Memaparkan catatan dengan label red granit reza aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label red granit reza aziz. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2016

Sah ~ Sah..!


Sebelum ini tak pernah pula didengari nama mamat ni..! Kejayaan dalam bidang perniagaan..! segala CSR yang dibuat dalam membantu masyarakat..! Berapa ribu kakitangan dan pekerja yang mampu beliau gajikan..! Malah tak pula kita tahu berapa banyak bayaran sumbangan dari syarikatnya yang telah menjana ekonomi negara dengan bayaran cukai yang dibuat..!

Tup tup..! timbul isu 1MDB..! isu filem yang dikatakan separa lucah..! isu tanah..! isu hartanah mewah di Amerika..! Maka terkenal la mamat ni seantero dunia..! Anak siapa la yer???

Red Granite ulangi pembiayaannya sah

Red Granite Pictures, syarikat produksi Hollywood yang dikaitkan dengan 1MDB, menegaskan bahawa semua pembiayaannya adalah sah.
Red Granite adalah syarikat yang dimiliki anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz.
"Red Granite telah menerima beratus-ratus juta dolar dalam pembiayaan sepanjang enam tahun lepas daripada pelbagai sumber, termasuk bank perdagangan dan pelaburan terkemuka Amerika Syarikat," kata firma itu kepada Bloomberg.
"Untuk pengetahuan, tiada satu pun daripada pembiayaan yang diterima oleh Red Granite dalam apa-apa cara yang tidak teratur atau tidak sah," katanya.
Wall Street Journal (WSJ) melaporkan penyiasat percaya bahawa beberapa dana 1MDB telah dipindahkan ke Red Granite, melalui pinjaman dari firma yang berdaftar di British Virgin Island- Aabar Investment PJS Ltd.
Dana itu digunakan untuk menghasilkan filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street'.
1MDB berkata ia percaya ia telah ditipu bagi memindahkan RM3.5 bilion ke dalam Aabar BVI.
Ia sebagai bayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) di Abu Dhabi untuk menjamin bon 1MDB, tetapi IPIC berkata ia tidak dikaitkan dengan Aabar BVI.
WSJ juga melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang menyiasat hartanah mewah berjuta dolar milik Riza di Los Angeles dan New York, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Red Granite tidak memberi jawapan kepada beberapa pertanyaan Malaysiakini mengenai perkara itu.
Sebagai sebuah syarikat yang bebas dan merdeka tentunya tidak bermasaalah untuk menerima dana dan pembiayaan dari mana pun..malah kalau boleh terima dana dari marikh atau pluto pun rakyat tak heran..!
Apa yang rakyat dan dunia herankan ialah dari mana pluto dan marikh ini dapat duit yang banyak hingga mampu mendanai syarikat ni? Apakah marikh dan pluto merompak dari matahari? Apa pula hubungan yang menyebabkan pluto dan marikh begitu teruja membiayai syarikat ni? Bagaimana pula kaitannya dengan matahari?
Sedangkan planet dan cakrawala ini ada peraturan dan undang undang yang setiap darinya perlu patuhi..! Itu yang mushkil..!
Mushkil?
Lu Fikir La Sendiri!!!