Biar betul sampai 37? Apa yang banyak sangat?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat 37 syor dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan siasatan ke atas SRC International.
“SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM juga mengesahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengembalikan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun Najib.
“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan oleh SPRM sebelum ini.
“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” katanya.
Hari ini Sarawak Report melaporkan SPRM melengkapkan siasatannya berhubung isu berkenaan dokumen berkaitan - didakwa mengandungi tidak kurang daripada 37 tuduhan berasingan terhadap perdana menteri - diserahkan kepada Apandi.
Kebetulan, Apandi dalam kenyataannya hari ini berkata kertas siasatan mengenai kes itu dihantar semula kepada SPRM untuk penjelasan lanjut.
Siasatan itu menjadi perhatian pada Julai tahun lalu apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Najib kemudian menafikan sebarang salah laku, malah menjelaskan wang berkenaan adalah "derma" daripada pihak tertentu di Timur Tengah.
Namun, menurut WSJ, sebahagian daripada wang itu - bernilai RM42 juta - datang dari syarikat SRC International.
Dah nafi..! maknanya tak benar laa..!
Tapi kalau ada salah tak payah sampai 37...!
1 pun tetap salah beb..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Huh..aku yakin dan pasti...tiada kes..nii bukan bilis..nii jerung..faham2 sudah..cash is king..ProOO00ootTt dimuka nek tempoyak
BalasPadamTake perlu sampai 37 tuduhan...satu pun sudah cukup!
BalasPadamJanganlah percaya laporan Sarawak Report dari Yahudi tu
BalasPadamHari ini hari Selasa, sampai sekarang jam 5.45 petang, masih tiada laporan mengenai saman oleh Datuk Seri Mohd Najib terhadap The Wall Street Journal, sama-samalah kita tunggu Selasa minggu hadapan pula untuk mengetahui apakah Datuk Seri Mohd Najib akan menyaman The Wall Street Journal mengenai isu USD 681 juta dalam akaun peribadi beliau di AmBank sebelum ini.
BalasPadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Wang pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky (RM 6.1 bilion), GIL Fund (RM 5.1 bilion) dan Aabar Deposit (RM 4.2 bilion), di manakah wang itu sekarang ini? Mengapakah 1MDB tidak gunakan wang pelaburan tersebut dan keuntungannya jika ada untuk membayar hutang-hutang 1MDB sekarang ini?
BalasPadamIsu sekarang ini, apakah pelaburan itu benar-benar ada dan apa dah jadi dengan wang pelaburan tersebut ketika ini?
Bukan itu sahaja, wang pelaburan dan kemudiannya jadi pinjaman murabahah oleh 1MDB kepada Petrosaudi sebanyak USD 1.83 bilion yang kononnya telah dipulangkan kepada 1MDB beserta keuntungan sebanyak USD 488 juta, apakah dah jadi dengan wang berkenaan? Pasal apa tak gunakan wang itu untuk bayar hutang 1MDB? Sebab kalau ditukar kepada nilai RM sekarang ni jumlah sebanyak USD 2.318 bilion itu bersamaan lebih RM 10.1 bilion, mengapakah 1MDB tidak dapat memberikan penjelasan di manakah wang itu sekarang ini?
Makin hari makin banyak kerosakkan yang terbongkar, makin lama nak bertahan kepada kuasa politik dan jawatan politik, maka makin banyak yang terdedah.
Semoga Bank Negara Malaysia menggunakan saluran undang-undang yang berkaitan supaya 1MDB membawa pulang wang USD 2.318 bilion bersamaan RM 10.1 bilion itu ke Malaysia secepat yang mungkin kerana dengan wang yang sebesar itu, ekonomi negara dapat dibangunkan dengan begitu pesat, kalau wang itu sudah tak tahu ke mana lesapnya, pihak yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Jika najib ambil wang 1mdb sekalipun aku bagi tujuan menghalang negara jatuh ketangan dap aku sebagai rakyat menghalalkan perlakuan tersebut..sekali lagi aku halalkan.
BalasPadamBetul ke wang itu digunakan untuk menghalang negara jatuh ke tangan DAP? Dalam isu 'derma' RM 2.63 bilion yang kononnya 'derma dari tok arab' kepada UMNO tu, tak ada pun senarai perbelanjaan wang itu, resit pun tak ada, jadi betul ke wang itu dibelanjakan untuk memperkasakan UMNO atau sebenarnya wang itu diselewengkan entah ke mana-mana?
PadamJangan menyokong membuta tuli, perlu ada penjelasan dalam setiap perkara, dan penjelasan perlulah disertakan dengan bukti.
Macam seorang lelaki mencuri susu tepung untuk anaknya, bila ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, dia dijatuhi hukuman kerana mencuri, itu mencuri disebabkan darurat, kena hukuman mahkamah juga, baru susu tepung, sedangkan Datuk Seri Mohd Najib ni melibatkan wang RM 2.63 bilion, bukannya jumlah yang kecil, sangat besar, boleh beli entah berapa kapal susu tepung kalau macam tu, pasal apa ada pilih kasih dalam isu ini?
Semoga Tanpa Nama19 Januari 2016 6:43 PTG dapat memberikan penjelasan mengenai isu ini.
Sekian, terima kasih.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Di kalangan inner circle orang berpengaruh juga berjawatan tinggi dalam Negara ini majority sudah tahu akan kebenaran yang si Perawan Bugis itu telah berjalan serong dan menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi, krooni dan bukannya kerana rakyat, Umno juga Negara. Malangnya ramai yang hanya mendiamkan diri dan tidak turut serta dalam usaha menegakkan keadilan yang mana si penyeleweng harus dihadap ke muka pengadilan ataupun sekurang-kurangnya diberi kata dua agar mengosongkan jawatan yang beliau sandang sekarang. Tidak pernah dalam sejarah seorang yang memegang kuasa bersikap begitu kejam dan dengan lagak kuku besi berterusan menjatuhkan setiap yang menentang beliau dengan cara yang maha kotor. Rakyat Malaysia harus insaf, keadaan kemakmuran dan ekonomi Negara yang makin merudum merupakan tanda bahawa Negara Malaysia ini makin jauh dari Rahmat Allah akibat membiarkan Negara diterajui oleh Manusia yang berakhlak keji.
BalasPadam