Selasa, 17 Mei 2016

Sah ~ Sah..!


Sebelum ini tak pernah pula didengari nama mamat ni..! Kejayaan dalam bidang perniagaan..! segala CSR yang dibuat dalam membantu masyarakat..! Berapa ribu kakitangan dan pekerja yang mampu beliau gajikan..! Malah tak pula kita tahu berapa banyak bayaran sumbangan dari syarikatnya yang telah menjana ekonomi negara dengan bayaran cukai yang dibuat..!

Tup tup..! timbul isu 1MDB..! isu filem yang dikatakan separa lucah..! isu tanah..! isu hartanah mewah di Amerika..! Maka terkenal la mamat ni seantero dunia..! Anak siapa la yer???

Red Granite ulangi pembiayaannya sah

Red Granite Pictures, syarikat produksi Hollywood yang dikaitkan dengan 1MDB, menegaskan bahawa semua pembiayaannya adalah sah.
Red Granite adalah syarikat yang dimiliki anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz.
"Red Granite telah menerima beratus-ratus juta dolar dalam pembiayaan sepanjang enam tahun lepas daripada pelbagai sumber, termasuk bank perdagangan dan pelaburan terkemuka Amerika Syarikat," kata firma itu kepada Bloomberg.
"Untuk pengetahuan, tiada satu pun daripada pembiayaan yang diterima oleh Red Granite dalam apa-apa cara yang tidak teratur atau tidak sah," katanya.
Wall Street Journal (WSJ) melaporkan penyiasat percaya bahawa beberapa dana 1MDB telah dipindahkan ke Red Granite, melalui pinjaman dari firma yang berdaftar di British Virgin Island- Aabar Investment PJS Ltd.
Dana itu digunakan untuk menghasilkan filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street'.
1MDB berkata ia percaya ia telah ditipu bagi memindahkan RM3.5 bilion ke dalam Aabar BVI.
Ia sebagai bayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) di Abu Dhabi untuk menjamin bon 1MDB, tetapi IPIC berkata ia tidak dikaitkan dengan Aabar BVI.
WSJ juga melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang menyiasat hartanah mewah berjuta dolar milik Riza di Los Angeles dan New York, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Red Granite tidak memberi jawapan kepada beberapa pertanyaan Malaysiakini mengenai perkara itu.
Sebagai sebuah syarikat yang bebas dan merdeka tentunya tidak bermasaalah untuk menerima dana dan pembiayaan dari mana pun..malah kalau boleh terima dana dari marikh atau pluto pun rakyat tak heran..!
Apa yang rakyat dan dunia herankan ialah dari mana pluto dan marikh ini dapat duit yang banyak hingga mampu mendanai syarikat ni? Apakah marikh dan pluto merompak dari matahari? Apa pula hubungan yang menyebabkan pluto dan marikh begitu teruja membiayai syarikat ni? Bagaimana pula kaitannya dengan matahari?
Sedangkan planet dan cakrawala ini ada peraturan dan undang undang yang setiap darinya perlu patuhi..! Itu yang mushkil..!
Mushkil?
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Kita orang nak Tanya ini mana pergi kampung filam yg tun m buat 'ADA lagi belum aku tengok dah tak ADA pun, aku masih ingat lagi Jackie Chan rasmi dulu Sekarang langsung tak nampak

    Apakah kampung filam puterajaya satu bailout tun m itu.
    Mungkin ramai nak tahu perkara itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko sorang je cakap ramai nak tahu hal kampongfilem tu,yg lain takda pun.Alih lagilah tiang gol tu, itu aje yg ko tahu.

      Padam
    2. Bongok...lain ditanya..lain dijawab..bingai punya macaii..

      Padam
    3. Setuju dengan ted - Mamat di 1131 PG tu memang bongok, bongol dan tolol.

      Lain di tanya, lain di jawab.

      Sebab kepala dia biul. Kesian.

      Padam
    4. Semua gagal jawab dengan baik he.he.he tun m orang maksum jika dibuat salah dosa di ampumkan he.he.he. bila Tanya jawab macai

      Padam
  2. ini bukan soal bailout or bailin, ini SONGLAP duit 1MDB lah..Apa tu SONGLAP..curi lah..masuk poket...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setujuuuuuuuu dan sokonggggggggg

      Padam
  3. Perkara pokok. . 1mdb. . Selesai masaalah ini dulu. . Ni dok alih tiang gol. . Dedak dedak dedak. .masih buat tak faham. . He he he

    BalasPadam
  4. 1MDB (yg menjadi karya agung Najib) beritahu telah bayar kepada IPIC dan Aabar melalui Aabar BVI. Mungkin tertipu dgn Al-Qubaishi dan A-Husseini yg dulunya Chairman dan CEO Aabar, sentiasa berhubung dgn dema. Aku kira boleh masuk akal jugak, kalau Chairman dan CEO suruh bayar melalui Aabar Investment PJS Ltd. (Aabar BVI), takkan nak ragu dan mintak bukti pulak, kan?

    Tetapi yg peliknya muslihat apa yg terjadi bila Aabar BVI ni bermurah hati menyalurkan bantuan kewangan kepada Red Granite kepunyaan Riza Aziz anak tiri Najib si karyawan 1MDB?

    1MDB Najib tersesat bayar kepada Aabar BVI dan Aabar BVI pula kembalikan wang sesat itu kepada Red Granite Riza Najib...

    Ini Tersesat atau SHU BA HAT??? Mungkin puak penyokong Najib boleh tolong bagi pencerahan dekat aku dan kawan2 di sini. Kami pun nak elak dari buat FITNAH kalau berita ni tak betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang Tun Mahathir kata "circuitous methods of payments". Bermacam macam perjanjian. Pulak nya ada yang tak ngaku ada kaitan.

      Kena lempang lagi si Najib. Tapi muka dah macam kulit bab. Tak reti segan dan malu. Itu pasal UMNO mesti gantikan dia. Dah teruk rakyat dan negara di buat nya.

      Padam
  5. Bila sebut saja nama si Mamat itu (muka tak kenal pun), meloncat keluar lah imej dia di kutuk, di soal tak habis habis macam mana dia boleh alih alih jadi kaya.

    Melompat lah Mamat ke Minah ke di Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan ada "legacy of wealth", konon nya.

    Maka melenting lah KESEMUA ADIK ADIK SI NAJIB dengan suatu kenyataan akhbar yang di tanda tangani, mengatakan bapak mereka tak kaya.

    Maka terperanjat lah, tergempar lah, tertawa lah, terdesak desak lah, tapi tiada yang kesian langsong, bahawa si emak dan bapak tiri dia, Mamat Najib, kena lempang tempeleng, oleh KESEMUA ADIK ADIK NAJIB.

    Pahal pun, UMNO kena gantikan si Najib tuh pronto, kalau tak, UMNO akan lingkup di PRU14.

    BalasPadam
  6. Pasal anak tiri, pasal bini shopping berjuta. Najib buat derk aje, tak kisahkan apa orang kata.

    Dahtu, dia buat drama pulak -

    Najib says all the documents belonging to 1MDB and requested or acquired by the state investment fund had been submitted to the National Audit Department.

    MoF has agreed to implement PAC's recommendations on 1MDB - konon nya. Dia Menteri Kewangan, dia PM, apa dia peduli? Cakap aje, pastu buat apa dia suka.

    Gantikan dia saja.

    BalasPadam
  7. Takyahlah bakar mercun kalau nyamukpun tk mampus..diam2 suda..kita tngok pilihan sg besar dn kk..ari tu kita tunggu dpn tv tngok spe yg kne..tpi jgn ckp tv3 menipu plak..

    BalasPadam
  8. Tunggu je bila nyamok kulit tebal gila ni nak mampos...

    BalasPadam