Memaparkan catatan dengan label bankcrupt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bankcrupt. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2010

Salleh Majid Menulis...Kewangan Malaysia tidak sama seperti Greece


UTUSAN MALAYSIA...

KITA kerap melihat pelbagai iklan di media, terutama di televisyen yang memaparkan bagaimana baiknya produk-produk tertentu. Selain menunjukkan betapa macho, bergaya, cantik, sihat dan seribu satu macam kebaikan yang mungkin diperoleh daripada sesetengah produk, ada kalanya pengiklan menggunakan unsur menakutkan pengguna seperti iklan ubat gigi iaitu kalau tak digunakan, kuman akan merayap ke seluruh gigi dan gusi. Begitu juga kalau tak mahu kelemumur, gunakan syampu ini atau itu dan kalau tidak minum susu berkenaan, tulang boleh reput dan macam-macam lagi yang boleh mendorong pengguna yang bebal berkejar terus ke kedai mencari barang yang diiklankan.

Tidak siapa menyelidik tentang tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh produk-produk. Ada produk yang membunuh kuman yang menyebabkan bau mulut, kata iklan tersebut. Betul ke? Berapa botol perlu digunakan, baru boleh mati kuman tersebut?

Nampaknya Datuk Seri Idris Jala menggunakan taktik yang sama untuk menjual pembasmian subsidi kerajaan. "Kalau tidak dibasmi subsidi dalam sembilan tahun, kita akan muflis macam Greece," kata Idris dalam satu laporan akhbar semalam. Masalah Greece tidak sama dengan kita. Greece dianugerahkan taraf 'hampas' (junk) oleh syarikat S&P. Greece telah menipu rakyat mereka selama 10 tahun kerana ingin menyertai Kesatuan Eropah yang memerlukan negara mempunyai defisit kewangan tidak lebih daripada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka. Apabila kerajaan baru mengambil alih pada November 2009, barulah terdedah keadaan kewangan yang sebenar. Kerajaan Greece telah 'joli' selama 10 tahun kerana kewujudan 'duit murah' dan kerajaan tersebut telah joli sehinggalah hutang mencecah Euro 300 bilion.

Di Malaysia, hutang negara setakat ini adalah dalam lingkungan RM239 bilion iaitu 54 peratus daripada KDNK untuk tahun 2009. Defisit kewangan kita pada masa ini adalah 7.3 peratus. Untuk kita jadi bankrap dalam masa sembilan tahun lagi, ia bukan hanya disebabkan subsidi diteruskan tetapi termasuklah faktor lain seperti ketirisan, kebocoran dan pembaziran yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang bernilai berbilion ringgit. Penghujung daripada pembaziran yang dilakukan ini tidak diketahui. Hanya kalau ada yang didapati bersalah, lebih-lebih pun mereka akan ditukarkan ke jabatan atau kementerian lain. Wang yang dibazirkan itu tidak balik kepada kerajaan.

Selain itu, umum sedia maklum kadang-kadang ada projek yang memakan belanja lebih daripada peruntukan awal. Bukan saja Bakun tetapi banyak lagi projek yang mengalami lebihan kos. Amalan melonjakkan kos sesuatu projek juga satu jalan mengalirnya keluar wang kerajaan yang diperuntukkan untuk pembangunan. Kita lihat sahaja berapa jumlah belanjawan yang diperuntukkan untuk satu-satu tahun. Untuk tahun 2010, sebanyak RM200 bilion dan semua orang tahu bila cukup tahun, ada saja jabatan yang akan bertindak selaku 'Santa Claus' untuk menghabiskan peruntukan yang diberi.

Sememangnya kita memerlukan keputusan yang perit apabila memotong subsidi. Maklumlah rakyat sudah naik 'lemak' dengan subsidi sehinggakan banyak juga penyeludupan minyak dan gula, misalnya ke negara jiran. Ia mungkin tidak dapat dielakkan. Pada waktu yang sama, sebarang kenaikan harga makanan dan tenaga seperti tarif elektrik tentu sekali akan mendatangkan kesan kepada kos sara hidup.

Kita difahamkan sebanyak 60 peratus daripada yang diberikan SMS telah bersetuju subsidi dimansuhkan. Siapa mereka ini? Kita semua tahu terdapat pelbagai golongan dalam masyarakat kita.

Ada golongan kaya raya yang tidak peduli ada subsidi atau tidak. Tetapi golongan 40 peratus yang berpendapatan RM1,500 tentu sekali akan merasakan roti canai naik, teh tarik naik. Walaupun ada rancangan untuk memberikan baucar kepada sesetengah golongan ini, ia memang baik tetapi perlu dipantau dengan rapi supaya tidak jadi seperti nelayan yang dapat subsidi diesel, kemudian menjualnya dan tidak pergi ke laut atau subsidi baja yang dijual tidak digunakan. Amalan inilah yang mewajarkan pemansuhan subsidi. Tidak kira mereka berpendapatan rendah atau tidak, kalau didapati menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, mesti ada sistem yang boleh menghukum mereka dan jangan diberikan kemudahan itu lagi.

Kepada sesetengah golongan rakyat, subsidi sudah dikira sebagai sesuatu yang 'take for granted' dan tidak dianggap sebagai subsidi dan disebabkan ia akan melibatkan bahagian yang bakal mendatangkan kesan yang besar kepada harga barangan, golongan ini agak payah menerima hujah-hujah yang mewajarkan pemotongan subsidi kepada mereka.

Golongan teknokrat seperti Idris Jala mungkin tidak ambil kira faktor pilihan raya umum 2013 nanti atau lebih awal daripada itu. Ini akan menjadi satu isu yang bakal akan dilambung setinggi-tingginya oleh pihak pembangkang walaupun mereka sendiri melihat kewajaran subsidi itu dipotong.

Dan kalau isu ini boleh menjatuhkan kerajaan, tak payahlah kita bercakap 2010 atau 2009 lagi atau apa model ekonomi sekali pun. Oleh itu, isu ini perlu dikaji dengan teliti kerana kita tidak boleh lari daripada implikasi politik dalam persekitaran negara kita.

Apa yang perlu dipertimbangkan juga adalah pemotongan di pihak-pihak lain seperti dalam syarikat-syarikat milik kerajaan supaya kita tidak lagi rugi sampai RM500 juta atau membeli bas yang tidak boleh dipakai berharga berjuta-juta ringgit. Saya percaya lebihan-lebihan yang diperoleh syarikat-syarikat milik kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dapat menampung negara kita daripada bankrap. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mempunyai aset hampir RM500 bilion. PNB sahaja sudah berjaya mengumpul sebanyak RM70 bilion. Dan kita ada lagi banyak agensi lain seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Urusan Tabung Haji.

Saya mempunyai keyakinan penuh tentang keupayaan kita untuk mengurus kewangan kita dengan baik dan mengelak kita daripada menjadi negara muflis. Tetapi anggapan yang sama tidak boleh dipanjangkan kepada sesetengah negeri dalam negara kita. Terpulanglah kepada mereka memastikan yang mereka tidak muflis.

Kalau pemotongan subsidi yang dikatakan bernilai RM74 bilion bertujuan mengukuhkan keadaan kewangan negara, usaha yang sama perlu dilakukan melibatkan lain-lain perbelanjaan kerajaan. Ini perlu dilihat secara gambaran yang besar dan tidak tertumpu kepada subsidi sahaja.

Subsidi tidak perlu diberi kepada mereka yang kaya, tidak perlu diberi kepada rakyat asing yang datang isi minyak kereta di sini atau yang duduk di sini. Subsidi perlu diberi kepada mereka yang miskin dan daif dan penguatkuasaan atas pemberian ini perlu tegas dan praktikal.

Add to  Google

Jumaat, 28 Mei 2010

Idris Jala Taknak Kerajaan BN Bankcrupt Kan?


Jumlah subsidi yang mencapai 74 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar, namun jika itu merupakan harga yang perlu dibayar oleh pihak kerajaan untuk terus memakmurkan negara apa kah ianya salah?

Rasanya rakyat akan terima kaedah pengurangan subsidi secara berperingkat jika kerajaan benar-benar telah, sedang dan akan terus mengekang ketirisan dan kebocoran subsidi yang berlaku sekarang ini...

Maka Idris Jala perlu lah juga berfikir dan termenung bersama-sama dengan think tank beliau didalam makmal hingga lewat pagi bagi menyelesaikan masaalah-masaalah yang menyebabkan pembaziran subsidi ini dapat dikawal dan dapat diatasi dari terus berlaku...

- Masaalah penyuludupan minyak dari negara ke negara asing!


- Masaalah penipuan minyak subsidi nelayan!
- Masaalah kawalan pembelian minyak oleh kenderaan asing disempadan!

- Apakah Kerajaan bersedia untuk melupuskan dahulu subsidi kepada pengendali IPP dan lain-lain konglomerat yang sememangnya tidak layak menerima subsidi ini!


- Kerajaan juga mesti meneliti semula perjanjian konsesi dengan pengendali-pengendali lebuhraya apakah kewajaran kenaikan tol perlu dilakukan!

- Jika perlu Kerajaan perlu meluputkan perjanjian yang dilihat 'berat sebelah' yang hanya menguntungkan pengendali lebuhraya!


- kerajaan perlu memastikan jalan-jalan alternatif yang tersedia benar-benar selamat dan mampu menampung kenderaan yang banyak jika rakyat marhaen menggunakannya kelak!


- Apakah kerajaan bersedia untuk meletakkan harga berbeza bagi pengguna rumah, perniagaan dan industri yang menggunakan gas!

- Apakah kerajaan tidak boleh memilik negarakan bahan seperti gula, tepung dan minyak masak agar kawalan dapat dilakukan dan dengan sendiri Kerajaan akan berkuasa keatas barangan ini didalam pasaran bagi mengekang kenaikan harga, sorok barang dan penyelewengan stok gudang!


- Apakah Kerajaan sudah mempunyai pengkalan data yang lengkap bagi mempastikan rakyat yang benar-benar layak akan menerima subsidi ini nanti jika pelaksanaanya berlaku dan sah bagi setiap rakyat!

- Apakah kaedah dan mekanisma yang sesuai, cekap dan selamat dari dimanupulasi oleh pihak ketiga jika sistem pengenalan individu ini diguna pakai bagi setiap pembelian barangan subsidi di kedai-kedai lain-lain tempat!


- Apakah Kerajaan sudah menyediakan barisan penguatkuasaan yang benar-benar ikhlas, bersih, amanah, lengkap, canggih dan terkini dalam mengatasi masaalah ketirisan subsidi di semua peringkat dan tempat di seluruh negara!

- Apakah Kerajaan sudah benar-benar berjaya 'mengejutkan' kakitangan kerajaan dalam bertindak agar selari dan menjayakan hasrat murni tersebut!


- Apakah Kerajaan sudah benar-benar bersedia dalam mempastikan guna tenaga rakyat dalam negara diaplikasikan secara maksimum dan dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing!

- Apakah strategi yang berkesan dalam menarik minat rakyat untuk turut serta memenuhi sektor pekerjaan yang selama ini dikuasai oleh warga asing!

- Apakah galakan dan tindakan yang perlu diberikan kepada majikan-majikan agar mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta mula melatih dan mengunjurkan keperluan tenaga dalam setiap sektor kerajaan dan swasta!


- Kerajaan juga perlu mempastikan penerokaan kepada ruang penghasilan baru sama ada dari sudut bahan asas atau sumber asli, bahan pengilangan ataupun teknologi agar lebih setengah juta mahasiswa yang keluar dari Universiti dan pengajian tinggi dapat terarah untuk menabur bakti!


- Kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada import makanan yang mencapai lebih 17 bilion setahun dengan mempastikan stok makanan negara benar-benar mencukupi dan dasar makanan negara benar-benar berada mengikuti pelan pembangunannya!

- Kerajaan juga kena mempastikan urus tadbir koperat di GLCs berjalan dengan baik dan terurus dan jauh dari unsur skandal!

- Kerajaan kena membentuk pasukan media yang benar-benar cekap dan efisen dalam menerangkan akan hala tuju dan dasar negara benar-benar sampai dan difahami oleh rakyat!


- Kerajaan kena peka kepada sensitiviti semasa dalam mengatur urus isu seperti mana sekarang ini- Idris Jala sebok nak kurang kan subsidi- Gula disorok- Sime Darby rugi 1.3 Bilion- Forbes pulak menyenaraikan jutawan negara!

( Isu dan polimik tidak diselia dengan baik! belum lagi nak menyelaraskan isu dan mengatasinya)

Rasanya Idris Jala dan pasukannya perlu terus duduk didalam makmal siang malam pagi petang bagi mempastikan kesemua persoalan diatas dijawab dengan berkesan!


Selepas itu baru kita ceritan tentang KPI nya!!! Jauh sekali nak cerita pasal negara bankcrupt kerana kalau tidak dihalusi dengan berhati-hati bukan negara yang bankcrupt tapi Kerajaan BN pulak yang ditakuti akan dibankcrupt kan oleh rakyat!!! Tentunya Idris Jala taknak BN Bancruptkan? kan...kan...KAN!

Lu Fikir La Sendiri!!!