Ahad, 11 Julai 2010

Dapatkan Suara Keadilan Secara Percuma Di Pejabat KDN Yang Berhampiran!!!


KUALA LUMPUR, 11 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat edaran percuma akhbar rasmi parti itu, Suara Keadilan di sekitar ibu negara esok.

Akhbar versi baru itu difahamkan sekali lagi membuat pembongkaran tentang Felda dan akan diedar di sekitar Masjid Jamek bermula jam 8 pagi esok.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga difahamkan sudah menerima arahan untuk membuat edaran tersebut.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menggantung tidak bertali permit penerbitan Suara Keadilan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pihak akhbar tersebut berhubung laporan "Felda Bankrap".

Permit penerbitan akhbar itu telah tamat 30 Jun lalu.

Biarpun diberi amaran oleh KDN, penerbitan akhbar tersebut tetap diteruskan seperti ditegaskan pemimpin mereka sebelum ini.
sumber: hARAKah...

Komen

Diharap puak puak kuda belang AMK dan PAS dapat menghantar sekali akhbar nyamuk tersebut ke Kementerian Dalam Negeri, ianya mestilah dialamatkan dan dihantar ke Menteri Amaran, Timbalan2 Menteri Amaran, KSU Mahmood Adam, KPN dan siapa jua yang bertanggungjawab membenarkan akhbar ini terus diterbitkan dan diedarkan...

Syabas KDN kerana begitu 'bertanggungjawab' dalam menentukan akhbar penipu, pembohong dan pencetus fitnah itu terus berleluasa dan berkuasa mempengaruhi fikiran rakyat!!! Ini lah hebatnya demokrasi ala Malaysia yang berjaya diamalkan kini...

Atau dalam KDN kini memang sudah bertapak kaki, tangan, lidah dan telinga pembangkang yang memang tahu selok belok KDN tak lebih dari memberi AMARAN!!!
Buatlah apa jua sesuka hati kamu kerana Menteri dan Kerajaan tidak akan mampu berbuat apa apa kecuali AMARAN!!!

Kalau gitu lah...hantar jer ke Pejabat Pejabat KDN seluruh negara agar senang rakyat mendapatkannya....!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. ADOII SENAK PROT WA BRO MEMIKIRKAN BENDA ALAH NI

    BalasPadam