Memaparkan catatan dengan label redhuan tee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label redhuan tee. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Disember 2020

Apa Cina Ni Cakap..???

 

Sedarlah para pemimpin..!

Pesan pantun Tan Sri Aziz Tapa -

Pohon nyior di tepi laut 

Dimakan kumbang pucuknya layu 

Kepada UMNO kita berpaut 

UMNO tumbang hilanglah Melayu 

Kemelut politik: Rupanya pemimpin sibuk nak lepaskan diri…Kepentingan diri hanya sementara, kuasa serta harta tak dibawa ke mana.

KITA dok fikir setengah mati nak satukan umat, sehinggakan nyawa menjadi gadaian. Malangnya pemimpin politik dok fikir nak lepaskan diri sendiri. Sedangkan mereka sudah menjadi kaya raya, hidup senang lenang, bergenerasi…

Insaflah wahai pemimpin negaraku, amat hina sekali, hanya kerana pentingkan diri, mahu lepaskan diri, kepentingan agama, bangsa dan negara, menjadi taruhan dan gadaian.

Kepentingan diri hanya sementara, kuasa dan harta tidak dibawa ke mana. Tetapi salah percaturan terhadap agama, bangsa dan negara, kita akan dipandang hina buat selama-lama, apabila sudah tergadai semuanya. Insaflah.

Sesungguhnya, aku tidak tahan lagi melihat percaturan umat Melayu Islam ini. Setiap kali tangan bergerak, menaip bait-bait kata, tanpa disedari air mata mengalir di pipi, seorang diri, teringatkan apa akan jadi dengan negara ini, anak cucu cicit yang akan mewarisi.

Tidakkah boleh dihayati, walaupun sedikit, titah ucapan Sultan Perak untuk politik dan masa depan yang lebih baik.

Sampai bilakah setiap pemimpin parti politik Melayu mahu berubah demi agama, bangsa dan negara.

Saya merayu kepada semua pemimpin PN, MN dan PH, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hayatilah titah ucapan Tuanku Sultan Perak, ketika pelantikan Menteri Besar Perak yang sudah masuk kali ketiga sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Titah sultan, tiga kali pelantikan ini adalah cerminan kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli politik, bukan kejayaan.

Sama juga yang sedang berlaku di peringkat pusat. Sedang mencipta kegagalan. Perebutan kuasa sangat aktif berlaku, saling jatuh-menjatuh, demi kuasa, demi diri.

Ketika rakyat sedang dihimpit kesempitan hidup akibat wabak COVID-19 dan krisis ekonomi, sepatutnya sebagai pemimpin, kita bercakap soal kebajikan rakyat, untuk senangkan rakyat.

Ini tidak, pemimpin terus mencipta masalah demi masalah. Setiap hari fikirkan, bagaimana untuk mendapat lebih undi, bagi menjatuhkan sesama sendiri, sesama saudara, sebangsa dan seagama.

Sedangkan tugas wakil rakyat itulah yang dipilih oleh rakyat, membawa amanah rakyat, menjaga kebajikan rakyat.

Malangnya, rakyat marhaen yang tidak berdosa, terus menjadi mangsa, akibat percaturan politik dan percaturan untuk melepaskan diri.

Wakil rakyat tidak susah apa, kaya dah. Paling kurang dapat pencen wakil rakyat. Tetapi rakyat bagaimana? Makankah mereka? Berasapkah dapur mereka?

Titah Sultan Perak amat benar dan tepat sekali.

Gajah sama gajah berantakan, pelanduk mati di tengah-tengah.

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Saddam Hussein, politics is when you say you are going to do one thing, while intending to do another. Then you do neither what you said, nor what you intended

Dalam kata-kata Saddam Hussein walaupun beliau dilabelkan sebagai ‘diktator’ tetapi sudah dapat mendalami hakikat orang politik sebenar. Kata-kata orang politik ini semuanya pembohong.

Kajian yang dibuat oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) ternyata benar, daripada 15 profesion yang boleh paling boleh dipercayai dari segi integritinya, sehingga yang tidak boleh dipercayai iaitu paling korup,

1. Doktor yang merawat pesakit (paling boleh dipercayai)
2. Guru
3. Profesor
4. Paderi/Imam
5. Saintis
6. Hakim
7. Pembaca berita
8. Wartawan
9. Persatuan Sekerja
10. Polis
11. Penjawat awam
12. Orang biasa (jalanan)
13. Menteri-menteri
14. Ahli perniagaan
15. Pemimpin politik/orang politik (paling tidak boleh dipercayai)
(BEIM, 2006)

Lihat pada angka ke 15, paling tidak boleh dipercayai, adalah orang politik. Pembohong, kata Saddam Hussein. Sama juga berlaku di negara maju seperti Britain.

Inilah akibatnya apabila berpolitik tanpa iman. Berpolitik tidak takutkan mati, tidak takutkan Allah SWT.

Politik untuk diri sediri, penuhkan poket dan buncitkan perut.

Masa, tenaga dan wang ringgit terbuang begitu sahaja, sedangkan rakyat ternanti-nanti sumbangan mereka.

Tidakkah lebih elok, jika masa, tenaga dan wang ringgit digunakan bagi tujuan membantu rakyat marhaen yang memerlukan?

Justeru, marilah semua, kita hayati titah ucapan, Sultan Perak, yang mahukan kita sebagai pemimpin menumpukan fikiran dan tenaga, mentadbir urus negeri/negara secara terbaik bagi kepentingan rakyat.

Amat meloyakan, apabila melihat telatah pemimpin yang menjadi wakil rakyat, sibuk nak bangunkan kawasan masing-masing. Tidak langsung terfikir kawasan di luar daerahnya. Kerana dalam pemikiran dia, kawasan dia perlu dimajukan dan dibandarkan.

Biasalah berlaku, siapa yang menjadi MB maka, kawasan dialah yang akan nampak maju dan pesat membangun.

Semua kawasan di bawah pengawasannya mahu dibandarkan, walaupun kadangkala tidak perlu dibandarkan.

Seolah-olah membandarkan sesuatu tempat itulah petanda maju. Tujuan tidak lain, untuk kekal berkuasa, bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa dia buat kerja.

Akhirnya, ada projek tidak berdaya maju dan menjadi gajah putih

Sedangkan petanda maju bukan membandarkan kampung, tetapi melengkapkan kampung dengan segala kemudahan, itulah salah satu tanda maju

Insaflah wahai pemimpin-pemimpin negara politik, pemimpin negeri, pemimpin bahagian, daerah dan kampung. Fikirlah di luar kotak.

Banyak sudah bukti dan aduan diterima, salah guna kuasa. Tiba-tiba tanah hilang begitu sahaja, termasuk rizab Melayu.

Rupa-rupanya telah menjadi tanah Musang King. Hebat kamu menjaga negeri, menjaga tanah, menjaga daerah dan kampung.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Sebelum melabuhkan tinta, kita mahu lihat, kalau boleh, dalam PRU15 akan datang, pilihlah calon yang berkaliber untuk dibawa masuk bertanding, bukan dalam kalangan orang yang sudah menjadi dinasor, berpuluh-puluh tahun dalam politik dan tak pernah mahu pencen. Tibalah masa untuk menjadi mentor dengan memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Amat sedih sekali melihat pemimpin politik yang tidak pernah rasa cukup. Bermula dengan dirinya, lepas itu, diwarisi oleh anak-anak dan menantunya. Tidak cukup lagi, diperturunkan kepada cucu cicitnya, kerana mahu terus menongkat langit kuasa.

Saya noktahkan di sini, kerana terlalu letih memikirkan masalah umat, empat rangkap pantun dariku, hamba yang hina ini..

Pemimpin dahulu berjalan kaki
Bertemu rakyat untuk berbakti
Kita fikir setengah nak mati
Pemimpin sibuk nak lepaskan diri

Kajian kata pemimpin itu tak suci
Mereka tidak boleh dipercayai
Akibat nafsu menguasai diri
Iman tercabut dari sanubari

Jika mahu pemimpin dipercayai
Sematkan iman di dalam hati
Ingatlah! suatu hari kita kan mati
Harta, wanita dan takhta tak berguna lagi

Segala di dunia tidak bererti
Hanya amalan dibawa mati
Wahai pemimpin muhasabahlah diri
Moga hidup diberkati Ilahi

-Mohd Ridhuan Tee Abdullah

/sumber.

Lagi pesan Tan Sri Aziz Tapa...

Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang tetapi orang sekarang berjuang mula-mula cari menang, sudah menang cari wang. Lepas itu jatuhkan orang , hidup diawang-awang , jatuh terlentang.    

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!

Khamis, 9 Jun 2016

Beza Cina & Kiasu..!


Bangsanya tak salah..! yang salah ialah sikap dan hati perutnya..!

Allah jadikan saya Cina, selamanya saya Cina – Ridhuan Tee

Bagi Ridhuan, tidak salah memperjuangkan agenda Melayu asalkan sejajar agenda nasional, terutama berhubung soal Bahasa Melayu dan agama Islam.
Walau apapun tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, penceramah kontroversi Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan beliau selama-lamanya adalah orang Cina.
“Saya dari dulu cakap, saya orang Cina yang dilahirkan Cina, Allah jadikan Cina. Sampai bila-bila saya ini orang Cina,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
Sebelum ini, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu dilabelkan sebagai “lebih Melayu daripada Melayu” susulan kenyataan serta artikelnya di akhbar Sinar Harian yang dilihat lebih memperjuangkan agenda Melayu berbanding Cina sehingga mengundang kritikan dan cemuhan pelbagai pihak.
Namun, bekas ahli MCA itu sendiri tidak menganggap pandangannya bersifat Melayu ala UMNO, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada “agenda negara” yang mesti dihayati semua.
Baginya, tidak salah memperjuangkan agenda Melayu asalkan sejajar agenda nasional, terutama berhubung soal Bahasa Melayu dan agama Islam.
“Bahasa Melayu dan agama Islam itu agenda negara, saya perjuangkan. Jangan lawan perkara itu.
“Negara kita merdeka hampir 60 tahun tetapi kita tidak menghayati agenda negara. Tidak salah saya perjuangkan Melayu kalau itu menepati agenda negara,” katanya.
Beliau menganggap ketaksuban terhadap kaum telah menggagalkan agenda nasional di kalangan masyarakat bukan Melayu.
“Saya lihat mereka ini terlalu memperjuangkan bangsa, bahasa dan sekolah mereka (SJK) sampai lupa hendak memperkasakan agenda kebangsaan di tempat tersebut,” katanya yang dipetik daripada ProjekMMO.
Minggu lalu, pengumuman Ridhuan keluar daripada MCA mengejutkan pelbagai pihak yang tidak tahu beliau sebenarnya adalah ahli seumur hidup parti komponen BN itu.
Beliau mengambil langkah itu berikutan tindakan MCA membantah usaha Presiden PAS membentang Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada 26 Mei lalu.
“Ultra kiasu terdapat di mana-mana, bukan sahaja dalam DAP, bahkan dalam parti-parti lain, termasuk parti komponen BN, yakni mereka yang menolak agenda kebangsaan dan perlembagaan,” katanya lagi
Lu Fikir La Sendiri!!!