Khamis, 29 April 2010

PAS Tak Pernah Cemar Masjid...Hassan Ali Cafe..



Hasan Ali Buat Laporan Polis Atas Tuduhan Guna Masjid Untuk Berpolitik

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya berhubung tuduhan membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April lepas.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang.

Menurut Hasan, laporan itu juga dibuat bagi menjelaskan tuduhan yang beliau menjadikan masjid sebagai medan untuk berpolitik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak benar.

"Tuduhan itu tidak benar dan saya juga tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

KOMEN

Kalau kita kata bengkak! dia marah! tapi cuba perhatikan gambar kat atas tu...
Itu kan sekutu kuat PAS di Selangor! Xavier tengah buat apa tu dalam masjid?
tengah bagi kuliah kat kuda belang PAS ker? atau xavier tengah ajak kuda belang PAS jalan-jalan cari makan? Apa punya bangang puak ni!!!

PAS lupa bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya mati kerana apa? Tak ker kerana seruan jihad haji hadi? Seruan tu haji hadi buat kat mana? cyber cafe? tak ke di masjid-masjid tempat PAS cari makan selama ini? PAS lupa bagaimana boleh berlaku sembahyang 2 imam didalam masjid! itu bukan kerja PAS ke? PAS lupa yang penduduk terpaksa berbuka puasa di kaki lima masjid di Terengganu semasa PAS memerintah pada tahun 1999 dahulu kerana JK PAS kawasan mengunci pintu masjid!!!!

PAS boleh lupa! tapi rakyat, pengundi dan sejarah tidak pernah lupa!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

1 ulasan:

  1. Mamat tu tak mandi hadas PAS biarkan masuk masjid???

    Memang PAS budus!!!!

    BalasPadam