Layan...
Antara kuasa dan keadilan
MEDIA sosial dan akhbar ultra kiasu tidak habis-habis mengapi-apikan isu etnik Cina yang tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sarawak selepas PRN berakhir. Mereka kata KM tidak mengotakan janji. Sedangkan KM tidak pernah berjanji. Justeru, berhati-hatilah ketika berkempen, jangan menjanjikan bulan dan bintang. Bahaya.
Menambahkan satu lagi jawatan TKM, dengan menggubal Perlembagaan, bukan penyelesai masalah, malah akan menjadi lebih rumit selepas ini, kerana ia akan menjadi precedence. Akan berlaku tuntut menuntut, walaupun masa yang berjalan mungkin tidak melayakkan sesuatu etnik untuk duduk di kerusi tersebut selama-lamanya.
Sebab itu saya amat memuji etnik Sarawak yang lain, kerana tidak menuntut kerusi TKM. Inilah sifat mulia kerencaman etnik di sana. Dari segi hak, mereka lebih berhak berbanding etnik lain yang berhijrah. Bayangkan jika semua etnik minoriti menuntut jawatan TKM. Berpuluh jawatan TKM perlu disediakan.
Begitu juga daripada aspek bahasa, mereka menerima BM sebagai bahasa utama negara, tidak pernah meminta bahasa dialek mereka dimartabatkan. Jika tidak, lagi cacamerba lagi negara kita. Ultra kiasu tidak sebegitu sifatnya. Mahukan bahasa mereka setaraf dengan bahasa negara.
Sama juga jika ada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua Malaysia yang mungkin diwujudkan selepas ini. Paling layak adalah bumiputera Sabah Sarawak, bukan etnik lain. Etnik berhijrah sudah terbela nasibnya. Sabah Sarawak memerlukan lebih perhatian berbanding Semenanjung kerana mereka masih ketinggalan, terutama kawasan luar bandar. Berikanlah keadilan kepada mereka.
Cukuplah kita menjadi bahan ketawa dunia. Negara antara paling kecil saiznya di dunia, tetapi mempunyai jawatan Kabinet yang begitu banyak.
Apa yang penting bukan jawatan tetapi adalah keadilan. Itulah paksi pemerintahan pembentukan tamadun. Saya harap bangsa saya sedar akan hakikat ini. Cukuplah dengan peluang berekonomi yang telah diberikan sehingga menjadi kaya-raya, tanpa diambil sedikit pun haknya, berbanding dengan negara ang mengamalkan sistem komunis.
Ketahuilah bahawa kita sudah dapat selayaknya apa yang sepatutnya dapat. Malah sudah dapat lebih pun. Jangan terlalu kemaruk kuasa atau tamak. Seperti kata Almarhum Tunku Abdul Rahman, biarkan orang Melayu menjaga kuasa, orang Cina menjaga bisnes. Ada kuasa, jika disalahgunakan, tidak membawa apa-apa erti.
Bukti-bukti menunjukkan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya, boleh menjadikan sesebuah negara itu lumpuh. Keadaan inilah yang menjadi politik Sarawak gawat sebelum ini. Hari ini KM cuba memulihkannya dengan penuh integriti. Sokonglah dia, bukan menuntut jawatan ini dan itu. Jika salah, betulkan! kerana beliau hanya manusia.
Beri peluang kepada KM untuk membantu Bumiputera yang masih ketinggalan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Yakinlah jika kemiskinan dapat dihapuskan pasti Sarawak akan menjadi aman makmur dan kadar jenayah dapat dikurangkan. Orang Cina boleh berniaga dengan senang hati.
Saya fikir KM telah melakukan sesuatu yang adil dengan tidak melantik TKM Sarawak kalangan etnik Cina. Sudah tentu pertimbangan masak telah diberikan. Cukuplah dengan jawatan menteri yang telah diberikan sebagai wakil orang Cina Sarawak. Jangan jadi ultra
kiasu seperti parti politik di Semenanjung.
Ingatlah, kuasa sudah terbukti tidak mampu menjaga manusia, tetapi keadilan boleh. Keadilan itu bukan sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempat atau memberikan hak kepada yang berhak.
Dalam konteks negeri Sarawak, siapakah yang lebih berhak dan memerlukan? Sudah tentu Bumiputera di sana. Saya mendoakan agar KM dapat melakukan yang terbaik, diikuti dengan anak-anak buah yang dilantiknya.
Adalah diharapkan anak-anak buah yang dilantik itu tidak seperti yang disebut oleh pepatah Cina ini, it is relatively easier to see the Lord of Hell than to handle the little devil that guards Hell. Lebih mudah berjumpa dengan Tuan neraka daripada berhadapan dengan penjaga-
penjaga neraka, yang banyak menimbulkan masalah.
Kadangkala nak jumpa orang besar ini sikit punya seksa. Macam-macam alasan diberikan oleh penjaga-penjaga ini, sehingga hampir setahun temu janji tidak kesampaian.
Benarlah kata orang, sebenarnya menteri atau pembesar itu tidak sombong, yang sombongnya orang keliling-kelalangnya, termasuk PA menteri pun sombong bukan main.
Inilah mencalarkan imej menteri dan Kabinet. Cucuk sana cucuk sini, laga sana laga sini. Justeru, berhati-hatilah memilih orang sekeliling wahai pembesar dan pak menteri.
Budaya ini begitu berleluasa dalam politik. Setiap daripada mereka memasang cita-cita untuk berkuasa dan lebih berkuasa. Maka penjaga-penjaga inilah yang akan bertindak memastikan agendanya berjaya. Jika untuk kebaikan, saya setuju belaka. Tetapi kadangkala, membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Perpecahan semakin ketara, kelemahan dicipta. Musuh mengambil kesempatan setiap masa.
* Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA
Siapa makan cili..dia la rasa pedasnya..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Sama jugak la nnti PM mesti dari selatan baru bukan dari utara lagi... suma xPM utara dan pemimpin pembangkang Utara pengkhianat bangsa dan islam.. fakta tu... ada yg jadi pluralist. .. syiah... komunis dan ada yg pakej 3 in 1... semua dari utara... org utara timbalan menteri dan menteri dihadkan... klu dlm umno setakat ahli majlis tertinggi saja...
BalasPadamPahal ko selalu merapu pasal utara selatan? Otak ko dah di kawal dek kuasa utara selatan ke? Dah mereng ke?
Padam"pengkhianat bangsa dan Islam" tu Najib lah. Tak pertahankan hak dan tak majukan kepentingan Melayu yang UMNO di tubuhkan bagi nya. Ketepikan DEB yang zaman Tun Mahathir dah dapatkan 23% kekayaan korporat Melayu. Buangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan bermacam lagi. Najib tak berani pun nak kira berapa % kekayaan Melayu di bawah pemerintahan dia. Sebab dah merosot. Kekayaan dia dan ank tiri dia aje yang naik melambong.
Najib asyik nak menyenagkan hati Cina. Buang ISA sebab Kit Siang dan Guan Eng tak suka - depa dulu kena ISA. Buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dalam Perlembagaan yang DAP tak suka hingga cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Bagus lah UMNO bantah dia, tak jadi buang Akta itu.
Sekarang nak tengok UMNO bantah dan buang Najib sebab songlap duit 1MDB dan RM4.2 bilion masuk dalam ekaun peribadi dia.
Tun m terimaa anugerah star for sukarno kerana jasa perkenakan ideologi nepostima utara di malaysia ini, orang pertama terima anugerah Kim jong pemimpin Korean utara, padah tun m ITU angap sebagai pemegang ideologi Korean utara dia mengajar anwar APA ITU ideologi Nepostism Korean utara sehingga dia mampu perriktikkan dia Dengan baik, malah anak Sukarno pun ikut sama ideologi ITU dengan dua Anak berkuasa di parti PDI
BalasPadamhttp://m.cnnindonesia.com/nasional/20150928005452-20-81256/mahathir-kim-jong-un-chavez-castro-raih-star-of-soekarno/
Mohd Riduan (TEE) Abdulah. Kamu kata cina altra kiasu. Kamu bangsa cina juga jadi kamu ultra kiasu juga.Cuma agama saja islam. Tukar agama bila bila pun boleh tetapi bangsa tidak dapat tukar sampai kau mampus. Itulah kebodohan kamu. Syukurlah juga kamu tidak mau mengaku kamu ini cina. Kesian bangsa lain kerana kamu mau jadi bangsa mereka kerana setahu saya semua bangsa di dunia adalah manusia tetapi kamu ini bukan.
BalasPadamBodoh betul kan kamu ini. Munkin panggilan ini paling sesuai utk kau.ULTRA BINATANG.
tatang ka .. ko cina ke... apa yg ridhuan cakap adalah betul... ada tersurat dan ada tersirat... kenapa dia di halang masuk singapore tempoh hari?? aku sokong apa yg ridhuan cakapkan.. walaupun agak kasar.. tapi point dia mmg ada..
Padamtatang ka,
PadamItu nama Cina ke?
Istilah binatang itu sesuai bagi kaum pendatang Cina Bukit DAP. Kamu termasuk dalam kaum itu. Sebab biadap dan kurang ajar, macam Naib Pengerusi DAP, Tengku Aziz, kata berkenaan Lim Guan Eng masa dia cabut keluar dari DAP.
Kalau Ridhuan Tee kata Cina ultra kiasu pun tak boleh, kamu yang amat bodoh. Kiasu bermakna tidak mahu ketinggalan, tidak mahu kalah. Ultra tu bermakna setiasa begitu. Mana boleh mahu menang sentiasa? Kaum lain tak boleh menang? Bodoh kepayang.