Memaparkan catatan dengan label suara perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara perkasa. Papar semua catatan

Isnin, 5 Julai 2010

KDN Hanya Tegur Suara Perkasa...


Sebentar tadi selesai sudah perjumpaan Sdr Daud Ibrahim Ketua Pengarang Suara Perkasa dengan pihak Kementerian Dalam Negeri. Dilaporkan pertemuan yang diadakan dengan suasana mesra berjalan dengan lancar apabila pihak Suara Perkasa memberikan segala kerjasama dengan begitu baik.

Dilaporkan KDN telah 'menegur' Suara Perkasa dan Tidak Akan Menggantung Permit Suara Perkasa serta memuji Suara Perkasa kerana telah memberikan kerjasama... Ketua Pengarang telah mengakui dan menerima teguran serta berusaha untuk mengelakkan sebarang kontroversi.

Pemuda MCA nak buat apa? Menyalak lah Pemuda MCA kerana selayaknya tugas anjing ialah menyalak!!! Namun pepatah ada menyebut bahawa anjing menyalak bukit...bukit tidak bergerak jua...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 3 Julai 2010

KDN Sabotaj Suara Perkasa!!!


Kata Menteri Amaran...
Tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama.

"Kita selalu konsisten, kalau salah tetap salah tak kira dari surat khabar mana. Jangan kerana dalam kebebasan bersuara kita tabur fitnah dan polemik kaum dan agama, ini amat berbahaya," kataya kepada pemberita di Hulu Terengganu, hari ini.

Kata Unspinnera yang mewakili suara Melayu yang sayangkan bangsanya...
Selain S Vell Paari, perwakilan MCA PErak pernah cadangkan Khairy ditahan bawah ISA pada Oktober 2008. Wanita Gerakan pernah cadangkan Datuk Ahmad Ismail di tahan bawah ISA pada 9-9-2008. Ada repot polis dibuat di Bagan Serai minta Datuk Nasir Safar ditahan bawah ISA.

Tan Lian Hoe pernah panggil Melayu sebagai kaum pendatang Malaya. DAP berkempen di Sibu berkata jangan kasi Melayu memerintah kerana nanti mereka akan halau CIna keluar Malaysia!!!!

Kenapa mereka ini semua tidak ditahan? baca lanjut disinihttp://theunspinners.blogspot.com/2010/07/kenapa-suara-perkasa-saja-pegawai-kdn.html
Komen

Kalau Menteri Amaran dan KDN buat kerja ni hanya kerana nak mengalih isu yang sedang mereka hadapi dalam isu Suara Keadilan...Ini jelas salah!

Kalau Menteri Amaran dan KDN buat kerja ni kerana nak melihatkan ketelusan dan keadilan dalam tindakan mereka...Ini jelas sabotaj Suara Perkasa! Suara Keadilan membuat tuduhan! Suara Keadilan memfitnah Felda! Suara Keadilan jelas mengelirukan rakyat! Suara Keadilan Berbohong! dan itu memang kerja Suara Keadilan sejak dari dulu dan bukan hanya dalam kes Felda!!!

Suara Perkasa tidak membuat fitnah, Suara Perkasa tak mengelirukan pembaca dan berbohong, Suara Perkasa tidak mengajak rakyat merusuh dan berkumpul serta berbaring di tengah jalan yang jelas menimbulkan huru hara dan mengancam keselamatan negara.


Suara Perkasa sebuah Makalah baru bagi NGO Melayu untuk menyampaikan hasrat Bangsa!!!


Suara Perkasa sebuah akhbar baru yang mewakili Suara Keramat Melayu bagi menyedarkan bangsanya bahawa Ketuanan Melayu WAJIB dipertahankan!!!


Suara Perkasa merupakan lidah penyambung orang Melayu untuk peka kepada asakan dan kebiadapan orang lain!!!

Suara Perkasa tidak pernah dan tidak sesekali melakukan sesuatu yang menggugat keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara kerana ianya baru sahaja diterbitkan buat pertama kalinya!!!

Menteri Amaran dan KDN sebenarnya sedang membina kebencian dan kemarahan orang Melayu!!!
Menteri Amaran dan KDN sebenarnya sedang membuatkan kepimpinan YAB PM dipandang gagal dalam membela nasib Bangsa Melayu!!!


Apakah Menteri Amaran dan KDN sedar bahawa tindakan mereka sebenarnya sedang mensabotaj kelahiran Suara Perkasa, Sabotaj Suara Perkasa bermakna Sabotaj Suara Melayu!
Sabotaj Suara Melayu bermakna Sabotaj Bangsa Melayu!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

Suara Perkasa...! KDN Buat Kerja Lain Laa..



Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA.

Dalam laporan muka depannya semalam, Suara Perkasa memetik Timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman A Bakar sebagai mendesak Wee memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa Mara.

Dalam artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.

Daud juga memberitahu, KDN juga mahukan penjelasan berhubung satu artikel pada mukasurat 19 tabloid dua kali sebulan itu yang bertajuk "Akhbar Cina... kenapa KDN takut bertindak?". Artikel itu antaranya mengkritik orang-orang Cina yang 'di sebelah sana' yang sering menyerang PERKASA, yang kononnya menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Cina.

Artikel itu juga antaranya mendakwa "serangan rasis" tersebut diteruskan saban hari dengan anggapan orang Melayu tidak membaca akhbar berbahasa Cina.

Daud juga memberitahu, pengarang Suara Perkasa Amirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini. "Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh,"katanya.

Daud berkata, beliau juga tidak takut terhadap tindakan KDN itu kerana "ia merupakan proses biasa." "Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya.

Amirudin selesai memberikan keterangan kira-kira sejam bermula jam lima petang tadi manakala Daud pula akan hadir bagi sesi yang sama pada jam 12 tengah hari pada Isnin depan.

Komen

KDN Bukan main lagi bersemangat dalam isu Suara Perkasa ni ya! al maklum lah bila nak jaga hati seekor beruk cina yang cauvinist dan rasis maka cepat lah KDN mengambil tindakan! Tak sempat Amaran pun...!

PM telah pun mengulas bahawa Perkasa BUKAN nya pertubuhan yang rasis dan mengancam ketentraman awam dalam negara. Diharap KDN boleh baca dan faham kan hujan YAB PM tu...

Yang boleh mengancam ketenteraman ialah kenyataan bodoh Ka Siong yang jelas mempertikai hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang memang telah terjamin didalam Perlembagaan Negara!

Perkasa hanya 'memberi aksi' atau respond kepada kebodohan dan kelancangan serta keceluparan mulut kurang ajar dan biadap ini! Persoalan tentunya ialah siapa yang menyebabkan insiden ini berlaku? Puncanya siapa?

Kalau Ka Siong beradab, sopan dan menghormati hak orang lain maka takkan timbul reaksi begini! dan rasanya Perkasa mengambil tindakan yang cukup 'minimum' dalam membalas kebiadapan 'maksimum' Ka Siong ini...

KDN buat kerja lain laa...

Jumaat, 2 Julai 2010

Suara Perkasa...Suara Melayu !!!

Petikan dari lesung batu...http://www.freewebs.com/lesungbatu/suaraperkasa.htm

Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA".

Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila tabloid yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok. Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak. Suara Perkasa dijadual terbit setiap 1 dan 15 haribulan.

Kemunculan akhbar itu mengakhirkan penantian pelbagai pihak selepas PERKASA mengedarkan edisi pengenalannya dalam mesyuarat agung pertama mereka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Pada mulanya, dia dilaporkan akan berada di pasaran pada 1 Mei.

Dalam laporan sulungnya, Suara Perkasa memetik Abdul Rahman sebagai mendesak Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa mara.

Beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang. Dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam akhbar itu, Abdul Rahman juga berkata Wee tidak layak menjadi timbalan menteri pelajaran kerana didakwa membangkitkan isu sensitif.

"PERKASA juga menggesa kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA," kenyataan yang disiarkan penuh dalam akhbar itu dipetik. Siaran muka depan isu itu menggambarkan 'perang' berterusan antara NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu dengan Wee sejak penghujung bulan lalu berhubung isu biasiswa MARA.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia.

Perdebatan isu itu turut mengheret Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan Wee, sekali gus mengkritik Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim pula berkata, akhbar itu diterbitkan atas kehendak akar umbi. "Kita tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana akhbar yang ada. Kalau bersaing pun, ianya bersaing dengan cara yang baik," katanya.

MUDAH MUDAHAN SUARA PERKASA AKAN DAPAT MEMIKUL AMANAH BESAR UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

HIDUP MELAYU BERMUAFAKAT!

HIDUP MELAYU BERDAULAT!

HIDUP MELAYU BERMARTABAT!