Cari sampai lubang cacing..! ambil la apa jua tindakan demi menegakkan kebenaran..!
Tiga individu sudah disoal polis dan kenyataan mereka direkodkan berkaitan kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Gan Kong Meng berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.
"Tiga laporan polis dibuat berkaitan kebocoran kertas soalan UPSR subjek English dan Sains," katanya dalam satu mesej WhatsApp hari ini.
Sementara itu..
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan penggantungan tugas sementara dua petugas Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, sementara siasatan berhubung kes kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan.
Menurut Muhyiddin, dua petugas itu adalah Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasinya, Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Sementara itu, katanya, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan, Misrah Ibrahim, akan memangku tugas Pengarah LPM sementara menunggu siasatan kes itu selesai.
Muhyiddin berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!


