Memaparkan catatan dengan label gantung parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gantung parlimen. Papar semua catatan

Isnin, 7 Jun 2010

Dewan Rakyat...Usul Mengutuk Israel


Perdana Menteri akan mencadangkan :-

BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel,
Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan
antarabangsa konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan
kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010, yang telah mengakibatkan banyak
kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan
tersebut;

BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan
tersebut merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa
termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

BAHAWA, sentimen yang sama telahpun disuarakan melalui Kenyataan
Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negaranegara
Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan
kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada
alasan bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas kapal misi
bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza tersebut; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan
masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan
ganas Rejim Zionis itu.

DENGAN INI DEWAN mengambil ketetapan seperti berikut:

(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di
bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke
atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah
mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan
kepada orang awam;

(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di atas
kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim
Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;

(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya
membuat kenyataan lemah semata-mata;

(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negaranegara
Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan
negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undangundang
antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi
manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan
Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani
krisis kemanusiaan di Gaza;

(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan
usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim
Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan
usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ);

(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk
mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome,
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh (fully
independent) dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan
bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak (impartial)
semata-mata;

(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa,
terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang
telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang
berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai
serangan ini;

(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi
bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di
Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan
Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan
dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;

(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus
menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah
Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman
Rejim Zionis;

(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki,
Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam
usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan
oleh Rejim Zionis;

(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan
mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara
Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat; dan

(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan
rakyat Palestin ke arah pembentukan negara Palestin yang
bebas, merdeka dan berdaulat.

Khamis, 22 April 2010

Parlimen...Usul Merujuk Anwar Ke JK Hak & Kebebasan Parlimen!!!


Pagi ini Dato Seri Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggusulkan

" BAHAWA pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan '1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib 1Malaysia".

" BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan bahawa Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan keatas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh".

Belum lagi bahas, juak-juak loyar buruk Anwar Al Juburi Puchong, Subang, Ipoh Timur, Balik Pulau dan lain-lain kuda belang dah mempertikaikan speaker kerana membenarkan usul ini dibawa, dah ini hak mutlak speaker! apa yang cuak sangat!

Kita nak bahaskan dahulu, baru Ahli Dewan mengundi sama ada nak membenarkan usul ini atau tidak, apa yang heran! setakat ni masih lagi kecoh loyar-loyar buruk @ beruk nuar menunjukkan kan tahap jilat yang tinggi terhadap tuhan politik Peliwat Malang itu.

Tunggu!!!

Isnin, 5 April 2010

Anwar Cabar Gantung Konon...


HULU SELANGOR, 5 April — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mencabar Barisan Nasional (BN) agar menggantung beliau dari Parlimen jika kerajaan mahu meneruskan sokongan kepada Israel.

Dalam ucapannya di Kampung Sungai Tengi di sini, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu terus menyerang hubungan kerajaan BN dengan firma perhubungan awam antarabangsa APCO Worldwide sambil menegaskan, selain penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menjawab dakwaan-dakwaan yang dilontarkan.

“Ini adalah orang yang sama memerintah kita, yang mengajar bahawa hak orang Melayu dan Islam mesti dilindungi. Najib tidak berani menjawab perkara ini.

“Saya bersedia untuk menawarkan diri saya... kamu terus sokongan Israel, kamu gantung saya dari Parlimen. Gantung saya, tiga bulan, enam bulan, setahun, saya tidak tahu.

Komen

Nampaknya PM@Peliwat Malang Anwar dah mula jalan jarum di HS, sekarang dia cabar pulak ambil tindakan gantung sedangkan biawak pasir tunggangan yahudi ni tahu yang dia bakal diambil tindakan kerana GAGAL membuktikan fitnah yang mengaitkan Gagasan 1malaysia adalah 'salinan' dari 1Israel.

Orang di Hulu selangor bukan bodoh! kalau ada pun cuma kuda belang bengap yang dah minum air kaki Peliwat Malang@PM hingga semuanya dilihat murni dan sejahtera bila bersama liwat meliwati Anwar!

Hakikat bahawa Anwar Al Juburi adalah agen Yahudi boleh dibaca di blog sahabat garam di http://garamanis.blogspot.com/2010/04/apco-rupanya-ramai-kenalan-anwar-disitu.html

SENDIRI MAU INGAT!!!