Memaparkan catatan dengan label minyak naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak naik. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Februari 2015

Khamis, 2 Oktober 2014

Rakyat Malaysia Wajib Baca & Fahami..!


Berita ulangsiar..! atas permintaan ramai kenyataan cerdik Timbalan Menteri Najib ini perlu di ulangsiar..! Rakyat perlu menerima dengan syukur atas kenaikan harga minyak kerana rakyat marhaien merupakan pengguna minoriti minyak Ron 95 dalam negara..! Carta diatas adalah dirujuk..!

Pengguna majoriti terdiri daripada penyeludup minyak di sempadan dan para nelayan yang menjualnya kepada kapal asing..! selain itu pengguna industri juga perlu kerajaan pastikan supaya mendapat subsidi yang mencukupi..! 

Baca lanjut di sini. Mungkin kenaikan ini juga merupakan satu lagi janji yang termetrai didalam manifesto BN PRU13 yang lalu..! atau..!!! kita boleh ikut kata Khalid gagap - manifesto bukan janji..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Terima Kasih Najib..!


Diatas ni kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia..! Timbalan Menteri Najib..! Kalau Timbalan Menteri Najib boleh memberikan fakta diatas tentu Najib juga mempunyai 1001 fakta yang rakyat perlu setuju, akur dan taat..! 

Itu sebab Najib kena bayar konSETAN sampai lebih 7 Bilion..! Kerana perlu mencari fakta@auta yang menghalalkan tindakan...!

Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20, berkuatkuasa 12.01 tengah malam Khamis.

Harga baharu itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter.
Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam  kenyataan pada Rabu berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih daripada RM21 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.


Najib ~ Minyak Naik..!
Rakyat ~ Naik Minyak..!

Terima kasih la Najib..!

Lu Fikir La Sendiri!!!