Memaparkan catatan dengan label idRIS JALA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label idRIS JALA. Papar semua catatan

Rabu, 7 Julai 2010

Apakah Idris Jalang Sedang Meruntuhkan Kuasa BN!!!


Jangan berat sebelah, elak rasuah - Idris

KUALA LUMPUR 6 Julai - Kakitangan kerajaan perlu mengelak daripada bertindak berat sebelah selain mengutamakan 'surat cadangan' atau kabel apabila meluluskan sesuatu projek atau perkara-perkara berkepentingan yang ditulis oleh golongan berpengaruh seperti Menteri dan Ahli Parlimen.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, tindakan itu merupakan salah satu gejala rasuah dan hanya mengundang gejala negatif selain menjejaskan kualiti dan kredibiliti tadbir urus korporat di negara ini.

Katanya, kakitangan kerajaan tidak perlu memandang serius terhadap arahan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak terhadap surat cadangan tersebut.

''Dalam sesetengah surat kerajaan, terdapat perkataan 'sila pertimbangkan!'... Surat cadangan seperti itu hanya perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan pemikiran yang waras, ia bukan bermaksud sesuatu yang pasti dan penalti kerana meluluskannya boleh menimbulkan fenomena berat sebelah,'' katanya.

Baca lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Komen

Perdana Menteri YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengingatkan wakil wakil rakyat BN sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri turun padang, efektif dan mesra rakyat.

Salah satu perkara yang membolehkan seseorang wakil rakyat dilihat efektif tentunya dengan menolong dan menyelesaikan masaalah rakyat ! Dalam usaha menolong rakyat dan menyelesaikan masaalah rakyat antara perkara yang perlu dilakukan oleh wakil rakyat ialah membawa dan menyuarakan perkara atau isu yang menjadi masaalah itu ke pihak yang bertanggungjawab!

Cara membawa dan menyuarakan masaalah rakyat antaranya ialah memberikan surat sokongan ke atas apa jua permohonan yang dibuat oleh rakyat dan pengundi!!!
Inilah yang dilakukan dan dibuat oleh wakil wakil rakyat BN sejak dari merdeka hingga kini!!!

Tiba tiba si deris jalang kata rasuah ! tiba tiba deris jalang kata jangan ambil serius! dalam kata lain deris jalang kata surat sokongan itu perlu di BAKUL SAMPAH KAN!!!

Apakah deris jalang mengatakan bahawa pegawai pegawai kerajaan tidak waras dan gagal menilai sesuatu perkara sewajarnya apabila menerima surat dari bos mereka sama ada menteri atau timbalan menteri yang hanya membuat note 'sila pertimbangkan'.

Atau apakah deris jalang sedang berusaha secara tidak disedari untuk menguburkan kuasa BN dengan menafikan kuasa Menteri serta menolak surat surat sokongan wakil wakil rakyat BN pastinya yang akhirnya dilihat pemimpin BN GAGAL dalam membantu dan menyelesaikan rakyat!!! mungkin tony phua dan teresa kok tahu jawabnya, mungkin krismas akan datang ada peluang nyanyi dan menari bersama lagi!!!

Jenis Menteri masuk pintu belakang serta hanya tahu membuat MAS tidak rugi dengan menjual harta dan bangunan ini benar benar buta, mentah dan bodoh dalam bergerak sebagai ahli politik! Itu sebab negara dituduh akan bankrupt setahun sebelum negara maju tahun 2020.

Apa bodoh punya Menteri nih? Apa agaknya yang PM terpesona sangat dengan kutu berahak nih? Tidakkah PM sedar bahawa usaha deris ini hanya merupakan suatu tindakan mensabotaj dan mengurangkan kuasa Kerajaan BN !!!

Atau deris juga sedang melindungi kawan kawan nya KSN dan KSU KSU yang lain dengan menyatakan demikian yang sekaligus bermaksud hanya surat dan arahan dari KSN, KSU, KP dan Ketua Jabatan sahaja yang tidak dianggap rasuah dan salah!!!

Parti perlu menguasai kerajaan ! bukan seperti hantu dan kutu yang diberikan tempat dan kuasa, sudahlah tak menambah kekuatan malah sebenarnya sedang merosak dan membinasakannya!!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 29 Mei 2010

Salleh Majid Menulis...Kewangan Malaysia tidak sama seperti Greece


UTUSAN MALAYSIA...

KITA kerap melihat pelbagai iklan di media, terutama di televisyen yang memaparkan bagaimana baiknya produk-produk tertentu. Selain menunjukkan betapa macho, bergaya, cantik, sihat dan seribu satu macam kebaikan yang mungkin diperoleh daripada sesetengah produk, ada kalanya pengiklan menggunakan unsur menakutkan pengguna seperti iklan ubat gigi iaitu kalau tak digunakan, kuman akan merayap ke seluruh gigi dan gusi. Begitu juga kalau tak mahu kelemumur, gunakan syampu ini atau itu dan kalau tidak minum susu berkenaan, tulang boleh reput dan macam-macam lagi yang boleh mendorong pengguna yang bebal berkejar terus ke kedai mencari barang yang diiklankan.

Tidak siapa menyelidik tentang tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh produk-produk. Ada produk yang membunuh kuman yang menyebabkan bau mulut, kata iklan tersebut. Betul ke? Berapa botol perlu digunakan, baru boleh mati kuman tersebut?

Nampaknya Datuk Seri Idris Jala menggunakan taktik yang sama untuk menjual pembasmian subsidi kerajaan. "Kalau tidak dibasmi subsidi dalam sembilan tahun, kita akan muflis macam Greece," kata Idris dalam satu laporan akhbar semalam. Masalah Greece tidak sama dengan kita. Greece dianugerahkan taraf 'hampas' (junk) oleh syarikat S&P. Greece telah menipu rakyat mereka selama 10 tahun kerana ingin menyertai Kesatuan Eropah yang memerlukan negara mempunyai defisit kewangan tidak lebih daripada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka. Apabila kerajaan baru mengambil alih pada November 2009, barulah terdedah keadaan kewangan yang sebenar. Kerajaan Greece telah 'joli' selama 10 tahun kerana kewujudan 'duit murah' dan kerajaan tersebut telah joli sehinggalah hutang mencecah Euro 300 bilion.

Di Malaysia, hutang negara setakat ini adalah dalam lingkungan RM239 bilion iaitu 54 peratus daripada KDNK untuk tahun 2009. Defisit kewangan kita pada masa ini adalah 7.3 peratus. Untuk kita jadi bankrap dalam masa sembilan tahun lagi, ia bukan hanya disebabkan subsidi diteruskan tetapi termasuklah faktor lain seperti ketirisan, kebocoran dan pembaziran yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang bernilai berbilion ringgit. Penghujung daripada pembaziran yang dilakukan ini tidak diketahui. Hanya kalau ada yang didapati bersalah, lebih-lebih pun mereka akan ditukarkan ke jabatan atau kementerian lain. Wang yang dibazirkan itu tidak balik kepada kerajaan.

Selain itu, umum sedia maklum kadang-kadang ada projek yang memakan belanja lebih daripada peruntukan awal. Bukan saja Bakun tetapi banyak lagi projek yang mengalami lebihan kos. Amalan melonjakkan kos sesuatu projek juga satu jalan mengalirnya keluar wang kerajaan yang diperuntukkan untuk pembangunan. Kita lihat sahaja berapa jumlah belanjawan yang diperuntukkan untuk satu-satu tahun. Untuk tahun 2010, sebanyak RM200 bilion dan semua orang tahu bila cukup tahun, ada saja jabatan yang akan bertindak selaku 'Santa Claus' untuk menghabiskan peruntukan yang diberi.

Sememangnya kita memerlukan keputusan yang perit apabila memotong subsidi. Maklumlah rakyat sudah naik 'lemak' dengan subsidi sehinggakan banyak juga penyeludupan minyak dan gula, misalnya ke negara jiran. Ia mungkin tidak dapat dielakkan. Pada waktu yang sama, sebarang kenaikan harga makanan dan tenaga seperti tarif elektrik tentu sekali akan mendatangkan kesan kepada kos sara hidup.

Kita difahamkan sebanyak 60 peratus daripada yang diberikan SMS telah bersetuju subsidi dimansuhkan. Siapa mereka ini? Kita semua tahu terdapat pelbagai golongan dalam masyarakat kita.

Ada golongan kaya raya yang tidak peduli ada subsidi atau tidak. Tetapi golongan 40 peratus yang berpendapatan RM1,500 tentu sekali akan merasakan roti canai naik, teh tarik naik. Walaupun ada rancangan untuk memberikan baucar kepada sesetengah golongan ini, ia memang baik tetapi perlu dipantau dengan rapi supaya tidak jadi seperti nelayan yang dapat subsidi diesel, kemudian menjualnya dan tidak pergi ke laut atau subsidi baja yang dijual tidak digunakan. Amalan inilah yang mewajarkan pemansuhan subsidi. Tidak kira mereka berpendapatan rendah atau tidak, kalau didapati menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, mesti ada sistem yang boleh menghukum mereka dan jangan diberikan kemudahan itu lagi.

Kepada sesetengah golongan rakyat, subsidi sudah dikira sebagai sesuatu yang 'take for granted' dan tidak dianggap sebagai subsidi dan disebabkan ia akan melibatkan bahagian yang bakal mendatangkan kesan yang besar kepada harga barangan, golongan ini agak payah menerima hujah-hujah yang mewajarkan pemotongan subsidi kepada mereka.

Golongan teknokrat seperti Idris Jala mungkin tidak ambil kira faktor pilihan raya umum 2013 nanti atau lebih awal daripada itu. Ini akan menjadi satu isu yang bakal akan dilambung setinggi-tingginya oleh pihak pembangkang walaupun mereka sendiri melihat kewajaran subsidi itu dipotong.

Dan kalau isu ini boleh menjatuhkan kerajaan, tak payahlah kita bercakap 2010 atau 2009 lagi atau apa model ekonomi sekali pun. Oleh itu, isu ini perlu dikaji dengan teliti kerana kita tidak boleh lari daripada implikasi politik dalam persekitaran negara kita.

Apa yang perlu dipertimbangkan juga adalah pemotongan di pihak-pihak lain seperti dalam syarikat-syarikat milik kerajaan supaya kita tidak lagi rugi sampai RM500 juta atau membeli bas yang tidak boleh dipakai berharga berjuta-juta ringgit. Saya percaya lebihan-lebihan yang diperoleh syarikat-syarikat milik kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dapat menampung negara kita daripada bankrap. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mempunyai aset hampir RM500 bilion. PNB sahaja sudah berjaya mengumpul sebanyak RM70 bilion. Dan kita ada lagi banyak agensi lain seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Urusan Tabung Haji.

Saya mempunyai keyakinan penuh tentang keupayaan kita untuk mengurus kewangan kita dengan baik dan mengelak kita daripada menjadi negara muflis. Tetapi anggapan yang sama tidak boleh dipanjangkan kepada sesetengah negeri dalam negara kita. Terpulanglah kepada mereka memastikan yang mereka tidak muflis.

Kalau pemotongan subsidi yang dikatakan bernilai RM74 bilion bertujuan mengukuhkan keadaan kewangan negara, usaha yang sama perlu dilakukan melibatkan lain-lain perbelanjaan kerajaan. Ini perlu dilihat secara gambaran yang besar dan tidak tertumpu kepada subsidi sahaja.

Subsidi tidak perlu diberi kepada mereka yang kaya, tidak perlu diberi kepada rakyat asing yang datang isi minyak kereta di sini atau yang duduk di sini. Subsidi perlu diberi kepada mereka yang miskin dan daif dan penguatkuasaan atas pemberian ini perlu tegas dan praktikal.

Add to  Google