Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA".
Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila tabloid yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok. Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.
"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak. Suara Perkasa dijadual terbit setiap 1 dan 15 haribulan.
Kemunculan akhbar itu mengakhirkan penantian pelbagai pihak selepas PERKASA mengedarkan edisi pengenalannya dalam mesyuarat agung pertama mereka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Pada mulanya, dia dilaporkan akan berada di pasaran pada 1 Mei.
Perdebatan isu itu turut mengheret Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan Wee, sekali gus mengkritik Ibrahim.
Sementara itu, Ketua Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim pula berkata, akhbar itu diterbitkan atas kehendak akar umbi.
MUDAH MUDAHAN SUARA PERKASA AKAN DAPAT MEMIKUL AMANAH BESAR UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!
HIDUP MELAYU BERMUAFAKAT!HIDUP MELAYU BERDAULAT!
HIDUP MELAYU BERMARTABAT!
Salam Putra Merdeka,
BalasPadamSemoga Suara Perkasa menjadi Suara Perjuangan Melayu...
"memegang janji menggenggam sumpah, menjadi TUAN di bumi MERDEKA!
Allahuakbarrr!!!
-Melayu Bangkit!!!-
Hidup Melayu!
BalasPadamHidup Islam!
Hidup Melayu!
Hidup Islam!
Hidup Melayu!
Hidup Islam!
Hidup Melayu!
Hidup Islam!