Memaparkan catatan dengan label sabah shafie apdhal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabah shafie apdhal. Papar semua catatan

Isnin, 1 Ogos 2016

PANAS ~ Sabah Terus Bergegar..!


Ingat lagi peristiwa gempa yang berlaku di Sabah hingga menyebabkan puncak gunung Kinabalu patah..! di pagi hari yang sama satu program nothing to hide juga dianjurkan di PWTC dimana Najib tidak hadir..! Ke Sabah tidak..! ke PWTC pun tak..!

Rupanya kaitan kejadian yang berlaku pada hari tersebut boleh dirasakan kini apabila bayu Kinabalu terus bertiup dan meresapi jiwa rakyat Sabah yang mahukan perubahan kepimpinan seterusnya bersedia menukar lanskap politik negeri di bawah bayu tersebut..!

Sehingga semalam...

Slogan 'Ubah' bergema kembali di Sabah

Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa supaya rakyat Sabah berani untuk mengubah kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada.
Tanpa memperincikan tentang perkara itu, Shafie berkata, perubahan di negeri Sabah tidak mustahil berlaku sekiranya rakyat di negeri itu bersatu.
"Tak ada yang mustahil dalam politik kalau rakyat bersatu. Yang tentukan kerajaan di Sabah ialah rakyat Sabah.
"Negeri kaya tapi rakyat miskin, kita ada tanaman kelapa sawit antara terbesar di Malaysia, pelancongan yang bagus. Tapi negara kaya, rakyat miskin, pemimpin jutawan.
"Tak mustahil kita akan tumbangkan BN di Sabah," kata Shafie semasa berucap merasmikan majlis Irau Rakyat di Tenom, Sabah, semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Wilfred Bumburing serta Naib Presiden PKR dari Sabah yang juga Anggota Parlimen Penampang, Darell Leiking.
Sebelum berucap, Shafie terlebih dahulu melaungkan slogan 'Sabah Ubah' sambil disambut oleh ribuan hadirin yang hadir pada majlis berkenaan.
Malah, terdapat juga poster yang dibawa oleh orang ramai yang bertulis 'Ubah Sabah demi masa depan rakyat Sabah' dan 'Untuk Sabah kita bangun, demi rakyat kita lawan'.
Selain itu, bekas menteri kabinet itu juga menyangkal dakwaan bahawa sekiranya BN tidak lagi menjadi pemerintah, sesebuah negeri itu akan 'mati'.
Malah, beliau juga mempertahankan dirinya daripada dakwaan yang mengatakan dirinya tidak mempunyai sokongan di Sabah dengan memberitahu bahawa beliau telah mempunyai pengalaman 30 tahun dalam politik dan ia melayakkannya untuk mentadbir sebuah negeri.
"Ingat kita mati ke kalau tak ada Umno? Di Kelantan Umno tak ada (tak memerintah) nak dekat 20 tahun, orang Kelantan masih hidup. Di Selangor, hampir 10 tahun kerajaan Pakatan memerintah, tak pernah saya dengar orang Melayu, Cina mati.
"Mana ada yang mati. Yang mati mungkin yang mahu kaya, mereka mati akal.
"Walaupun saya anak orang kampung, saya sudah 30 tahun berkhidmat di Kuala Lumpur, dan saya tadbir kementerian. Masakan saya bodoh tak boleh tadbir negeri Sabah. Saya tadbir satu kementerian dengan peruntukkan RM15 bilion setiap tahun.
"Ini Sabah (peruntukkan) baru RM3 bilion, takkan saya tak boleh tadbir. Jangan kata saya tidak layak untuk tadbir negeri ini," kata bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu dengan lantang.
Dalam sidang media selepas majlis tersebut, ketika diminta untuk mengulas mengenai gesaan supaya rakyat Sabah 'ubah', Shafie enggan mengulas lanjut dan memberitahu bahawa perkara itu akan diberitahu bila sampai waktunya.
"Bila sampai waktu saya akan jelas terpeinci perubahan apa kita akan lakukan di Sabah," katanya ringkas.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan parti politik yang ingin ditubuhkannya, Shafie hanya meminta supaya pemberita menunggu sedikit masa lagi.
Malah, beliau memberitahu, hasratnya untuk menubuhkan parti di Sabah itu juga sudah diketahui oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tunggu sedikit masa lagi.
"Mereka (Mahathir dan Muhyiddin) tahu saya akan tubuh parti di peringkat negeri Sabah. Walaupun dipelawa jadi timbalan presiden (untuk parti baru mereka) tetapi saya jelaskan apa rasionalnya, saya bukan tolak. Yang penting ialah untuk ubah negeri Sabah," katanya.
Pada Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar dari Umno selepas beliau digantung keahlian daripada parti itu.
Ia ekoran tindakannya yang dilihat bersama Mahathir, Muhyiddin serta bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lantang bersuara mengenai isu skandal 1MDB.
Dalam masa yang sama, dilaporkan juga...

1,500 ahli Umno Sabah keluar parti, banyak cawangan tutup

Seramai kira-kira 1,500 anggota Umno cawangan dari bahagian Tenom, Sabah mengisytiharkan keluar parti semalam.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti pada majlis Irau Rakyat di Tenom sambil disaksikan oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mereka yang keluar daripada parti itu terdiri daripada pelbagai cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabung.
Sementara itu, Shafie ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi anggota Umno yang akan keluar parti tersebut.
Katanya, tindakan keluar beramai-ramai itu menunjukkan bahawa akar umbi parti di Sabah bukan hanya tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Umno Pusat tetapi termasuk di peringkat negeri.
"Ini menampakkan bahawa hati mereka (anggota yang keluar parti) bukan hanya kerana keadaan pentadbiran Umno pusat tetapi juga di peringkat negeri.
"Saya yakin ini petanda bahawa kita boleh ubah (kepimpinan) negeri Sabah. Dan kesanggupan mereka untuk keluar parti itu menunjukkan bahawa mereka tahu, tanpa Umno mereka tak mati," katanya.
Selain itu, bekas pemimpin Umno cawangan Kanar Tanom, Nossil Basayu, 64, berkata beliau kini tidak percaya terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pelbagai isu yang tidak dapat diatasi oleh mereka.
Menurut Nossil, antara isu yang tidak diambil peduli oleh pemimpin Umno negeri ialah isu yang melibatkan rakyat terutama di kawasan kampung.
"Kita di Umno parlimen Tenom sayang pada Umno tapi oleh kerana masalah yang banya tak dapat diatasi pucuk pimpinan, bila tak dapat atasi maka kesannya pada akar umbi. Mereka tak dapat atasi isu-isu yang membabitkan rakyat," katanya yang turut memberitahu Umno di cawangannya kini terbubar selepas ke semua 96 anggotanya isytihar keluar parti.
Malah, beliau turut memberitahu bahawa Shafie menjadi individu yang mendorong mereka untuk berani keluar daripada Umno.
Pada Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar Umnoselepas digantung keahlian daripada parti itu. Ia ekoran tindakannya yang dilihat lantang bersuara mengenai isu skandal 1MDB.
Ekoran itu, seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap Shafie serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu juga, pada Jun, ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakong mengumumkan keluar daripada Umno selepas Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna turut melakukan tindakan sama.
Penangan anak jantan Haji Apdhal..! Jangan main main dengan perjuangan suci..! Bukan duit dan kekayaan yang menjadi ukuran rakyat..! Semangat dan kepercayaan rakyat bersama dengan Shafie..!
Sabah untuk Sabahan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!