Rabu, 29 September 2010
PRK Galas...PAS Semakin Nazak!!!
Nampak PAS dah mula mengunjurkan jadual ceramahnya di dalam DUN Galas, dari majlis tahlil yang berlangsung sudah ada 'usrah' dan perjumpaan ramai dan kecil bagi menghadapi PRK Galas bulan depan. Salehudin sudah membayangkan 'jalan yang berliku' sementara Takiyudin pula jelas menolak usaha PKR yang 'gilakan' kerusi tersebut.
UMNO kuat di Gua Musang! BN mampu merampas semula kerusi Galas! kata kata dari sahabat dari negeri cik siti wan kembang itu...
Dari maklum balas awal, rata rata ramai pemimpin UMNO yang teman temui semasa rumah terbuka di KL ini mahu PRK Galas yang bakal berlangsung pada bulan depan diserahkan bulat bulat kepada Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Ini kerana beliau disifatkan masih lagi berpengaruh yang 'kuat' di kawasannya itu, selain itu percanggahan isu tuntutan royalti minyak diantara Kuli dan kerajaan pusat tentu akan menyukarkan pemimpin peringkat Nasional meyakinkan rakyat di hulu kelantan itu. Pemimpin UMNO Kelantan pun masih ramai yang tergagap gagap bila berhujah mengenai royalti minyak ni...
Selain itu isu yang sedang hangat kini ialah isu Istana, Kuli sebagai bangsawan tentunya mampu merungkai dan menerangkan akan keadaan dan kemelut yang melanda dengan terperinci dan meyakinkan agar harapan rakyat yang mahukan isu ini selesai secara baik dapat direalisasikan.
Soal calon dan pembentukan jentera juga perlulah diserahkan kepada Kuli selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PRK Galas nanti, selaku pemimpin diperingkat bahagian dan Parlimen beliau tentunya tahu siapa yang layak dan boleh merampas semula kerusi yang tergelincir di tangan PAS pada 2008 yang lalu.
Pastinya jentera yang bakal dibentuk akan lebih memahami kehendak dan selera pengundi di DUN galas. Tugas pemimpin pusat dan negeri ialah membantu sedaya mungkin apa jua yang diperlukan oleh mereka, pastikan wang peruntukan pilihanraya sampai terus keperingkat jentera bahagian selain pemimpin pusat mestilah merestui calon dan gerak kerja jentera itu nanti.
Jangan ada pulak dikalangan kepimpinan umno dimana mana peringkat yang datang dari luar yang cuba mengeruhkan suasana dan memberikan isyarat kekalahan hanya takut kan bayangan Kuli. Kalau Kuli bertanding sekali pun pastikan beliau menang. Kalau UMNO dan BN menang dengan besar didalam PRU akan datang dan mempunyai majoriti didalam DUN dengan Kuli sebagai salah seorang darinya PUN Kuli TIDAK AKAN MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN!!! sebab Kuli memang tak mahu dari dahulu lagi....habis cerita.
Versi cerita dikalangan UMNO agak serupa dengan isu di Bagan Pinang, isu takutkan bayang bayang! Lupakan sengketa! Buang segala cerita duka! Kita melangkah seiring denga masuk ke gelanggang sebagai pemenang!
Jangan kita kalah sebelum melangkah! kerana dari apa yang dilihat dan didengar dari galas sekarang ini PAS memang dah sesak dan nazak! sama lah nazaknya mesyuarat PKR dan nazaknya Lim Guan Eng di PP. Masa untuk menebus kekalahan di Manik Urai tempoh hari telah bermula...Masa untuk membungkuskan N.ajis dan PAS semakin cerah menyala!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KEHKEHKEH MCMMNA NAZAKNYE WALLY SLIPOR TERDAMPAR TERLANTAR MELEPEK X BERDAYA ATAS KATIL SPITAL, MCM TU LA KEADAAN PARTI SESAT PAS KAT GALAS SKANG NIH
BalasPadam