Ketentuan Allah yang pasti..! Memang tiada agenda dan tidak dibincangkan didalam mesyuarat MT petang tadi kerana telah terlebih dahulu 'dibincang'kan oleh ahli dan rakyat diluar..!
Ahli UMNO dan rakyat telah berjaya menyuarakan rasa hati..! telah berjaya menghantar 'isyarat awal' kepada barisan MT...! Syabas..!
Semua pimpinan tertinggi Umno sebulat suara bersetuju Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Timbalan Presiden Umno.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Muhyiddin akan terus membantu Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan parti.
"Semua setuju beliau (Muhyiddin) kekal sebagai timbalan presiden. Beliau akan membantu presiden memperkukuhkan Umno," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di lobi Menara Datuk Onn di sini Rabu.
Bung turut menafikan berlakunya pemecatan sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.
"Tiada perkara luar biasa berlaku. Semuanya ok, tiada sebarang ketegangan," katanya.
Ketika ditanya mengenai ucapan Muhyiddin semasa mesyuarat tersebut, Bung berkata, " tidak perlullah saya menjelaskan secara terperinci mengenainya."
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat dua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu perpaduan dan melangkah ke hadapan untuk memperkukuhkan parti.
"Presiden meminta masalah yang dihadapi Umno diselesaikan dalam keluarga yang besar. Umno tetap bersatu dan melangkah ke hadapan," katanya.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tiada sesiapa dipecat dalam mesyuarat tersebut.
"Semuanya berjalan dengan baik tiada sebarang pemecatan," katanya.
Ketika dihubungi wartawan, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berkata...
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus setia bersama parti dan tidak akan sesekali meninggalkan UMNO. Ditanya mengenai pendiriannya terhadap UMNO, Muhyiddin berkata: "Saya ahli UMNO totok", katanya.
Dalam mesyuarat MT petang tadi telah mengambil keputusan...
Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, tarikh itu dipilih berikutan pada November terlalu banyak persidangan antarabangsa yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. "Perhimpunan ini akan diadakan pada Disember kerana ada banyak persidangan antarabangsa pada November. Ia juga selepas persidangan Dewan Rakyat," katanya.
Syukur alhamdulilah kerana Allah meredhai dan memakbulkan doa dan sembahyang hajat serta bacaan yassin yang telah dilakukan oleh ahli UMNO sebelum ini..!
Yakin dan percaya bahawa kebenaran tetap akan mengatasi kebathilan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!