Rabu, 10 Jun 2009

Bersatu lah MELAYU...


BERSATU lah MELAYU!.. Sejarah pernah tercipta bahawa apabila seluruh umat MELAYU di dalam watan bertuah ini BERSATU. Mengenepikan segala perbezaan, menolak sebarang persengketaan, melupakan darjat dan keturunan, maka datuk nenek dan ibu bapa telah berjaya menyelamatkan maruah bangsa, meninggikan syiar agama dan menetapkan hala tuju anak cucu dengan mengecap KEMERDEKAAN...

Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi telah berjaya merubah nasib bangsa sekaligus mengangkat agama yang kita anuti dengan hak dan kebebasan untuk mentadbir akan negara tercinta mengikut acuan dan Kehendak kita sendiri. Tiada lagi penasihat penjajah yang menentukan itu ini, begitu begini.

Hari ini seruan yang menjadi azimat itu bergema lagi!!! Seruan yang menuntut semua yang bernama melayu bersatu. Suasana nya mungkin berbeza tapi tujuannya tetap sama iaitu mempastikan nasib bangsa yang menjadi tuan kepada tanah bertuah ini akan terus dipertahan kan demi kelangsungan hidup anak cucu generasi seterusnya. Maka apabila nasib bangsa melayu ini dapat dipertahan sudah barang tentu agamanya iaitu Islam yang syumul akan dapat terus dipelihara, subur dan berkembang baik seperti sekarang ini.

Kalau selama ini pernah UMNO mengajak PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan pelbagai isu yang meranjau maka nampaknya PAS telah menggorak langkah. Tindakan tidak populis yang disarankan oleh Presiden parti itu sesungguhnya tindakan berani dan 'celik' akan apa yang perlu dan mustahak untuk dilakukan. Kemenangan YB Nasa sebagai Timbalan Presiden juga memberikan 'signal' bahawa perwakilan yang mewakili keseluruhan ahli PAS mahukan kesatuan dan perpaduan. Meski pun ada dikalangan pemimpin parti mereka yang jelas menghentam dan menolak kepimpinan ulama kerana didalangi oleh pewaris sejarah si- kitol dan mandaliar dalam negara.

Pemimpin UMNO perlu menyahut dengan tangan terbuka dan berlapang dada. Mungkin sebagai permulaan boleh lah kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dan PAS duduk dulu semeja tanpa perlu PAS menghuraikan dengan terperinci akan konsep dan cadangannya. Yang penting duduk dulu semeja, dan ini perlu diusahakan dengan SEGERA...

Tentunya dalam pertemuan itu nanti kedua-dua pemimpin akan dapat melihat akan kebijaksaan dalam pertemuan itu yang boleh dijadikan asas kepada usaha murni perpaduan itu nanti.
UMNO tak perlu menukar perlembagaannya dan PAS tak usah membubarkan parti nya. Persatuan dan Perpaduan itu boleh dilahirkan dengan semangat dan rohnya terlebih dahulu dalam membincangkan isu asas dan pokok.

Isu Perlembagaan, isu hak dan keistimewaan melayu, agama islam, raja-raja melayu, bahasa dan lain-lain yang semua ini menuntut untuk dibincangkan oleh pemimpin melayu dengan hati yang ikhlas, berlapang dada dan penuh tanggungjawab.

Sesengguhnya 'mereka' yang tahu sejarah amat mengerti bahawa sekiranya melayu bersatu maka sukar bagi 'mereka' untuk meneruskan agenda jahat bagi menguasai negara ini dan sukarlah bagi 'mereka' atas nama hak asasi untuk mewujudkan kesamarataan dalam segala aspek dan sudut termasuk agama, raja-raja, bahasa dan lain-lain lagi yang menjadi teras kepada pembentukkan negara Malaysia tercinta ini. Bagi pewaris si kitol dan mandaliar pula mereka tidak peduli akan nasib bangsanya, agama dan negara sekiranya tergadai dan binasa. Maruah bagi mereka ialah mendapat habuan untuk kepentingan diri dan kelangsungan politik sempit biarpun dikuda dan diperah oleh 'tuan-tuan' kadok yang naik junjung yang mereka sanjung.

Melayu sesungguhnya bangsa yang hebat sifat dan budayanya, Melayu yang berpegang kepada ajaran agama yang benar tidak akan sesekali menolak persatuan bangsa. Melayu bukan bangsa sombong yang tidak boleh bersama-sama dalam perkara yang boleh dikongsi bersama. Melayu bukan bangsa penindas yang mengenepikan hak dan peluang orang lain seperti termaktub didalam perlembagaan. Melayu bukannya bangsa pengecut yang lari dari medan demi mempertahan kan bangsa, agama dan negaranya. Cuma malang dalam kelembutan bangsa melayu ada di kalangan 'mereka' yang sedang cuba untuk memijak dan menafikan hak melayu.

Bersatulah melayu kerana ianya merupakan asas kepada apa yang kita miliki kini demi kelangsungan hidup yang bermaruah generasi seterusnya pada masa yang akan datang...

Kepada Allah berserah!!!

26 ulasan:

  1. bagi pendapat abg din, PAS dan UMNo dulu memang telah bersatu, PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan. Secara dasarnya Kenyataan bersatu melayu telah lama di mainkan, Oleh kerana sikap UMNO yang boleh di ibaratkan duri dalam daging abg din rasa sampai bila-bila pon melayu tak akan bersatu, kecualilah UMNO kembali kepada lunas-lunas Agama dan tidak lagi bersikap asabiyah kemelayuan, kerna Abg din rasa Prdana menteri memainkan isu 1malaysia, jika kita bersatu atas nama asabiyah kemelayuan, apa kata bangsa-bangsa lain, abg din rasa juga ini boleh memecahbelahkan lagi perpaduan.

    BalasPadam
  2. abe din,
    kita boleh melihat sejarah untuk terus bergerak kedepan, ambil apa yang positif dan jadikan ilmu berguna atas perkara yang negatif.
    namun itu tidak bermakna kita menolak segala yang boleh dijadikan asas kekuatan untuk bersatu dalam kita bernostalgia.
    Kalau melihat kepada skop yang lebih luas rasanya konsep 1 malaysia itu hanya slogan yang tetap berpaksi kepada asas-asas pembentukkan negara ini, jadi apa salahnya?
    positif la sikit bro...insyaallah positif yang akan kita dapat...
    terima kasih

    BalasPadam
  3. Betul kita boleh melihat sejarah dan terus bergerak kehadapan, tapi perlu diingat sejarah juga menjadi panduan dan mengajar erti sebuah pengalaman, Abg din rasa sejarah jugak tidak mustahil akan berulang, jadi kita perlu berhati-hati menilainya.Betul 1malaysia slogan semata-mata, jika ia di jaja seantero dunia ,ia boleh menjadi satu propaganda politik yang boleh mendatangkan kesan yang besar, 1malaysia akan difahami sebagai satu perpaduan masyarakat membentuk 1masyarakat malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan. jadi jika UMNO terus mamainkan fahaman penyatuan melayu, ketuanan melayu,maka umno lah yang akan menghancurkan konsep 1malaysia ini. Abg din bukan hendak bersikap negatif tapi sikap pembangkang perlu ada sebagai cermin negara, Tun kata lah.

    BalasPadam
  4. sebab tu tahu sesuatu perkara tak sama dengan memahami sesuatu perkara, ramai orang kita terkeliru kerana hanya menerima konsep tahu sesuatu perkara lantas melontar pelbagai persoalan tanpa memahami terlebih dahulu duduk sesuatu cerita...saya percaya abe din dah tahu dan semakin faham...
    terima kasih

    BalasPadam
  5. Sebetulnya untuk memahami kita hendaklah mengetahui ianya terlebih dahulu, Persoalan yang timbul mungkin dari si pelontar konsep yang tidak jelas atau konsepnya diceduk dari mana-mana. Abg din paham dengan sikap Umno, Seperti kapal yang mahu karam meminta pertolongan.

    BalasPadam
  6. PM,
    Umno sekarang memang kemaruk hendak bersatu dengan Pas, sebabnya kita tahu Umno sedang tenat, nyawanya sudah hampir pada penghujungnya. Hampir saban hari pemimpin tertinggi dan juak2 umno melalak minta rujuk dengan Pas. Macam pengemis lapar sesuap nasi.

    Sedngkan presiden pas baru saja buat saranan, bukannya keputusan Pas. Umno pun mula melalak, macam anjing kelaparan, dapat tulang pun jadilah. Umno sudah lupa, apa yang telah mereka lakukan seperti di Perak. Diskriminasi yang dilakukan di Kelantan dalam pembangunan, sejak sekian lama.

    Apa yang penting, kalau hendak bersatu, bukannya dengan Umno. Umno hanya pentingkan nyawa politiknya saja. Kita semua tahu umno sudah nak tamat tempoh, jadi cari talian hayatnya, Pas dilihat banyak memberi kelebihan pada umno. Sebab itulah dari presidennya hingga ke barua mcm PM ni sanggup bercakap tentang perpaduan Melayu konon.

    Kalau benar ikhlas, nasihatkan sultan Perak kita bubar Dun Perak, kita lawan dalam pilihan raya, apa macam bro, boleh?

    BalasPadam
  7. salam...

    untuk kertas...
    Sapa yang melalak ? anda sangat emosi dalam melemparkan pendapat. UMNO mampu untuk bersiri tanpa PAS. Jgan simpan ego anda hanya kerana memusuhi UMNO. Yang jadi pegemis sekarang ialah PAS kerana mengemis sedikit kuasa dari juak-juak PR.

    Apa yang berlaku di perak adalah disebabkan oleh PAS sendiri. Peminpin anda senbah derhaka, ahli anda baring di tengah jalan menghalang sultan. Jangan salahkan UMNO pasal diskriminasi di Kelantan. Tnya kembali diri nda, siapa yang perintah kelantan? UMNO kah? apakah itu masih tanggungjawab UMNO untuk membangunkan Kelantan ? Jangan selalu menuding jari tuan hamba, nanti akan bepatah balik kepada anda.

    Kalau PAS x pentingkan nyawa politik, kenapa mesti PAS bersatu dengan DAP sama PKR ? Pas kalau masih kuat nyawa politik tidak akan bergantung kepada DAP dan PKR. Fikirkan saudara. Siapa yang lebih pentingkan nyawa politik ?

    Anda rajin sangat dengar ceramah, sebab tu minda jadi kolot, tertutup.

    Lagi-lagi bubar DUN. Isu dah mati, terima sahaja kekalahan pihak anda. Anda tidak berada di kerusi atas, jika anda berada ditempat mereka pasti anda akan faham kenapa

    BalasPadam
  8. sabar kertas...tak payah terlalu emosi kerana itu semua menampakkan kelemahan diri anda yang sebenar...apa jua yang anda lontarkan kepada orang lain sebenarnya ianya kembali kepada diri anda sendiri...jadi sabar bebanyak.
    mungkin kertas dan abe din melihat dari sudut kemerosotan sokongan kepada BN, kerana sokongan kepada UMNO secara purata masih baik, itu sebab UMNO masih mengekalkan 79 kerusi dalam PRU 12 tempohari...yang banyak kalah ialah MCA, MIC, Gerakan dan PPP, sementara komponen yang lain masih mendapat sokongan yang baik dari rakyat.
    Apa yang UMNO lihat dan penulis sebagai bangsa melayu tegaskan ialah perpaduan bangsa dalam menjamin kelangsungan agama, bangsa dan negara dan ianya bukan untuk kita semata-mata tetapi jauh dari itu ialah untuk anak cucu generasi pewaris kita selepas ini.
    Kita bertanggungjawab untuk mempastikan mereka menerima kehidupan yang lebih baik seperti mana kita terima dari generasi terdahulu...
    itu pon bagi orang melayu yang benar-benar tahu, paham dan mengakui akan peri pentingnya perpaduan bangsanya...
    kalau tak nak terima...apa penulis nak buat!!!
    terima kasih

    BalasPadam
  9. Perjuangan Bangsa, kita doakan kertas kekal mendapat taufik hidayah dan dibuka minda dan hati dengan lebih jelas
    terima kasih Perjuangan Bangsa

    BalasPadam
  10. PM, usah gusar hahahah, jangan emosi heheheh bawa bertenang bro.

    Apa yang basi, apa yng tak akan basi? rakyat perak akan ingat sampai khiamat rampasan kuasa tidak bermaruah oleh kepala umno najib. Semua orang tahu, kalau saudara PM tak tahu, tak tahulah nak cakap. Melayu belah sini tidak pernah lupa, hanya melayu mcm saudara saja mudah lupa sebab cepat nyanyok hahahah.

    Sudahlah saudara, nak marah pun tak guna. memang sah umno kemaruk minta sedekah nak kongsi kuasa dengan Pas, sebab umno dah nak mampus itu hakikat, tengoklah dalam siri PRK yang diadakan semua kalah teruk, sebab itulah dia nak cari pas, itu fakta bro. Kita orang tidak hiran sangt nak kawan dgn umno. Piii lahhh dengan BARISAN NASIONAL KAMU TU, mana MCA, mana MIC mana gerakan dan para pencacai kamu, mana semua hilang, kenapa dok saban hari cari pas, gila talak ke apa.

    Sedarlah PM (bukan PERDANA MENTERI, tapi PENCACAI MELAYU). umno hakikatnya sudah hilang pengaruh, sedikit masa lagi, berkuburlah kamu, kita nisankan kamu kat KLCC nanti, apa macam bro boleh?

    Hak kelantan tidak boleh dinafikan, walausiapa pun memerintah sebab Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia, sudah diperuntukan dalam perlembagaan Malaysia, cuma saudara yg tidak reti benda ni, atau memang tak tahu perlembagaan. sedih nenek moyang saudara yang buat perlembagaan sebab kamu banggang.

    Akhir sekali kesian umno, dah nak gooolll, makan dia akan minta SIMPATI PAS,dulu tendang pas, kini nak rujuk semula. padam muka kamu, baru tahu tahi yam tu busuk ke tak??hahahahaha

    BalasPadam
  11. Dalam persidangan dun penggal 2007 kalu tak silap abg din lah, abg setia mengikuti sidang dun kelantan, abg din lihat dan dengar dengan mata kepala abg din sendiri bahawa Dato Mustafa "tok pa" sendiri mengakui UMNO ada sikit sebanyak sekat kemajuan negeri kelantan, rasanya dalam youtube pon ada rakaman tu. Sebab itulah dalam PRU ke-12 UMNO kelantan tinggal 6 kerusi je.. Tokpa sendiri pon kena sapu, tapi parlimen dia menang lah.. itu bukti jelas dan nyata keluar dari mulut pemimpin UMNO sendiri bukan dari juak-juak UMNO lain.

    BalasPadam
  12. Saudara Pencacai Melayu (PM),
    Saya sudah lama doakan untuk orang-orang Umno supaya insaf, melihat politik dari sudut positif, ada sesetengah macam saudara ni, memang dah berkarat basi, sudah tidak nampak kebenaran. mana yang salah, mana yang betul.

    Sudah tidak mampu bezakannya, sebab hati kamu semua sudah berkarat hangit. Hanya jadi pengapu umno. Apa yang umno buat semuanya betul, sampai roboh stadium pun masih betul jgk. sebab hati kamu sudah buta. Macam juga kes liwat anuar ibrahim, kalau manusia punya hati yang bersih, fikiran yang waras...sukar hendak kita nak percaya dakwaan tersebut. Tapi bagi hati yang sudah gelap, buta mata dan hati, kamu tidak boleh nak bezakan benar atau tidak, logik atau tidak.

    kesian sungguh pd kamu semua.

    BalasPadam
  13. ya...betul kertas, abg din setuju, buang-buang lah karat UMNO, kerna nampak jelas didahi tu.

    BalasPadam
  14. kertas memang tak kan berubah, sama jer dengan pengikut taksub PAS yang menurut apa jua arahan pemimpin mereka...kena remote jer jadi tak susah la hidup nak berfikir..elok juga untuk kesihatan otak..hehe
    soal perak siapa yang mulakan dulu, lupakah kepada agenda Anwar 916, lupakah kepada ucapan-ucapan pemimpin PAS dan PKR yang menyambut mesra akan ke'lompat'an Nasa ADUN Bota?
    Tapi takdir Allah sapa tahu? akhirnya terjadi seperti mana yang berlaku... cuba lah renungkan kembali dan dengarkan ucapan pemimpin-pemimpin besar anda berkenaan 30 ahli Parlimen UMNO nak melaompat dan sbg... kalau nak terima lah
    itu kalau tak silap abe din...dan saya rasa silap kot sebab kerajaan pusat tak pernah menahan dan menghalang pembangunan kelantan malah boleh dilihat bagaimana Selangor dan Pulau Pinang mendapat kemasukan pelabur, jadi barangkali Nik Aziz kena kurangkan berpolitik dan cari sumber untuk memajukan negeri..kan itu tuntunan agama kerana PAS menerima amanah sebagai pentadbir negeri...
    Kelantan boleh mewujudkan JK untuk menarik pelabur dan jgn lupa ajak kertas kerana dia nampaknya agresif dengan idea. betul ker???
    terima kasih

    BalasPadam
  15. Abg dian rasa Putra kena rujuk sejarah, ternyata putra tidak memahami kesemaunya pasal kelantan, 1 je abg din nak kasi contoh, rasa putra pon tahu, Pembesaran Jambatan sultan yahya petra, rasa putra pon lalu tapi putra mungkin tak perasan disitu ada gambar besar PAKLAH, alkisahnya jambatan itu menjadi tanggungjawab BN semasa zaman PAKLAH, tapi kalu dilihat hari ni macam cukuk tiang pon tidak kesudahan, cuba dilihat disebelahnya pembangunan pesisir lembah sirih yang dibangunkan kerajaan kelantan dah pon hampir siap, prjek BN bila mau siap.

    BalasPadam
  16. tak tahu pulak penulis yang tak tahu kisah berkenaan pembinaan jambatan boleh di cop tak tahu sejarah...hehe, setuju tak tahu semua, kerana penulis pon tak duduk sana, cuma apa yg penulis maklum ialah masaalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek tu mengikut jadual dan kos nak menyiapkannya kini telah melampaui bajet yang sudah diluluskan, so kena tunggu kelulusan baru dari EPU utk meneruskan projek.
    itu jer...sampai masa siap la ia yer....
    terima kasih

    BalasPadam
  17. bukan maksud abg din tak kisah jambatan tak tau sejarah, jambatan tu abg din bg tau prjek terkini Bn kat kelantan, Nak tgok sejaran banyak zaman Tun M pon banyak sejarah manis mulut BN ni. isu KUB dan lain2 lagi tentu putra tidak ketahui sebab putra mau tembak kelantan je..

    BalasPadam
  18. tapi dalam zaman TDM lah banyak pembangunan dapat dilaksanakan dengan kenangan indah yang manis-manis. Takkan pembangunan yang begitu hebat hingga meletakkan negara di mata dunia nak diketepikan hanya isu KUB. Isu itu pun kalau nak dibangkitkan orang UMNO lah yang lebih wajar kerana mereka kebanyakkannya melabur dalam saham KUB bukan PAS. tapi UMNO rasional dan terus berusaha untuk membangkitkan KUB bukan menambah sakitnya...
    bukan soal nak tembak kelantan, tetapi penulis bertanggungjawab dan merasa terpanggil untuk mengajak sedara mara penulis disana untuk berubah dan keluar dari kegelapan...itu jer
    terima kasih

    BalasPadam
  19. Gempar penemuan di sebuah tempat pembuangan sampah di Johor telah menemukan dengan 14 keping Kad Pengenalan warga negara Malaysia.

    Leboh menarik penemuan di tempat sampah ini ialah sampah - sampah dari seolah bilik gerakan atau pejabat Umno, kerana turut dijumpaai beberapa dokumen dan barangan berlogo Bn dan Umno yang sudah menjadi sampah.

    Polis (kalau bukan kayu) seharusnya menyiasat perkara ini ? bagaimana mungkin 14 kad pengenalan terbuang sebegini rupa.... mungkin ini boleh mengaitkan dengan modus operasi pengundi hantu dan lain perbuatan jenayah.

    BalasPadam
  20. UMNO patut dibenamkan saja kedalam lumpur sampai lemas

    BalasPadam
  21. salam sdr anynomous...sdr kata mungkin maknanya tidak jelas la kenapa IC itu berada disitu, jangan buat tuduhan tanpa usul periksa, ramai orang senang membuat tuduhan tapi cukup susah untuk membuktikannya...fikir lah sendiri
    sdr A-I-B, tak heran kalau itu dijadikan motto sdr kerana itu pon kerja orang2 PAS selama ini cuma yang agak pelik sekarang ni usaha untuk menjahanamkan parti PAS dan pemimpinnya sedang giat dilakukan oleh ahlinya sendiri... agaknya dah tersampok dengan motto tu la yer...kalau gitu..i folow..
    amacam H1N2? hehe

    BalasPadam
  22. Kertas dan A-I-B yang bebal,

    Tidak ada Melayu yang menolak kepada pemuafakatan Melayu dan perbincangan ke arah kebaikan Melayu sejagat..Melayu seperti saudara yang bebal inilah yang menjadi penghalang kepada pemuafakatan Melayu. Di dalam pemuafakatan UMNO dan PAS ini, orang orang UMNO menjunjung tinggi langkah yang dilihat dapat mewujudkan ukhwah Melayu. Orang orang seperti saudaranya tidak perlu wujud dalam komuniti Melayu..Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS terhadap langkah yang diambil untuk kesejahteraan umat Melayu. Mudah mudahan Tanah Melayu akan kekal milik Melayu. Janganlah ada Patih Karma Wijaya dikalangan Melayu hendaknya..

    BalasPadam
  23. Putra Merdeka,

    Orang yang kerjanya mengangkat tahi tidak akan hairan dengan bau busuk tahi..Cakaplah dengan ayat sebaik manapun mereka tetap akan kata tiada apa yang busuk dengan tahi..Mereka ini sama sajalah dengan tahi judi, tahi arak dan makan tahi...

    BalasPadam
  24. terima kasih jebatberkokok dan anynomous. kadang-kadang ketaksuban menutup pintu hati dan perasaan untuk melihat kebenaran...
    salam

    BalasPadam
  25. Hari ini Pencacai melayu (PM), merayu dan meroyan nak bersatu dengan Pas dengan alasan penyatuan Melayu konon. Kasian sungguh PM..dia mengemis bagai nak gila nakkan Pas. Itulah jika orang sudah tiadalah hala tuju dalam perjuangan, tak tahu mana nak pergi, mula meroyan macam sawan babi. Kasiannnn....dia...

    BalasPadam
  26. tak tahu pula sawan babi sama dengan meroyan tapi penulis percaya lah begitu jika anon yang mengidapnya bercakap begitu...hehe
    Soal mengemis tak timbul kerana penyatuan bangsa memang diusahakan setiap masa tak kira parti dan latarbelakang bagi mereka yang tahu akan pentingnya bersatu...itu bagi yang baca dan faham sejarah lah...
    bagi yang macam anon ni lah yang menyebabkan sejarah sesuatu bangsa menjadi suram dan hilang ditelan zaman, apa nak heran...
    salam

    BalasPadam