Memaparkan catatan dengan label timbalan presiden umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label timbalan presiden umno. Papar semua catatan

Ahad, 25 Oktober 2015

Perjuangan Demi Kebenaran..!


Hak tetap hak..! benar tetap benar..!

Meskipun masih lagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan peranannya yang kini semakin terhad dan terbatas dalam soal parti selepas digugurkan dari barisan Kabinet, Julai lalu.

"Mengapa selepas tidak lagi berkedudukan dalam Kabinet, kedudukan saya dalam parti juga terjejas," soalnya.

Menurut Muhyiddin, beliau melihat peranan itu ada kelainan walaupun tidak sepatutnya begitu.

"Saya tidak lagi boleh mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti atas alasan ia mesyuarat  biro politik khas.

"Sudah tentulah presiden yang pengerusikan, tetapi bila saya hadir, ia hanyalah mesyuarat pengurusan biasa yang dipengerusikan oleh presiden," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian berjudul 'Berani Kerana Benar', di Hotel Bluewave, di sini, hari ini.


Muhyiddin turut mempersoalkan, adakah beliau tidak lagi berkeupayaan atau kepimpinan tidak lagi mempercayainya apabila tugas itu bukan lagi menjadi tanggungjawabnya kini.

"Saya pun tidak tahu apa masalah saya, saya tidak lagi berkeupayaan atau (mereka) tidak mempercayai saya lagi," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga tidak pasti apakah selepas ini beliau akan mempengerusikan mesyuarat dewan tertingggi BN yang dipengerusikannya sebelum ini.

"Saya pun tidak pasti apakah ada mesyuarat selepas ini," katanya.

Menurutnya Muhyiddin, tindakan seperti itu juga seolah-olah tidak menghormati keputusan ahli-ahli parti yang memilihnya sebagai timbalan presiden.

"Mereka mudah lupa akan usaha dan pengorbanan yang saya lakukan. Apa salah dan silap saya?," katanya ketika menjawab pertanyaan hadirin apakah ada perbezaan peranannya selepas digugurkan daripada kabinet.

Dalam pada itu, menjawab apakah selepas ini beliau akan diberikan peluang mempengerusikan mesyuarat sayap parti pada Perhimpunan Agung Umno pada Disember akan datang, Muhyiddin hanya menjawab "soal merasmikan atau tidak Waallahualam".

Jelas Muhyiddin, jika mengikut amalan Presiden akan merasmikan perhimpunan agong dan Timbalan Presiden akan merasmikan sayap Wanita dan Puteri.

"Saya ada dengar ada usaha dibuat pihak tertentu bagi meminta Presiden rasmikan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Adakah benar begitu, atau psiko pihak tertentu agar saya tidak merasmikan. Wallahualam," katanya.


Jawatan dalam kabinet memang hak mutlak Perdana Menteri tetapi jawatan Timbalan Presiden parti adalah hak individu yang telah dipilih secara demokrasi oleh seluruh ahli..!

Macam yang Najib selalu cakap yang dia berhak kerana dipilih oleh rakyat..! Jadi kenapa pulak dalam hal ini tak mengiktiraf hak ahli???

Kenapa double standart???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 29 Julai 2015

Syabas Tan Sri Muhyiddin..!


Sebagai seorang pemimpin tulen..! pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara didepan melebihi kepentingan diri..!

Walau tidak lagi berjawatan didalam kerajaan beliau akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab yang masih beliau pikul sebagai Timbalan Presiden bersama sama Presiden yang menggugurkan beliau dan bersedia bekerja bersama sama demi kelangsungan parti..!

Hebat..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 30 September 2010

PRK Galas...BN Telah Berjaya Langkah Pertama!!!


KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Komen

Alhamdulilah...apa yang dihajatkan oleh ramai pemimpin, ahli dan penyokong UMNO telah direalisasikan oleh pemimpin tertinggi parti...sikap berlapang dada dan terbuka ini memberi contoh baik kepada anak buah bahawa kepentingan parti merupakan agenda utama!!!

Kesediaan Tok Pa menggalas amanah sebagai Timbalan Pengarah jentera pilihanraya juga menampakkan sikap kesederhanaan dan toleransi yang tinggi yang jarang ada pada sesetengah pemimpin umno yang lain...syabas Tok Pa!

UMNO telah meletakkan kepercayaan kepada dua tokoh besar negeri cik siti wan kembang untuk mengemudi jentera UMNO/BN. Rekod menunjukkan kedua dua tokoh ini pernah dan telah berjaya mengembalikan kekuasaan UMNO/BN di negeri serendah se kebun bunga itu.

Tahniah YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden! UMNO/BN telah mengharungi langkah pertama dengan jayanya...dan InsyaAllah akan terus berjaya...amin