Memaparkan catatan dengan label sprm najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sprm najib. Papar semua catatan

Selasa, 19 Januari 2016

Apa Pulak 37 Ni..!



Biar betul sampai 37? Apa yang banyak sangat? 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat 37 syor dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan siasatan ke atas SRC International.
“SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM juga mengesahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengembalikan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun Najib.
“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan oleh SPRM sebelum ini.
“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” katanya.
Hari ini Sarawak Report melaporkan SPRM melengkapkan siasatannya berhubung isu berkenaan dokumen berkaitan - didakwa mengandungi tidak kurang daripada 37 tuduhan berasingan terhadap perdana menteri - diserahkan kepada Apandi.
Kebetulan, Apandi dalam kenyataannya hari ini berkata kertas siasatan mengenai kes itu dihantar semula kepada SPRM untuk penjelasan lanjut.
Siasatan itu menjadi perhatian pada Julai tahun lalu apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Najib kemudian menafikan sebarang salah laku, malah menjelaskan wang berkenaan adalah "derma" daripada pihak tertentu di Timur Tengah.
Namun, menurut WSJ, sebahagian daripada wang itu - bernilai RM42 juta - datang dari syarikat SRC International.
Dah nafi..! maknanya tak benar laa..!
Tapi kalau ada salah tak payah sampai 37...!
1 pun tetap salah beb..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 15 Oktober 2015

HOT ~ Najib Akan Dipanggil SPRM..?


Seharusnya begitu lah..! Undang undang tidak mengenal siapa..! Undang undang buta kepada jawatan dan pangkat seseorang..!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin boleh menyelesaikan kertas siasatan membabitkan isu SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, menjelang akhir tahun ini.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika ditemui pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

"Kami sedang cuba untuk menyelesaikan siasatan sebelum hujung tahun ini. Saya yakin kita boleh selesaikan sebelum akhir tahun ini. Insya-ALLAH," katanya.

Bagaimanapun siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia kemungkinan mengambil masa yang lebih lama sebab perlu mendapatkan maklumat dari pihak di luar negara.

"Kes RM2.6 bilion akan mengambil masa yang lebih lama," kata beliau.


Ketika ditanya sama ada pihaknya akan memanggil Najib, Shukri berkata, pihaknya akan memanggil siapa sahaja yang diperlukan untuk membantu siasatan SPRM.

"Kami akan panggil siapa sahaja yang diperlukan dalam siasatan," tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa SPRM tidak akan membenarkan campur tangan mana-mana pihak dalam siasatan.

"Apa jua campur tangan tiada masalah. Tetapi tiada siapa pun boleh campur tangan dalam kes siasatan kami. SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional," kata beliau lagi.

SPRM dalam beberapa kenyataan sebelum ini ada menjelaskan bahawa pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kedua-dua isu tersebut.

Turut hadir pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang cuti sakit sejak dua bulan lalu susulan pembedahan.

Terdahulu ketika ditemui wartawan, Abu Kassim berkata, beliau hadir untuk bertugas lebih awal, meskipun cuti sakit hanya berakhir hujung minggu ini, kerana prihatin dengan perkembangan dengan kes-kes yang disiasat.

"Saya telah menerangkan keadaan saya, dan saya juga telah mendapatkan penjelasan (awal) daripada pegawai-pegawai saya," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, SPRM akan memaklumkan perkembangan status kes yang disiasat ini dari semasa ke semasa.

"Kami akan memaklumkan perkembangan. Saya tahu bahawa orang ramai mahu lebih telus. Ini adalah penting sebab orang ramai mahu tahu apa yang berlaku," katanya.

"Tetapi pada masa yang sama, bolehkan kami menyelesaikan siasatan," kata beliau.

Semalam beliau berkata akan kembali bertugas mulai hari ini meskipun cuti sakit akan berakhir pada 16 Oktober ini.


Mudah mudahan kata dapat di kota..!

Bila???

Lu Fikir La Sendiri!!!