Jumaat, 12 September 2014

Tiga Disoal, Dua Digantung..!


Cari sampai lubang cacing..! ambil la apa jua tindakan demi menegakkan kebenaran..!

Tiga individu sudah disoal polis dan kenyataan mereka direkodkan  berkaitan kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Gan Kong Meng berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.
"Tiga laporan polis dibuat berkaitan kebocoran kertas soalan UPSR subjek English dan Sains," katanya dalam satu mesej WhatsApp hari ini.

Sementara itu..
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan penggantungan tugas sementara dua petugas Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, sementara siasatan berhubung kes kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan.
Menurut Muhyiddin, dua petugas itu adalah Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasinya, Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Sementara itu, katanya, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan, Misrah Ibrahim, akan memangku tugas Pengarah LPM sementara menunggu siasatan kes itu selesai.
Muhyiddin berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan syabas kepada TS Muhyiddin Yassin. Beliau pemimpin yang tegas dan tepat mengambil tindakan ketika rakyat gelisah dgn isu besar ini. TS Muhyiddin berbeza dgn style Najib yg lembik.. tak fokus pada isu.

    Saya menyokong penuh tindakan beliau. Integriti dan kepimpinan mesti tegas dan berani. Jgn lembik bermuka2 dengan punasehat mcm AhjIb Gor!

    BalasPadam
  2. perkara ni dah sekian lama berlaku. tapi tak da bukti ataupun dipendam saja sbb tak nak susahkan banyak pihak. tp mungkin telunjuk dah mencucuk mata. sesuatu yg drastik dan berani sangat diperlukan. ini lah yg kita mahu. setiap masalah wajib diselesaikan. rakyat mahu ketegasan bukan sekadar undang2 yg bagai hiasan senang2 org nak langgar. ini bukan soal sabotaj muhyidin tapi sudah lama berlaku

    BalasPadam
  3. KALAU LER SI NAJIB JADI MEN. PEND.AGAK AGAK APA ACTION DIA TAU TAK? MUNGKIN NOTHING!! SILAP SILAP H/B INDIVIDU YG TERLIBAT NAIK PANGKAT YOU!! TAK CAYA TENGOK YG ADA KELILING DIA SEBAGAI PEMUNAHSIHAT SEMUA NYA PENGKHIANAT PENGKHIANAT BELAKA !!

    BalasPadam