Memaparkan catatan dengan label tulisan dr redhuan tee abdullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan dr redhuan tee abdullah. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2016

HOT ~ Cina Ni Pukul Orang Keliling Menteri..!


Layan...

Antara kuasa dan keadilan

MEDIA sosial dan akhbar ultra kiasu tidak habis-habis mengapi-apikan isu etnik Cina yang tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sarawak selepas PRN berakhir. Mereka kata KM tidak mengotakan janji. Sedangkan KM tidak pernah berjanji. Justeru, berhati-hatilah ketika berkempen, jangan menjanjikan bulan dan bintang. Bahaya.

Menambahkan satu lagi jawatan TKM, dengan menggubal Perlembagaan, bukan penyelesai masalah, malah akan menjadi lebih rumit selepas ini, kerana ia akan menjadi precedence. Akan berlaku tuntut menuntut, walaupun masa yang berjalan mungkin tidak melayakkan sesuatu etnik untuk duduk di kerusi tersebut selama-lamanya.

Sebab itu saya amat memuji etnik Sarawak yang lain, kerana tidak menuntut kerusi TKM. Inilah sifat mulia kerencaman etnik di sana. Dari segi hak, mereka lebih berhak berbanding etnik lain yang berhijrah. Bayangkan jika semua etnik minoriti menuntut jawatan TKM. Berpuluh jawatan TKM perlu disediakan.

Begitu juga daripada aspek bahasa, mereka menerima BM sebagai bahasa utama negara, tidak pernah meminta bahasa dialek mereka dimartabatkan. Jika tidak, lagi cacamerba lagi negara kita. Ultra kiasu tidak sebegitu sifatnya. Mahukan bahasa mereka setaraf dengan bahasa negara.

Sama juga jika ada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua Malaysia yang mungkin diwujudkan selepas ini. Paling layak adalah bumiputera Sabah Sarawak, bukan etnik lain. Etnik berhijrah sudah terbela nasibnya. Sabah Sarawak memerlukan lebih perhatian berbanding Semenanjung kerana mereka masih ketinggalan, terutama kawasan luar bandar. Berikanlah keadilan kepada mereka.

Cukuplah kita menjadi bahan ketawa dunia. Negara antara paling kecil saiznya di dunia, tetapi mempunyai jawatan Kabinet yang begitu banyak.

Apa yang penting bukan jawatan tetapi adalah keadilan. Itulah paksi pemerintahan pembentukan tamadun. Saya harap bangsa saya sedar akan hakikat ini. Cukuplah dengan peluang berekonomi yang telah diberikan sehingga menjadi kaya-raya, tanpa diambil sedikit pun haknya, berbanding dengan negara ang mengamalkan sistem komunis.

Ketahuilah bahawa kita sudah dapat selayaknya apa yang sepatutnya dapat. Malah sudah dapat lebih pun. Jangan terlalu kemaruk kuasa atau tamak. Seperti kata Almarhum Tunku Abdul Rahman, biarkan orang Melayu menjaga kuasa, orang Cina menjaga bisnes. Ada kuasa, jika disalahgunakan, tidak membawa apa-apa erti.

Bukti-bukti menunjukkan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya, boleh menjadikan sesebuah negara itu lumpuh. Keadaan inilah yang menjadi politik Sarawak gawat sebelum ini. Hari ini KM cuba memulihkannya dengan penuh integriti. Sokonglah dia, bukan menuntut jawatan ini dan itu. Jika salah, betulkan! kerana beliau hanya manusia.

Beri peluang kepada KM untuk membantu Bumiputera yang masih ketinggalan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Yakinlah jika kemiskinan dapat dihapuskan pasti Sarawak akan menjadi aman makmur dan kadar jenayah dapat dikurangkan. Orang Cina boleh berniaga dengan senang hati.

Saya fikir KM telah melakukan sesuatu yang adil dengan tidak melantik TKM Sarawak kalangan etnik Cina. Sudah tentu pertimbangan masak telah diberikan. Cukuplah dengan jawatan menteri yang telah diberikan sebagai wakil orang Cina Sarawak. Jangan jadi ultra 
kiasu seperti parti politik di Semenanjung.

Ingatlah, kuasa sudah terbukti tidak mampu menjaga manusia, tetapi keadilan boleh. Keadilan itu bukan sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempat atau memberikan hak kepada yang berhak.

Dalam konteks negeri Sarawak, siapakah yang lebih berhak dan memerlukan? Sudah tentu Bumiputera di sana. Saya mendoakan agar KM dapat melakukan yang terbaik, diikuti dengan anak-anak buah yang dilantiknya.

Adalah diharapkan anak-anak buah yang dilantik itu tidak seperti yang disebut oleh pepatah Cina ini, it is relatively easier to see the Lord of Hell than to handle the little devil that guards Hell. Lebih mudah berjumpa dengan Tuan neraka daripada berhadapan dengan penjaga-
penjaga neraka, yang banyak menimbulkan masalah.

Kadangkala nak jumpa orang besar ini sikit punya seksa. Macam-macam alasan diberikan oleh penjaga-penjaga ini, sehingga hampir setahun temu janji tidak kesampaian.  

Benarlah kata orang, sebenarnya menteri atau pembesar itu tidak sombong, yang sombongnya orang keliling-kelalangnya, termasuk PA menteri pun sombong bukan main. 

Inilah mencalarkan imej menteri dan Kabinet. Cucuk sana cucuk sini, laga sana laga sini. Justeru, berhati-hatilah memilih orang sekeliling wahai pembesar dan pak menteri.

Budaya ini begitu berleluasa dalam politik. Setiap daripada mereka memasang cita-cita untuk berkuasa dan lebih berkuasa. Maka penjaga-penjaga inilah yang akan bertindak memastikan agendanya berjaya. Jika untuk kebaikan, saya setuju belaka. Tetapi kadangkala, membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Perpecahan semakin ketara, kelemahan dicipta. Musuh mengambil kesempatan setiap masa.

* Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA


Siapa makan cili..dia la rasa pedasnya..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 23 Februari 2016

Apa Cina Kata Tentang Melayu..!


Terutama Menteri Melayu kena faham ni..!

Mitos Melayu Malas 3M vs 3D 

Mampukah belia Melayu menceburi bidang kerja 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) seperti yang dilakukan oleh buruh asing, kaitan dengan cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Jawapannya, sudah tentu mampu jika Melayu sedar diri dan mahu berubah. 

Bacalah buku Pendeta Za’ba (2009), khusus untuk Melayu, perangai bergantung kepada diri sendiri. Mitos Pribumi Malas (Syed Hussein alatas, 1989). Jika nak sesuatu itu berubah, mesti datang dari diri sendiri terlebih dahulu. Yang lain, hanya boleh membantu. Jangan pergi jauh, sektor pembantu rumah, berapa ramai orang Melayu yang sanggup bekerja? Hampir tiada. 

Mengenali hakikat kejadian manusia, tidak ada satu bangsapun yang Allah jadikan dengan serba kekurangan. Kita adalah sebaik-baik makhluk. Bacalah sejarah manusia dan sejarah Melayu. Setiap insan atau bangsa ada kelebihan tertentu, sama ada sedar atau tidak. Tidak timbul isu, hanya Cina sahaja rajin, Melayu tidak. Masa Melayu, selalu lambat, orang lain tidak. Kita memperlekehkan dan memandang rendah bangsa sendiri. Sedangkan proses kejadian manusia sangat hebat. Jika tidak, apa beza kita dengan haiwan? Jika sekadar belajar untuk belajar, bekerja untuk bekerja, binatang di hutan juga belajar dan bekerja.  

Masalahnya, bukan berkaitan dengan bangsa tetapi sikap. Mahu berubah atau tidak? Apa pula tanggungjawab pemimpin terhadap umatnya. Kenapa Melayu di luar negara boleh berjaya? Kenapa tidak dalam negara? Apa punca masalahnya?

Ya, tidak dinafikan segelintir Melayu hanya mahu kerja glamour. Yakinlah! Jika ada program realiti pastinya orang Melayu yang berbaris panjang, walaupun mungkin bakat seni tidak ada. Sebabnya, mereka mahu jadi glamour, popular dan kaya. Lihat sahaja bagaimana jutawan Melayu begitu bersungguh menaja program realiti hiburan TV. Siapa yang menjadikan Melayu sedemikian, kalau bukan kita?

Justeru, mari bersama kita cari ubat Melayu. Pertama, ubatilah hatinya agar sikapnya merubah. Hati yang bersih tanpa hasad dengki. Tidak saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam. Bersangka baik sesama sendiri. Letih kadangkala membaca grup WhatsApp Melayu. Asyik menfitnah dan mengeji. Semua berpunca dari hati. Tanpa hati yang tulus ikhlas, Melayu akan tetap sebegini. Melayu perlu belajar erti hati ikhlas. Ikhlas dalam perjuangan, ikhlas menjadi pemimpin. 

Konsep ikhsan mesti dikhatam dan dihadam. Bekerja seolah-olah Allah nampak kita walaupun kita tidak nampak Allah. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Esok mesti baik daripada hari ini. Kata-kata siapakah itu? 

Kedua, Melayu mesti menolong Melayu berasaskan Islam. Agama Islam sangat mulia dan terpuji. Praktikkanlah. Sediakan sekumpulan pakar untuk mengajar subjek agama Islam sebagai agama yang positif dan dinamik. Islam sangat menentang sikap bermalas-masalan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Jika boleh, masukkan kurikulum dan kursus kahwin, bukan hanya pendidikan seks semata. 

Mereka yang berkebolehan, berbakat dan berilmu mesti diketengahkan. Jangan dipetiaiskan kerana takut memberi ancaman. Ada pemimpin politik (menteri) takut melantik orang yang lebih pandai daripadanya, takut-takut akan dicantas. Maka dilantiklah ahli yang lebih bodoh daripadanya agar mudah diperkudakan. Kerjanya asyik membodek dan kata ‘yes’. Maka kekallah dia sebagai pemimpin sampai mati. Inilah yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian. Hati dan sikap Melayu sebegini perlu diubati. 

Ketiga, sikap Melayu (Attitude). ATTITUDE jika disusun susun huruf A = 1 markah sehingga Z = 25, hasilnya 100%. 1(A)+20(T)+20(T)+I(9)+T(20)+U(21) +D(4)+E(5)=100. Susunlah perbuatan lain, tidak dapat 100 peratus. Inilah perkara lama yang telah dibincangkan saban hari. Bagaimana nak ubah sikap, juga berpunca dari hati. 

Dalam Islam, apa jua sektor kerja yang diceburi, yang paling penting,  HALAL, baharulah berkat. Sanggupkah kita cuci longkang, potong rumput, bina bangunan di tengah panas terik matahari. Sanggup. Pokoknya, bayaran mesti setimpal. Kenapa kebanyakan orang suka berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain? Bayarannya berbaloi. Jika Melayu diberikan gaji minima RM2000 dan insentif lain, pasti ada yang sanggup. Negara untung, duit tidak mengalir keluar. Gejala sosial boleh dikurang, kerana pekerja asing selalu dahagakan seks.

Keempat, terdapat begitu banyak institusi berkaitan Melayu dan Islam di negara ini dan dibiayai kerajaan kerana perlembagaan membenarkan, termasuk Majlis Profesor Negara. Buatlah kajian. Kerajaan dengarlah. Kenapa sampai sekarang masih membincangkan isu Melayu. Apa kita buat? Sudah berapa lama merdeka?

Lihat NGO-NGO Cina, segala jenis persatuan mereka ada. Persatuan bahasa (dialek), ikan, ayam, itik, sayur, buah, lori bas dan sebagainya. Bersatu dan dinamik. Sekali mereka gegar... kecut! Ramai yang tunduk. 

Kita asyik bergaduh. Dalam semua sektor. Kalangan cendekiawan, agamawan, penjawat awam, orang pencen dan lain-lain tidak kurang politikingnya. Bila ada masa untuk membincangkan kekuatan Melayu. Melayu semakin melayu.

Kelima, teringat kata hikmah Ungku Aziz, (1) rajin bercakap-rajin bekerja=bagus, (2) rajin bekerja-malas bercakap=kena buli, (3) malas bekerja-rajin bercakap=wayang Cina, (4) malas bekerja-malas bercakap=tak guna, (5) malas bekerja-suka mengadu=nyanyuk, (6) malas bekerja-selalu ponteng=baik berhenti, (7) malas bekerja-suka menyibuk=baik mati. Kategori mana duduk Melayu? Jarang yang duduk pada 1. Rata-rata berada 2-7. Biar papa asal bergaya

Melayu tidak boleh berlengah lagi. Perlu ada perancangan strategik jangka panjang dengan memberikan keutamaan kepada isu yang mendesak. Lakarkan visi strategik untuk melayari masa depan. Melayu juga perlu gigih mencari kumpulan pemimpin yang lebih baik yang mampu mewakili mereka  dengan lebih berkesan dalam memperjuangkan kepentingan dan aspirasinya.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 25 Januari 2016

Cina Ni Mengaku SJKC Rasis..!



Ini bukan lagi rasis malah boleh disifatkan sebagai satu tindakan penderhakaan kepada negara..!

Layan...

Sekolah mana lebih rasis? 

Insiden guru Melayu, Salina Daud, bertugas di SJKC Pai Chee, Mersing, yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden ini dikatakan ianya bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian. Bolehkah bangkai gajah ditutup? Kasihan guru Melayu tersebut. Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di Sekolah Kebangsaan. Kiamat Malaysia!

Bila kena pada kita, cepat-cepat kata isu bukan isu perkauman, minta disenyapkan. Namun, bila kena pada ultra kiasu, kita rasis belaka kita, diulang-ulang sentiasa dalam akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis, merekalah insan mulia. Contoh-contoh sebelum ini adalah bukti kukuh. Pengetua rasis, isu makan dalam bilik persalinan, yang dikatakan makan dalam tandas, dan banyak lagi. Politik apakah semua ini? 

Apakah ianya tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut telah beberapa meminta guru tersebut meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama. 

Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah di kalangan mereka yang ultra kiasu. 

Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bertegas. Jangan berpolitik lagi kerana laparkan undi. Pertama, guru besar tersebut tidak layak menjadi guru. Dia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar. Kehadiran mereka penting mengawasi ultra kiasu.  

Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.  

Ketiga, pengecualian GST terhadap 4 buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak manapun kemudahan, undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.

Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunjuk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Jangan biarkan mereka jadi kerajaan. Misalnya, guru bukan Cina yang mengajarkan di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit dalam mata tersebut peringkat SPM. 

Mata pelajaran sejarah yang pada awal arahan KPM diajar dalam Bahasa Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam Bahasa ibunda. Itupun mereka tidak puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat ‘kemelayuan’ apabila menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. Hampir 100 ‘kesalahan’ dikenalpasti. Mereka juga mahukan pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Siapakah yang paling ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?

Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Thailand dan Indonesia demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem. 

SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan Bahasa Cina mereka. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen. Di manakah kita berada? Tongsan? 

Keenam, pembinaan sekolah vernacular yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang daripada 100 hendaklah ditutup. 

Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan. Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut. 

Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak KPM. Pembinaan peperiksaan dalam peperiksaan ke arah mewujudkan pembinaan negara dalam negara perlu dihapuskan segera. Ini adalah mentaliti komunis yang sangat bahaya. 

Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang dibincangkan di atas akan terkubur.  

Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain, kerana saya pasti, sikap sebegini masih berleluasa dalam kalangan mereka. Tempatkan lebih ramai guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing kepada lebih memahami siapakah yang dikatakan Melayu itu?

Kesebelas, jika Sekolah Kebangsaan boleh menerima Guru Besar (pengetua) bukan Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima Guru Besar Melayu? Sekolah mana lebih rasis? 

Akhirnya, sedarkan rakan sebangsa Cinaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah vernacular yang tidak pernah ada dalam dunia ini kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi untuk menjadi orang Cina? Adakah kita mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China. Belajarlah bersyukur.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 13 Oktober 2015

Cina Ludah Cina..!


Soalan untuk dijawab MCA

Pemimpin MCA berkata saya buta politik dan mahukan saya masuk dalam parti mereka untuk diajar lebih mendalam tentang politik dan cara hidup orang Cina. Sila semak daftar ahli MCA.

Sebelum MCA mahu mengajarkan saya, saya cadangkan MCA baca bahan ilmiah saya bertajuk persepsi Cina terhadap Umno, untuk mengetahui sama ada saya memahami budaya politik Cina atau tidak.

Saya sebenarnya bukan mahu jadi begini, sebagaimana dipersepsikan oleh MCA dan ultra kiasu yang lain. Saya tetap Cina sampai mati kerana itulah hakikat ciptaan Allah. Tidak ada ertinya saya memeluk Islam jika saya anti Cina.

Saya terpaksa jadi begini, sehingga dituduh rasis atau anti Cina, kerana ultra kiasu terlalu mengasak Islam, sehingga ruang untuk Islam bernafas menjadi sempit. Berpolitik boleh, tetapi jangan campurtangan dalam hal ehwal Islam, kerana kami tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama lain.

Suka atau tidak, MCA dan ultra kiasu yang lain kena menerima hakikat bahawa warna-warni Malaysia tidak dapat lari dari bertunjangkan kepada sistem kenegaraan Melayu Islam (Malay polity atau Malaya canopy). Itulah sejarah dan asal-usul semua negara yang berasaskan bangsa.

Apapun, sebelum MCA mahu mengajar saya tentang politik Cina, mohon jawab dahulu beberapa persoalan ringkas yang saya kemukakan.

Pertama, soalan politik. Apakah kerusi yang dimenangi hari ini kerusi kawasan majoriti Cina atau Melayu? Majoriti undi yang diperolehi di kawasan yang ditandingi sebelum ini, sebelum dipinjamkan kepada Umno, terutama kerusi Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju, undi Cina atau undi Melayu yang memberi kelebihan? Kepada siapa MCA sepatutnya berterima kasih?

Apakah MCA mempunyai pengaruh di kalangan orang Cina? Jika MCA kuat, kenapa semua kerusi yang ditandingi kawasan majoriti Cina, kalah teruk? Kenapa tidak meletakkan calon Cina Muslim bertanding kawasan majoriti Melayu? Adakah MCA prejudis terhadap Islam?

Kedua, soalan Pendidikan. Kenapa MCA bersekongkol dengan ultra kiasu bermati-matian mempertahankan operasi SJKC dengan menolak penambahanbaikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM)? Kenapa SJKC tidak mahu ikut arahan kerajaan agar masa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu BM) ditambah?

Ketika KPM mencadangkan agar subjek sejarah yang baru diperkenalkan di semua Sekolah Rendah diajar dalam BM, kenapa MCA tidak memberikan sokongan, malahan bersekongkolkan dengan ultra kiasu agar ia diajar dalam bahasa ibunda sehingga KPM terpaksa tunduk?

Kenapa Sekolah Wawasan (SW) gagal mendapat perhatian orang Cina walaupun SJKC ada di situ? Kenapa MCA tidak berkempen memperbanyakkan SW daripada SJKC? Kenapa MCA turut bersetuju dengan tuntutan ultra kiasu agar guru Melayu yang mengajar BI dan BM di SJKC, mesti  mendapat kredit dalam bahasa mandarin di peringkat SPM? Kenapa syarat kredit mandarin dimestikan sehingga KPM terpaksa akur?

Kenapa MCA hanya senyap apabila silibus dan peperiksaan BM di SJKC lebih mudah daripada Sekolah Kebangsaan (SK)? Kenapa silibus dan peperiksaan BM tidak diseragamkan supaya kita berlaku adil? Mana lebih utama, BM atau bahasa ibunda?

Apakah MCA tidak tahu bahawa orang Melayu (Islam) yang menghantar anaknya ke SJKC bertujuan untuk menguasai bahasa lain bagi tujuan dakwah, bukan terlalu obses dengan SJKC seperti yang saya lakukan sendiri? Kenapa hujah ini selalu dijaja?

Jika MCA mengatakan sekolah vernakular bukan punca masalah perkauman, bolehkah MCA berikan statistik berapa ramai pelajar-pelajar yang gagal BM dalam UPSR dan berapa ramai pula yang langsung tidak boleh bertutur dalam BM. Termasuk juga di kalangan orang dewasa?

MCA, Gerakan dan ultra kiasu selalu mendesak kerajaan mengiktiraf sijil peperiksaan bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina. Bolehkah MCA jelaskan apakah bentuk silibus dan kurikulumnya? Kenapa UEC tidak patuh kepada kehendak KPM?

Kini, Kerajaan Sarawak telah mengiktriraf UEC. Kenapa MCA mendesak agar kerajaan pusat mengikut langkah kerajaan Sarawak? Tidakkah MCA tahu bahwa EUC tidak berkiblatkan silibus dan kurikulum KPM? Majlis Peperiksaan UEC bukan datang dari KPM? Apakah kita boleh membina peperiksaan dalam peperiksaan, sama seperti membina negara dalam negara?

Hayati apa yang dikatakan oleh Prof Dr Shad Saleem Faruqi, The Chinese and Tamil schools are actually not protected under the constitution. The constitution only permits the right to learn the language but doesn't give you the right to learn in the language. There's a difference. Non-Malays conceded an electoral system with the rural weightage, they conceded the fact that there would be Islam, Malay language, Malay special position and that the royalty is all Malay (The Star  5 Mei 2013).

Kepada orang Melayu, fahamilah, bahawa ultra kiasu terpaksa bertindak sebegini kerana populasi mereka semakin sedikit disebabkan mereka tidak beranak ramai. Populasi mereka akan semakin mengecil dari tahun ke tahun. Jika trend terus berlaku, bermakna hak mereka akan semakin sedikit. Inilah yang menjadikan mereka terpaksa menjadi sedemikian rupa

Lu FIkir La Sendiri!!!

Selasa, 29 September 2015

Cina Ni Babi Kan Siapa..?


Layan..

Lama sudah saya tidak mendengar kata-kata “Cina babi”, kecuali selepas perhimpunan merah 16 September. Menyamakan manusia, Cina dengan binatang (babi), adalah perbuatan manusia tidak bertamadun. Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin.  

Atas apa jua alasan, sama ada orang Cina suka makan babi atau tidak, perkataaan ini sepatutnya tidak boleh sama sekali dikeluarkan di khalayak. Apa kata, kalau orang lain berkata, Melayu lembu. Apabila ada yang protes, maka kita pun jawab, ia tidak sensitif, kerana orang Melayu memang suka makan lembu.

Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan kamu tidak menguntungkan dakwah, malah merugikan. Ya, memang saya tidak nafikan, saya turut melabelkan segelintir Cina dengan istilah ultra kiasu, tetapi saya merujuk kepada sikap mereka, yang asyik mahu menang, tanpa sedikitpun mahu kalah. Tidak kira sama ada Cina atau Melayu atau lain-lain. 

Perlu diingat, tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapat lebih 80 juta Cina Islam di Negara China, 5 kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia, yang tidak pernah menyentuh babi, kerana mereka beragama Islam.

Malah, orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita. Orang Melayu menerima Islam 600 tahun yang lalu. Orang Cina telah menerima Islam hampir 1400 tahun yang lalu. Malah, sejarah pengIslaman orang Melayu, turut dilakukan oleh pendakwah Cina.

Tanpa orang Cina datang ke berdakwah dan berdagang ke Alam Melayu (selain Arab dan India), mungkin pengIslaman orang Melayu secara besar-besaran menjadi tidak sempurna. Justeru, berhati-hatilah apabila membabikan orang lain. Mungkin sebelum Islam dahulu, orang Melayu turut memakan dan bermain dengan binatang ini. Persoalan saya, berdasar sejarah, siapa lebih lama makan babi? Siapa mengajar siapa supaya menjauhi babi? Cina atau Melayu?

Saya jarang sekali memohon maaf kepada seseorang, tetapi dalam insiden kali ini menjadikan saya malu dan terasa ingin memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu, atas keceluparan orang yang mengaku Islam, menggunakan kata-kata kesat. 

Saya melakukan sebegini kerana saya amat faham tentang sifat dan makhluk yang Allah jadikan. Babi sekalipun, haram dimakan atau dipelihara oleh orang Islam, namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan mesti dihormati, kerana ia ciptaan Allah, bukan syaitan. Hatta, syaitan sekalipun adalah ciptaan Allah, sekali pun ia musuh kepada manusia dan bertugas menyesatkan manusia.

Apakah salah Allah menjadikan syaitan? Begitu juga dengan orang Yahudi. Benar, Allah melaknati Yahudi dalam al-Quran, kita pun sebut Yahudi laknatullah. Pada masa sama, Allah memberi kelebihan kepada Yahudi. Yahudi menguasai dunia dan ekonomi. Kenapa Allah lakukan sedemikian? Patutkah kita menyalahkan Allah? Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani. 

Terkadang kala saya amat sedih melihat orang Melayu yang mengaku Islam, menganiaya makhluk yang tidak berdosa seperti yang anjing, yang turut menjadi sensitif kepada orang Melayu, sehingga kita sanggup menyamak beratus-ratus troli, sedangkan perkara yang lebih haram seperti rasuah dan riba dibiarkan berleluasa, malah diambil menjadi darah daging. 

Justeru, saya memohon supaya kita tidak terlalu beremosi. Ya, memang kita menentang sikap ultra kiasu. Tetapi itu bukan bermakna kita mengambil sikap memusuhi mereka, kecuali ia memberikan ancaman terhadap Islam.

Ambillah iktibar, cerita ibu bapa saya yang berniaga di kawasan orang Melayu suatu ketika dahulu. Ibu saya sanggup ‘mencuri’ beras, yakni mengambil beras tanpa pengetahuan bapa saya dan memberikannya kepada orang Melayu yang mempunyai ramai anak atas dasar belas kasihan.

Saya tidak boleh bayangkan betapa besarkan jasa ibu bapa saya ‘membesarkan’ orang Melayu yang kesusahan di kampung saya, dengan memberikan mereka berhutang, sehinggakan buku hutang bertapok-tapok tidak berbayar, sehinggakan ada hutang yang ditulis didinding-dinding kedai. Orang kampung membesar dengan hutang kepada ibu bapa ayah. Ramai anak mereka berjaya masuk universiti, hutang masih tidak berbayar.  

Bacalah kisah Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak Cina sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu ‘Hassan dan Abu’. Hajijah menjaga dan menyayangi anak Cina ini seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus. Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina?

Begitu juga kisah seorang Cina tua tinggal seorang diri, membeli nasi lemak daripada peniaga Melayu. Melihat keadaan Cina tua itu, peniaga Melayu ini memberikan nasi lemak secara percuma kepadanya. 

Kesimpulan, saya tidak melarang kebebasan berhimpun, jika ada tujuannya. Tetapi jagalah akhlak dan mulut. Jika bersalah, mengakulah. Tidak perlu mencari alasan yang tidak munasabah. Itu ultra kiasu namanya. Ultra kiasu hanya ada pada orang Cina, tetapi kepada orang Melayu juga. Berhimpunlah secara baik, tonjolkan imej baik Islam seperti yang dikehendaki pimpinan negara kita.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 17 September 2015

HOT ~ Cina Ni Ludah Najib..?


Kalau ada akal dan budi, serta ada ihsan dan maruah diri tentu akan terasa dengan kata kata sinis ni...

Layan...

Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

Saya kurang bersetuju apabila kumpulan merah mahu berhimpun pada 16 September 2015, sebagai respon kepada kumpulan kuning, Bersih 4.0. Jika kita tidak mahu dilihat seperti mereka, kenapa mesti kita mengikut atau respon kepada mereka. Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak? 

Menang sorak sahaja tidak cukup jika kampung tergadai. Inilah pepatah warisan nenek moyang sekian lama. Lebih baik tumpukan perkara yang lebih berfaedah. 

Ultra kiasu berani kerana mereka sudah berada di tempat yang kukuh. Kewangan mereka mantap, perpaduan mereka kukuh. Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh kumpulan. Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya.

Kenapa kita tidak pernah belajar daripada ultra kiasu? Sekurang-kurangnya ambillah pengajaran. Misalnya, kenyataan seorang menteri di Singapura ketika berkempen menjelang hari pengundian pilihan raya mereka 11 September 2015.

Dengan jelas beliau berkata dan menyindirkan kita. Katanya, nasib baik bapanya mendarat di Singapura dari negara China, dan kini dia menjadi warga Singapura. Jika dia mendarat di Tanah Melayu, sudah tentu dia menjadi warga Malaysia selepas berpisah pada tahun 1965. Malaysia dituduh sebagai negara rasuah, rasis dan berbagai lagi yang negatif.

Hebat sangatkah Singapura hari ini? Tidak hairan Singapura maju kerana saiznya sekangkang kera. Bolehkah Singapura maju tanpa kita? Apakah orang Melayu selaku penduduk asal tidak dipinggirkan? Kenapa Dr. Lily Zubaidah tidak dibenarkan pulang ke Singapura? Saya diberitahu, ketika sambutan kemerdekaan negara mereka baru-baru ini, video pendek yang ditayangkan langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar bahawa Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kenapa sejarah ini perlu dipadamkan? Inilah ultra kiasu yang perlu kita belajar, bukan bertindak sama seperti mereka.

Saya harap orang Melayu membuka mata supaya jangan terlalu beremosi.
Berhentilah melakukan kerja-kerja kurang bermanfaat ini. Ia bukan medan untuk menunjuk siapa lebih buat? Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak bangsa agar menjadi manusia berguna.

Fikirkan bagaimana hendak melahirkan lebih ramai orang Islam menjadi pengeluar, bukan pengguna semata-mata. Hari ini, boleh dikatakan kita rata-rata menjadi pengguna. 
Tidak mustahil terambil, terbeli, atau termakan benda-benda yang haram, mengandungi babi. Kadangkala saya merasa pelik, kita begitu sensitif dalam soal menyamak bekas atau troli terkena anjing. Tidakkah kita sedar kadangkala kita termakan benda haram secara sedar, apabila kita bukan pengeluar. Seringkali kita dengar makanan yang sengaja dicampur babi dan benda haram yang lain. 

Misalnya, tindakan ahli Jawatankuasa Masjid Plentong, Johor Bahru menyamak dengan air tanah, 500 buah troli di sebuah pasaraya selepas ia dicemari air kencing anjing. Pada saya, tidak perlulah disamak, cukuplah disiram dengan air bersih. Lagi pula yang terkena satu dua sahaja. Anak kita tidak akan menjadi jahat, jika terpegang troli tersebut. Ramai yang merempit hari ini, walaupun tidak memegang troli tersebut?

Saya tidak nafikan bahawa pihak pasaraya terbabit bersalah kerana tidak memahami sensitiviti orang Melayu. Pihak pasaraya sepatut menegah mana-mana pelanggan membawa binatang peliharaan. Ini bukan perkara luar biasa, tetapi norma antarabangsa. Ramai bukan Islam yang memberi komen menentangnya.  

Jika kita benar-benar sensitif dengan najis ini, yang perlu ‘disamak’ adalah perut-perut pemberi dan penerima rasuah, makan hasil hutang tidak berbayar dan pemakan riba. Itu benar-benar haram. 

Saya masih teringat orang-orang kampung yang berhutang dengan bapa saya. Buku hutang mereka bertingkat-tingkat, sampai ada yang ditulis di dinding-dinding kedai bapa saya. Anak-anak mereka yang berhutang dengan bapa saya kebanyakan masuk universiti, hutang tidak pernah bayar. Tidakkah perut mereka dan anak-anaknya perlu “disamak”? 

Bila tiba bab anjing, kita begitu teliti. Pada saya, berpahala menolong anjing babi dalam kesusahan, berdosa menolong dan bersubahat dengan  perasuah dan pemakan riba dan siberhutang yang tidak membayar hutangnya.

Soal anjing ini soal sensitiviti, bukan terlalu bersifat hukum. Saya bukanlah mahu mempermudahkan hukum, tetapi pendekatan kita dan publisiti sebegini tidak menguntungkan dakwah. Saya tidak fikir mereka yang membela anjing bagi tujuan keselamatan (menjejaki penjenayah), malaikat tidak masuk ke rumah. Malaikat tidak masuk adalah mereka yang kufur dengan Allah, tidak solat dan melakukan aktiviti haram seperti rasuah, riba, berhutang tanpa bayar. Lebih malang jika ada yang berkata tipu Cina tak apa, tipu Melayu jangan, kerana mereka saudara seagama. 

Sudah sampai masanya kita lebih banyak bertindak daripada berteori. Kita hanya menang di atas kertas, realitinya kita kalah. Justeru, hentikanlah perhimpunan ini. Tumpukanlah usaha bagaimana memartabatkan agama, bangsa dan negara sebelum terlambat.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Selasa, 11 Ogos 2015

Cina Ni Sekolahkan Menteri Mana..!


Layan...


Selaku anak jati perak,  saya amat geram apabila ultra kiasu mempertikaikan, malah menentang, perkara baik-baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perak, misalnya menyediakan kerusi khas untuk pasangan yang sudah berkahwin dan melarang mereka yang masih belum berkahwin duduk berdua-duaan ketika menonton wayang. Ini nilai-nilai baik, ajaran semua agama.

Semua kalangan kita pernah menjadi muda remaja. Kita tahu keadaan panggung wayang. Suasana gelap dan romantik. Masa itulah tangan akan berjalan-jalan, sama ada menyentuh mesra atau meraba. Apatah lagi jika cerita tersebut seram dan romantik.

Jika seram, pasangan akan dipeluk. Maklumlah perempuan takut dengan hantu. Bila cerita romantik, maka tangan mula meraba-raba. Ultra kiasu amat arif tentang perkara ini, sebab itu mereka menentang.

Perkara baik-baik sebegini tidak perlulah mendapat pendapat awam (public opinion). Kuatkuasakan sahaja. Tidak perlu takut, walaupun digertak ultra kiasu, yang mahu pihak berkuasa fokus pada perkara yang lebih penting seperti memberi khidmat lebih efisien kepada pembayar cukai, soal kebersihan dan lain-lain. 

Hak untuk menjadi efisien itu, teruskanlah. Tidak siapa yang larang. Tetapi pada masa sama, amar makruf nahi mungkar kena beriringan. Tiada gunakan prasana tip top, jika manusia berkelakuan seperti haiwan. Sebab itu Konosuke Matshushita memberi nasihat, making people, before making products. Tidak hairanlah produk Jepun tahan lasak, kerana mereka membina insan terlebih dahulu, sebelum produk.

Kata-kata ini amat bertepatan dengan nilai-nilai Islam. Insan itu perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Sebagai seorang yang mengaku beragama, sepatutnya kita menjadi insan, paling kurangpun dapat menguasai asas-asas hidup beragama. Jangan biarkah diri kita jahil, sehinggakan tidak ada panduan dalam hidup. Bertindak dan bercakap sesuka hati.

Realiti yang berlaku hari ini amat mendukacitakan. Pemimpin bercakap sesuka hati tanpa panduan dan landasan. Apatah lagi bila bercakap soal berkaitan agama. Misalnya, apakah salah berpeluk cium dalam lakonan asal hati baik dan bukan real pun?

Sebab itu dari dahulu saya katakan, jika tidak tahu, tanya orang yang lebih tahu. Atau lebih baik diam daripada berkata-kata atau mengeluarkan pendapat. 

Ahli falsafah Cina adalah berkata, jika mahu menjadi pemimpin, pastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik. Bagi memastikan rumahtangga dalam dipimpin dengan, diri sendiri perlu menjadi baik. Bagi memastikan diri sendiri boleh baik, pastikan hati dipimpin dengan baik. Nak pastikan hati dijaga baik, asasnya adalah ikhlas.

Hari ini jarang jumpa pemimpin yang ikhlas. Kebanyakan menjadi pakar bodek. Sekelip mata berubah. Bagaimana kita mahu mengharapkan keadaan menjadi lebih baik.  Ini sokong membawa rebah.

Perkara ini juga berlaku dalam Pas, bila mana pemimpin  mereka memperlekehkan baiah yang mereka tandatangani dengan memberi berbagai alasan agar baiah tersebut terbatal. Jika sudah tahu baiah tersebut mengikat, tidaklah perlu tandatangan, atau menjadi calon Pas. Carilah parti lain. Ini tidak, bila dapat menang dan dapat kuasa. Sukar untuk dilepas. Maka, apabila sudah terikat, maka dicari jalan sedaya upaya untuk membebaskan ikatan tersebut. Mana boleh. 

Kuasa itu amanah parti dan negara. Taat setia perlu ditumpahkan selagi berada di landasan benar. Sebab itu, saya ucapkan tahniah di atas, perlantikan Zahid Hamidi sebagai TPM. Saya amat bangga. Ketika menjadi menteri di JPM, ramai yang memuji Zahid kerana ketegasannya dalam isu-isu Islam. Begitu juga ketika menjadi Menteri Pertahanan dan Dalam Negeri. Sudah tentu rakyat menaruh harapan yang tinggi. Apatah lagi Zahid mempunyai asas yang kukuh. 

Saya tidak fikir TPM baharu ini akan bercakap semborono seperti segelintir menteri lain. Bercakap tanpa asas. Saya harap Zahid akan bertegas dalam perkara prinsip dan asas. Jangan takut berhadapan dengan serangan ultra kiasu. 

Selagi kita di landasan yang benar, rakyat terjamin, kita tidak perlu takut dan tunduk kepada tekanan. Yakinlah, jika kamu tolong Allah, nescaya Allah akan tolong kamu. 

Sama juga usaha murni kerajaan Perak ini. Saya harap, kita tidak akan tunduk. Jika ultra kiasu mahukan kerosakan dan kebebasan tanpa had, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Paling penting, mereka yang mahukan kebaikan, mesti diselamatkan dari tangan-tangan jahat ini.

Saya amat yakin, kerajaan negeri Perak, dengan sokongan TPM, akan terus aman jaya, aman maju, makmur dan sejahtera. Saya amat yakin jika Gautama Buddha masih hidup, begitu dengan pemimpin agama yang lain, mereka pasti akan bersetuju dengan keputusan ini. 

Justeru, janganlah ditanya lagi kepada ultra kiasu tentang perkara baik yang mahu dilaksanakan. Teruskan. Saya selaku rakyat marhaen, pasti akan menyokong. Carilah redha Allah, tidak perlu cari redha manusia. Redha Allah pasti akan memenangkan kita buat selama-lamanya, habuan akhirnya syurga, tetapi redha manusia belum tentu. 

Biar penat di dunia, rehat di akhirat. Jangan sampai rehat di dunia, penat di akhirat. Paling baik rehat dunia rehat akhirat. Jangan sampai penat dunia, penat akhirat.


Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 28 Julai 2015

Cina Ni Belasah Cina Low Yat..!


Layan...

Melayu dalam parti ultra kiasu mahukan orang Melayu bertolak ansur supaya isu sekolah vernakular tidak dibangkitkan lagi. Biarkan ia beroperasi bebas tanpa gangguan. Manakala golongan liberal Melayu mahukan Bahasa Inggeris (BI) digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Hebat sungguh Melayu. Bangsa lain sibuk mempertahankan dan mempromosikan bahasa ibunda mereka. Manakala, bangsa Melayu tidak yakin dengan bahasa sendiri. 

Apakah kedudukan BM selaku bahasa kebangsaan dalam perlembagaan? Siapakah yang akan memperjuangkan bahasa anak watan ini? Siapa pula yang akan memastikan semua rakyat boleh bertutur dan faham BM? Tidak mustahil BM dan bangsanya bersekali akan merempat di bumi sendiri suatu masa nanti.

Amat bodohlah saya jika menolak kepentingan BI sebagai bahasa antarabangsa. Tetapi janganlah sampai BM dianaktirikan. Apatah lagi tidak merasakan ianya penting. Biarlah tidak tahu bertutur BM tak apa, asalnya boleh berbahasa BI dan ibunda yang lain. Inilah pemikiran liberal Melayu. 

Masuklah hari ini ke syarikat GLC kerajaan, boleh dikatakan bahasa Melayu langsung tidak didaulat. BM hanya ada pada tanda pintu sahaja iaitu KELUAR. Hak lain semua telah diinggeriskan. 

Apa sudah jadi dengan Bank Bumiputera yang sudah bertukar nama? Apakah agenda bumiputera masih diutamakan? Berapa ramai bumiputera berada di dalamnya membuat keputusan? Teringat saya kepada saudara Dato’ Henry S. Barlow, yang masih kekal menjadi ahli lembaga pengarah GLC Sime Darby. 

Sebuah LGC hasil usaha ahli keluarganya dahulu. Barlow tidak pernah lupa agenda bumiputera dalam Sime Darby, walaupun setelah sekian lama negara merdeka. Inilah orang putih yang tidak pernah lupa sejarah. Kenapa tidak ramai rakyat Malaysia yang telah dibantu kerajaan dan telah berjaya tidak seperti Barlow? Kenapa mereka menjadi ultra kiasu setelah berjaya? Lupa diri? Lupa bangsa? Lupa agama? Jati diri entah ke mana?

Paling kurang, belajarlah dari ultra kiasu. Misalnya, selepas insiden Plaza Low Yat. Hari ini mereka sibuk hendak mengadakan sambutan Hari Raya. Sedangkan sambutan ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Lagipun ia perayaan ibadah umat Islam. Saya tidak kata salah, tetapi pelik.

Bayangkan selepas ini orang Melayu jadi hos sambutan Tahun Baharu Cina. Kenapa tiba-tiba ultra kiasu mahu lakukan perkara terbalik di Low Yat? Apa muslihat di sebalik? Nampak sangat ultra kiasu hanya mementing agenda peribadi mereka akibat perniagaan terjejas gara-gara insiden yang terjadi. 

Sekalipun anak muda Melayu itu yang bersalah. Insiden ini sepatutnya membuka mata kita. Antara agenda perut, bangsa dan negara. Mana lebih utama?

Pada saya, tidak perlu diadakan sambutan hari raya di sana. Berikan wang tersebut kepada kami untuk kami membuat kajian secara akademik. Apakah di sebalik insiden tersebut dan punca-puncanya? Saya pasti, ahli akademik akan dapat memberikan jawapan yang tulus dan amat berguna kepada kerajaan, bukan hipokrit. Mahu menutupi bara yang sentiasa menyala, tidak pernah padam. Menunggu masa untuk meledak.

Saya amat mengharapkan orang Melayu tidak boleh dijual beli dengan juadah air siap, lemang dan ketupat. Hina sungguh umat Islam, jika mereka boleh dicairkan hanya dengan jamuan makan. 

Jika mereka ikhlas, sudah sekian lama ianya dilakukan. Kenapa begitu beriya-iya hendaklah melakukannya di Low Yat pada kali ini, tidak di tempat lain?  

Nampak sangat selama ini, orang Melayu menjadi alat untuk mereka menjana dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Inilah akibatnya apabila kita hanya menjadi pengguna bukan pengeluar.

Tidak hairan jika kita sentiasa menjadi mangsa, makan bihun kotor, patin babi dan makanan lain bercampur dengan bahan haram. Akibatnya, hati menjadi hitam. Kita salah, ultra kiasu betul. 

Ramai rakan saya acap kali tertipu membeli belah di sana. Harga tidaklah semurah mana. Tetapi plaza tersebut telah berjaya mengaburi mata kita semua. Kadang kala kos baik pulih alat yang dibeli, sudah melebihi harga jualan alat tersebut.

Dahulu, apabila saya dedahkan penipuan ini, satu dunia mengutuk saya. Kononnya saya sanggup memburukkan bangsa sendiri. Sehingga repot polis dibuat. Saya hanya berkata benar. Itu sahaja. Apakah berkata benar itu salah?

Sebenarnya kuasa boikot kita amat besar, jika kita pandai menggunakannya. Tetapi agak malang, jika kita mudah dibeli dengan segelas air sirap. 

Mengimbau kembali bantuan ultra kiasu kepada surau masjid ketika bulan puasa. Molek sungguh ultra kiasu ini berpakaian Melayu, berselendang menyampaikan bantuan RM2000. Sehingga ada yang mengusik “Amoi pakai baju kurung sangat comel”.

Saya tidak nafikan akulturasi ini amat baik dan patut digalakkan. Tetapi mengenali ultra kiasu, semua ini hipokrit. Pada masa sama, merekalah menentang etika berpakaian. 
Jika mereka hormat kepada negara, perlembagaan dan rukun negara, sudah tentu mereka akan sentiasa mengenakan cara hidup bersopan, bertatasusila dan berbudaya. Ini tidak, mereka pejuang tegar hak asasi manusia, sehingga menenggelamkan identiti negara tercinta ini. 

Apakah orang sebegini boleh dipercayai? Apakah jamuan hari raya yang mereka hoskan itu benar-benar ikhlas atau sekadar mahu menjaga perut? Hina sungguh kita jika mudah tergoda!

Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah

Lu Fikir La Sendiri!!!