Isnin, 15 Jun 2009

Ulama ke Nik Aziz...???


Nik Aziz...Nik Aziz...apa lagi la yang ingin dicetuskan oleh Menteri Besar Kelantan ni, walau pun negeri pemerintahannya kaya dengan hasil bumi namun yang berjaya diaudit dan di 'sah' kan sekadar pendapatan 300 juta setahun. Murshidul am PAS ini yang mentadbir negeri yang kaya dengan sumber tenaga lelaki dan wanita yang amat rajin berniaga nampaknya masih gagal untuk membangunkan negeri serendah sekebun bunga seperti mana yang dijanji kan di dalam manifesto pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Sebagai seorang yang digelar ulama, yang cukup didengari akan nasihatnya, ditunggu-tunggu kuliahnya, yang dibotolkan air penawarnya bukan sahaja oleh penduduk negeri cik siti wan kembang malah dari mereka yang datang dari luar nampaknya sudah semakin terlajak, semakin bongkak dan semakin riak.

Apakah ulama namanya apabila menyeru kepada ahli PAS yang taksub untuk mempertahankan kerusi DUN Manik Urai bulan depan walaupun terpaksa 'bertumpah darah' pada Jumaat lalu,
Agaknya Nik Aziz nak sabil dengan siapa hingga celupar mengeluarkan seruan begitu?

Ulama ke Nik Aziz apabila lantang menolak perpaduan dan kesatuan umat seperti yang dilaungkan oleh Presiden partinya sendiri? Melabel mereka yang menyokong seruan perpaduan sebagai boneka UMNO lantas memberikan jawapan bahawa beliau dan penyokongnya di dalam PAS yang menentang sebagai boneka Anwar, DAP, PKR.

Ulama ke Nik Aziz apabila bersimpati dengan Eli yang terang-terang bersekedudukan dengan lelaki Islam hingga melakukan perbuatan yang mengaibkan?

Ulama ke Nik Aziz apabila menyeru kepada pengundi-pengundi agar mengundi partinya dengan sogokan jaminan syurga?

Ulama ke Nik Aziz apabila mengatakan bahawa boleh berkawan dengan syaitan?

Ulama ke Nik Aziz apabila membiarkan negeri yang dipimpinnya daif, mundur dan tertinggal, gagal menyediakan peluang kerja hingga dianggarkan lebih 750 ribu penduduk Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur tidak termasuk lain-lain tempat?

Ulama ke Nik Aziz apabila membenarkan partinya ditunggang dan dikuasai oleh DAP yang jelas menolak Islam dan menafikan perkembangan syariat didalam negara?

Ulama ke Nik Aziz? Sebenarnya pelbagai perkara boleh dicetuskan angkara perkataan dan perbuatan Nik Aziz selama ini yang jelas bertentangan dengan semangat dan roh islam itu sendiri.

Rentikan lah Nik Aziz menyeru UMNO untuk membangun bersama Islam sedangkan UMNO dan Kerajaan BN lah yang selama ini tidak jemu-jemu dan terus menerus membangunkan negara ssesuai dengan kehendak agama Islam.

Kalau nak diceritakan banyak hasil usaha yang baik dan memberi manfaat berguna kepada rakyat, bangsa, negara yang semuanya berlandaskan tuntutan agama telah UMNO lakukan.

Mungkin Nik Aziz sudah dapat merasakan bahang penolakan rakyat terhadapnya dan ini yang begitu membimbangkan beliau hingga sanggup mengeluarkan seruan sesat sebegitu.

Mungkin Manik Urai lah yang akan menjadi langkah awal kejatuhan beliau dan kerajaan pimpinannya kelak.

Mari adik kakok...pakat pangkah BN!
Hidup UMNO!

39 ulasan:

  1. Bro Tgok sini ,akurasa nai kau kenal siapa nik aziz sebenar
    http://www.youtube.com/view_play_list?p=5A394EB84683378F&search_query=tokguru

    BalasPadam
  2. Bergabung dengan umno umpama bergabung dengan syaitan bertanduk.
    Sebab Umno tolak ISLAM, tolak HUKUM ISLAM, UMNO pakai LORDREID, umno pakai hukum buatan manusia, bukan hukum ALLAH. Jadi apa sebabnya PAS mahu berkerjasama dengan manusia yang mengaku Islam, tapi menolak hukum Islam.
    Siapa yang cipta alam ini???, siapa yang kasi rezeki, siapa yang beri udara untuk orang2 umno bernafas, siapa yanhg turunkan hujan, yang beri cahaya matahari???.umno jenis makhluk ambik separuh tolak separuh hukum Allah,mana yang senang dia ambik, mana yang tidak beri untung dan merugikan umno dia orang tolak. Ini mana belajar hukum macam ni?? Ulamak mana ajar macam ni??..ulamak Najibiri atau zambiri-biri yang ajar????
    Jadinya saudara pencacai melayu cuba cari seorang ULAMAK UMNO??

    BalasPadam
  3. Bodoh sungguh PM ni, Red Devil tu apa, setan yang di puja oleh kaum melayu islam dinegara ini, sampai butang mata tengok bola, bodoh. tulah lah yang TGNA maksudkan. Yang hang dok sokong MU apa hal, tu setan merah apa, hahahahaha.Tu setan kawan hanglah....

    BalasPadam
  4. Mari adik kakok...pakat pangkah BULAN!
    Mapuh UMNO

    BalasPadam
  5. Hang bukan orang kelantan jangan dok kutuk kelantan, sampai saja kat Kelantan kita belasah mamat ni, baru dia tahu. Orang kelantan gadebeh, apa hang susah, jumpa hang nanti baru tahu, hahahahah. Yang hang dok susah sangat pasal pembangunan di Kelantan apa helll..orang sini dok aman damai senang hati, tak ada apa pun..makan minum, jalan raya, api air, line internet semua cukup
    nak apa, bangunan semua ada, hotel pun ada, hang nak apa???
    nak bohsia tu hang kena cari kat negeri Umno, hang nak pelacur tu pun kena cari kat negeri umno. nak berjudi, nak no. ekor, nak minum arak tu semua hang kena cari kat negeri umno. PAHANG ADA SEMUA TU, TAK CAYA NAIK GENTING, TEMPAT JUDI TERBESAR DI ASIA TENGGARA. APA HANG SUSAH SANGAT DENGAN KELANTAN, BAIK HANG GI JAGA NEGERI HANG. JANGAN DOK MENYIBUK NEGERI ORANG, hahahahahahaah. piiii lahhhh luuuuuu matttttt...!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. PANGKAH UMNO SAMA LAH KITA SOKONG JUDI, SOKONG ARAK, SOKONG MAKHLUK TOLAK HUKUM ALLAH. JADI APA BEZANYA ANTARA MANUSIA MAKAN BABI DENGAN ORANG PANGKAH UMNO?? SEBAB UMNO GALAK JUDI, GALAK ARAK DAN MAKSIAT???

    MANA ULAMAK UMNO?????

    BalasPadam
  7. PANGKAH/UNDI UMNO ADALAH HARAMM!!!

    BalasPadam
  8. Apa la kutuk Nik Aziz.Najib tu sah-sah teruk dari Nik Aziz...
    Islam buang ikut longkang cam madet juga.
    Orang bukan islam baca Quran saman..
    Bagus...bagus...sokong la UMNO..
    Esok jawab dalam kubur kalau x dapat jawab UMNO je dah lar..

    BalasPadam
  9. weh budak umno mana ulamak hadhari kamu??? sudah lari mongolia ka?

    BalasPadam
  10. apa lah lu mamat umno, nasib baik ada tokguru, boleh jugak ilmu dunia akhirat. Nak harap najis eh salah najib rasanya 1malaya lah pening

    BalasPadam
  11. hehehe.. tu la akibatnya jka nk berbicara tapi ilmu cetek...umpama nak makan nasi tapi xtau macam mana nak masak.... harap kan dgr dari org jea... saudara tak rugi kalau kita mengkaji sebelum bertindak...

    BalasPadam
  12. putra merdeka!!! kamu ore kelate ko?? sedap mulut jah nulis ni.

    BalasPadam
  13. bodoh betul..PM aku dah cakap mat mat kelate ni bukan nak berjuang sangat tapi nak tunjukkan bahawa dia oranglah yang paling jantan dalam Malaysia..yelah dalam sejarah Melayu Kelantan bukan ada apa apa yang boleh dibanggakan selain dari menjadi tempat Jepun mendarat di Pantai Sabak..sebab tulah sekarang dia orang nak tonjol tonjolkan nik ajis sebagai hero..yang menyemak dekat kuala lumpur dan selalu nak tunjuk hero mat kelantan jugak, yang minum arak murah mat kelantan jugak, yang berjubur pun mat kelantan jugak..tak ada apa yang bagusnya..

    -Daeng Celak-

    BalasPadam
  14. salam,
    terima kasih la atas reaksi yang amat positif dari kuda-kuda belang yang taksub kepada ulama sohor pas ni,

    kepada anon 1, tkasih bro atas clip video tu..

    kepada anon 2,
    ginilah kalau otak dah beku, hati dah tertutup, syukur lah kerana anda tidak ditakdirkan buta mata tetapi melang la kerana membiarkan diri terus diselubungi ketaksuban sehingga buta untuk melihat dan memahami apa yang berlaku... kalau ikut hujah dangkal anda maknanya PAS pernah lah bersekongkol dengan syaitan apabila bersama-sama dengan UMNO di zaman datuk asri dulu..tuduhan yang mengatakan UMNO menolak Islam tu dakyah pemimpin kamu selama ini dan ianya berjaya ke atas kamu, kalau mengalih batu ditengah jalan itu disifatkan tindakan orang beriman maka UMNO yang membina jalan bagi kemudahan rakyat untuk ke masjid, sekolah, pasar dll lagi termasuk kemudahan kamu untuk mendengar ceramah yang menghentam UMNO adakah itu tidak dituntut oleh agama? membina segala kelengkapan dan keperluan untuk membangunkan rakyat, wang kerajaan halal dibangunkan untuk mengembangkan syiar apakah tidak Islam? belajar lah untuk lebih memahami kemuliaan dan keindahan Islam dan Islam bukannya sempit yang bersikap taksub kepada 'tuan' anda hingga gagal menerima kebaikan orang lain, yang lebih malang dah lah rosak tapi merosakkan pulak...insaf lah.

    anon3,
    tak pernah pulak penulis kata penulis sebagai penyokong MU, dan ini tidak lah bermakna penulis menolak sukan bola sepak, cuma jangan la taksub, malah ada kawan-kawan penulis orang PAS yang dengan bangga menampal pelekat kereta MU dan memakai baju red devil, tapi tak la pulak penulis melabel dia orang sebagai orang yang sesat dan mengagungkan setan...kan ulama anda kata boleh berkawan dengan setan..huhu

    anon4,
    mari adik kakok...pangkah BN!
    Hidup UMNO!

    anon5,
    kawe rasa demo tu yang buke ore klate, jadi jange kecek mengarut, bukan semua orang kelantan gedebe, malah majoriti orang kelantan terkenal dengan sifat rendah diri, rajin dan menghormati orang lain, agak-agak pelacur yang berniaga di KB tu tak wujud kot, nombor ekor gelap yang berleluasa macam mana? arak yang diseludup ada dijual di kedai-kedai macam mana? pergi lah bukit bunga bro...ada cerita di sana...tapi apapun secara keseluruhan ianya belum menjadi wabak yang memudaratkan, cuma sifatnya yang tidak dilihat dimata kasar tapi tetap berlaku secara tertutup dan terlindung apa bezanya?
    memang genting pusat judi dan penulis tak pernah setuju dengannya.
    Lagipun orang kelantan pun cuma ada di dalam negeri bila raya jer bro sebab dia orang mencari rezeki diluar, jadi dalam ramai-ramai yang menjayakan judi, arak, pelacur di luar tu mungkin ada orang kelantan kot...wallahualam.

    anon6,
    apa bukti UMNO galak judi dan arak?
    UMNO membenarkan judi tu cuma maslahat dari kepelbagaian kaum yang ada dalam negara, macam kerajaan PAS hj hadi buat dulu tahun 99 masa dia merintah apabila luluskan kedai arak dan judi serta pajak gadai konventional. Jadi tak baik lah kata Hj Hadi dan pemimpin PAS terengganu makan babi..tak baik, masa tu anda belum beranak kot...

    anon7,
    Pangkah UMNO yang menegakkan syiar Islam dengan melaksana segala tuntutan yang digaris oleh syarak mungkin jadi wajib, begitu la sebaliknya...

    anon8,
    mungkin kerana sayang pada ulama anda lah penulis membangkitkan perkara ini, Islam tak ajar melabel orang yang bertentangan aliran politik dengan panggilan yang menghina, malah agama menganjurkan ukhwah dan hikmah, bijaksana dalam mendepani maslahat baik yang bukan Islam apatah lagi seagama, Walau UMNO dah buat pelbagai untuk meningkatkan syiar agama tapi tak pulak UMNO meletakkan pemimpin dan ahli PAS sebagai penganut Islam kelas 2, tak payah la bongkak dan takbur dengan merasa diri lebih Islam dari orang lain kerana sifat riak tu menghapus pahala yang dilakukan seperti api yang membakar daun kering..insaflah

    salam

    BalasPadam
  15. salam
    anon9,
    siapa ulama hadhari tu? siapa pulak yang lari ke mangolia tu? atau anda sendiri yang gagal untuk memahami hadhariah Islamaih dan nak lari ke mangolia? sebenarnya PAS takut UMNO dilihat condong dan berat kepada agama keran takut hilang pengaruh agama yang cuba ditonjol selama ini. Jangan takut bro sebab UMNO belum sampai untuk memperalat agama demi kelangsungan politik. UMNO tak mempolitik kan agama malah menjunjung tinggi agama

    BalasPadam
  16. salam anon10,
    betul la tu...nasib baik ada tok-tok guru yang jujur, amanah, ikhlas, tawadduk dan konsisten mengajar ilmu Allah agar manusia tak sesat dan taksub terperangkap dalam kepompong yang sempit sehingga membuta kan mata hati dan tertutup akal fikiran untuk melihat sesuatu. syukur aper

    BalasPadam
  17. salam isketambola,
    terima kasih kerana sentiasa ingat mengingati akan peri pentingnya ilmu dan menjadi tuntutan bagi setiap makhluk yang jahil untuk mendapatkan nya sepanjang hayat, agar ilmu yang ada boleh menjadikan ia semakin tunduk dan menginsafi akan kebesaran ilahi disamping bersungguh-sungguh untuk melakukan seberapa boleh kebaikan demi kesejahteraan umat, agama, bangsa dan negaranya.

    BalasPadam
  18. salam budu,
    sebahagian diri penulis ada di kelantan negeri bertuah, dan penulis tak menulis ikut sedap mulut, penulis menulis ikut sedap hati, akal dan budi.

    BalasPadam
  19. salam daeng Celak,
    penulis rasa bertanggungjawab untuk menyatakan kebenaran dan penulis percaya daeng juga begitu, apapun terima kasih daeng celak.

    BalasPadam
  20. Dato' Nazeri Aziz (Menteri JPM) menjawap soalan Lim Kit Siang di parlimen biasiswa JPA cuma 32% untuk Melayu/Bumiputera sementara bukan bumi 68%

    BalasPadam
  21. Putra merdeka saya setuju dengan awak..200% emmm ada kerja kosong tak? Sekarang Susah nak dapat kerja. Nak sokong BN lah, boleh dapat kerja cepat. dah lama saya tanam anggur.

    BalasPadam
  22. wah pagi ini tengok berita TV1 cantik sungguh rambut datin sri rosmah macam rambut samivelu, Putra Merdeka! kata "Pangkah UMNO yang menegakkan syiar Islam dengan melaksana segala tuntutan yang digaris oleh syarak mungkin jadi wajib, begitu la sebaliknya..." Nak Tanya PM emmm Batasan Aurat Wanita tang mana ye? Kekadang tebalik islam umno ni, yang lelaki pakai songkot baik punya yang pempuan plak free hair. Dari segi aurat pon tak boleh nak jaga takyah cakap lah benda lain. takyah dok mimpi 1malaysia lah nak menegakkan syiar Islam

    BalasPadam
  23. KUALA LUMPUR 16 Jun - Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap) mencadangkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

    Presidennya, Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud berkata, pilihan raya kecil tersebut hanya akan membazirkan wang dan tenaga jentera BN selain tidak mampu mengubah landskap politik di negeri itu.

    "Jika BN memenangi DUN Manek Urai sekalipun, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan signifikan kepada penduduk Kelantan memandangkan penguasaan Pas di negeri itu masih kuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    BalasPadam
  24. Umno berjuang hanya untuk menbuncitkan perut-perut mereka sahaja. Tengok saja amalan rasuah dalam parti mereka pun dah cukup, politik wang berleluasa dengan sewenangnya. Inikah dipanggil berjuang untuk Islam?.

    BalasPadam
  25. Misteri 14 Kad Pengenalan
    Pemuda PAS mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti telah diadukan kepada polis 8 Jun lalu.

    "Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

    "(Ini) kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita."

    Beliau menambah, laporan polis itu dibuat exco Pemuda PAS Johor, Za'aba Ibrahim di balai polis Skudai dua hari selepas kad pengenalan itu ditemui.

    Pemuda PAS mempertikaikan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada di tempat pembuangan sampah sedangkan tiada kesan dokumen tersebut telah dilupuskan.

    BalasPadam
  26. M'sia disenaraihitam seludup manusia
    Jun 17, 09 11:25am
    Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.

    Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi.

    Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.

    Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.

    "Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.

    Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.

    Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007.

    Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam tersebut.

    BalasPadam
  27. Dengan umno kita tidak perlukan hujah, sebab berhujah pun dia orang tetap bangang. Nak layan Umno mcm ni je, tak payah pakai hujah, berhujah pun buang boreh. Bukan nak reti pun.

    PM cuba huraikan apa itu islam hadhari?? Umno bawa mazahab baru ke????

    BalasPadam
  28. KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu "bergerak lebih pantas dan jauh" dalam membangunkan hubungan dua hala Malaysia dengan China.

    Beliau berkata Beijing meletakkan kedudukan amat tinggi daripada segi pertimbangan dasar luar Kuala Lumpur dan lawatan ke negara itu baru-baru ini, yang pertama di luar Asean sejak mengambil alih kepimpinan negara, menekankan kepentingan strategik China kepada Malaysia.

    wahai putra yang dikatakan merdeka...
    ketua kamu itu sedang berurusan dengan negara komunis yang dulunya menyokong PKM Chin Peng

    BalasPadam
  29. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihan raya.

    Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Aziati Jaafar dalam kamarnya hari ini dan permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed.

    Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan Bendahari Umno ketika itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan.
    Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

    Elegant Advisory mendakwa oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan permohonan dibuat dalam jangka masa singkat, syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan berkenaan pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.

    Syarikat itu kemudiannya mengemukakan invois RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

    Pada 17 Julai tahun lalu, defendan diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

    Bagaimanapun pada 21 Januari lalu, Umno berjaya mengetepikan keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

    Elegant Advisory diwakili oleh peguam Nazruddin Abdullah, manakala Datuk Hafarizam Harun bertindak sebagai peguam defendan. - Bernama

    Hutang wajib dibayar..umno..umno

    BalasPadam
  30. salam azlan,
    terima kasih atas keperihatinan isu biasiswa yang diberikan oleh JPA kepada pelajar, apapun biasiswa JPA tertakluk kepada 4 prinsip asas iaitu pencapaian akademik, kuota 10% bagi sabah dan sarawak, pelajar luar bandar dan pelajar miskin,
    UMNO konsisten dalam memperjuangkan biasiswa kepada orang melayu tanpa menafikan hak bangsa lain yang layak dan berhak untuk mendapatkannya. Namun harus diingat bahawa bumiputera masih lagi mendapat tajaan biasiswa dari MARA, Petronas, GLCs, Kerajaan Negeri-Negeri, Universiti, kumpulan korporat dan lain-lain lagi, namun dari segi nisbah, bumiputera masih lagi mendapat penajaan yang paling besar berbanding lain-lain kaum sesuai dengan jumlah pelajar yang lebih ramai dari bumiputera yang layak dan berhak untuk mendapatkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa UMNO sentiasa mempastikan hak pelajar bumiputera untuk mendapatkan biasiswa terus terjamin dan hak bangsa lain terus terbela,
    terima kasih

    BalasPadam
  31. salam anon,
    kalau sokong pun 100% jer tak lah sampai 200%..hehe, apapun Kerajaan sentiasa bertanggungjawab untuk menyediakan peluang kerja kepada rakyat bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kesetabilan masyarakat, tak salah baru bulan lepas ada road show yang dianjurkan oleh Kem Sumber Manusia yang disertai oleh pelbagai agensi dan pihak swasta baik bagi kelayakkan tertinggi hingga lah kepringkat sijil diadakan terutama kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan kesan dari kegawatan ekonomi dunia kini....ada mohon ker?

    BalasPadam
  32. salam wan,
    dalam menyampaikan dakwah seharusnya seseorang daie itu ada kebijaksanaan, dakwah yang dibuat dengan ikhlas, sabar dan berhikmah Insyaallah akan dijayakan oleh yang maha penentu atas segala sesuatu, Ianya juga mestilah disertakan dengan doa setelah setiap usaha itu dilakukan agar tawakkal itu benar-benar suci untuk mendapatkan keredhaan dari Allah. Itu kerja kita, soal berhasil atau tidak bukan makhluk yang menentukan. Kadang-kadang sifat ujub dan riak menutup hati untuk melihat kelemahan diri, sebab diri bukan sahaja apa yang kita pandang ianya juga berkait kepada apa yang kita imani, sama-sama lah kita berusaha untuk memperbaiki nya...
    terima kasih

    BalasPadam
  33. salam anon,
    MANTAP atau siapa juga berhak untuk menyuarakan pandangannya, malah MANTAP juga boleh menghantar wakilnya untuk bertanding di dalam PRK Manik Urai, bagi UMNO dan BN jelas bahawa parti yang menjadi Kerajaan Persekutuan sejak dari sebelum merdeka dengan pelbagai kejayaan dan pembangunan yang dikecapi oleh rakyat dengan penuh kesejahteraan akan menurunkan calonnya dalam PRK ini nanti Insyaallah. Doakan kejayaan UMNO dan BN. Terima kasih

    BalasPadam
  34. salam anon,
    tak baik fitnah orang-orang buncit perut semuanya mengamalkan rasuah, lebih malang kalau dalam rumah anon sendiri ada yang buncit perut, jangan lah kerana pemimpin anda menaburkan fitnah dengan pelbagai tipu helah maka anda terus menelannya tanpa bertanya akan kebenaran dakwaannya? Setuju bahawa rasuah itu haram, dosa dan kotor dan siapa juga yang mengamalkannya tak kira tok guru ker, orang parti anda ker waima siapa jua sekiranya dapat dibuktikan maka hukuman yang setimpal wajar dikenakan, kalau pun lepas di dunia, akhirat belum tentu lagi beb...
    terima kasih

    BalasPadam
  35. salam anon,
    Misteri 14 kad pengenalan tu masih lagi dalam siasatan pihak polis...so pemuda PAS tunggulah hasil siasatan kalau PAS betul bertanggungjawab dengan laporan polis yang dibuat. Tapi masaalahnya polis belum selesai siasat PAS dah siap siasat dan terus menjatuhkan hukum... Jadi kalau UMNO pulak siasat sendiri dan menjatuhkan hukum bahawa itu tindakan PAS macam mana? jadi tak guna lah report...jadi tunggu la... terima kasih

    BalasPadam
  36. salam anon,
    Kerajaan tak pernah putus asa untuk membenteras aktiviti penyeludupan manusia, malangnya negara telah dijadikan transit dari negara asal mereka untuk diseludup dikebanyakkan negara maju oleh sindikit yang mempunyai networking seluruh dunia, dalam dunia yang terbuka dan Malaysia tergolong dalam negara yang mengamalkan ekonomi terbuka maka akses untuk keluar dan masuk dari negara ke negara-negara lain lebih mudah untuk diproses. Kejayaan Malaysia menangani masaalah ini dari tahun 2001 hingga ke 2007 tu jangan pulak dinafikan bro... itu bukti kerajaan serius dan ianya perlu disokong oleh semua rakyat untuk mengatasinya sekali lagi..
    boleh sokong ker? terima kasih

    BalasPadam
  37. salam anon,
    apa yang penulis nak hujah? dah anon bengong... agak-agak dah tak bengong nanti kita berhujah lah anon yer... gi cari ubat...terima kasih

    BalasPadam
  38. salam anon,
    apa masaalahnya berdagang dan mengadakan hubungan strategik dengan negara ekonomi terbesar selepas US dan Jepun? Kan itu cara untuk kita lebih pantas dan maju kerana selain dapat merapatkan hubungan diplomatik 2 hala, usaha untuk menarik pelabur China untuk melabur ke dalam negara kan akhirnya menguntungkan rakyat...terutama rakyat kelantan, Satu dunia tahu China mengamalkan ideologi komunis, dan satu dunia tahu PKM chin peng mewarisi ideologi dari China, apa yang pelik? apa yang heran? cuma yang jadi pelik dan heran ialah ada orang melayu yang sayang dan mengagungkan chin peng secara tak langsung menerima ideologi komunisnya...itu pelik...pelik.. terima kasih

    BalasPadam
  39. salam anon,
    perkara masih dalam kes mahkamah, sebagai orang UMNO penulis berharap UMNO dapat memenangi kes tersebut. Penulis juga berharap keadilan dapat ditegakkan. semua yang berhutang wajib membayar hutang...itu tuntutan agama, tapi pasti lah dulu betul ke berhutang... terima kasih

    BalasPadam