Isnin, 1 Ogos 2016

PANAS ~ Sabah Terus Bergegar..!


Ingat lagi peristiwa gempa yang berlaku di Sabah hingga menyebabkan puncak gunung Kinabalu patah..! di pagi hari yang sama satu program nothing to hide juga dianjurkan di PWTC dimana Najib tidak hadir..! Ke Sabah tidak..! ke PWTC pun tak..!

Rupanya kaitan kejadian yang berlaku pada hari tersebut boleh dirasakan kini apabila bayu Kinabalu terus bertiup dan meresapi jiwa rakyat Sabah yang mahukan perubahan kepimpinan seterusnya bersedia menukar lanskap politik negeri di bawah bayu tersebut..!

Sehingga semalam...

Slogan 'Ubah' bergema kembali di Sabah

Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa supaya rakyat Sabah berani untuk mengubah kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada.
Tanpa memperincikan tentang perkara itu, Shafie berkata, perubahan di negeri Sabah tidak mustahil berlaku sekiranya rakyat di negeri itu bersatu.
"Tak ada yang mustahil dalam politik kalau rakyat bersatu. Yang tentukan kerajaan di Sabah ialah rakyat Sabah.
"Negeri kaya tapi rakyat miskin, kita ada tanaman kelapa sawit antara terbesar di Malaysia, pelancongan yang bagus. Tapi negara kaya, rakyat miskin, pemimpin jutawan.
"Tak mustahil kita akan tumbangkan BN di Sabah," kata Shafie semasa berucap merasmikan majlis Irau Rakyat di Tenom, Sabah, semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Wilfred Bumburing serta Naib Presiden PKR dari Sabah yang juga Anggota Parlimen Penampang, Darell Leiking.
Sebelum berucap, Shafie terlebih dahulu melaungkan slogan 'Sabah Ubah' sambil disambut oleh ribuan hadirin yang hadir pada majlis berkenaan.
Malah, terdapat juga poster yang dibawa oleh orang ramai yang bertulis 'Ubah Sabah demi masa depan rakyat Sabah' dan 'Untuk Sabah kita bangun, demi rakyat kita lawan'.
Selain itu, bekas menteri kabinet itu juga menyangkal dakwaan bahawa sekiranya BN tidak lagi menjadi pemerintah, sesebuah negeri itu akan 'mati'.
Malah, beliau juga mempertahankan dirinya daripada dakwaan yang mengatakan dirinya tidak mempunyai sokongan di Sabah dengan memberitahu bahawa beliau telah mempunyai pengalaman 30 tahun dalam politik dan ia melayakkannya untuk mentadbir sebuah negeri.
"Ingat kita mati ke kalau tak ada Umno? Di Kelantan Umno tak ada (tak memerintah) nak dekat 20 tahun, orang Kelantan masih hidup. Di Selangor, hampir 10 tahun kerajaan Pakatan memerintah, tak pernah saya dengar orang Melayu, Cina mati.
"Mana ada yang mati. Yang mati mungkin yang mahu kaya, mereka mati akal.
"Walaupun saya anak orang kampung, saya sudah 30 tahun berkhidmat di Kuala Lumpur, dan saya tadbir kementerian. Masakan saya bodoh tak boleh tadbir negeri Sabah. Saya tadbir satu kementerian dengan peruntukkan RM15 bilion setiap tahun.
"Ini Sabah (peruntukkan) baru RM3 bilion, takkan saya tak boleh tadbir. Jangan kata saya tidak layak untuk tadbir negeri ini," kata bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu dengan lantang.
Dalam sidang media selepas majlis tersebut, ketika diminta untuk mengulas mengenai gesaan supaya rakyat Sabah 'ubah', Shafie enggan mengulas lanjut dan memberitahu bahawa perkara itu akan diberitahu bila sampai waktunya.
"Bila sampai waktu saya akan jelas terpeinci perubahan apa kita akan lakukan di Sabah," katanya ringkas.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan parti politik yang ingin ditubuhkannya, Shafie hanya meminta supaya pemberita menunggu sedikit masa lagi.
Malah, beliau memberitahu, hasratnya untuk menubuhkan parti di Sabah itu juga sudah diketahui oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tunggu sedikit masa lagi.
"Mereka (Mahathir dan Muhyiddin) tahu saya akan tubuh parti di peringkat negeri Sabah. Walaupun dipelawa jadi timbalan presiden (untuk parti baru mereka) tetapi saya jelaskan apa rasionalnya, saya bukan tolak. Yang penting ialah untuk ubah negeri Sabah," katanya.
Pada Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar dari Umno selepas beliau digantung keahlian daripada parti itu.
Ia ekoran tindakannya yang dilihat bersama Mahathir, Muhyiddin serta bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lantang bersuara mengenai isu skandal 1MDB.
Dalam masa yang sama, dilaporkan juga...

1,500 ahli Umno Sabah keluar parti, banyak cawangan tutup

Seramai kira-kira 1,500 anggota Umno cawangan dari bahagian Tenom, Sabah mengisytiharkan keluar parti semalam.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti pada majlis Irau Rakyat di Tenom sambil disaksikan oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mereka yang keluar daripada parti itu terdiri daripada pelbagai cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabung.
Sementara itu, Shafie ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi anggota Umno yang akan keluar parti tersebut.
Katanya, tindakan keluar beramai-ramai itu menunjukkan bahawa akar umbi parti di Sabah bukan hanya tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Umno Pusat tetapi termasuk di peringkat negeri.
"Ini menampakkan bahawa hati mereka (anggota yang keluar parti) bukan hanya kerana keadaan pentadbiran Umno pusat tetapi juga di peringkat negeri.
"Saya yakin ini petanda bahawa kita boleh ubah (kepimpinan) negeri Sabah. Dan kesanggupan mereka untuk keluar parti itu menunjukkan bahawa mereka tahu, tanpa Umno mereka tak mati," katanya.
Selain itu, bekas pemimpin Umno cawangan Kanar Tanom, Nossil Basayu, 64, berkata beliau kini tidak percaya terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pelbagai isu yang tidak dapat diatasi oleh mereka.
Menurut Nossil, antara isu yang tidak diambil peduli oleh pemimpin Umno negeri ialah isu yang melibatkan rakyat terutama di kawasan kampung.
"Kita di Umno parlimen Tenom sayang pada Umno tapi oleh kerana masalah yang banya tak dapat diatasi pucuk pimpinan, bila tak dapat atasi maka kesannya pada akar umbi. Mereka tak dapat atasi isu-isu yang membabitkan rakyat," katanya yang turut memberitahu Umno di cawangannya kini terbubar selepas ke semua 96 anggotanya isytihar keluar parti.
Malah, beliau turut memberitahu bahawa Shafie menjadi individu yang mendorong mereka untuk berani keluar daripada Umno.
Pada Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar Umnoselepas digantung keahlian daripada parti itu. Ia ekoran tindakannya yang dilihat lantang bersuara mengenai isu skandal 1MDB.
Ekoran itu, seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap Shafie serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu juga, pada Jun, ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakong mengumumkan keluar daripada Umno selepas Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna turut melakukan tindakan sama.
Penangan anak jantan Haji Apdhal..! Jangan main main dengan perjuangan suci..! Bukan duit dan kekayaan yang menjadi ukuran rakyat..! Semangat dan kepercayaan rakyat bersama dengan Shafie..!
Sabah untuk Sabahan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

47 ulasan:

  1. program nothing to hide dianjurkan di PWTC dimana Najib tidak hadir..! Ke Sabah tidak..! ke PWTC pun tak..!

    Bukan kah dia 3 hari di Spore? Dan BBC Spore pagi ini terang terang hentam 1MDB, mengalu alukan lawatan Jibo kot. Di mana mana pun dia pergi dia di anggap sebagai pariah, a non-person.

    A non-person di definasikan sebagai "a person whose name or existence is denied or ignored, especially because of a political misdemeanor". Tapi bagi Najib, bukan misdemeanour - sebenar nya dia penjenayah, ha nya belom di dakwa sebab Peguam Negara Gani Pattail yang telah menyediakan Kertas Pendakwaan telah di pecat dek Najib serta merta, tanpa notis, tanpa alasan yang munasabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Jibo tak kisahkan sangat, mungkin dia berteraburan kena mengexplain dia tak bersalah, konon nya. 3 hari di Spore ke di Indonesia ke. Kot belom habis explain dah keluar berita hamsat 1MDB spt di BBC Spore. Merah padam muka. Tak malu, ha nya merah padam muka.

      Jibo dah ketatkan lagi kunci menghalang sesiapa nak korek rahsia 1MDB, penglibatan dia sebagai MO1 spt dalam laporan DoJ kpd pihak berkuasa mengsita harta di US.

      Dia dah gantikan nombor 1 & 2 di SPRM. Dia pun tentukan pengganti nya orang yang main bola, play balls, kata Amreekan.
      Jadi di cari nya pengganti Chief Commissioner SPRM orang yang pemikiran nya mcm Dol Pandi. Yang di rekomen dek si Pandi kot. Sebab pengganti itu ia lah seorang DPP di Pejabat Peguam Negara. Hari ini dia reported for duty at MACC.

      Kit Siang pun hentam: Dzulkifli too junior to head MACC, kata nya - Free Malaysia Today. Siapa nak hentam lagi, si la lah.

      Padam
    2. Sin Chew Jit Poh

      The death of the MACC

      Malaysiakini

      Padam
  2. Nampaknya orang sabah lagi ada telur..org johor yang berbangga..melaung2 kunun UMNO lahir di Johor..lahir diistana Johor..masih playsafe..padahal UMNO telah dihijack oleh Jibo. TMJ juga telah menzahirkan pandangannya ttg isu2 semasa yang membelit Jibo..tapi org Johor masih jd tolol sbb terlebih makan dedak..tak guna melaung2 bangsa Johor..tp masih sujud dikaki penyamun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis yg tak resilient - tak boleh recoil or spring back into shape jika di bengkok, di lipatkan dek pembuli, jadi, takut, hilang bola le depa.

      Padam
  3. "Tak mustahil kita akan tumbangkan BN di Sabah," kata Shafie. Habis lah Fixed Deposit UMNO/BN di Sabah yang telah di bina sejak Tun M merintah selama 22 tahun.

    Itu termasuk memberi suratan sebagai penduduk tetap kpd mereka yg berasal di kawasan berdekatan yg telah duduk di Sabah bergenerasi, dan suratan itu memberi mereka peluang menjadai rakyat Sabah/ Malaysia. Tun telah mengakui itu di masa RCI akibat pihak2 (termasuk Pegawai Jabatan Pendaftaran Sabah) yang mengeluarkan suratan tipu, di jual untuk kepentingan peribadi.

    Bukan kah tidak bijak (kata kata polite tuh) si Jibo punya pendirian Cash Is King yg telah menyebabkan berbagai mala petaka (termasuk kemungkinan hilang Fixed Deposit Sabah) hingga gunung di Sabah pun tanggal puncak nya, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beratus ribu mereka itu yang dapat kerakyatan termasuk hak mengundi. Kerana begitu berterima kasih kpd Tun M dan UMNO, mereka menjadi ahli UMNO.

      Mereka semua Melayu, lebih dari definasi Melayu di Perlembagaan negara. Mereka apahal pun ia lah dari Rumpun Melayu.

      Shafei boleh menggoncangkan kepercayaan mereka kpd Najib yang lebih memberatkan kepentingan Cina dari keoentingan Melayu.

      Padam
  4. Lebih ketat peraturan keselamatan mulai sekarang? Apasal?

    "In Malaysia, things are very open, politicians are very informal and it is easy to get close to a leader.

    "During open houses, the people want to shake hands and take selfies with us and this is the norm.

    "If something worse happens, we are blamed, so we hope that people will understand if new security laws are tighter as the changes are required," said Najib.

    BalasPadam
  5. 1500 tutup yg kuar ketua.. bendahari... setia usaha .. pemuda dan wanita ade la macai2 lain... dari 40 ahli utk cukup kan korum mesyuarat madih ada ahli yg setia utk mrngantikan ahli yg dah kuar parti.. cai tsk paysh nsk gebang2 ssgt pasal tutup cawangan umno nih... patah tumbuh hilsng berganti... x payah alih tiang gol... nagara dag banhkrap ka blommm... dah sita asset ka blommm... DOJ dah dakwa ka blommm..? $/#@÷×_€£ .. puiiii...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah keluor le komen budak kecik nih. Puiiii sana puiiii sini. Jing Jibo pakai mode budak kecik, komen konon nya dia budak kecik. Nanti dia akan tukar mode, komen mcm org dewasa pulak. Anjing le, katakan.

      Padam
    2. Ulasan aku pada komen kau tu. Ya...emm betul tu aku faham...tidak bkan mcm tu. Dah minum susu?

      Padam
  6. Tak sangka ye. Sabahan lagi ada telur daripada Johorian dan Kedahan. Peace :)

    BalasPadam
  7. 1500 cawangan yg tutup tiada satu bahaguan umno pun yg tutup.... ko ingat bahagian tak kaunter check ka mana umno cawangan yg dah tutup tuhh...? Busuk2 dkm 1 cawangan ada 100 org ahli yg kuar 20 org jer... pengganti yg layak bersepah lagi... yg kuar tu dah x bole cari makan guna umno lgi dah... negara dah bangkrap ka blom nihhh..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian tak tutup, tak penting. Tapi Ketua2 Bahagian dah rasa iri hati dan cemburu sesama dia. Najib pilih kasih. Ada yg dapat RM1 juta mcm Shahrir J. Bahru. Ada yg dapat RM2 juta mcm Mat Naslan Pontian. Ada yang dapat tak berapa pun.

      Dengor aje le desas desus antara depa. Satu hari nanti, meletup. Jibo pun dah ketatkan kawalan security sekeliling dia. Tak boleh selfie lagi kot.

      Padam
    2. Banar tuh..bahagian tiada tutup bah..tp alj baguan tiafa yg pasang bandira bila erection bah...semua yg bikin peringkat sawangan bah...kalu ahlu sawangan suudah kaliar..siapa lagi mau panjat pasabg bandira..jgn pandang kasil bah peringkat sawangan dan ahli sawangan bah..UBAH SABAH BAH....UBAH SABAH BAH...SABAH TATAP URK SABAH....sayarang pernak karaja di saaaaana ranau bah..masa pbs baru naik..sayarang pulang semenanjung....twryskan tok pie...ubah sabah bah...sabah tatap utk sabah bah..poinsikou..

      Padam
  8. Padan muka umnu di sabah terjunam. Main gantung lagi. Sarang tebuan jangan dijolok.
    Wakaka....fixed deposit lah sangat. Jibo mesti menyesal punya.

    BalasPadam
  9. Prn bn menang ke kalah?dua prk bn menang ke kalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangang bebenor le membangga sesangat menang PRN Sarawak dan 2 PRK yang lalu. Sarawak bukan Sabah. Ada KM yang amat popular. Najib tak masuk sana masa kempen pun boleh menang.

      Sebenor nya tak berani nak letak gambor Najib di sepandok ke apa. Sebab lebih ramai pengundi dah bencikan dia. Di 2 PRK tu pun gitu jugak. Calon UMNO menang sebab Mr Cash Is King kasi pengundi beras berkampit, barangan letrik, duit dsb nya.

      Yang korap dah mengkorapkan pengundi pula. Rosak UMNO/BN. Kita lihat lah di PRU14. Depa dah kalah popular votes di PRU13, dapat keputusan yang paling teruk dlm sejarah. Ni ada gempa skandal 1MDB pulak. Bergentar bola di celah kelengkang depa pun.

      Padam
  10. kementerian bujet 15b pun tak kemana ..lagi banyak cakap
    sepanjang temuh jadi menteri penuh ..apa yang Semporna dapat?
    bangga sangat dengan projek rumah rakyat di Tampi Tampi tu ?
    jangan beriya-iya sangat la YB ..orang luar tak tau tapi yang tinggal di sana faham sangat situasi semasa
    mmg la rumah YB sentiasa penuh dengan orang sampai pagi bila YB balik bercuti... majoritinya suku sakat org YB juga baik yg ada IC ataupun tidak

    BalasPadam
  11. 1500 jer yg kuar... ingat 15000 yg dah kuar..

    muahahahahahahhaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah .1500 je yg kluar. Apa baraang macam ni nya ramai bro. Dia orang tidak duduk diam. Mereka ini ibarat tentera halimunan. Sudah pasti kempen mereka sampai diperingkat bawahan dan semerata ceruk. Ini yg patut Umno risau. Tag line " SABAH UTK SABAHAN. Makan dalam bro. Gila kau kalau nk kata tagline ni biasa bro. Serawak ( bn menang besar ) guna tag line yg serupa bro. Hilang lagi fix deposit BN ( 22 kerusi parlimen ) perbezaan 2 kerusi je tampuk pemerintahan kerajaan BERUBAH. Apa tindakan UMNO?.Sedangkan secara terang dan senyap menyanggah pucuk pimpinan parti. Akui lah yg UMNO semakin layu dihati rakyat. Hilang kepercayaan rakyat, adalah malapetaka buat UMNO.kita gelak dulu menangis kemudian ye...

      Padam
    2. Kah kah UMNO ko ingat tunggul ka... dia orang pun caunter check la balik... org melayu ni sifat depa hangat taik ayam jer... pas tu deoa balik UMNO... kita tunggu PRU la bodooo...

      Padam
  12. Umno matang pauh masa reformasi banyak yg kuar dan tutup... sampai la ni tak ade satu cawangan umno matang pauh yg tutup sebenarnya... yg kuar tu ketua.. timbalan.. pemuda.. wanita..setiausaha dan bendahari... ahli mantap dan maintain sentiasa... tok sah gebang2 lebih lebih la... wooiii ... jgn alih tiang goll... negara dah bangkrap ka blom... dah sita asset ka blommm... dah dakwa ka blom nih....

    tak ke babina namnernyer tuhhh....muahahahahahahaaa...!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluhan seorang ex pemuda parti mangkok setelah kalah 1 undi pada lawannya.

      Padam
  13. masa gempa bumi di ranau najib bergegas dari luar negara dan berada diranau ketika gegaran masih terasa. yang shafie apdal mukriz muhydin kenapa tak datang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujah Ni saya bsgi B-.Fakta boleh terima. Ada persoalan " dimanakah joe jambul semasa kejadian. Cik Dina dimana semasa kejadian?.

      Padam
  14. yg keluar parti tu dah disogok dengan dedak....kata shapie apdal ni ...zahida rafik pun dah byk biznes dgn dia...sendiri mengaku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujah ni saya bagi C. Hujah agak merapu. Lebih kearah LUCAH.

      Padam
  15. PAS perintah Kelantan puluhan tahun lamanya apa ada? berapa buah sekolah, hospital, masjid, jambatan yang mereka buat? sampah berlonggok ada la! sekarang orang sabah pi beli tiket airasia yg rm5.00 melawat kelantan, nak mandi pun susah, air bau tin karat.....pemimpin PEMANGKAI hebat rasuah lagi lebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap merapu aje le ko, Jing Jibo. Tarak fakta, tarak sebut sesiapa yang boleh di percayai mengesahkan keadaan begitu. Cakap keluar dari lobang bontat Jibo yang ko sedut.

      Aku UMNO tapi Protun. Tak caya apa Projib cakap. Terutama nya anjing2 Jibo.

      Padam
    2. Sabar ye pok mat. Saya sarankan pok mat pakat pakat gali perigi. Isle gapo kalau rokyak Sukar dapak sumber air bersih untuk BERSUCI. Sabar ye pokmat.

      Padam
  16. Jika ahli umno pun dah percaya dan ramai yg keluar parti, bayangkan pula berapa ramai pengundi atas pagar yg sebelum ini mengundi Bn akan lari.

    BalasPadam
  17. pegi la cuti kat semporna seminggu dua ke ...
    bercampur la dgn orang tempatan .. baru tau camana keadaan sebenar disana
    .. nk berurusan dgn majlis daerah..?? setakat pukul 11 la.. besok sambung lain..
    masalah budak pilipin jual rokok seludup.. masalah PATI dalam kg Simunul sampai ari ni tak settle... padahal sepelaung jer dari rumah YB .. takkan tak tau kot
    ialah... suku sakat YB jugak kan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lah bodoh bangang si penjilat bontat Jibo tak kisahkan nasib Melayu, tak tahu pun apa itu kaum Melayu, tak pernah dengor istilah Rumpun Melayu, asyik timbulkan isu PATI yang bermakna kaum Melayu dari Rumpun Melayu.

      Tidak cakap sepatah pun pasal PATI bangsa lain spt PATI Cina yang menyeludup jugak masuk ke Sabah, sogok sana sogok sini rasuah mcm Jibo, takda yang bisingkan pasal depa.

      Itu pasal org Cina DAP pun suka Jibo sebab dia ambik hati depa, bukan PATI Indonesia yang dah bergenerasi diam di sempadan Sabah.

      Di komen di bawah ini di keluarkan c&p pasal Jibo mendengki kaum Melayu macam anjing dia di atas ini.

      Padam
    2. Yang pengkhianat kpd kaum Melayu ia lah Najib. Negara ini negara Melayu, beribu tahun di kenali sebagai Tanah Melayu, bapak dia Melayu, tapi dia kata dia Bugis, "jugak pendatang". Dia lanyakkan maruah Melayu, dengkikan, khianati kaum Melayu.

      Najib buang ISA yang membendung kegiatan subversif DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Najib buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalm Perlembagaan berkenaan hak dan kepentingan Melayu, termasuk Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153.

      DAP tak suka Perlembagaan, tak hormatkan Bahasa Kebangsaan, tak suka sejarah negara ini, sepatut nya Najib cari jalan atasi masalah susah nak bina rakyat Malaysia, tapi, dahlah Muhyiddin mestikan Sejarah di sekolah sekolah, dia buang Mahyuddin pulak.

      Betapa pengkhianat nya Najib kpd kaum Melayu, dia mesti di buang pronto.

      Padam
    3. ko ingat Tun M tu baik sangat ke...

      Padam
  18. Muaaaaaahhhhhhhhwakakakakakakakakaka...

    Ada mata pandang. Ada telinga dengar.....

    Wkakakakakqkakakwkwkwkakakakaka.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kote, tunjukkan kpd boss kamu, Jing Jibo.

      Suruh dia sue SR, WSJ, NYT, DoJ USA

      Padam
    2. Anjing Jibo di blog ini sekor saja. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.

      Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.

      Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, kekadang serius bahasa sikit tinggi.

      Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang - dia mengarut dan pada masa masa nya mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.

      Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.

      Padam
    3. Saudara ku Keris Berayon !!! Jangan tunjuk sangat. Simpan sikit buat besok. DOS tu kau up kan sikit. Jgn lebih !!, nanti tak bangun plak

      Padam
  19. Guna tagline
    UBAH SABAH BAH
    SABAH UTK SABAHAN BAH...
    INIKALI BAH....

    BalasPadam
  20. Sepatutnya ini era bagaimana pemimpin pemimpin Sabah fokus membangunkan sosia ekonomi rakyat daripada ramai yang meninggalkan kampung halaman dan datang ke semenanjung mencari pekerjaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi Najib jadi PM, selagi itu lah tak membangun sosia ekonomi rakyat.

      Membangun ekonomi dia, keluarga dia, crony dia.

      Tak tau apa lain yg bangun. Terutama di pagi pagi. The Japanese say, "We have erections every morning".

      Padam
    2. Yeah, the Japs always argue about us having elections every 5 years by saying they have it every morning - they confuse the l and the r.

      Padam
  21. In February this year both Siti Hasmah and Mahathir quit Umno, saying that the party has been “supporting corruption” under Prime Minister Najib Razak’s leadership.

    Apo nak di kato. Jibo sendiri korapsi nak wat cmna..........

    BalasPadam