Bila Ahli nak dengar? Bila Ahli nak sampaikan masaalah? Bila Ahli nak menyumbang saran dan pandangan? Itu lah yang diluahkan oleh kebanyakkan ahli marhaien UMNO di peringkat cawangan kerana mereka tidak dapat bertemu dan berdialog dengan pemimpin tertinggi peringkat Bahagian apabila persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dirasmikan secara berkelompok.
Semacam ada trend dan semakin menjadi-jadi hari ini apabila perasmian berkelompok dilakukan di kebanyakkan UMNO Bahagian, Ianya berpunca dari pemimpin tertinggi baik Presiden, Timbalan dan Majlis Tertinggi seterusnya Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri.
Alasannya ialah pemimpin 'besar' tu tak da masa, banyak kerja, terikat dengan jadual kerja sebagai Pemimpin Kerajaan maka kerja-kerja parti boleh dijamakkan...senang, pemimpin senang, JK Bahagian senang, SU Bahagian senang seterusnya Ketua Cawangan senang kerana tak payah berkenduri untuk menyambut pemimpin bahagian dalam mesyuarat agung cawangan.
Bila dah rasmi kelompok maka terpulang lah kepada cawangan untuk melaksanakan mesyuaratnya mengikut masa dan 'lapang' Ketua Cawangan masing-masing. Apabila perasmian secara berkelompok berlangsung yang datang selain pemimpin tertinggi Bahagian tentu lah wakil cawangan yang terdiri dari Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri manakala ahli biasa yang nak hadir boleh hadir tapi tentulah tak semua ahli yang dapat hadir.
Soalnya mereka jugalah orang yang akan hadir dalam mesyuarat Agung Bahagian itu nanti. Jadi bila sebenarnya ahli dibawah dapat mendengar secara langsung akan pelbagai hujah bagi menangani isu-isu semasa dan mendapat penjelasan berkenaan arah tuju parti? Memanglah Ketua Bahagian tak kan dapat pergi ke semua cawangan-cawangan dalam tempoh tak sampai 2 bulan tapi jentera di peringkat Bahagian tentunya boleh bertemu dan mengupas isu mengikut amanat yang nak disampaikan oleh Ketua Bahagian tadi. Selalunya bila Ketua Bahagian turun ke cawangan ada lah gula-gula untuk cawangan tu dapat...itu yang berkenduri tu...
UMNO kena ubah cara ni... Ketua Bahagian perlu kembali kepada tugas hakiki berparti dengan mendampingi dan turun ke gelanggang bukan turun padang (kata sang kelembai), dan turun ke gelanggang untuk merasmikan mesyuarat cawangan merupakan tugas ahli parti dan kesempatan untuk bertemu dengan ahli. Ini Ketua Bahagian yang tak de apa-apa jawatan pun buat perasmian kelompok.. apa nak jadi ni..? Dah Ketua Bahagian borek...AJK pun rintik lah..
Dalam suasana mesyuarat cawangan-cawangan sekarang sebenarnya pemimpin berpeluang untuk menyahut seruan UMNO berubah terutama membicarakan isu pemilihan yang akan digubal pada bulan 10 akan datang. Ini masa untuk mempastikan UMNO berubah dari dalam dan bermula dari pemimpin dari yang paling atas hinggalah peringkat cawangan. UMNO tak perlu kan orang luar untuk mengubahnya.
Cuma dah turun ke bawah tu bukan sahaja dengar dan ambil maklum akan pandangan dan keluhan ahli malah yang penting 'tindakan' dalam setiap isu dan permasalahan agar kita dilihat pemimpin yang cekap dan cepat menghidu dan menyelesaikan masaalah rakyat, jangan lah pemimpin pulak dilihat bermasaalah dan menunggu ahli dan rakyat untuk 'menyelesaikannya'
Sendiri mau ingat...

Komen yang menarik...
BalasPadamAkan terbitkan semula di laman web http://mylivingwall.com dan paut kembali ke blog saudara.
Teruskan berblog.
htt://mylivingwall.com
wokey...i follow mylivingwall
BalasPadam