu mempromosi ekstremisme.
Ahmad Shabery menganggap ruang tersebut perlu kerana lelaki itu bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu supaya masyarakat lebih jelas dan dapat membuat penilaian.
Paulsen menerusi catatan di laman Twitter pada Jumaat lepas: "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".
Dia ditahan polis di Brickfields pada Isnin lalu, dilepaskan selepas ditahan reman dua hari.
Kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

Isnin, 14 April 2014

Kurup @ Kurap Tetap Kapir Sama Macam Jala..!


Namanya pun kurup..! kurup ni kapir..! kapir tegak..! sebagai Menteri yang mengawal selia Majlis Konsultansi Perpaduan Negara diberitakan kurup ni tidak langsung mengutamakan agama Rasmi Negara ini iaitu Islam..!

Pegawai di MKPN siap beritahu jika ada yang nak dibincang mengenai Islam dan Melayu sila berjumpa mereka di luar pejabat..! begitu sekali mata dan telinga iblis berkeliaran di pejabat kurup..!

Sepanjang mesyuarat MKPN yang dipengerusikan oleh Tan Sri Shamsuddin Osman berlangsung didalam bahasa Inggeris, sama macam Jalang si Pemandu yang mengutamakan Inggeris didalam lisan dan surat menyurat…! 

Kenapa? kerana orang beragenda untuk menidakkan Perlembagaan Negara..! menafikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, maka selepas ini jika Comango nak bawa isu bahasa ke PBB dengan menafikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan sudah ada dokumen yang pihak kerajaan sendiri tidak menggunakannya malah menolaknya..! jelas..!

Kalau nak memekak pun puak marhaien sementara bapak bapak pemimpin pun macam tak kesah..!

Betul tak kepala bapak…! Musuh bukan sahaja diluar tapi jelas merayap didalam kelambu..!

Tengok sahaja isu kesucian agama yang bukan sahaja dipolitikkan malah kuasa politik lah yang mengganggugugat dan cuba merosakkannya..!!!
Kuala lumpur - Kita sudah lihat senarai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara di bawah Kementerian Joseph Kurup. Ingat tak berapa jumlah anggota Majlis tersebut?
30 orang semuanya. Berapa Melayu? 12 orang sahaja. Majlis yang ditubuhkan untuk mencari jalan agar perpaduan antara kaum akan menjadi lebih baik tetapi kaum majoriti diberi tempat kurang dari separuh kerusi Majlis itu. Jelas di sini betapa rasisnya Joseph Kurup.
Di pilihanraya kecil Kajang baru-baru ini Joseph Kurup buat hal lagi. Kali ini bertambah jelas lagi beliau merupakan Menteri rasis. Ketika berucap di sana di depan kaum Cina, beliau boleh menasihatkan pengundi-pengundi kaum itu agar memilih kaum sendiri. Tidakkah ianya benar-benar rasis?
Kenyataannya tidak menjaga hati penyokong Melayu  BN. Sebab itu undi Melayu merosot di Kajang sebab  mereka juga boleh ikut nasihat Joseph Kurup.
Maka Melayu undi calun Melayu. Siapa calun Melayu? Wan Azizah. Walaupun penyokong Melayu BN tetapi mereka bagi Azizah sebab nasihat Kurup kepada kaum Cina itu.
Kalau begitulah Kurup punya hati, kemungkinan calon Melayu BN lawan bukan Melayu dari Pakatan, kaum bukan Melayu undi kaum mereka di Pakatan.
Mungkinkah nasihat seperti ini yang diterima oleh ahli-ahli MCA dan Gerakan semasa PRU13 yang lepas? Jangan harap pengundi Cina undi calun Melayu BN rasanya selepas ini.
Terbaharu hari ini, Kurup nasihatkan ibu kaum Hindu yang anaknya dibawa lari oleh bekas suami yang telah memeluk Islam, agar heret bekas suaminya itu ke mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah setelah mahkamah  sivil mengarahkan anak2 bekas pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibunya setelah lama tinggal bersama bapa mereka.
Perkasa tak pertikai hak ibu itu jika sememangnya ada undang2 kalau beliau nak heret suami ke mahkamah atas dakwaan hina mahkamah. Tetapi berat sebelah menteri dalam kes ini  tidak sepatutnya berlaku. Menteri jaga perpaduan tidak boleh  berpihak mcm ni.
Mengapa Kurup masuk campur kes bukan penganut Kristian? Bukankah isu undang-undang bukan bawah potfolio Kurup? Bagaimana pulak hak bapa yang telah mendapat hak penjagaan oleh mahkamah Syariah?
Apakah mahkamah Syariah hanya kelas kedua sahaja dalam negara ini? Mengapa Kurup tidak bela bapa kanak-kanak itu? Mengapa hanya bela satu pihak?
Orang yang berpihak tidak layak menjadi Menteri Perpaduan.!!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!