Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

Tang Ini Slow Pulak BN Bergerak..!


Lupakan apa yang orang lain kata tentang BN..kalau ada yang kata BN barang naik..buat dono jer..! sebab apa pulak nak marah..! sebab realitinya selepas PRU 13 yang lalu BN memang nampaknya berazam untuk membuktikan apa yang didakwa oleh puak pembangkang selama ini itu benar lagi betul..! 

Cerita yang nak dikongsi pepagi senin ni bukan hal barang naik..! tapi cara BN sesama komponen bekerja yang selama ini dilihat jauh perlahan dari siput khinzir bergerak..! dah 2 pilihanraya umum rakyat menafikan sokongan dan kemenangan 2/3 BN di Parlimen nampaknya para pembesar BN seakan baru sedar dan perasan bahawa mereka cukup slow dalam membuat keputusan..!

Tapi biasa ler pasti ada yang berkata biar lambar brother asal ada perubahan..! macam kenaikan kenaikan yang telah, sedang dan akan berlaku tu..bukan kerana BN sengaja nak seksa poket rakyat tapi semua yang naik tu dah lama dah..dah berbelas tahun pun tak naik..jadi apa salah naik…!!! kan..! kan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Cadangan untuk mengguna pakai kaedah majoriti mudah berbanding sistem konsensus yang kini diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membuat keputusan akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN pada tahun depan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perlembagaan BN perlu dipinda untuk membolehkan kaedah undi majoriti dilaksanakan.


Sekiranya sebuah parti komponen tidak bersetuju terhadap sesuatu cadangan maka ia tidak akan diteruskan (mengikut sistem konsensus). Saya sebagai Setiausaha BN akan mencadangkan agar mengkaji dan meminda semula perlembagaan BN untuk menggunakan kaedah majoriti mudah. 

"Perkara ini saya telah maklumkan kepada perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) ke-21 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Khamis, 1 Julai 2010

PM Atau KSN Yang Memerintah Negara?


Semenjak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak tak henti henti melakukan pendekatan pendekatan baru serta cara bekerja yang lebih menekankan keutamaan kepada 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Pokoknya ialah mendekati rakyat, menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Sebarang dasar dirangka dan dilaksana bagi menjamin mutu penyampaian kerajaan benar benar sampai dan memudahkan rakyat.

Yang menariknya, Utusan dalam Mingguan Malaysia hari Ahad yang lalu telah mencetuskan persoalan berkenaan kekuasaan Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) yang amat berkuasa, ada yang kata Kamarudin Siaraf, ada yang kata Mahmood Adam ada yang kata KSU Kementerian Pertanian...pendek kata 'ada yang kata'...

Namun dalam banyak persoalan 'ada yang kata sipolan sipolan ini' semuanya sebenarnya merujuk kepada ketua mereka iaitu KSN itu sendiri. Sebab itu ramai yang mengeluh apabila KSN ini disambung lagi perkhidmatannya. Bagi kakitangan kerajaan, apabila seseorang KSN atau KSU itu disambung maka akan terhentilah peluang ramai orang dibawahnya yang layak untuk merasa kenaikan pangkat yang lebih tinggi malah ada yang terpaksa pencen dengan jawatannya sekarang...

Kesannya? kesannya ada kelompok kakitangan tertinggi negara yang marah dan benci dengan kelompok sidek hassan ini... malah dikatakan ada lebih 60 orang berpangkat JUSA yang duduk di 'pool' disebabkan tiada peluang menikmati kenaikan pangkat atau di 'sisih'kan kerana tidak tergolong didalam kelompok penjilat sidek hassan.

60 orang JUSA dalan 'pool' sesuatu yang amat membazir duit, tenaga, pemikiran dan masa, kalau nak dikira 60 orang ni dah sama seperi kekuatan tiga (3) kementerian!!!

Kesan yang lebih jauh dari ini ialah sebahagian besar mereka juga merajuk lalu tidak bersungguh untuk melaksanakan dasar dasar kerajaan, ada pula yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam serta menjadi penggerak pembangkang untuk menggagalkan sebarang rancangan dan dasar baik yang digagaskan oleh PM.

Apa yang lebih malang lagi, KSN sidek hassan ini dilihat tidak begitu 'teguh' berdiri dibelakang Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, itu sebab sebarang kerja yang melibatkan parti amat tidak digemari oleh sidek.

Banyak lagi pendedahan pendedahan yang bakal menyusul mengenai KSN, KSU serta kakitangan kerajaan yang terang terang memboikot dan mensabotaj tindakan dan gerakan PM dan Menteri yang akhirnya dilihat Menteri GAGAL berfungsi...

Terbaru apabila Nazri terpaksa meminta maaf di Parlimen semalam kerana kesilapan, kecuaian dan kelemahan pegawai dan kakitangan kerajaan... kita tak kata semua! tapi segelintir pengkhianat didalam kerajaan sudah cukup untuk 'menghuruharakan' perjalanan sesebuah kerajaan....

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 28 Mei 2010

Idris Jala Taknak Kerajaan BN Bankcrupt Kan?


Jumlah subsidi yang mencapai 74 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar, namun jika itu merupakan harga yang perlu dibayar oleh pihak kerajaan untuk terus memakmurkan negara apa kah ianya salah?

Rasanya rakyat akan terima kaedah pengurangan subsidi secara berperingkat jika kerajaan benar-benar telah, sedang dan akan terus mengekang ketirisan dan kebocoran subsidi yang berlaku sekarang ini...

Maka Idris Jala perlu lah juga berfikir dan termenung bersama-sama dengan think tank beliau didalam makmal hingga lewat pagi bagi menyelesaikan masaalah-masaalah yang menyebabkan pembaziran subsidi ini dapat dikawal dan dapat diatasi dari terus berlaku...

- Masaalah penyuludupan minyak dari negara ke negara asing!


- Masaalah penipuan minyak subsidi nelayan!
- Masaalah kawalan pembelian minyak oleh kenderaan asing disempadan!

- Apakah Kerajaan bersedia untuk melupuskan dahulu subsidi kepada pengendali IPP dan lain-lain konglomerat yang sememangnya tidak layak menerima subsidi ini!


- Kerajaan juga mesti meneliti semula perjanjian konsesi dengan pengendali-pengendali lebuhraya apakah kewajaran kenaikan tol perlu dilakukan!

- Jika perlu Kerajaan perlu meluputkan perjanjian yang dilihat 'berat sebelah' yang hanya menguntungkan pengendali lebuhraya!


- kerajaan perlu memastikan jalan-jalan alternatif yang tersedia benar-benar selamat dan mampu menampung kenderaan yang banyak jika rakyat marhaen menggunakannya kelak!


- Apakah kerajaan bersedia untuk meletakkan harga berbeza bagi pengguna rumah, perniagaan dan industri yang menggunakan gas!

- Apakah kerajaan tidak boleh memilik negarakan bahan seperti gula, tepung dan minyak masak agar kawalan dapat dilakukan dan dengan sendiri Kerajaan akan berkuasa keatas barangan ini didalam pasaran bagi mengekang kenaikan harga, sorok barang dan penyelewengan stok gudang!


- Apakah Kerajaan sudah mempunyai pengkalan data yang lengkap bagi mempastikan rakyat yang benar-benar layak akan menerima subsidi ini nanti jika pelaksanaanya berlaku dan sah bagi setiap rakyat!

- Apakah kaedah dan mekanisma yang sesuai, cekap dan selamat dari dimanupulasi oleh pihak ketiga jika sistem pengenalan individu ini diguna pakai bagi setiap pembelian barangan subsidi di kedai-kedai lain-lain tempat!


- Apakah Kerajaan sudah menyediakan barisan penguatkuasaan yang benar-benar ikhlas, bersih, amanah, lengkap, canggih dan terkini dalam mengatasi masaalah ketirisan subsidi di semua peringkat dan tempat di seluruh negara!

- Apakah Kerajaan sudah benar-benar berjaya 'mengejutkan' kakitangan kerajaan dalam bertindak agar selari dan menjayakan hasrat murni tersebut!


- Apakah Kerajaan sudah benar-benar bersedia dalam mempastikan guna tenaga rakyat dalam negara diaplikasikan secara maksimum dan dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing!

- Apakah strategi yang berkesan dalam menarik minat rakyat untuk turut serta memenuhi sektor pekerjaan yang selama ini dikuasai oleh warga asing!

- Apakah galakan dan tindakan yang perlu diberikan kepada majikan-majikan agar mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta mula melatih dan mengunjurkan keperluan tenaga dalam setiap sektor kerajaan dan swasta!


- Kerajaan juga perlu mempastikan penerokaan kepada ruang penghasilan baru sama ada dari sudut bahan asas atau sumber asli, bahan pengilangan ataupun teknologi agar lebih setengah juta mahasiswa yang keluar dari Universiti dan pengajian tinggi dapat terarah untuk menabur bakti!


- Kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada import makanan yang mencapai lebih 17 bilion setahun dengan mempastikan stok makanan negara benar-benar mencukupi dan dasar makanan negara benar-benar berada mengikuti pelan pembangunannya!

- Kerajaan juga kena mempastikan urus tadbir koperat di GLCs berjalan dengan baik dan terurus dan jauh dari unsur skandal!

- Kerajaan kena membentuk pasukan media yang benar-benar cekap dan efisen dalam menerangkan akan hala tuju dan dasar negara benar-benar sampai dan difahami oleh rakyat!


- Kerajaan kena peka kepada sensitiviti semasa dalam mengatur urus isu seperti mana sekarang ini- Idris Jala sebok nak kurang kan subsidi- Gula disorok- Sime Darby rugi 1.3 Bilion- Forbes pulak menyenaraikan jutawan negara!

( Isu dan polimik tidak diselia dengan baik! belum lagi nak menyelaraskan isu dan mengatasinya)

Rasanya Idris Jala dan pasukannya perlu terus duduk didalam makmal siang malam pagi petang bagi mempastikan kesemua persoalan diatas dijawab dengan berkesan!


Selepas itu baru kita ceritan tentang KPI nya!!! Jauh sekali nak cerita pasal negara bankcrupt kerana kalau tidak dihalusi dengan berhati-hati bukan negara yang bankcrupt tapi Kerajaan BN pulak yang ditakuti akan dibankcrupt kan oleh rakyat!!! Tentunya Idris Jala taknak BN Bancruptkan? kan...kan...KAN!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 6 Mei 2010

PRK Sibu! Selepas PAS & PKR...Kini Giliran DAPig...


Selepas PRK Bagan Pinang yang menyaksikan kuda tunggangan PAS tewas tersembam ke bumi dek hentakan Tan Sri Isa Samad, mengambil giliran selepas itu PKR dengan peminum arak tegar berkuda Zaid Penderhaka pula tertonggeng mabuk dalam PRK Hulu Selangor 2 minggu yang lalu.

Kini tiba masa DAPig melalui bakal calonnya Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng bakal dikebumikan di Sibu dalam PRK yang akan berlangsung pada 16 haribulan Mei ini. DAPig sebenarnya mengalami masaalah calon! Pemilihan ADUN DAP ini menjelaskan lagi bahawa DAPig sebenarnya ketandusan pemimpin di Sarawak terutama di kawasan Sibu.

Desas desus dikalangan kuda belang parti DAPig juga mengatakan bahawa mereka mahukan calun tempatan yang lain yang boleh diketengahkan selain Wong. Diberitakan bahawa DAPig kawasan Sibu juga ada menghantar beberapa nama namun telah 'dipotong' oleh Wong.

Walaupun begitu nampaknya duit yang telah mula dilonggokkan di Sibu yang dibawa dari Pulau Pinang dan Selangor telah menyebabkan isu ini diam dan terpadam. Bagi DAPig mereka perlu memenangkan calon mereka kerana mahu membuktikan kepada rakan Pakatan Haram PAS dan PKR bahawa mereka tetap unggul dan masih mendapat sokongan terutama pengundi cina sekaligus mahu membuktikan bahawa dalam PR merekalah yang sebenarnya berkuasa.

Hari ini DAPig jelas membawa isu perkauman yang tebal dan merbahaya kepada pengundi Sibu untuk mengekalkan kuasa cina! Dengan berlapik menghentam UMNO yang selama ini meletakkan orang cina sebagai Citizen Class 2, DAPig sebenarnya sedang membakar semangat benci dan marah orang cina kepada bangsa melayu yang selama ini mengemudi nakhoda kuasa di Pusat mahu pun di Sarawak...

Tanggungjawab ini tentunya tergalas di bahu pemimpin BN terutama pemimpin-pemimpin komponen berbangsa cina untuk menarik sokongan pengundi cina kepada BN. Pemimpin muda komponen BN perlu memerah otak dan tenaga untuk mempastikan pengundi cina dibawah umur 40 tahun sedar, yakin dan rela untuk memenangkan calon BN Robert Lau Hui Yew.

Tak kira lah nanti berapa penjuru pun yang bertanding kerana diberitakan adanya calon Bebas yang akan bertanding. Yang penting kemenangan calon BN! Kemenangan BN dalam PRK Sibu akan memberikan momentum kepada PR negeri yang bakal berlangsung bila-bila masa selepas ini, ini secara langsung berjaya mengkebumikan pakatan haram di Sarawak dan di seluruh negara secara beransur...ansur...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 29 April 2010

Apabila Pilihanraya Menjadi Komoditi Yang Menguntungkan...


Biang dek kerana gatal yang dibawa oleh unspinner dan disambut oleh House PK dan rakan-rakan yang lain, teman rasa nak jugak menyentuh isu ini...

Pilihanraya dah macam Komoditi! bahan dagang yang menjanjikan pendapatan lumayan dikalangan mereka terutama 'kapitan' yang berkedudukan dan berkepentingan di Ibu Pejabat UMNO dan BN!

Seorang sahabat memberitahu khabarnya harga canopy di Command Centre ( CC ) telah melambung naik. Katanya Kalau harga di Bagan Pinang mungkin sekitar 200k tapi Hulu Selangor harga dah menjangkau ke 300k..tentulah bila kehendak pasaran yang menentukan! ada demand beb!!! Seronok jugak taukey canopy tu yer...Siapa lah agaknya taukey tu yer!!!

Semua kerja-kerja pemasangan poster dan bendera lebih mudah di SWASTA kan, dalam BN sekarang sudah tiada lagi kerja gotong royong, itu sebab muda mudi di Hulu selangor sebok memasang dan menaikkan bendera PKR dan pembangkang....bukan kerana mereka seronok dan minat dengan pembangkang tapi mereka dihargai dan didatangi oleh puak pembangkang berbanding BN yang lebih selesa dengan tenaga kerja asing!!! ada komisyen permit ke? Tenaga kerja asing kan murah!!!

Makan minum di CC juga tidak semewah dan sehebat Bagan Pinang! balik-balik bubur dan teh tarik! pilihan lain tarak! tapi khabarnya jumlah bil makan dan minum lebih mahal dari Bagan Pinang...ialah kan Bukit Sentosa lebih dekat dengan KL, jadi harga mesti sama dengan KL beb!!! Pembesar-pembesar mana tahu semua ni? malah pulak duit pilihanraya mana ada audit!!!

Dah lah tahap wi fi teruk dan buruk! katanya hanya bloggers yang 'bertauliah' dan memiliki tahap 'kroni' yang tinggi sahaja yang layak dengan semua fasiliti yang disediakan oleh fraksi-fraksi taukey pilihanraya ini!!!

Di Sibu nanti lebih kurang gitu jugak la agaknya, kecuali BN Sarawak yang menyediakan segalanya, kalau BN Sarawak yang mengawal dan menyelia segalanya macam mana pulak 'kapitan-kapitan' ini nak mendapat habuan! atau mungkin mereka dah boleh mula berdoa agar pilihanraya akan terus berlaku di Semenanjung ini!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!!

Ahad, 25 April 2010

Ini Semua Kau Punya Pasal!!!


Menjelang malam ini, tentunya banyak desas desus yang mengatakan bahawa Zaid peminum arak tegar berkuda akan terjun ke longkang! Namun Zaid tidak keseorangan! beliau akan diikuti rapat dengan PM (Peliwat Malang), Tok Guru Sesat Penderhaka, Khalid Gagap, Lim Kit Siang Malam, Karpal Singh Murtad dan banyak lagi pimpinan kuda belang pembangkang...

Malah sekarang ini dilaporkan kuda-kuda belang Jahiliah pembangkang telah bergegas meninggalkan kawasan Parlimen Hulu Selangor kerana mendapat gambaran yang mereka juga akan dihumban sama ke dalam longkang apabila Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan calon BN P Kamalanathan malam nanti InsyaAllah...

Dalam menghadapi situasi begitu nanti, maka tentunya jawapan kepada kekalahan sedang dirangka di dalam kepala hotak pemimpin-pemimpin mereka...

Bagi Anwar tentunya ini merupakan suatu PRK yang jijik dan tidak adil kerana SPR dan Kerajaan Pusat menggunakan segala 'senjata' untuk menewaskan Pakatan Haprak! usaha menarik beliau hadir ke mahkamah dan meneruskan prosiding liwat, menghadapkan beliau ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen dan banyak lagi fitnah yang boleh ditabur dan melarikan persoalan sebenar akan kebenaran bahawa rakyat dan pengundi sudah tahu, jelas, benci dan malas nak menyokong dirinya...

Bagi Zaid @ Arak tegar berkuda pasti akan menyalahkan N.Ajis kerana doa yang dibaca serta sembahyang hajat yang dibuat jelas di tolak oleh Sang Maha Berkuasa! Ini menyebabkan Zaid bertambah risau kerana taubat beliau belum tentu diterima dan jalan pintas untuk mendapat jaminan syurga mungkin akan ditangguhkan...

Bagi Tua Kutuk N.Ajis pasti akan menyalahkan Hassan Ali kerana telah berjaya menjamin syurga kepada pengikut PAS di Selangor khususnya pengundi PAS HS apabila GAGAL dan TIDAK MENGUNDI ZAID, usaha Hassan Ali ini pasti menampar pipi, hidung dan mulut yang memakan kek rasuah menantu untuk memecah monopoli penjamin syurga.

Bagi Hassan Ali ini masanya untuk menyalahkan Khalid Gagap kerana GAGAL mengurus Kerajaan negeri dengan mengikut telunjuk DAP dan hanya tahu membilang bulu di celah kangkang Eli.

Bagi Khalid ini salah Ronnie Lieu dan kawan-kawannya yang telah mengatakan Beer tidak memabokkan yang menyebabkan kuda-kuda belang pengundi taksub mereka rasa tertipu kerana tidak 'stim' walau telah bertong air kencing setan itu diminum. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari todi yang dikuasai oleh puak penyokong Samy NO Value!

Banyak lah kalau nak dihujahkan tapi itu sebahagian ajer...kita tunggu pengumuman rasmi...tapi rasanya BN MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH 4000 UNDI!!!

TUNGGU!!!


Sendiri Mau Ingat!!!

BN ! PILIHAN PENGUNDI PARLIMEN HULU SELANGOR...


Ikan Julung-Julung
Masuk Dalam Kelong
Barisan Nasional Kita Sokong
PKR Kita Gulung

Khalid Gagap Tunggangan DAP
Dah 2 Tahun Cuma Tahu Tabur Janji
Pengundi Hulu Selangor Dah Tak Mahu Lagi
MB Yang Seronok Dok Celah Kelengkang Eli

Anwar Al Jub Dah Cabut Lari
Menang Tak Nampak, Kalah Pulak Yang Mari
Semua Kelentong Dah Makan Diri
Dok Kata Orang, Badan Sendiri Dah Banyak Daki

Si Kaki Kuda Mabok Tak Berenti
Konon Last Minute Minta Doa Dengan Selipar Al-Wali
Pengundi Hulu Selangor Semuanya Cerdik Tak Buta Hati
Malam Ni Sedia Nak Masuk Perigi

Pengundi Hulu Selangor Dah Bulat Hati
Nak Kan Perubahan Dengan Penuh Harga Diri
Kamalanathan Memang Pilihan Nak Dijadikan MP
UNDI BN...ITULAH YANG DIPANGKAH DI KERTAS UNDI!!!

Ikan Julung Julung
Masuk Dalam Kelong
BN Kita Sokong
Pembangkang Kita Gulung!

Hidup BN!!!

Berakhirnya Kempen Secara Rasmi...


Tepat Jam 12.00 tengah malam tadi berakhirlah kempen secara rasmi didalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berbondong yang keluar dari zon 'perang' kerana kerja dirasakan sudah berakhir manakala berbondong juga yang semakin galak hadir kerana merasakan kerja baru sahaja bermula!

Namun yang tetap utuh, kental, sabar dan cekal ialah mereka-mereka yang tahu bahawa kerja mereka hanya akan berakhir apabila semua pintu pusat-pusat pengundian ditutup pada petang ini dan bermulalah aktiviti pengiraan undi....ini termasuklah sahabat-sahabt bloggers yang sudah seminggu berkampung di merata tempat disekitar Kuala Kubu, Serendah, Batang Kali, Bukit Sentosa dan lain-lain tempat lagi.

Melihat kepada sambutan ceramah dan aktiviti serta program yang dianjurkan oleh BN pada hari terakhir kempen ini melambangkan seolah-olah calon BN P Kalamanathan bakal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada 7hb Jun depan.

Sokongan dan sikap pengundi yang menunjukkan 'warna' sebenar mereka untuk menyokong BN jelas memperlihatkan akan perubahan 'trend' pada Mac 08 yang lalu berubah sama sekali. Ini terbukti dikalangan pengundi Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain.

Kalau suasana inilah yang diterjemahkan didalam kertas undi pada pagi hingga ke petang ini, InsyaAllah BN akan mendapat kemenangan! Kemenangan mungkin mencapai kepada 2500-4000 majoriti....

Jadi puak-puak pembangkang yang diberitakan akan cuba untuk menghalang dan mengganggu perjalanan pengundian untuk menakutkan pengundi keluar elok lah rentikan sahaja kerja kotor dan tidak bertamadun tu! bawa anak bini pergi tepi laut lagi elok! Jangan menyebok dan menghuruharakan ketenteraman yang selama ini tercipta di Hulu Selangor! Sebenar nya tindakan puak-puak jahiliah yang sesat ini akan menambah perasaan marah, benci dan meluat pengundi seterusnya menambah keyakinan pengundi untuk memberikan undi mereka kepada BN...fikir la kalau ada otak!

Setakat ini pihak berwajib sudah pun menyediakan kemudahan dan persiapan perlu dalam menghadapi apa jua kemungkinan bagi menjamin keamanan, kestabilan, ketenteraman dan keharmonian pengundi untuk melaksanakan kewajipan mereka akan dapat dilaksanakan.

Jadi tak payah buat kerja bodoh lah pembangkang! kalau dah memang bodoh pun pergi lah bukak kaset Nik Najis dan dengar dirumah sendiri...paling tidak pun pergi lah sembahyang dan berdoa seperti mana ajaran nik najis kepada kamu untuk menyelamatkan kaki arak tegar dan pemilik kuda judi budak kota bharu tu...sapa nama dia?

Bukan tak ingat tapi malas nak sebut benda-benda najis ni! lebih-lebih lagi najis muhallazoh!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 15 April 2010

Najib & Muhyiddin Baca Ni...


KUALA LUMPUR, 15 April — MIC memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin termasuk kemungkinan memecat dari parti ke atas Timbalan Ketua Pemuda pusatnya V. Mugilan — yang didakwa proksi Umno — atas alasan “mencuri kerusi” yang diperuntukkan kepada parti itu.

“Sesiapa yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti... mahu mencuri kerusi dari MIC akan diambil tindakan.

“Berada dalam senarai teratas ialah Mugilan,” kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar CWC MIC - pertemuan bersejarah dalam MIC - di sini malam tadi.

Mesyuarat lebih sejam ini diadakan sehari menjelang BN bersedia untuk mengumumkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berkata keputusan tindakan disiplin akan ditentukan pagi esok.

“Kami masih siasat secara mendalam, mengumpul bukti, akan siasat lagi hingga 10 pagi esok,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi esok.

Mugilan dikatakan dinamakan oleh Umno Hulu Selangor kepada pucuk kepimpinan BN sedangkan MIC hanya mengemukakan nama Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Situasi itu menimbulkan suasana tidak senang dalam MIC.

Pagi semalam MIC Selangor protes dengan membidas Umno cuba campur tangan dalam menentukan calon kerusi Hulu Selangor.

Komen

Najib dan Muhyiddin Baca tak kenyataan angkuh, takbur, bongkak, besar kepala, biadap, kurang ajar dan pengkhianat dari paria mabuk ni!!!

Masa masih ada! fikir, timbang, renung dan menungkan!!!

Yang Penting Rakyat! Yang Utama Pengundi! Rakyat dan Pengundi Di Hulu Selangor jelas tidak mahukan G. Palir...nivel!

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Selasa, 19 Januari 2010

MIC Pulak...!!!


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

HAIRAN Awang apabila Ketua Pemuda MIC, T. Mohan mencadangkan 40,000 warga India yang ‘hilang’ di Malaysia diampunkan serta diserapkan dalam sistem pekerjaan negara ini.

Perlu diingat negara India mempunyai seramai 1.2 bilion penduduk. Jika cadangan MIC itu diterima, ia akan menjadi daya tarikan kepada warga India lain untuk datang, hilang dan kemudian diputihkan oleh kerajaan kita.

Sepatutnya, MIC berfikiran lebih jauh. Rakyat India Malaysia pun ramai yang menganggur. Masalah mereka yang harus menjadi keutamaan. MIC perlu membuka dan mencipta peluang pekerjaan untuk mereka.

Ini bukan soal siapa India itu. Warga India di India tiada kena mengena dengan keturunan India warganegara Malaysia. Oleh itu apa kita terlalu mahu bersimpati sangat. Bersimpatilah dengan orang kita dulu.

Seperti kata Tan Malaka dalam Forum Utusan Malaysia di muka 12 hari ini: ‘‘Adakah ini pemikiran seorang anak Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan Malaysia atau didorong oleh perasaan sentimen perkauman?’’


Komen

Inilah wajah sebenar penagih-penagih tegar hindraf dalam negara, mereka inilah sebenarnya yang begitu kuat semangat ke 'bangsa' annya. Lebih malang mereka ini hidup menjalar didalam komponen BN. Agaknya itu sebab Mr Samy Toll tak pernah kalah dalam pemilihan partinya kerana asyik adanya pemain import!

Kalau Pundek T Mohan ni nak main politik pun dia jaga ajer la nasib kaum india dalam negara yang banyak mendapat ruang dan peluang serta pembelaan yang begitu banyak oleh kerajaan Melayu UMNO sebagai tunjang kerajaan BN.

Nampak semakin banyak pembelaan makin banyak pulak songel dan masaalahnya, itu sebab masaalah samseng, jenayah, pendidikan dll lagi timbul. MIC kalau benar-benar nak membela nasib kaumnya pastikan semua anak bangsanya tidak tertinggal dalam pelajaran dan pergi ke sekolah seperti lazimnya. Hanya dengan pendidikan MIC akan dapat membentuk generasi kaum india yang berkualiti dan bermaruah. Maka tidak perlu lah menyalak bagi menghalalkan sesuatu yang pasti haram dan tidak beretika dalam suasana kita bernegara. Nampak sangat bodoh!!!

Persoalannya kemana sebenarnya paria-paria ni nyorok? siapa yang bela dan jaga makan, minum dan tempat tinggal mereka? kenapa pula pundek mohan ni beriya-iya sangat nak bela paria yang dekat 40 ribu tu? atau agaknya sebab dah tak larat nak tanggung? tunggu Kerajaan British bayar, cek tak siap-siap, puak-puak ni pulak jangan kata 40 ribu, 4 orang pun dia orang dah nak bikin union...kecoh-kecoh

BN sebenarnya bukan sahaja diserang dari luar oleh pihak pembangkang namun BN sedang dirosakkan oleh komponen parti dari dalam, MCA dengan kerenah 2 kepala ikannya, PPP dengan masaalah 2 Presidennya, MIC yang tak pernah kunjung padam masaalahnya selagi Samy Toll terus bermaharajalela.

Gerakan yang saban hari semakin biadap dan kurang ajar, Penulis sedang menanti dan menunggu akan kebangkitan orang Islam/melayu Grik untuk mengajar ahli Parlimen yang mereka menangkan tetapi sangat cauvinis dan tidak sensitif apabila menggelar orang melayu sebagai kaum pendatang dan sedang menghimpun sokongan bagi menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh Herald....tak ke kurang ajar namanya Tan lian hoe ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!!

Ahad, 27 Disember 2009

Berhentilah Menari Mengikut Rentak Pembangkang!!!


Cukuplah! Hentikan isu 14 Disember di Parlimen tu.. sebab tentunya semua ahli Parlimen BN telah mengambil pengajaran, rasanya mustahil perkara begini akan berulang kerana tamparan malam 14 hb itu begitu kuat dirasakan oleh ahli-ahli Parlimen BN terutama bagi mereka yang tidak hadir didalam sessi pengundian Bajet malam itu.

PM telah menyatakan bahawa akan mengambil tindakan yang wajar, patut dan sesuai, maka tak payahlah yang lain-lain menambah lagi, seharusnya ayat yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu muktamad dan jelas, maka biarlah beliau melaksanakan apa jua yang difikirkan sesuai, tak payah lah orang lain nak mengajar dan mencadang itu dan ini yang semakin menyesakkan kepala dan menambah porak suasana.

Dikalangan Menteri, pemimpin BN terutama UMNO perlu belajar akur kepada apa jua yang sudah dimuktamadkan oleh PM, jika dikalangan pemimpin UMNO dan BN masih lagi menyatakan itu dan ini maka ianya seakan-akan gagal untuk akur kepada apa yang telah diperkatakan oleh 'boss', Tak payah nak mengajar dan mencetus sesuatu polimik. Tak tentu pasal nanti PM kena tanya dan ulang semula apa yang sudah beliau jelaskan.

Apa yang lebih malang, dilihat pemimpin UMNO dan BN seakan-akan tenggelam dengan rentak dan tarian yang dimainkan oleh pembangkang, Hakikat bahawa isu ini tercetus adalah disebabkan oleh sikap pembangkang yang memang tidak mahu Bajet 2010 itu diluluskan, kesannya apa yang dirancang dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk pembangunan negara dan rakyat akan terbantut, bagi mereka setiap perkara perlu dipolitikkan dan penyelesaian kepada masaalah rakyat bukan hal yang perlu mereka titikberatkan.

PM telah menjelaskan tindakan yang bakal diambil dan Ahli Parlimen yang tidak hadir tentu mempunyai sebab yang munahsabah kecuali mereka yang 'bercuti' yang jelas tidak bertanggungjawab! Biarpun insiden ini amat pahit tapi ia seharusnya menjadi ubat pahit yang amat mujarab bagi setiap ahli Parlimen untuk lebih bertanggungjawab dalam tugas mereka mengikuti sessi persidangan dewan pada masa akan datang.

Tak perlu lah nak dirombak itu dan ini serta menetapkan sesuatu seakan-akan ahli parlimen kita budak-budak sekolah yang perlu diberikan pengawasan yang ketat oleh pengawas dan guru disiplinnya, kalau begitu taraf ahli parlimen kita diletakkan maka tentunya kita sebagai pengundi mereka jauh lebih teruk dari budak sekolah!

sendiri mau ingat!!!

Isnin, 21 Disember 2009

Senarai WANTED MP BN... Apa Tindakan Susulan???



Sumber dari sahabat medan-info-kita


Senarai Ahli Parlimen "TER"Ponteng pada hari pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember 2009

Berikut adalah senarai Ahli Parlimen yang TERponteng dan hampir hampir menyebabkan tahta YAB PM Najib Tun Razak diserahkan kepada Anwar Ibrahim!
Senarai berikut terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang tiada jawatan dalam kabinet kerajaan.

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI
Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon


AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI
Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri
Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan
K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin
Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan
Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing


KOMEN PENULIS:

Pasti ada 1001 alasan yang diberikan dan penulis percaya bahawa sebahagian besarnya memang mempunyai asas cuma kepada yang dilaporkan sedang bercuti itu memang tak masuk akal!!!

Dalam masa Parlimen masih bersidang, tidak kira Menteri atau Timbalan Menteri lebih lagi sebagai Ahli Parlimen biasa maka alasan BERCUTI jelas tidak bertanggungjawab.

Pihak kerajaan melalui PM dan TPM sebagai Pengerusi Whip perlu mengambil tindakan kepada mereka yang dilaporkan sedang bercuti tersebut.... tindakan tegas perlu diambil kepada siapa jua tak mengira pangkat dan hubungan!!!

Ini perlu bagi menjelaskan kepada penyokong tegar BN selama ini bahawa dibawah kepimpinan YAB PM kerajaan jelas mengamalkan konsep kebertanggungjawaban, telus dan berani!

1malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... Ini lah masanya!!!

Ahad, 20 Disember 2009

Pengerusi BN Pulau Pinang! Sama Ada UMNO Atau Gerakan Yang...???


Menyalak la si Sukun bertegas mengatakan bahawa Kerusi Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang adalah merupakan hak mutlak mereka yang telah diturun temurunkan sejak lebih 35 tahun yang lalu, maka dengan alasan itu kerusi Pengerusi BN di Negeri yang sedang dimamah dan diratah oleh cina komunis DAP itu perlu dan wajib dikekalkan kepada partinya Gerakan.

'Kedunguan' Sukun juga tentunya lebih menonjol-nonjol kerana beliau bukan sahaja bangga dengan tempoh lebih 35 tahun itu malah kehilangan sokongan rakyat kepada diri dan partinya yang mengakibatkan beliau terlentang tersembam ke tanah dan tiada satu pun kerusi DUN berjaya Gerakan kekalkan merupakan satu taruhan besar yang mesti dipertahankan.

Malah 'KPI' Gerakan yang terhoyong hayang mabuk ditolak rakyat saban hari seolah-olah satu bonus besar kepada Sukun untuk mendabik dada bahawa prestasi beliau dan partinya telah pulih dan semakin diterima rakyat terutama di Pulau Pinang.

Modal untuk menolak Ketuanan Melayu semakin kerap dilagukan kepada ahli parti hingga memaksa bekas Presiden Jahanamnya di Ipoh minggu lalu sempena ulangtahun ke 41 parti bangsat yang pernah menjadi pembangkang ini untuk membawakan shark fin soup setiap hari kepada siapa jua ahlinya yang ditangkap dan disumbat kedalam penjara kerana berani menentang Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO.

Hati perut komunis yang sedia ada tetap akan melahirkan wajah yang sama walaupun dipendam dan dilakonkan dengan baik selama ini, tak heran kerana Gerakan merupakan parti yang disifatkan anti melayu kalau dibaca akan setiap patah ucapan dan ungkapan pemimpin-pemimpin mereka selama ini.

Persoalannya disini sama ada DS Najib akan menggunakan jurus kepimpinan yang ada pada beliau dengan Bijaksana dan Berani? Bijaksana kerana mengenal mana gunting dalam lipatan? mana api dalam sekam? mana intan dan permata? mana perjuangan tulen dan pura-pura?

Berani kerana menyatakan kebenaran walau pun pahit dan sukar diterima justeru tidak popular, Meletakkan UMNO sebagai Pengerusi BN juga merupakan langkah 'cerdik' untuk memantapkan Jentera BN yang tetap menjadi nadi dan suara rakyat terutama di dalam DUN PP, UMNO yang tetap Istikamah memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara sama ada susah atau senang, tenang atau bergelora jauh sekali bacul dan dayus serta khianat seperti Gerakan yang pernah bersuara untuk keluar dari Komponen Barisan Nasional.

UMNO bertanggungjawab! Malah atas rasa tanggungjawab itulah UMNO mahu memikul Amanah untuk merampas semula kuasa yang sedang dilacurkan oleh komunis-komunis cina DAP. Bukan sahaja DAP malah siapa jua yang mempunyai sikap dan tindakan, pandangan dan fahaman, hati dan perasaan komunis perlu di 'nyah' kan dari Tanah Melayu Berdaulat, Merdeka lagi Bermaruah ini!!!

Hidup Melayu!

Selasa, 25 Ogos 2009

PRK N.11 PP... Sahaja Aku Mengundi BN Demi Agama, Bangsa & Tanahair Ku Kerana Allah...


Niat....Jangan pulak tertinggal niat sebab sesuatu perbuatan yang di niatkan kerana Allah mudah-mudahan ianya merupakan amalan soleh yang membolehkan kita mendapat kebaikan berupa pahala Insyaalah.

Tentunya kita semua nak kan kebaikan dan dalam konteks ganjaran akhirat kita nak pahala kerana ukuran mudah bagi kita semua nak masuk syurga ialah dengan mempunyai kelebihan pahala dari dosa...mudah! tak payah belit-belit nak janji syurga kepada sesiapa yang mengundi dan menyokong puak kita. Itu kerja orang gila dan kita tak buat kerja gila tu...

Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini lah hari dimana membuktikan bahawa kita menerima yang putih dan menolak yang hitam. Jelas! kerana yang hak tetap hak sementara yang bathil tetap bathil. Tak payah nak jual temberang dan tipu daya dengan mengaibkan calon BN kerana kuda tunggangan ( Yusri ) yang dikuda kan oleh PAS akhirnya sedar dan insaf bahawa beliau telah mencetuskan gelombang fitnah yang bukan sedikit kesannya. Alhamdulilah...

Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini mereka hanya perlu memangkah Kebenaran dan menolak Kemungkaran kerana BN yang ditunjang oleh UMNO tidak pernah menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram..itu Jelas! tak seperti PAS dan PKR di Selangor yang memutar belit isu Arak hingga sujud di kaki kafir laknat DAP! Nauzubillah...

Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini mereka sudah jelas akan tanggungjawab untuk memenangkan calon BN-Rohaizat kerana meraka mahukan seorang Wakil Rakyat yang bertanggung jawab dan dapat membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat, bukannya calon yang hanya tahu berceramah, ke saloon, mengganggu isteri orang, mengumpul wang dari usaha menyamun dan liat membayar hutang. Calon rosak dan merosakkan namanya tu... jadi jauhkan dan beri dia cipta sejarah untuk kalah bagi kali ke 7..

Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini mereka mengundi Calon BN kerana sedar dan insaf bahawa mereka dan anak cucu perlukan pembangunan dan kemajuan bagi jaminan hidup yang lebih sempurna dan selesa dan bukannya berpolitik sempit dan jumud yang dibawa oleh anasir-anasir yang kononnya jihad tapi jahat yang selepas ini pulang ke lubuk masing-masing dengan penat lelah cercaan dan makian berkempen sedangkan pengundi dan penduduk di Permatang Pasir ditinggal untuk membersihkan segala kekotoran dan kerosakan yang mereka bina. Menyusahkan orang betul lah kutu-kutu nih!

Bagi Pengundi di Permatang Pasir mereka tahu dan memang tidak sabar untuk mengundi dan memenangkan calon BN-rohaizat kerana mereka marah, benci, muak dan jelak dengan konsep berpolitik yang menggadai maruah bangsa, menjual agama dan mementingkan diri yang dibawa oleh Pemimpin-Pemimpin PAS, PKR dan DAP!!! Tau tak per...

Bagi Pengundi di Permatang Pasir mereka ingin membuktikan bahawa mereka bukannya jenis manusia Pengkhianat walaupun duduk di Lubuk Kawasan Parlimen Pengkhianat dan mereka ingin membersihkan diri mereka dari percikkan kekotoran tersebut...Insyaallah berjaya!

Turun awal mengundi dengan niat dan semangat, Insyaalah kejayaan akan berada di pihak kita!
Kejayaan Kepada Calon BN!

Hidup BN! Berjaya BN!
Hidup UMNO!

Kepada Allah Berserah...

Isnin, 13 Julai 2009

PRK Manik Urai...Mengundi BN Adalah 1 Kebajikan, Sebaliknya...?


Esok adalah hari penentu bagi pengundi-pengundi di Manik Urai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Pergi menunaikan tanggung jawab untuk mengundi itu juga merupakan suatu kebajikan jika diniatkan dengan ikhlas kerana Allah bagi menyempurnakan hak untuk memilih seorang calon wakil rakyat yang mampu membawa kebaikan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada seluruh warga demi pembangunan dan kemajuan DUN Manik Urai.

Penulis tidak berhajat nak menghurai panjang lebar cuma nak menyimpulkan tajuk diatas kepada beberapa sebab:

UMNO berjuang menuntut Kemerdekaan bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penjajahan sedangkan PAS membelenggu dan menjajah pemikiran ahli agar taksub dan fanatik.

UMNO memerintah negara dengan menggunakan kuasa politik bagi meningkatkan syiar Islam sedangkan PAS memperalat dan memperkudakan agama untuk mendapat kuasa politik.

UMNO sentiasa mempastikan rakyat dan umat mendapat keseimbangan didalam mengejar dunia dan akhirat sedangkan PAS berslogan akhirat semata-mata mengejar dunia.

UMNO membuat dasar bagi mempastikan rakyat mendapat pendidikan agar melahirkan generasi dan umat yang disegani dengan kepakaran yang dimiliki sementara PAS menyempitkan ilmu hanya berkisar kepada ukhrawi yang merelakan rakyat dan umat mundur malah dihina kerana kegagalan membina tamadun bangsa yang hebat.

UMNO mempastikan rakyat sihat dengan bekalan makanan yang cukup dan berkhasiat sedangkan PAS langsung tidak mengusahakannya malah rakyat terpaksa berhijrah untuk mencari makan.

UMNO sentiasa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan memakmurkan institusi masjid dan surau sedangkan PAS bukan sahaja tidak membinannya malah memecah belahkan jemaah di dalam masjid dan surau dengan sembahyang dua imam.

UMNO sentiasa meletakkan pembelajaran agama itu penting dan berusaha untuk memajukannya dengan prasarana yang lengkap dan tenaga pengajar yang berpengalaman serta berkelayakkan bukannya menutup pintu SAR dan mempolitikkannya.

UMNO diizinkan Allah untuk menerajui pemerintahan negara selama ini dengan asas perjuangan parti sentiasa dihadapan sedangkan PAS sentiasa gagal malah melacurkan perjuangannya hanya kerana ingin berpolitik dengan berkawan dengan setan-setan yang mereka sendiri namakan.

UMNO Insyaalah akan terus subur dan berkuasa sementara PAS akan hanyut dan tenggelam dengan ketaksuban dan kesesatan yang memperalatkan agama.

Terpulang kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada pengundi di Manik Urai untuk memilih calon yang benar-benar mampu dan bersedia untuk membantu, membela dan benar-benar bekerja demi kesejahteraan rakyat.

Manik Urai perlukan Tuan Aziz kerana beliau datang dari UMNO/BN yang jelas sejarah perjuangannya dan mampu untuk meneruskannya di Manik Urai. Sesuatu yang baharu itu akan binasa dan tentunya jalan-jalan akan rosak, jambatan perlu di selenggara, prasarana perlu dipertingkat, kemudahan perlu disediakan, kehendak semakin memuncak, peluang perlu dibuka dan banyak lagi yang tentunya tidak akan dapat diatasi hanya dengan berceramah dan berceramah...

Bagi lebih 2000 pengundi luar pula jangan lah dikhianati akan nasib dan harapan ibu dan bapa, saudara mara dan keluarga serta penduduk di Manik Urai kerana mereka memerlukan kemajuan dan pembangunan seperti mana yang anda nikmati di luar. Pulang untuk mengundi dengan keinsafan bahawa mereka yang tinggal di Manik Urai wajar dan layak serta berhak untuk mendapat segala kemajuan dan kemodenan yang sama anda miliki di tempat anda bekerja dan tinggal sekarang. Bukannya balik atas ketaksuban yang membuta tuli malah menyebar kerosakkan kepada mereka yang lain pula.

Pulang mengundi dengan niat ikhlas kerana Allah dan menjalankan kewajipan untuk memilih seorang wakil rakyat yang pasti boleh bekerja untuk rakyat dan membangunkan kawasan yang beliau wakili. Itulah tuntutan agama dan menuruti tuntutan agama adalah kerja kebajikan.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!