Memaparkan catatan dengan label suara keadilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara keadilan. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2010

Dapatkan Suara Keadilan Secara Percuma Di Pejabat KDN Yang Berhampiran!!!


KUALA LUMPUR, 11 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat edaran percuma akhbar rasmi parti itu, Suara Keadilan di sekitar ibu negara esok.

Akhbar versi baru itu difahamkan sekali lagi membuat pembongkaran tentang Felda dan akan diedar di sekitar Masjid Jamek bermula jam 8 pagi esok.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga difahamkan sudah menerima arahan untuk membuat edaran tersebut.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menggantung tidak bertali permit penerbitan Suara Keadilan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pihak akhbar tersebut berhubung laporan "Felda Bankrap".

Permit penerbitan akhbar itu telah tamat 30 Jun lalu.

Biarpun diberi amaran oleh KDN, penerbitan akhbar tersebut tetap diteruskan seperti ditegaskan pemimpin mereka sebelum ini.
sumber: hARAKah...

Komen

Diharap puak puak kuda belang AMK dan PAS dapat menghantar sekali akhbar nyamuk tersebut ke Kementerian Dalam Negeri, ianya mestilah dialamatkan dan dihantar ke Menteri Amaran, Timbalan2 Menteri Amaran, KSU Mahmood Adam, KPN dan siapa jua yang bertanggungjawab membenarkan akhbar ini terus diterbitkan dan diedarkan...

Syabas KDN kerana begitu 'bertanggungjawab' dalam menentukan akhbar penipu, pembohong dan pencetus fitnah itu terus berleluasa dan berkuasa mempengaruhi fikiran rakyat!!! Ini lah hebatnya demokrasi ala Malaysia yang berjaya diamalkan kini...

Atau dalam KDN kini memang sudah bertapak kaki, tangan, lidah dan telinga pembangkang yang memang tahu selok belok KDN tak lebih dari memberi AMARAN!!!
Buatlah apa jua sesuka hati kamu kerana Menteri dan Kerajaan tidak akan mampu berbuat apa apa kecuali AMARAN!!!

Kalau gitu lah...hantar jer ke Pejabat Pejabat KDN seluruh negara agar senang rakyat mendapatkannya....!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Anwar Sial...KDN Tunggu Apa Lagi!!!


PKR Cabar KDN, Terbit Suara Keadilan Tanpa Permit

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Akhbar Rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan terus mencabar undang-undang dengan menerbit dan mengedarkan edisi terbarunya ke seluruh negara sejak semalam walaupun permitnya sudah tamat tempoh.

Malah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, pihaknya mahu melihat tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara berkenaan.

"Sejak petang semalam lagi Suara Keadilan sudah keluar (terbit), malah kita dah edar ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

"Kita tunggu saja nanti apa KDN boleh buat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

KDN sebelum ini memutuskan permit penerbitan akhbar Suara Keadilan yang tamat 30 Jun lalu tidak diperbaharui mengikut Seksyen 5(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Komen

Sial Anwar semakin menjadi jadi...KDN tunggu apa lagi? Kalau suara Perkasa begitu pantas diambil tindakan! kenapa pulak suara Keadilan@Keldaian dibiarkan?

Bukan sahaja rakyat Malaysia menanti tindakan, tapi barua Keadilan Syed Husin sendiri menyalak nyalak menanti tindakan dari KDN!

Sudah lah KDN baru tersedar dengan mewujudkan JK baru yang dianggotai oleh 3 Menteri, kalau selama 6 bulan ini KDN boleh berbangga dengan memberikan 10 AMARAN kepada media cetak dan elektronik rasanya kali ini KDN pasti akan lebih berbangga apabila berani dan cerdik mengambil tindakan!!!

Mulakan dengan tindakan keatas Suara Keadilan@Keldaian...


Hishammuddin berkuasa atau KSU Mahmood Adam yang lebih berkausa? kita nantikan!!!


Sendiri Mau Ingat!!!