Khamis, 15 Oktober 2015

HOT ~ Najib Akan Dipanggil SPRM..?


Seharusnya begitu lah..! Undang undang tidak mengenal siapa..! Undang undang buta kepada jawatan dan pangkat seseorang..!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin boleh menyelesaikan kertas siasatan membabitkan isu SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, menjelang akhir tahun ini.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika ditemui pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

"Kami sedang cuba untuk menyelesaikan siasatan sebelum hujung tahun ini. Saya yakin kita boleh selesaikan sebelum akhir tahun ini. Insya-ALLAH," katanya.

Bagaimanapun siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia kemungkinan mengambil masa yang lebih lama sebab perlu mendapatkan maklumat dari pihak di luar negara.

"Kes RM2.6 bilion akan mengambil masa yang lebih lama," kata beliau.


Ketika ditanya sama ada pihaknya akan memanggil Najib, Shukri berkata, pihaknya akan memanggil siapa sahaja yang diperlukan untuk membantu siasatan SPRM.

"Kami akan panggil siapa sahaja yang diperlukan dalam siasatan," tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa SPRM tidak akan membenarkan campur tangan mana-mana pihak dalam siasatan.

"Apa jua campur tangan tiada masalah. Tetapi tiada siapa pun boleh campur tangan dalam kes siasatan kami. SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional," kata beliau lagi.

SPRM dalam beberapa kenyataan sebelum ini ada menjelaskan bahawa pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kedua-dua isu tersebut.

Turut hadir pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang cuti sakit sejak dua bulan lalu susulan pembedahan.

Terdahulu ketika ditemui wartawan, Abu Kassim berkata, beliau hadir untuk bertugas lebih awal, meskipun cuti sakit hanya berakhir hujung minggu ini, kerana prihatin dengan perkembangan dengan kes-kes yang disiasat.

"Saya telah menerangkan keadaan saya, dan saya juga telah mendapatkan penjelasan (awal) daripada pegawai-pegawai saya," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, SPRM akan memaklumkan perkembangan status kes yang disiasat ini dari semasa ke semasa.

"Kami akan memaklumkan perkembangan. Saya tahu bahawa orang ramai mahu lebih telus. Ini adalah penting sebab orang ramai mahu tahu apa yang berlaku," katanya.

"Tetapi pada masa yang sama, bolehkan kami menyelesaikan siasatan," kata beliau.

Semalam beliau berkata akan kembali bertugas mulai hari ini meskipun cuti sakit akan berakhir pada 16 Oktober ini.


Mudah mudahan kata dapat di kota..!

Bila???

Lu Fikir La Sendiri!!!

13 ulasan:

  1. SPRM kata di kota,jangan riuh sekampung punggung bergelumang tahi. Harapan rakyat jangan di persenda,kami mahu keadilan di tegakkan.Siapa bersalah harus dihukum sekeras kerasnya

    BalasPadam
  2. Saya tak percaya zahid sebab suka retorik
    Saya tak percaya hishamuddin sebab mest ada koroborasi
    Saya tak percaya gani sebab kaki berat melangkah
    Saya tak percaya apandi sebab dia pembela dan hakim kepada pesalah
    Saya tak percaya KBAB sebab tak tahu apa tanggungjawab dia sebagai pegawai polis

    Tetapi saya percaya zeti sebab beliau berani bersuara....at least rakyat ada sedikit informasi

    Jadi, saya masih ragu dengan abu kassim dan shukri sebab nampak macam orang yang suka beretorik, berkoloborasi, dragging their feet, cuba menidak fakta ( ikut their own interpretation), kurang rasa tanggungjawab atas jawatan yang disandang........IF ACTIONS ARE TAKEN , ONLY THEN SAYA PERCAYA. OTHERWISE JUST PLAYING GAME

    BalasPadam
    Balasan
    1. walau bagaimana pun let this be the beginning. it has to start somewhere!!!

      Padam
  3. Harap2 ianya bukan sandiwara atau lakonan sekadar kata2 dari mulut utk menyedapkan rakyat...mari kita tengok episod seterusnya...

    BalasPadam
  4. SPRM, raayat memerhati!...and it should not be a U turn.

    BalasPadam
  5. sprm kena betulkan dahulu jalan mereka sebelum membetulkan situasi apa itu 2.6b?

    BalasPadam
  6. Panggil untuk apa? Lepas itu bolehlah keluar kenyataan kata SPRM berpuas hati dengan penjelasan....

    BalasPadam
  7. Relevan ke jika dia masih memegang tampuk pemerintahan.

    Sepatutnya dia perlu bercuti.
    Sebaik2nya letak jawatan.

    Jika tidak, ketelusan siasatan amat diragui kerana bukti2 campurtangan yg luarbiasa dan aneh telah banyk dapat dilihat oleh rakyat.

    AG yg dilantik pun nampaknya dah bertukar jadi peguam bela

    Dia pun boleh dipertikai kerana ada kepentingan politik Umno, 2.6b dah terkait dgn Umno kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau penderma bagi aku 2.6 b, ianya bukan duit rakyat, ia datang dari mana sekalipun asalkan bukan duit rakyat, aku boleh buat apa saja dengan duit itu kerana sudah jadi duit aku. Jealous ke. hati sakit ke, sudah jadi duit persendirian perlukah aku ujudkan penyata? tak perlu buang masa.

      Padam
  8. SPRM panggil Najib ke atau Najib panggil SPRM

    BalasPadam
  9. SPRM jangan jadi pengkhianat,jalankan tanggung jawap anda untuk negara Malaysia

    BalasPadam
  10. panggil sekali si tua renta yang dah pencen kaya raya. dari mana dapat harta. mak pak diorang pun bukan jutawan. anak kung fu master tu pun....muda lagi dah ada juta2. bongkar balik sprm ada berani....ada tulur.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra,

      Anda hidup dalam fantasi bukan realiti

      Padam