Memaparkan catatan dengan label 1mdb husni najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb husni najib jahanam. Papar semua catatan

Selasa, 25 Oktober 2016

PANAS ~ Siapa Nak Jawab Soalan Husni..?



Bukan cerita kedai kopi..! Bukan orang kampung yang cakap..! Bekas Menteri Kewangan ke 2 yang beritahu..! Dimana? Di Parlimen Malaysia beb..! Apa cer..?


1MDB akan 'hantui' BN pada masa depan, kata bekas menteri

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) hari ini menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan bagaimana masalah kewangan dan skandal 1MDB akan memberi kesan kepada survival Malaysia.
Ini adalah kali pertama Ahmad Husni membahaskan isu kontroversi 1MDB sebagai wakil rakyat selepas menghabiskan tujuh tahun sebagai seorang menteri kabinet, yang kebetulan bertepatan dengan jangka hayat 1MDB.
Ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Ahmad Husni mahu kerajaan mempertimbangkan beberapa kesan negatif akibat kontroversi 1MDB.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) cakap persepsi menentukan survival kita
“Katalah, saya tak sebut DOJ (saman sivil Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) lah, katalah kes itu tak menyebelahi kita, bagaimana persepsi terhadap negara kita?
“Katalah kes AS4 bilion dengan Aabar (BVI) itu hilang, sekarang pun tak dapat, apa jadi kepada persepsi terhadap negara kita?” soalnya di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahmad Husni merujuk kepada dana 1MDB yang bertujuan untuk usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI) tetapi sebaliknya disalurkan ke dalam sebuah syarikat lain yang tidak berkaitan.
Husni yang juga adalah Ahli Parlimen Tambun, turut menyoal bagaimana persepsi ke atas Malaysia akan terjejas jika International Petroleum Investment Co (IPIC) ke atas 1MDB menang di mahkamah timbangtara antarabangsa bagi mendapatkan semula AS$ 6.5 bilion.
Beliau berkata skandal berkenaan akan menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya.
“Mungkin pilihan raya akan datang BN akan menang tapi bagaimana lepas itu,” soalnya.
Lagi..!

Mengapa tiada tindakan terhadap 1MDB, soal Husni

Bekas Menteri Kewangan II hari mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1Malaysia Development Berhad yang beliau dakwa menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan.
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) turut mempertikaikan AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.
IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS dalam satu kenyataan besama April lepas berkata syarikat Kepulauan Virgin British itu yang mempunyai nama yang hampir sama, Aabar Investments PJS Ltd, “bukan entiti dalam kumpulan mereka”.
“Apakah tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?” soal beliau ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2017 di Parlimen.
Ahli Parlimen Tambun itu juga menuntut penjelasan tentang unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.
Husni, yang meletakkan semua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional, mempertikaikan alasan sebalik keputusan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk meminjamkan RM4 bilion secara sekaligus kepada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
“Lazimnya pinjaman diberi secara berperingkat.”
Beliau turut persoalkan alasan sebalik tender terhad dalam perolehan kerajaan tanpa pengetahuan jawatankuasa tender.
“Juga terdapat perjanjian yang menyebelahi syarikat swasta.”
Beliau menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat kos Lebuhraya Pan Borneo.
Husni berkata meskipun Barisan Nasional mungkin memenangi pilihan raya umum akan datang, beliau tak pasti “apa yang akan berlaku selepas itu”.
Ini kerana, katanya, terdapat banyak isu berkaitan 1MDB yang belum selesai.
Ini menyebabkan syarikat pelaburan itu terdedah kepada risiko, selain daripada hakikat ia disiasat Switzerland dan Britain.
“Apa yang akan berlaku apabila siasatan itu selesai nanti? Apa akan berlaku sekiraya siasatan tidak menyebelahi kita?”
Dan lagi..!

Bajet 2017: ‘Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya...’

Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi amaran bahawa matlamat Bajet 2017 tidak akan tercapai jika peruntukan kerajaan itu tidak disalurkan dengan betul.
“Fokus betul-betul. Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya it becomes nothing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Kita beri (peruntukan) kepada semua orang hingga ia jadi begitu sedikit," katanya.
Ini adalah kali pertama Husni membahas sejak digugurkan jawatannya pada bulan Jun, selepas diberitahu bahawa beliau akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet.
Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian untuk mengetahui sektor mana yang seharusnya pelaburan dibuat.
Ini katanya, adalah bagaimana negara-negara seperti Korea Selatan mampu melonjakkan negara mereka daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi satu.
Beliau juga berkata semua kementerian perlu melihat kekuatan dan kelemahan secara holistik.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 12 September 2016

1MDB ~ Husni Hanadzlah First Chapter..!



Mungkin kerana 'ada' tiupan angin yang agak kuat menyebabkan Husni membuka mulut berkaitan isu 1MDB..! 

Di laporkan para juak juak MO1 sedang menyediakan peluru untuk menyerang Husni jika mantan MK2 itu membuka mulut..! Di khabarkan juga isu favourite pasukan bangang tersebut iaitu 'isu betina' bakal memalit ruang lingkup hidup Husni..!

Pastinya Husni lah orangnya yang tahu, faham dan layak menyatakan isu 1MDB secara jelas..! Tak heran kalau Husni sakit kepala dan diserang darah tinggi kerananya..!

Sebenarnya bukan Husni seorang sahaja yang 'naik darah' malah seluruh rakyat dan dunia juga 'naik darah' apabila memperkatakan isu 1MDB..!

Urus isu 1MDB buat saya sakit, kata Husni

Bekas menteri kewangan II berkata beliau tertekan selama berbulan-bulan cuba untuk menyelesaikan kontroversi itu dan menghidapi tekanan darah tinggi.
Bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata tekanan ketika menguruskan kontroversi 1MDB hingga menyebabkan beliau jatuh sakit, mendorong kepada keputusan untuk meletakkan peletakan jawatan daripada Kabinet tahun ini.
Malah, Husni berkata darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana begitu tertekan sebelum meletakkan jawatan, lapor Sinar Harian, hari ini.
“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama 5 jam datang daripada petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.
“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam Kabinet atau tidak?”
“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar itu.
Sinar Harian melaporkan, Husni berkata keputusan itu dibuatnya ketika berada di Laos menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean.
“Saya beritahu pegawai saya, saya tidak berapa sihat pada sebelah tengah hari dan saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.
“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’
“Kata-kata itu membuka hati saya… harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega,” katanya dipetik daripada akhbar itu.
Husni meletakkan jawatan pada akhir Jun lalu secara tiba-tiba sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan Kabinet.
Beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan Tambun.
Pada waktu itu Ahmad Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB.
Husni dipetik sebagai berkata selepas membuat keputusan itu, 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hatinya.
Pasti akan ada yang sinis dengan kenyataan Husni tu..! Kenapa waktu tu lain sekarang lain..! Sebagai orang politik tindakan Husni itu mudah dibaca..! Husni tidak mahu mencari musuh..! Husni nak mengundur diri cara baik..!
Tapi apabila kenyataan diatas terjadi...pasti ada pihak yang telah 'menjolok sarang tebuan'..! Tentunya banyak lagi perkara yang boleh dirungkai dan di bongkar oleh Husni berkaitan isu 1MDB selepas ini..! Hanya masa dan tahap 'jolok' ajer rasanya..!
Kepada balaci@macai teruskan lah menjolok..! kerana rasanya Husni baru mukadimah..! baru chapter 1 ajer tu..!
Tunggu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!