Rabu, 9 September 2015

Alhamdulilah..! Kebenaran Tetap Akan Mengatasi Kebathilan..!


Ketentuan Allah yang pasti..! Memang tiada agenda dan tidak dibincangkan didalam mesyuarat MT petang tadi kerana telah terlebih dahulu 'dibincang'kan oleh ahli dan rakyat diluar..!

Ahli UMNO dan rakyat telah berjaya menyuarakan rasa hati..! telah berjaya menghantar 'isyarat awal' kepada barisan MT...! Syabas..!

Semua pimpinan tertinggi Umno sebulat suara bersetuju Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Timbalan Presiden Umno.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Muhyiddin akan terus membantu Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan parti.
"Semua setuju beliau (Muhyiddin) kekal sebagai timbalan presiden. Beliau akan membantu presiden memperkukuhkan Umno," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di lobi Menara Datuk Onn di sini Rabu.
Bung turut menafikan berlakunya pemecatan sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.
"Tiada perkara luar biasa berlaku. Semuanya ok, tiada sebarang ketegangan," katanya.
Ketika ditanya mengenai ucapan Muhyiddin semasa mesyuarat tersebut, Bung berkata, " tidak perlullah saya menjelaskan secara terperinci mengenainya."
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat dua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu perpaduan dan melangkah ke hadapan untuk memperkukuhkan parti.
"Presiden meminta masalah yang dihadapi Umno diselesaikan dalam keluarga yang besar. Umno tetap bersatu dan melangkah ke hadapan," katanya.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tiada sesiapa dipecat dalam mesyuarat tersebut.
"Semuanya berjalan dengan baik tiada sebarang pemecatan," katanya.
Ketika dihubungi wartawan, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berkata...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus setia bersama parti dan tidak akan sesekali meninggalkan UMNO. Ditanya mengenai pendiriannya terhadap UMNO, Muhyiddin berkata: "Saya ahli UMNO totok", katanya.

Dalam mesyuarat MT petang tadi telah mengambil keputusan...

Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi. 

Beliau berkata, tarikh itu dipilih berikutan pada November terlalu banyak persidangan antarabangsa yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. "Perhimpunan ini akan diadakan pada Disember kerana ada banyak persidangan antarabangsa pada November. Ia juga selepas persidangan Dewan Rakyat," katanya.

Syukur alhamdulilah kerana Allah meredhai dan memakbulkan doa dan sembahyang hajat serta bacaan yassin yang telah dilakukan oleh ahli UMNO sebelum ini..! 

Yakin dan percaya bahawa kebenaran tetap akan mengatasi kebathilan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

34 ulasan:

  1. BLOGER KAKI FITNAH. BERIA IA KATA ADA PEMECATAN. BAKAL MASUK SYORGA TU......

    BalasPadam
    Balasan
    1. 818 PENGOMEN TETAP KAKI BUSUK..BAKAL KE LAUT...

      Padam
    2. redha jer la......bloger memang buat fitnah

      Padam
    3. Jgn cepat melatah..itu gunanya psywar...kalu tkde pre amtive psywar..dah lama dah kena buang..tahniah blogger dan masyarakat..anda..kita telah berjaya...saya esok akan cukor kan rambut kerana bg saya najib n mahyudin tk penting..yg penting melayu tk berpecah...alhamfulillah..allah makbul doa kita...najib n mahyuddin telah srlamatkan masa depan nelayu dgn izin allah...kpd team mahyudin..jgn dok attack dah..buat mcm spbyd agong...let the law decide on najib..kpd puak najib...u tk kalah ape pun..now time to work...rakyat biasa n mana yg tk puas hati mohon allah tunjuk kebenaran..janji allah itu benar...agensi kerajaan...do ur work..rakyat n the world memerhati..zahid jgn dok syok sendiri mkn pisang n lempar kulit merata ..stg member pijak..jatuh.....kot kot u plak terpijak kulit durian....bloggers kerje u highlight the wrong doings..jgn fitnah..akhirnya to all...remember kita ada 3 juta ahli..sampai kiamat pun tk kan menang...bgaimana nk convince yg selebih pengundi...kalu perlu berundur...sapa sapa pun..dunia melayu akn sangjung..sapa sapa pun..hari ni..org dah tk betape lihat dari parti mana..org lihat petformance u..arwah cikgu jabar daru Batu.. calun bebas tp menang berpenggal penggal kerana apa..dia jd hamba kpd rakyat..mesin taip dlm kereta..pejabat tiada...kereta mcm rakyat pakai..bkn pakai dreba..cermin gelap..sblm pru..hsus taoak kasut cari pengundi...lepad pru pengundi haus tapak kasut.cari wakil rakyat..wakil rakyat tk payah fi sangjung mcm pengantin...wakil rakyat yg patut sanjung pengundi mcm raja...dgn org tua jgn kasar bahasa.ckp hang aku..aku hang..pgil tuan pun tkpe kpd pengundu..sb kami yg letak kamu disitu we r the bos.not u....jgn dombong dgn kekayaan..sombong buat ape rakyat tahu u sapa dulu pakai bata je..le pakai bally..contoh..layan raktat sama rata..org oas minta tanah..bg..adakan kouta..ni semya pulun kat irg umno..3juta ahlu..sampai kuamat tk menang...faham..anakdesa taiping.

      Padam
    4. Kecewa nampak!!!! Kesihan.... Itulah Yg dpt dikatakan.... Mana berani pm n geng nak pecat...tentu pembodek pm Kecewa n taklena tidur...

      Padam
  2. Nasib baik rakyat telah "berkokok" awal-awal lagi untuk bagi signal kesan dan akibat yang bakal ditempuhi....

    BalasPadam
  3. PODAHHH...CITTTTT.......

    BalasPadam
  4. Dalam isu 1MDB, bukannya isu rasionalisasi hutang 1MDB kalau asyik menjual harta yang 1MDB beli dengan hutang itu, maka akhirnya 1MDB akan papa kedana dan terus lingkup.

    Dalam isu melibatkan 1MDB ini, apa yang rakyat mahu tahu apakah yang terjadi dengan wang hutang 1MDB yang tak dapat dikesan itu.

    Seperti pelaburan oleh 1MDB melibatkan RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, apakah bidang pelaburannya, di manakah pelaburan itu dibuat? Hingga kini kita semua tak tahu apakah yang terjadi sebenarnya dengan RM 15.4 bilion itu, apakah dibuat pelaburan atau dipeleburkan oleh Najib untuk menjoli dengan alasan pelaburan yang entah apa-apa.

    Begitu juga dengan isu pembelian stesen janakuasa elektrik yang dah nak tamat tempoh lesen operasi dengan harga yang begitu tinggi, RM 18 bilion, malahan terdapat sebuah stesen janakuasa iaitu Genting Sanyen dibeli dengan harga 5 kali lebih mahal dari harga sebenar, harga pasaran Genting Sanyen adalah RM 400 juta, tetapi dibeli oleh 1MDB dengan kelulusan oleh Najbi dengan harga RM 2.3 bilion, lebih mahal hampir 5 kali ganda dari sepatutnya, apa kejadahnya semua ini? Dalam isu ini, sudahlah terlebih bayar sampai RM 1.9 bilion, malahan lesen operasi stesen janakuasa itu pun lagi dua tiga tahun sahaja nak berakhir masa pembelian itu dibuat, mengapakah dibuat pembelian gila sebegini?

    Memanglah Najib dan juak-juak cakap beli stesen janakuasa tu gunakan wang hutan 1MDB, bukannya wang rakyat, tapi 1MDB berhutang dengan negara menjadi penjaminnya, maka kalau 1MDB lingkup tak mampu bayar hutang, maka wang rakyat dalam Perbendaharaan Negara dan Rizab Antarabangsa Malaysia akan digunakan untuk bayar hutang 1MDB itu.

    Bersambung..........................

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan.........................

      Selain itu, pelaburan dengan Petrosaudi melibatkan USD 1.55 bilion yang mana pada mulanya 1MDB melaburkan USD 700 juta di dalam syarikat kerjasama dengan Petrosaudi, tetapi dalam tempoh 6 bulan sahaja perjanjian itu dibatalkan, tetapi wang USD 700 juta itu tak dikembalikan kepada 1MDB, tetapi dijadikan hutang murabahah pula, lepas tu 1MDB bagi lagi hutang USD 500 juta, kemudian beri lagi hutang USD 350 juta, apa kejadahnya semua ini? 1MDB ini bank komersil ke memberi hutang kepada Petrosaudi? Malahan di masa 1MDB pun dah nak melingkup dengan pengurusan penipu seperti Najib dan kuncu-kuncunya itu, boleh lagi beri hutang sampai USD 1.55 bilion, kemudian kononnya dapat pulangan untung hampir USD 500 juta serta dah dapat balik USD 1.55 bilion itu, tapi masa nak bayar faedah bank sebanyak RM 2 bilion, pasal apa pinjam dengan Ananda Krishnan? Malahan lepas tu hutang lagi dengan IPIC Abu Dhabi sampai USD 1 bilion yang kononnya 'pelaburan' oleh IPIC Abu Dhabi di dalam 1MDB sedangkan dari USD 1 bilion itu, USD 975 juta digunakan untuk bayar hutang, bayangkan 97.5 % 'pelaburan' oleh IPIC Abu Dhabi di dalam 1MDB digunakan untuk bayar hutang, bukannya nak buat pelaburan, hanya ada baki USD 25 juta bersamaan 2.5% dari jumlah 'pelaburan' itu sahaja.

      Ini semua tak boleh disapu di bawah karpet dengan menjual segala harta 1MDB kerana wang 1MDB itu adalah anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan, maka 1MDB itu adalah milik Malaysia, bukannya milik Najib dan kuncu-kuncunya untuk diperbuat sesuka hati.

      Oleh itu, segala penjelasan mengenai apa yang dah jadi dengan wang hutang 1MDB serta 'pelaburan' jadah apa entah itu perlu dijelaskan, kerana kita tak mahu ada orang yang menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk membuat hutang menggunakan nama kerajaan dan kemudiannya menjoli hutang itu hingga mencetuskan masalah kepada negara ini pula di kemudian hari.

      Bersambung........................

      Padam
    2. Bersambung..........................

      Maka Najib, jangan ingat kau umum kata isu 1MDB akan diselesaikan secara rasionalisasi dengan menjual harta 1MDB itu untuk selesaikan masalah hutangnya itu akan diterima oleh rakyat, boleh pergi jahanamlahlah.

      Kerana disebabkan wang hutang 1MDB dipelingkup oleh kau dan kuncu-kuncu kau, maka tak pasal-pasal tanah kerajaan di TRX yang berkeluasan lebih kurang 70 ekar yang nilainya lebih kurang RM 20 bilion dan di Kem Tentera di Sungai Besi yang berkeluasan lebih kurang 500 ekar yang nilainya melebihi RM 40 bilion di pelingkupkan begitu sahaja, sedarlah 1MDB beli tanah di TRX tu dengan harga RM 230 juta sahaja, malahan tanah di Kem Tentera di Sungai Besi tu dengan harga RM 400 juta sahaja.

      Ini semua perlu disiasat dan diheret ke mahkamah serta dihukum dengan setimpal, kerana kalau beginilah kelakuan seorang yang mengaku Perdana Menteri dan pemimpin negara, maka sangat teruk, lebih teruk dari penyamun dan perompak.

      Sedarlah semua.

      Ikhlas dari,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Bro Abu Bakar
      Setakat ni belum ada langsung siasatan yg dijalankan ke atas Najib. Sudah berbulan2 sejak 2 kes ini diketahui rakyat masih kabur dan menunggu keputusan siasatan yg kononnya telus dan tembus.
      Tapi bagaimana kita ingin mempercayai tiada penyalahgunaan kuasa dan campurtangan Najib jika dia masih berada di kerusi kuasa.
      Mesyuarat MKT semalam bagi aku paling memalukan. Tidak ada rahsia lagi, 2 team mmg telah wujud dlm Umno. Satu di pihak Najib dan satu lagi di pihak Mahyudin.
      Bagi aku Najib telah berjaya memperlahankan rentak TSMY dan peluang ini akan diambil oleh Najib utk membina imejnya semula.
      Mahyudin sepatutnya meletak satu ketetapan secara drastik bahawa Umno dan negara perlu diselamatkan berbanding individu atau barisan kepimpinan yg tempang.
      Aku sebenarnya semakin mual dgn toleransi sebegini kerana impak kemusnahan ke atas Umno dan negara semakin hari semakin besar dan bertambah.
      Tiada gunanya Mahyudin menggelar dirinya totok Umno tetapi masih membiarkan virus pemusnah semakin rakus merobek Umno dari dalam.

      Harapan rakyat sekarang terletak di bahu Mahyudin.
      Apakah tanpa pengguguran/pemecatan Umno akan kembali kuat dan bersatu tetapi kepalanya masih dipenuhi dan dilumuri oleh kotoran2 najis.

      Apakah makna totok Umno kpd Mahyudin?

      Padam
    4. Sdr Abu Bakar

      Terbaik! Barulah saya faham macamana pm dan kuncu-kuncunya boleh buat bilion-bilion. malu beb ada pm camni.. hancus negaraku.

      Padam
  5. Lihat ini: http://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-mt-umno-tiada-siapa-yang-dipecat-najib-72731

    Berdasarkan kenyataan oleh Najib selepas Mesyuarat MT UMNO bahawa dalam isu dana RM 2.63 bilion @ USD 700 juta yang kononnya dana politik yang tidak akan didedahkan, itu Najib dan kuncu-kuncu punya pasal kerana apa yang rakyat mahu adalah RM 2.63 bilion itu didedahkan kebenarannya apakah wang itu derma dari tok arab yang kononnya sangat ikhlas walaupun bukan ahli UMNO dan bukannya warganegara Malaysia atau wang itu adalah derma kepada kerajaan oleh keluarga diraja Arab Saudi kononnya kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk menentang IS sebagaimana dinyatakan oleh Zahid Hamidi sebelum ini atau untuk melawan Yahudi dan DAP sebagaimana kenyataan oleh Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini.

    Malahan ahli UMNO akar umbi mau tahu, kalau wang RM 2.63 bilion itu adalah wang derma untuk UMNO, mengapakah di dalam penyata kewangan UMNO bagi tahun 2013 tidak dinyatakan wang sebagai derma untuk UMNO? Malahan ada Najib berikan wang itu kepada UMNO untuk dimasukkan ke dalam akaun UMNO ke? Malahan adakah perbelanjaan wang itu mempunyai senarai perbelanjaan dan resit-resit perbelanjaan ke? Kerana ahli akar umbi nak tahu apakah wang itu benar-benar digunakan untuk parti atau sebenarnya dijoli oleh Najib laki bini serta untuk Najib membeli pemimpin tertentu di peringkat bahagian untu menyokong segala skandal jenayahnya itu?

    Bersambung..............................

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan..............................

      Kalau wang itu adalah derma kepada kerajaan sebagaimana yang dinyatakan oleh Wan Adnan Wan Mamat Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Zahid Hamidi, serta Aziz Karpawi, kita mau tahulah apakah wang itu diserahkan kepada perbendaharaan negara? Malahan dalam peraturan pengurusan kewangan negara, peraturan manakah yang membenarkan wang milik negara boleh disimpan di dalam akaun peribadi seseorang? Ini kerana dalam Perlembagaan Malaysia, dalam Arahan Perbendaharaan yang merupakan rujukan utama pengurusan kewangan negara, serta pekeliling perbendaharaan dan surat pekeliling perbendaharan yang menjadi bahan rujukan dalam menjalankan kerja-kerja pengurusan kewangan negara, tak ada satu pun peruntukkan yang membenarkan wang milik negara disimpan di dalam akaun peribadi, ini kerana wang milik negara perlu disimpan dalam akaun milik negara samada dalam akaun atas nama kementerian atau jabatan kerajaan sahaja.

      Maka Najib dan kuncu-kuncu perlu menjelaskan isu ini, jangan ambil mudah simpan bawah karpet sahajalah dan beri pengumuman kononnya selesai, sebab dah sapu bawah karpet.

      Ini melibatkan integriti, ini melibatkan undang-undang, ini melibatkan maruah negara, bukannya perkara yang boleh buat cincai begitu sahaja.

      Sedarlah semua.

      Ikhlas dari,

      Abu Bakar

      Padam
    2. berkokok lagi ?

      Padam
    3. sembanglah lagi.....

      Padam
    4. Teruskan usaha sdr Abu Bakar. Rakyat tak boleh dibiarkan lupa pasal kenapa Najib Razak ni tak layak jadi pemimpin reban ayam, jangan kata negara.

      Padam
  6. KALAU RAKYAT TAK BERKOKOK MAU RASANYA TSMY DAN DSA KENA TERAJANG.
    ALHAMDULILLAH MEREKA KEKAL.

    TAPI ADA YANG SEPATUTNYA KENA TERAJANG, JENIS MUKA TEBAL.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. YER LA TU......

      Padam
    2. Apa makna kehadiran TSMY kat mesyuarat tu jika hanya utk mengungkapkan kata...saya masih totok Umno.

      Rakyat dan ahli Umno mahu TSMY berjuang membersihkan Umno.
      Tolenrasi hanya akan mereputkan Umno dari dal.

      Padam
  7. Asyik-asyik 1MDB. Boringlah! Jika tukar topik DEIG RM30 Billion baru stim.

    Tayangan terkini filem SERAM arahan Azmin Ali DEIG sedang di tayangkan di pawagam-pawagam terpilih.

    Harapan pecah panggung dengan kutipan melebihi RM 30 billion

    BalasPadam
    Balasan
    1. x minat tue bia selangor yg tggung....kes 1mdb nie...seluruh rakyat malaysia yg tggung....bgaimana gst mnyusahkn rakyat mlysia....ko blh la dpt derma dr najib ngn rosmah.... kalu x dpt jd sohaiii laaaa ko

      Padam
    2. Selesaikan satu persatu... Klu tiada kataputus lg 1mdb akan menjadi tauladan Yg tak baik bg negara

      Padam
    3. Kalau ye pun orang lain mencuri, tak sesekali bermakna kita boleh halalkan orang puak kita mencuri juga. Mencuri tetap mencuri, hukumnya ialah potong tangan.

      Padam
  8. Jgn suka menyarawak-reportkan org lain! Berdosa haram mcm makan cadbury!

    BalasPadam
  9. Bagi komen...tapi nama tak bagi.
    Punai tarak ka.

    BalasPadam
  10. Macai2 Jibby bising kt sini buat apa? Hampa dok buat2 lupa ka? Macam mana blogang2 pro Jibby kantoi pasai dokumen Wsj 2.6 bilion tu? Siap kata ejaan nama salah la dokumen palsu la punya nak menafikan 2.6 bilion masuk ke akaun Jibby? Last2 kantoi duit tu memang masuk ke akaun Jibby mesti blongang malu gila....HAHAHAHAHAHA

    BalasPadam
  11. Soalan rakyat jangan lupa jawab.

    BalasPadam
  12. And, UMNO still hoping that the damaged done can be rectified with Bugis still running the country??? And, someone said let the law takes it course on Bugis???

    So, when the law is made unto himself ie. Najib what chances are the law will take its course???

    With questions still hanging on the 'ever-changing' DERMA 2.6 Billion that went into PERSONAL BANK ACCOUNT, what chance UMNO has to counter this NEGATIVES???

    With the 1MDB beast still ever been laid-bare by WSJ etc with NEW revelation that is damaging and not being answered constructively, WHEN WIL NAJIB SUE??? Following that WILL NAJIB EVER SUE???

    You guys at UMNO still not 'READING' the ground zero sentiments and would rather take chances GE14 as a LOST CAUSE for sure???

    Then so be it GE14 will be left to the dogs!

    MLN

    BalasPadam
  13. Oooo ... nenek tukang cuci jamban teroris sudah mari!

    BalasPadam
  14. Eh2 kenapa bahasa nek tempoyak sama macam Jibon? Hahaha elok pemimpin dan macai2 serupa...perkataan BANGSAT HARAM JADAH tak lekang dari bibir itu lah Nek tempoyak dan pemimpin pujaan nya iaitu Jibby Jibon...

    BalasPadam