Memaparkan catatan dengan label nik aziz dan pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nik aziz dan pas. Papar semua catatan

Isnin, 3 Mei 2010

Nik Aziz Kata Sultan Bodoh!!!


Antara kesesatan nyata, kebodohan dan kedunguan murSHITdol am PAS!!!

N.Ajis menghalalkan pertumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, dan Gerakan.Katanya di dalam kuliah di masjid Kg Pulau Melaka. “Jika melawan UMNO dan tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,”

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, N.Ajis berkata, “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara,katanya lagi UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

Pada 12 Mei 1999, N.Ajis menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya, “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan kita tidak mendirikan negara Islam.

Pada 4 Ogos 2001, N.Ajis menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata, “Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) kalau tak percaya boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Pada 24 Januari 1999 N.Ajis memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, katanya lagi, “Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Pada 25 Jun 1999, N.Ajis berkata, “PAS sedia gugur slogan negara Islam untuk mencari perdamaian dengan DAP.

Pada 6 November 1999, N.Ajis berkata lagi, “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, N.Ajis berkata, "DAP kalau hina Islam takpa pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam.

N.Ajis berkata pada 29 April 1999, “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri orang islam.

“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Sumber Kickdefella

Malam tadi semasa menonton berita di Astro Awani, N,Ajis ada mengatakan didalam suatu ceramah yang dihadiri sama oleh Nik Amar, MP Tumpat Dato Kamarudin Jaafar dan lain-lain pembesar PAS di suatu tempat di Tumpat mungkin bahawa masjid boleh digunakan sebagai tempat berpolitik!

Maka terpacullah perkataan bodoh bagi siapa yang menyempitkan fungsi dan peranan masjid...tapi sebenarnya kalau N.Ajis ni bercakap Sultan atau siapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya sebagai bodoh apa yang heran dan pelik!

Sebab? sebab N.Ajis sendiri dah membuktikan dirinya jauh lebih bodoh, dungu dan sesat dengan membaca apa yang beliau hujahkan diatas!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 2 Mei 2010

PAS Pengkalan Chepa Ludah N.Ajis!!!


PENGKALAN CHEPA, 2 Mei: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke-38 semalam menyaksikan satu usul tergempar dicadangkan berkenaan hubungan Malaysia dengan Israel.

Usul tersebut mencadangkan mufti Malaysia atau Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai kedudukan hubungan kerajaan Malaysia dengan Israel atau syarikat yang berkepentingan Isarael.

Usul itu dibangkitkan ekoran dakwaan penglibatan syarikat perunding berkepentingan Israel, Apco Worldwide dalam bidang telekomunikasi Malaysia. Timbalan Menteri Besar Datuk Haji Ahmad Yakob ketika merasmikan mesyuarat itu berkata, semua mesyuarat agung PAS kawasan wajar mengambil ketetapan sama dengan membuat usul tersebut.

KOMEN

Usul PAS Pengkalan Chepa ni macam meludah ke langit! PAS dah reti 'main belakang' macam Peliwat Malang Nuar Aljub...Anwar menggunakan isu APCO untuk memfitnah kerajaan dan dalam masa yang sama cuba menutup hubungan terlarang beliau dengan yahudi dan Zionis. Begitu jugak la PAS yang jelas bersekutu dengan Anwar dan Yahudi cuba untuk menutup bangkai gajah dengan kulit bawang!

Semua orang tahu PAS for All adalah salinan dari Israel for All! Semua orang tahu bahawa puak prolib atau erdogan yang ada didalam PAS seperti N.Ajis, Husam, Khalid gereja, Kamarudin Jaafar dan lain-lain merupakan tiang-tiang kubur Anwar dalam mempertahankan kasih sayangnya kepada Yahudi, Israel dan Zionis!!!

Hanya mereka yang masih kuat dengan pegangan PAS TOTOK! PAS zaman Asri, PAS Asli dan bermacam lagi gelaran bagi menunjukkan bahawa mereka ini tidak termakan dan tidak terpedaya dengan lakunan Anwar dan puak Erdogan untuk mengusai parti sesat itu!

Mereka sedar dan tidak tahan menghidu hanyir, busuk dan kotornya politik puak Erdogan didalam PAS demi kelangsungan politik murahan dengan menjual pegangan parti sesat itu selama ini untuk mempertahankan budak suruhan Yahudi dan Zionis iaitu Anwar si Peliwat Malang!

Itu sebab mengikut sumber dalaman PAS pengkalan Chepa usul ini dibawa kerana mempunyai 2 maksud sebenarnya...bukan sahaja nak menyindir puak-puak Erdogan hamba sahya Anwar didalam PAS malah nak mengelak usul mengutuk serangan bunuh kepada N.Ajis kerana Ustaz YB Dato Halim semua orang tahu merupakan seorang ABDUL didalam hikayat 3 ABDUL PAS!!! ppttuuiihhhh!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sketsa Hujung Minggu...







LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Khamis, 29 April 2010

PAS Tak Pernah Cemar Masjid...Hassan Ali Cafe..



Hasan Ali Buat Laporan Polis Atas Tuduhan Guna Masjid Untuk Berpolitik

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya berhubung tuduhan membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April lepas.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang.

Menurut Hasan, laporan itu juga dibuat bagi menjelaskan tuduhan yang beliau menjadikan masjid sebagai medan untuk berpolitik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak benar.

"Tuduhan itu tidak benar dan saya juga tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

KOMEN

Kalau kita kata bengkak! dia marah! tapi cuba perhatikan gambar kat atas tu...
Itu kan sekutu kuat PAS di Selangor! Xavier tengah buat apa tu dalam masjid?
tengah bagi kuliah kat kuda belang PAS ker? atau xavier tengah ajak kuda belang PAS jalan-jalan cari makan? Apa punya bangang puak ni!!!

PAS lupa bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya mati kerana apa? Tak ker kerana seruan jihad haji hadi? Seruan tu haji hadi buat kat mana? cyber cafe? tak ke di masjid-masjid tempat PAS cari makan selama ini? PAS lupa bagaimana boleh berlaku sembahyang 2 imam didalam masjid! itu bukan kerja PAS ke? PAS lupa yang penduduk terpaksa berbuka puasa di kaki lima masjid di Terengganu semasa PAS memerintah pada tahun 1999 dahulu kerana JK PAS kawasan mengunci pintu masjid!!!!

PAS boleh lupa! tapi rakyat, pengundi dan sejarah tidak pernah lupa!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

Selasa, 27 April 2010

PAS Sedang Sabotaj DAP Di PRK Sibu...


KUALA LUMPUR, 27 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.

"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.

"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


KOMEN

Semasa BN ditentang di Batang Ai, Presiden PAS Haji Hadi menghina suku kaum disana kerana tidak mengundi pakatan haprak atas alasan mereka hina dan masih PAKAI CAWAT! Hari ini Sekali lagi Puak PAS menghina orang-orang miskin, penduduk felda, orang asli dan sama lah seperti Haji Hadi sebutkan itu apabila Setiausaha Agungnya mengatakan seperti mana yang anda boleh baca diatas.

Bagi Mustafa Ali dan PAS suku kaum dayak, iban dan lain-lain yang memakai cawat serta penduduk felda dan orang asli hanya segelintir rakyat yang keji, miskin, hina, bodoh, ketinggalan dan terkepung mindanya.

Sesungguhnya Setiausaha Agung PAS ini sedang menyediakan satu laluan lebih sukar dalam hubungan dengan mereka yang dia sebutkan itu...hari ini penduduk felda yang tahu bersyukur dan berterima kasih setelah mendapat nikmat pembangunan dari kerajaan BN selama ini telah berjaya melahirkan generasi felda yang berilmu dan berjaya.

Begitu juga orang asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, ini kerana pembangunan dan kemajuan yang melimpah yang dirancang dan dibangunkan oleh kerajaan BN telah melimpah ruah masuk kedalam kawasan dan perkampungan mereka. Ianya boleh dibuktikan dengan mendengar wakil-wakil mereka berucap di Dewan Rakyat dan dewan Negara.

Malah hari ini kerajaan terpaksa pula menangani masaalah sosial dikalangan mereka dek kerana keterbukaan dan kemodenan yang mereka kecapi terkadang membuat sesetengah generasi muda 'tenggelam' dengan arus yang melanda....

PAS Terengganu dan PAS Kelantan pula buat apa untuk kesejahteraan rakyat? Bagi PAS, mereka memang mahukan kuda belang bodoh, dungu, bebal dan taksub untuk membontoti mereka kemana sahaja, kerana mengawal dan menjaga orang bodoh sama seperti menjaga lembu dan kambing...ikut teori Mustafa Ali la....

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahmad Sapu Punya Teori!!!


KUALA LUMPUR, 27 April: Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.

"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.

KOMEN

Ni lagi satu komen meroyan sepupu si mahmpoz, jika trend pengundi macam itu maka PR akan kekal? Sifir mana mat sapu ni pakai? teori normah agaknya...

Kalau dah macam ini trend pengundi, maknanya kebangkitan rakyat telah tiba! Pembohongan Pakatan yang diterajui oleh Peliwat Malang telah memakan diri! Rakyat dah muak dengan trend pimpinan Pakatan Haprak memerintah negeri!

Dipihak pimpinan rakus merompak segala projek, hasil bumi dan dana negeri yang tersedia dan diselia dengan baik dibawah Kerajaan BN selama ini, manakala puak kuda belang, rakyat jelata disuap dengan cerita basi fitnah dan pembohongan agar 'modal' mengelirukan dan memesong pemikiran rakyat akan terus dijaja!

Nantikan trend pengundi di PRK Sibu yang sekali lagi akan MENOLAK PEMBANGKANG dan seterusnya membenamkan Anwar dan sekutunya ke Sungai Rejang di Sarawak....

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 18 Januari 2010

Nik Aziz... Rumah Kata Pergi! Kubur Kata Mari!!!


Gambar nik aziz bersanding pada tahun 50an, itu kata tuan punya blog yang menyiarkan gambar tersebut, penulis ada menanyakan kesahihan gambar ini dikalangan saudara mara di Kelantan jawapannya 50-50.

Kalau benar pun apa salah kan? kira boleh tahan lah dua mempelai teruna dan dara ini, sama cantik sama padan, sama kepala sama haluan, sama rakus sama gian, sama-sama makan, sama-sama simpan...

Kedua-dua nya pun tak menyangka bahawa mereka bakal mencipta sejarah besar dalam arus pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Kedua-duanya sama sekali tidak menduga bahawa mereka juga akan hanyut ditelan keduniaan.

Itukan takdir namanya, jadi kalau dah ditakdirkan begitu bukan salah mereka, mana mereka tahu yang mereka akan berpeluang kapor hutan kayu balak, mana mereka tahu mereka boleh merampas tanah orang lain dengan gadaian hutang yang tidak mampu dibayar...macam ah long!

Mana mereka tahu mereka berpeluang membuat fatwa yang menyesatkan umat islam, mana mereka tahu bahawa mereka berpeluang untuk menentukan syurga neraka seseorang! Mana mereka tahu bahawa anak-anak menantu mereka berpeluang untuk 'mencekik' apa jua nikmat yang tersedia didalam pentadbiran kerajaan dan anak-anak syarikatnya.

Mana mereka tahu! mereka tidak merancang untuk menjadi munafik! mereka tidak merancang untuk menjadi tamak haloba! mereka tidak merancang untuk menerima rasuah baik mengerjakan umrah atau pun kek! malah mereka sendiri tidak akan mampu menentukan bahawa sesuatu projek yang dibangunkan berjaya atau rugi!

Kalau rugi pun mesti ada sebab, seperti kesilapan teknikal atau terus tidak mengakuinya agar mudah menuding kepada orang lain celako, cah keting dan pelbagai lagi gelaran yang akan diaminkan oleh kuda belang taksub yang sudah meminum air kakinya untuk sekian lama.

Itu sebab nik najis kata begini -


KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.

“Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.


tapi takiyuddin kata begini -


KOTA BHARU - Kerajaan Negeri menafikan sebuah laporan blog yang menyatakan Kerajaan Negeri mengalami kerugian sebanyak RM50 juta akibat kesilapan yang dilakukan melibatkan urusan pembinaan Bazar Tok Guru.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri mendapat keuntungan daripada projek tersebut kerana mendapat sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal.


Tak ker haru namanya...jadi yang mana satu bohong? atau kedua-duanya jelas berbohong.
Tapi jenis sesat lagi menyesatkan ni mana kenal bohong, tipu, fitnah dan penyelewengan fakta, kerana itu semua adalah senjata ampuh yang mereka guna sejak dari dulu macam zaman dalam gambar tu, kini dan selamanya....

Sekarang tengah untung doa cah keting, jadi amin la kuda belang doa cah keting, walhal cah keting dah lama berlaku dan ianya semakin kuat bertiup diakhir ini selagi MB munafik ini tidak turun dari kerusi empoknya... Rumah kata pergi! kubur kata mari pok nik oii!!!

PAS...Kesesatan Adalah Amalan!!!

Selasa, 29 Disember 2009

PAS Jahanam!!!Kesesatan N.Ajis Dan PAS Sepanjang 2009...



Dalam ramai pemimpin pembangkang, penulis nak mulakan dengan N.Ajis yang cukup popular tahun ini dengan pelbagai kesesatan demi kesesatan yang dibawa hanya untuk mempertahankan hujah politik sonsang, sempit dan jahatnya sepanjang tahun.

Dengan jaminan syurga oleh beliau apabila mengundi dan memangkah PAS termasuk lah mengundi DAPig yang menentang Islam, soalnya kesian mak bapak datuk nenek kuda belang PAS sebelum ini yang tak dapat mengundi PAS, tak masuk syurga ke?

Meletakkan martabat dan harakat komunis begitu tinggi apabila bangga mengatakan bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan yang menentang Inggeris bagi mendapatkan kemerdekaan..gila punya hujah!

Namun dalam masa yang sama menghina UMNO dengan melabelkannya seperti komunis yang menolak kepercayaan kepada tuhan, jadi N.Ajis ni bohong dalam hujah ini atau hujah diatas tadi? sokong komunis atau tidak? dasar penipu...tapi nak buat macam mana kerana DAPig sentiasa memantau hati, niat dan perasaan beliau, itu yang takut tu...

Menyokong hujah seorang imam dalam PRK Manik Urai yang menyifatkan melihat wajah alim ulama mendapat pahala, kira tengok muka dia yang digantung di tengah rumah boleh pahala la.. kira sama lah dengan 'keberkatan' selipar karat beliau yang terpaksa dijaga dan dikunci kerana dikhuatiri dicuri oleh kuda belang taksub yang mahukan 'keberkatannya' sesat....sesat...

Berpelok dan berkhalwat dengan DAPig yang jelas iblis menentang Islam dalam masa yang sama menolak perpaduan sebangsa dan seagama hingga meroyan memanggil perhimpunan khas parti....kuda tunggangan la katakan...

Bersetuju bahawa bogel dan menunjukkan kemaluan adalah hak privasi serta hubungan intim yang berlaku diantara orang kafir dan Islam bukan menjadi persoalan...tak heran begitu taksub kepada raja liwat tanahair...dah rasa sedap kot...

Mendoakan keburukan merupakan amalan beliau, itu sebab seruan dibuat kepada kuda belang taksub, sementara kenyataan beer tidak haram dan cadangan bagi menggunakan duit zakat tidak ditentang sama sekali...sokong la tu! malah yang menentangnya di Selangor pulak kena ambil tindakan dan sedang dihadapkan di JK disiplin...huhu

Orang lain rasuah tapi bagi beliau jika ada penaja yang mahu menghantar beliau dan keluarga mengerjakan haji dikira tidak rasuah...tok guru maksum la kan...amalan kroni dan nepotisme boleh dan halal apabila melibatkan beliau sementara orang lain terutama UMNO adalah haram...itu sebab senjata utama merosakkan imej TDM dulu guna isu ini.

Tetap cool dalam menerima dugaan kerana katanya Rasullulah dulu pun menerima dugaan yang sama...kurang ajar betul bila menyamakan dirinya dengan nabi... soal bangsa Melayu yang memerintah negara selama ini hingga syiar Islam tertegak adalah tidak benar kerana Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng juga dan lain-lain lagi pemimpin bangsat pembangkang yang mempermainkan ayat suci al-quran dalam ceramah lebih arif dan 'kental' dalam menegakkan syiar islam...itu sebab di Penang membangun bersama tokong, di Selangor membangun bersama kuil dan contoh terbaik di Kelantan sendiri membangun bersama patung-patung siam adalah contoh Islam PAS for All...

Itu serba sedikit kesesatan N.Ajis dan PAS yang dikudakan oleh yahudi dalam negara, dan tentunya episod kesesatan ini akan disambung dan disubur kan lagi dalam tahun 2010 nanti...PAS = Kesesatan Adalah Pegangan!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!