Khamis, 2 Oktober 2014

Terima Kasih Najib..!


Diatas ni kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia..! Timbalan Menteri Najib..! Kalau Timbalan Menteri Najib boleh memberikan fakta diatas tentu Najib juga mempunyai 1001 fakta yang rakyat perlu setuju, akur dan taat..! 

Itu sebab Najib kena bayar konSETAN sampai lebih 7 Bilion..! Kerana perlu mencari fakta@auta yang menghalalkan tindakan...!

Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20, berkuatkuasa 12.01 tengah malam Khamis.

Harga baharu itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter.
Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam  kenyataan pada Rabu berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih daripada RM21 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.


Najib ~ Minyak Naik..!
Rakyat ~ Naik Minyak..!

Terima kasih la Najib..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Kerajaan BN yang bodoh. Dok sibuk nak bagi BR1M tu buat apa? Memang Nasin akan terima nasib yang sama seperti Pak Lah yang menaikkan harga petrol dari RM1,80 ke RM2.70. Sampai BN dah hampir berkubur, masih nak tunjuk bagus ke? Kami tak nak BR1M tapi tolong turunkan harga barang. Kalau CPI dah 3.2% pun dah nampak teruk, apa jadi bila dah naik melebihi 4% bila GST dikenakan pula? Yang pasti BN akan hancur selepas ni. Kenapa tak ada pula pembangkang yang cerdik sikit kat Malaysia ni. Yang ada DAP untuk Cina, PAS untuk jual Islam, PKR untuk merebut kuasa. Hanya Tun M harapan yang tinggal, dah pencen pula.

    BalasPadam
  2. :) saja nak tanya nih....
    Berapa sen lagi nilai subsidi yang tinggal untuk seliter minyak petrol DAN disel ?
    lalalalalalala....

    BalasPadam
  3. Elok islam bersatu...yg penting. Kedua agama didahulukn...yg ketiga imarahkn masjid2. Keempat hati2 pemimpin jgn hitam mcm sekarang. Kelima amanah dlm perbelanjaan. Keenam alquran selalu di dada terutama bg pemimpin yg berat tanggungjwb.dtgnya nikmat kita bersyukur....ditimpa musibah segala mcm kesusahan berpunca dr kita sendiri...dn dugaan bg yg beriman...kifarah bg yg byk dosa. Pemimpin yg byk di soal di akhirat kelak. Adil ke tidak Allah yg tentukn. Pru 14 mmg x mngundi. X sokong mna2 politik. Kebajikn rakyat mmg dh makin terabai. Hrp ada parti yg baru yg berhati rakyat.

    BalasPadam
  4. Kepada menteri berkenaan jangan fikir gaji RM5000 dah banyak.
    Cuba tengok di bawah:
    1. Gaji. RM5000
    2. Lepas tolak EPF, SOCSO dan PCB tinggal RM4250
    3. Bayaran nursery, transit 4 anak (RM600), jadi tinggal RM3,650
    4. Bayar bas sekolah anak (RM300), tinggal RM3,350
    5. Pinjaman kereta (RM600), tinggal RM2,750
    6. Sewa rumah setinggan (RM600), tinggal RM2,150
    7. Belanja sekolah anak pagi ptg (RM320), tinggal RM1,830
    8. Petrol spt kata menteri (RM375), tinggal RM1,455


    Baki yang ada hari2 makan kangkung sama nasi pun tak cukup.

    PM, TPM dan kerajaan BN tolong banci dan buat kajian betul2. bukan main ikut cakap punahsihat2 saja.

    BalasPadam
  5. Najib Boddoh Otak Udang

    BalasPadam
  6. CPI dah 3.2%, Hutang negara penuh dengan pinjaman perumahan rakyat. Lepas ni lagi teruk kos sara hidup meingkat. Pak Lah dah buat kesilapan yang sama pada PRU2008, Najib pun buat kebodohan yang sama juga. BN baru saja nak pulih dari kerosakan Pak Lah, rakyat baru saja yakin balik pada BN. Tiba-tiba saja, Najib pula tonjolkan kebodohan BN dalam mentabdir negara. Apakah BR1M boleh menambah apa-apa produktiviti pada negara, tak mungkin. So, bersedialah untuk PRU nanti. Jangan nak salahkan rakyat pula bila BN kalah teruk. Tak perlu bagi apa-apa alasan, rakyat Malaysia taklah bodoh sangat. Menteri BN yang ramainya yang bodoh-bodoh.

    BalasPadam
  7. Kenapa semua PM selepas Tun M bodoh dan seperti sengaja mahu sabotaj Kerajaan BN? Atau memang kedua2 ekor ini bodoh taktahu bina ekonomi negara so bila dh buntu jalan akhir ialah naikkan harga minyak?

    Tun M.. please say something.

    BalasPadam
  8. sweet dulu kata harga minyak tak naik tahun ni..inikan pr je flip flop rupanya bn pon sama

    BalasPadam
  9. Kerajaan Janji ditepati...cam gitu la, janji harga minyak naik, nak dekat raya haji plak tuh..

    BalasPadam
  10. Con sultant kata naik , Najib naikanlah ,bukan salah Najib kan ?.

    BalasPadam
  11. biasa la.. minyak kat Malaysia masih murah.. aku sokong minyak naik

    BalasPadam
  12. Senang ceritalah utk keadilan pd semua rakyat yg bayar cukai atau pun yg terima BR1M tu... apongkan aje harga minyak Ron 95 mcm minyak Ron 97... Kerajaan tak perlulah nak bising2 pasal terpaksa bayar subsidi minyak...Ada berani...? Lagi satu hentikanlah semua pembaziran Menteri2 Najib yg buat lawatan ke luar negara... Apa rasional disebalik semua lawatan tu...? Lawatan makan angin aje... Hasilnya kepada rakyat tak ada... siapa yg banyak menghabiskan duit rakyat tu??????

    BalasPadam
  13. Sempena Hari Raya Korban ni...jangan tanya apa yang kerajaan korbankan untuk kamu...tanyalah apa yang kamu korbankan untuk negara...

    Anggalah kenaikan harga minyak sebagai pengorbanan rakyat untuk negara....

    BalasPadam
  14. Kurangkn subsidi 20 sen - dpt tampung defisit negara + harga minyak mentah rendah

    6 billion tolong mas - kroni vendor buat duit + 6000 staf diberhentikan

    Brim - pujuk rakyat

    Gst - cover brim + dana mas + belanja mewah kerajaan + m1db

    BalasPadam