Memaparkan catatan dengan label dap prk sibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dap prk sibu. Papar semua catatan

Rabu, 12 Mei 2010

Pengundi POS!!! Ingatlah Apa Yang DAPig, PAS & PKR Lakukan Kepada Pasukan Keselamatan...


Undi Pos Di Sibu Bermula Esok

SIBU: Proses pengundian pos bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu akan bermula esok di tiga venue di sini dari 8 pagi hingga 5 petang.

Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya, Justani Joni berkata, venue itu adalah ibu pejabat Polis Bahagian, Kem RASCOM dan Kem Batu 10 Jalan Oya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, pengundian di Ibu Pejabat Polis Bahagian dijalankan hanya esok sahaja manakala bagi kedua-dua kem tentera itu pula, ia akan berlanjutan sehingga Jumaat.

Beliau berkata, 2,537 orang akan melaksanakan tugas sebagai pengundi di ketiga-tiga venue berkenaan.

Sementara itu, Justani berkata, 271 pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya yang layak mengundi tetapi terbabit dalam pilihan raya kecil itu akan mengundi di Pejabat Daerah Sibu mulai 2 petang esok.- BERNAMA

Komen

Semoga seluruh anggota pasukan keselamatan yang bakal membuang undi bermula esok sentiasa mengingati akan segala kebaikan dan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan BN kepada anda dan keluarga selama ini.

Semoga seluruh anggota pasukan keselamatan yang bakal melaksanakan tanggungjawab esok sentiasa ingat dan sedar bahawa puak pembangkang selama ini telah menimbulkan api kebencian dan tuduhan liar yang amat biadap terhadap pasukan keselamatan yang 24 jam manggadai nyawa demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Semoga semua pengundi-pengundi POS yakin dan bertanggungjawab untuk menunaikan amanah mengundi esok demi agama, bangsa dan negara dan menolak politik sempit dan jahat yang menggunakan agama, membakar api perkauman yang tebal serta politik tidak bermoral!!!

Cukup lah pasukan keselamatan negara dihina, dikeji, dinista, difitnah, dimalukan, dikasari, dipersalahkan, dijadikan musuh!!!

BN adalah pilihan yang TEPAT LAGI BENAR!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 9 Mei 2010

PRK Sibu...Khalid Gereja Terus Berdakwah!!!


SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini bersama-sama dengan Teresa Kok ke gereja Secret Heart, Sibu untuk menerangkan dasar PAS. Beliau bertemu dengan para penganut Kristian di situ bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja.

"Saya diberitahu, SUPP menggunakan isu PAS adalah parti eksremist di Sibu ini dalam kempen mereka, jadi saya mewakili PAS menerangkan kepada mereka, siapa dan apa perjuangan PAS," kata Khalid kepada Harakahdaily.


"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily.

Komen

Khalid gereja terus melaksanakan kerja dakwahnya kepada penganut gereja...yang peliknya bukan dakwah nak menarik bukan islam menganut agama Islam tapi berdakwah untuk memberitahu bahawa partinya PAS yang sejak dulu menunggang dan memperalatkan agama akan terus menggunakannya untuk berpolitik!

Khalid yang menjadi kuda poney tunggangan DAPig tuhan politiknya akan terus merayu dan menyeru puak gereja untuk beramal dengan kepercayaan mereka selama ini sambil memperlihatkan akan toleransinya PASrael terhadap kafir mutakhir ini.

Tentu Khalid dalam seruannya menjelaskan bahawa Haji Hadi dan Nik Najis serta ramai lagi pemimpin PAS yang selama ini memperjuangkan konsep negara Islam dan hukum hudud sebenarnya sesat dan terpesong dari ajaran gerejanya...

Ajaran Khalid gereja hari ini ialah PAS untuk semua! PAS for All! 1 PASrael! Takebeer! Ini bukan bintang! tapi jelas Binatang!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 6 Mei 2010

PRK Sibu! Selepas PAS & PKR...Kini Giliran DAPig...


Selepas PRK Bagan Pinang yang menyaksikan kuda tunggangan PAS tewas tersembam ke bumi dek hentakan Tan Sri Isa Samad, mengambil giliran selepas itu PKR dengan peminum arak tegar berkuda Zaid Penderhaka pula tertonggeng mabuk dalam PRK Hulu Selangor 2 minggu yang lalu.

Kini tiba masa DAPig melalui bakal calonnya Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng bakal dikebumikan di Sibu dalam PRK yang akan berlangsung pada 16 haribulan Mei ini. DAPig sebenarnya mengalami masaalah calon! Pemilihan ADUN DAP ini menjelaskan lagi bahawa DAPig sebenarnya ketandusan pemimpin di Sarawak terutama di kawasan Sibu.

Desas desus dikalangan kuda belang parti DAPig juga mengatakan bahawa mereka mahukan calun tempatan yang lain yang boleh diketengahkan selain Wong. Diberitakan bahawa DAPig kawasan Sibu juga ada menghantar beberapa nama namun telah 'dipotong' oleh Wong.

Walaupun begitu nampaknya duit yang telah mula dilonggokkan di Sibu yang dibawa dari Pulau Pinang dan Selangor telah menyebabkan isu ini diam dan terpadam. Bagi DAPig mereka perlu memenangkan calon mereka kerana mahu membuktikan kepada rakan Pakatan Haram PAS dan PKR bahawa mereka tetap unggul dan masih mendapat sokongan terutama pengundi cina sekaligus mahu membuktikan bahawa dalam PR merekalah yang sebenarnya berkuasa.

Hari ini DAPig jelas membawa isu perkauman yang tebal dan merbahaya kepada pengundi Sibu untuk mengekalkan kuasa cina! Dengan berlapik menghentam UMNO yang selama ini meletakkan orang cina sebagai Citizen Class 2, DAPig sebenarnya sedang membakar semangat benci dan marah orang cina kepada bangsa melayu yang selama ini mengemudi nakhoda kuasa di Pusat mahu pun di Sarawak...

Tanggungjawab ini tentunya tergalas di bahu pemimpin BN terutama pemimpin-pemimpin komponen berbangsa cina untuk menarik sokongan pengundi cina kepada BN. Pemimpin muda komponen BN perlu memerah otak dan tenaga untuk mempastikan pengundi cina dibawah umur 40 tahun sedar, yakin dan rela untuk memenangkan calon BN Robert Lau Hui Yew.

Tak kira lah nanti berapa penjuru pun yang bertanding kerana diberitakan adanya calon Bebas yang akan bertanding. Yang penting kemenangan calon BN! Kemenangan BN dalam PRK Sibu akan memberikan momentum kepada PR negeri yang bakal berlangsung bila-bila masa selepas ini, ini secara langsung berjaya mengkebumikan pakatan haram di Sarawak dan di seluruh negara secara beransur...ansur...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 27 April 2010

PAS Sedang Sabotaj DAP Di PRK Sibu...


KUALA LUMPUR, 27 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.

"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.

"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


KOMEN

Semasa BN ditentang di Batang Ai, Presiden PAS Haji Hadi menghina suku kaum disana kerana tidak mengundi pakatan haprak atas alasan mereka hina dan masih PAKAI CAWAT! Hari ini Sekali lagi Puak PAS menghina orang-orang miskin, penduduk felda, orang asli dan sama lah seperti Haji Hadi sebutkan itu apabila Setiausaha Agungnya mengatakan seperti mana yang anda boleh baca diatas.

Bagi Mustafa Ali dan PAS suku kaum dayak, iban dan lain-lain yang memakai cawat serta penduduk felda dan orang asli hanya segelintir rakyat yang keji, miskin, hina, bodoh, ketinggalan dan terkepung mindanya.

Sesungguhnya Setiausaha Agung PAS ini sedang menyediakan satu laluan lebih sukar dalam hubungan dengan mereka yang dia sebutkan itu...hari ini penduduk felda yang tahu bersyukur dan berterima kasih setelah mendapat nikmat pembangunan dari kerajaan BN selama ini telah berjaya melahirkan generasi felda yang berilmu dan berjaya.

Begitu juga orang asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, ini kerana pembangunan dan kemajuan yang melimpah yang dirancang dan dibangunkan oleh kerajaan BN telah melimpah ruah masuk kedalam kawasan dan perkampungan mereka. Ianya boleh dibuktikan dengan mendengar wakil-wakil mereka berucap di Dewan Rakyat dan dewan Negara.

Malah hari ini kerajaan terpaksa pula menangani masaalah sosial dikalangan mereka dek kerana keterbukaan dan kemodenan yang mereka kecapi terkadang membuat sesetengah generasi muda 'tenggelam' dengan arus yang melanda....

PAS Terengganu dan PAS Kelantan pula buat apa untuk kesejahteraan rakyat? Bagi PAS, mereka memang mahukan kuda belang bodoh, dungu, bebal dan taksub untuk membontoti mereka kemana sahaja, kerana mengawal dan menjaga orang bodoh sama seperti menjaga lembu dan kambing...ikut teori Mustafa Ali la....

Lu Fikir La Sendiri!!!