
Pilih Tengku Razaleigh Sebagai Calon BN DUN Galas Tidak Wajar: Nik Aziz
KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.
Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.
"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.
"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. Keterangan lanjut sila baca disini
Komen
Macam mana si n.ajis tak gelabah, tak keruan! Kalau Kuli jadi calon dan menang kerusi DUN Galas maknanya...
Habislah masa memerintah ikut tekak selama ini... Hilanglah jawatan sebagai MB, hilang jawatan susah lah nak cover menantu hantu! macam mana nak tolong sabariah lagi, tentu tak de lagi kek! tak de lagi tiket mengerjakan umrah!!!
Rakyat Kelantan yang memang menolak PAS akan bangkit mendokong Pemimpin keturunan Raja ini untuk menyelamatkan rakyat dan negeri dari cengkaman buas ulamak dalam semak! Orang PAS yang tak sabar dengan n.ajis selama ini macam kickdefella cerita tu memang tunggu masa jer nak 'mengkebumikan' tua kutuk ni...
Hakikatnya sekarang ialah UMNO/BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Galas nanti malah ianya boleh dijadikan momentum untuk membangkitkan semangat dan roh perjuangan yang selama ini dilihat malap asal takde lagi istilah 'cah keting' dikalangan kita semua..InsyAllah!!!
Sendiri Mau Ingat!!!